Sunday, May 25, 2008

Advencer Si Peminum Teh (Tarik) : Episod Koc Koc Kereta Api...

Aku patut cuti lama dari hari Rabu membawa ke satu lagi hari Rabu. Tiket flight pun dah siap beli. Tapi tu la, Federal ni ada saja benda yang macam dibuat-buat kat aku. Buat program la pulak hari Sabtu Ahad. Sudahnya, aku terpaksa singkatkan tempoh percutian yang dah lama dirancang. Singkat banget, aku sampai kampung pun dah Rabu malam, tambah satu hari hari Khamis, lepas tu Jumaat pagi dah nak kena gerak. Tak berbaloi langsung. Rugi pulak lagi pasai tiket burnt.

Naik kereta api dari Parit Buntar ke KL Sentral jam 8.00 pagi. First time naik First Class, selesa giler, spacious, orang pun tak ramai maka buleh duduk ikut suka hati. Cuma dah beberapa ketika dok kat seat, aku terperasan bahawa takdak pramusaji menolak troli menjual makanan dari gerabak ke gerabak. Betul la kot info yang pernah aku baca beberapa ketika dulu bahawa perkhidmatan tu dah ditiadakan.

Teringat cerita teacher masa kat Irshad dulu bahawa dia nak balik raya pada suatu masa tapi tiket tak ada, jadinya dia melepak kat café dalam kereta api sepanjang masa.

Mengiktibari akan kisahnya itu, sesudah dok sat kat seat, aku pun bergerak ke cafe di dua lagi koc. Melalui koc First Class bersebelahan, aku terpandang seorang wanita Barat berambut perang sedang mencatat sesuatu. Rajin jugak depa ni, tulis diari ka buat catatan kajian ka tak tau pulak aku, nampak khusyuk semacam. Sesampainya di depan pintu yang memisahkan koc itu dengan koc cafe, aku hairan awat pintu tu tak menguet ke tepi. Ada butang tertentu tapi aku musykil nak tekan sebab ada label macam emergency. Berpaling ke belakang ternampak pemeriksa tiket baguih punya dok lena. Camno nak buek ni? Seraya terpandang awek mat saleh tadi mengisyaratkan supaya menekan sesuatu. Aku pun tekanlah butang atas sebelah kanan pintu gerabak tu, pintu pun terbuka dan aku mengangkat tangan tanda terima kasih kepadanya.

Cafe sedikit bising. Ada la dua tiga cangok kat dalam tu. Ingatkan ada nasik goreng ka apa ka, yang ada nasik lemak dengan nasik dagang, tu pun baru nak masak. Sementara nak siap bungkus tu aku lepak dulu pekena milo panas. Sambil lepak sambil tengok pemandangan indah nian mesra yang tercipta kenanganmu selalu mengusik jiwa. Paling damai abadi ialah tatkala merentasi Tasik Bukit Merah, di kiri kanan saujana luasnya kawasan digenangi air.

Lebih setengah jam aku lepak pekena milo panas sambil berdendang lagu-lagu melankolia dan nostalgia. Lama sangat tunggu, serasa-rasa nasi dagang dah siap, aku pun bergerak ke kaunter pembayaran harga makan minum termasuk 3 jenis sandwich.

Sekali lagi melalui koc First Class bersebelahan cafe. Kali ini setibanya di penghujung koc tersebut berdekatan pintu gerabak, aku ucapkan terima kasih kepada awek mat saleh nan itu, "Thank you for your help just now". "O.K.", dia membalas ringkas sambil tersenyum. Saja la berbahasa Inggeris, nu nak ambik MUET mingu depan nu.

Dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja. Namun demikian, dalam gerabak tiada mahasiswa mahasiswi USM yang hendak pulang ke kampus. Tiada Ali, tiada Asmidar, tiada Latiff, tiada Singh, tiada Jali. Jadi, tiadalah adegan mengorat membaling kacang mencurah gas minuman berkarbonat memecah telur atas kepala. Demikian, aku menghabiskan masa dengan membaca buku Tuhan Manusia sehingga tiba di KL Sentral jam 2 petang.

2 Mei 2008 (Jumaat)
Ekspres Rakyat

Advencer Si Peminum Teh (Tarik) : Episod Alkisah Tanjung Puteri...

Aku dan assistant sampai kat A' Vista Melati sesudah menaiki teksi dari Lapangan Terbang Sultan Ismail. Sepanjang jalan tadi melalui landmarks yang pernah aku kesani waktu meninjau rumah sewa time nyaris-nyaris jadi posting ke JB dulu. Terkesan lagi Danga Bay. Tak sabit jadual yang packed kalu dah lama aku layan perasaan tepi pantai tu sambil boh selagu lagu Tanjung Puteri. "...Istana Hinggap di Kuala Danga, Pantai berkelah keluarga diraja...".

Rupanya bersebelahan hotel tu ada lagi sebuah hotel yang jauh lebih moden. Kalau aku yang booking hotel mesti dapat hotel yang sempoi sikit, tapi dah masa suntek terpaksa la aku suruh assistant. Lagi pulak, tengok rate la sama, kalau aku ambik hotel canggih sikit dah assistant aku dok ntah mana hala pulak. Baik dok satu hotel.

Maka aku dan assistant pun check-in. Receptionists dia pompuan belaka bertudung pula.Yang kartun tu, receptionists berdua ni kalang kalibut satu macam sampai tertukar-tukar kunci dengan baucer sarapan. Macam nervous pun ada, walhal aku tak pakai Impulse pun, minyak atar apatah lagi. Aku saja psycho depa, rileks, rileks, bawak bertenang aku kata.

Bilik yang aku ambik tu kira bilik paling mahal la untuk hotel bajet tu. Tapi dah macam hotel zaman 70-an pun ada. Betul la kata receptionist tu bahawa hotel ni dah lama wujud dah. Kad ASTRO ada, tapi macam tak berfungsi. Dua remote control tu satu berfungsi satu dak. Aku agak bateri pun dah lama tak ganti.

Dah dok JB, takkan aku nak tengok channel tempatan, mestilah aku tengok channel tivi Singapore dan Indon. Ada drama Singapore ni kunun-kunun sorang tok wan ni bawak la cucu dia dari Singapore ke kampung dia kat Langkawi. Tapi yang fail tu ialah depa cakap Kedah yang tersangatlah huduhnya, dah macam sebutan dialog filem Melayu zaman P. Ramlee aku tengok, cakap Kedah apa lagu tu.

Jadi kebanyakan masa aku tengok channel Indon la. Sebelum sampai slot sinetron Indon yang membosankan, aku dihidangkan dengan paparan-paparan sensasi. Dari cerita pengharaman persembahan penyanyi dangdut sampailah kepada kisah perselingkuhan. Punyalah telus geng-geng Indon ni sampaikan wajah pelaku maksiat dan suaminya yang membelasah jantan kaberet itu pun tidak dikaburkan. Bukan takat belasah, ada yang sampai tahap membunuh pun ada. Sudahnya dia pun masuk lokap.

Satu lagi yang paling mangka’ ialah ada iklan perkhidmatan tilik nasib. Ada yang ala-ala perempuan gipsi tapi cakap Indon, ada yang ala-ala primbon (ilmu tilik nasib Jawa). Kira bab tu tivi Malaysia masih baguih la, walaupun surat khabar Melayu boh jugak keputusan nombor ekor.

Disebabkan aku berpuasa, oleh itu dalam pukul 7 aku turun la ke bawah jalan-jalan cari makan. Kedai mamak apa kelas ye tak, dah la ada cukai apa bala. Aku pi lorong belakang yang dipenuhi gerai makan. Daripada sup kambing sampailah segala macam. Tapi JB ni harga makanan punyalah mahal, nasib baik aku tak tercampak kat sini. Kira elaun harian aku lebuh macam tu saja la.

Keesokan harinya, sebelum meeting di Bangunan Sultan Ibrahim, aku check-out dulu. Semalam keadaan kurang mengizinkan, hari ni aku curi-curi tengok name tag receptionist bertudung tu. Curi pandang takpa, jangan curi hati dah. Siti Noor Raihan nama dia, lebih kurang ketua cahaya syurga. Patut la cun, macam Chun Lee dalam Street Fighter. Anyway, aku takdak la ushar rapat, aku cuma tengok selayang pandang saja setiap kali.

17 & 18 April 2008
Johor Bahru

Wednesday, April 23, 2008

Omak Ai, Podih Eh Monikam Kalbu Den...

Teksi yang ditunggu belum tiba. Janji semalam 5.45 pagi, entah-entah pak cik itu terlupa. Azan Subuh dari masjid dan surau MRSM mula berkumandang, ditambah alunan bang dari tetuang udara pada mobil saluran Gegar Pantai Timur. Metah damai abadi.

6 lebih barulah pak cik supir sampai. Terlupa katanya, nasib baik isterinya peringat. Hendak ke matar antara 20 – 30 minit, flight 6.50 pagi. Entah dan tak dan.

Setibanya aku di lapangan terbang, nampak ramai semacam walaupun pagi-pagi buta. Ada sekumpulan orang berhimpun di tengah-tengah laluan ke kaunter daftar masuk. Seorang lelaki di hadapan mereka pula melaungkan azan.

Aku mengambil tempat duduk berhampiran sementara menantikan assistant datang bersama tiket penerbangan. Lelaki yang mengepalai jemaah memaklumkan masanya telah tiba untuk melalui pemeriksaan keselamatan seraya berpamitan dengan insan tersayang.

Saat itu jemaah bersalam-salaman dengan sanak saudara. Pandangan terarah kepada dua wanita. Seorang ahli jemaah manakala seorang barangkali mak ciknya. Saling berpelukan mereka berdua, setiap satunya begitu lama. Di sebalik wajah yang menghadap ke sebelah sana, siapa tahu ada jujuhan air mata.

Sayu aku melihatnya. Sementara terimbas gesaan Dilah supaya aku turut menunaikan umrah, terbayang pula ketika aku mengucup dahi emak dan berdakapan seerat-eratnya di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas sekitar tahun 2003. Air mata meramu, mana tahu tak bisa lagi ketemu.

Pesawat menerjah awan gemawan sementara fajar kian menyingsing. Lukisan alam ciptaan Tuhan.

K ke K
Boeing 737 – 400
17 April 2008 (Khamis)


* * * * *

Selesai membaca Manikam Kalbu di suatu sudut ruang menunggu KLIA sementara menantikan penerbangan ke Johor Bahru. Meski roman duluan bersela lucuan, meski berpantun seloka berkias ibarat, tapi panahan kama sungguh menusuk jantung. Seakan-akan kisah anak dagang bernama Zainudin dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pula.

K ke J
Pintu A2 KLIA
17 April 2008 (Khamis)

Senja Di Pantai Cherating...

Remang-remang senja. Perjalanan menyusuri pantai dengan kawan sepersekutuan seperkhidmatan

Betapa bezanya darjat aku dan dia. Dia sudah bergelar programme manager, sedang aku hanya seorang monitor. Dia tinggi, aku sedikit rendah. Dia ibarat gajah, aku hanya semut merah.

Asalnya kami berlima; 3 lelaki, 2 wanita. Seorang awal-awal lagi kembali ke Sabah. 2 orang pula baru-baru ini berpindah. Tinggal aku. Menanti masa berhijrah. Entah bila entah.

Dia baru pulang dari Road Map di Cititel Pulau Pinang. Ada kawan-kawan bertanya khabar. Heh, ingat juga diorang akan aku nan mustadh'afin. Maklumlah, siapalah aku ini 'kan, untuk memintal buih yang memutih menjadi permaidani sepertimana yang tertulis dalam novel Ketika Cinta Bertasbih. (Sekali Exists + Kang Abik daaa...).

"Ini kali tidak ada yang mencari cinta

di antara gudang, rumah tua, pada cerita
tiang serta temali. Kapal, perahu tiada berlaut
menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut.

Gerimis mempercepat kelam. Ada juga kelepak elang
menyinggung muram, desir hari lari berenang
menemu bujuk pangkal akanan. Tidak bergerak
dan kini tanah dan air tidur hilang ombak.

Tiada lagi. Aku sendiri. Berjalan
menyisir semenanjung, masih pengap harap
sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan
dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap."

(Chairil Anwar, “Senja Di Pelabuhan Kecil (Buat Sri Ajati)”, 1946)

Bilik 121, Residence Inn
Cherating
13 April 2008 (Ahad)
7.57 malam

Saturday, April 19, 2008

Sepucuk Surat Tidak Rasmi Kepada Sabina Rose Alphonse...

Sudah lama rasanya aku tidak "membakar minyak tengah malam". Kali terakhir seingat aku yang tidak "dhabit tam" ini ialah sewaktu muda belia. Sehubungan itu, malam ini aku duduk di meja tulis. Ambil mood suatu malam tahun 1997 di bilik 211 Blok 9A Kolej MISC. Ketika Asman, Aidil dan Akhtar sudah lama pengsan.

Di bilik itulah aku mengatur perkataan berserta Kamus Inggeris – Melayu Dewan di sisi. Menujukannya kepada seorang wanita Serani. Sepucuk surat yang apakala dibaca lantas mengubah lanskap gelaran kelas 1.01 hari-hari berikutnya.

Bezanya, kali ini, disebabkan rumah tumpangan ini mengamalkan konsep paperless seperti program Generic Office di bawah Apliksi Perdana MISC barangkali (kunun-kununnyalah), maka terpaksa aku menulis pada buku tuntutan perjalanan. Di tepi pula buku Tony Buzan, "Age-Proof Your Brain", menawarkan penambah baikan daya ingatan selain telan kismis Malaya. Ada 3 sesi kesemuanya :

i. 7-Day Get Sharp Plan
ii. 7- Week Stay Sharp Plan
iii. 7-Minute Mind Boosting Plan

Sungguhpun demikian, sebelum ketiga-tiga sesi bermula, ada 2 bahagian soalan perlu dijawab. Kedua-dua bahagian aku jawab sambil duduk berhampiran Pintu B6 KLIA.

Bahagian Pertama "Where Do You Think You Are?" mengehendaki aku mengisi berdasarkan skala 1 – 5 tahap kesukaran mengingati sesuatu perkara.

Bahagian Kedua, "The 7-Minute Mind Makeover". Setiap satu tugasan menguji kemahiran yang berbeza, ditambah perlu diselesaikan dalam tempoh masa antara 60 – 120 saat. Satu kerja pulak dah aku nak set masa sambil menyelesaikan masalah.

Bagi aku, yang paling best ialah tugasan yang menduga "Analytical Power"; "Codebreaker" namanya. Masa diberi 60 saat dan aku berjaya selesaikan dan semak dalam masa 43 saat. Ketika membongkar kod rahsia berkenaan, aku rasakan seolah-olah Hajime Kindaichi dan Conan Edogawa pun ada. Cuma tidaklah serumit kes kedua-dua penyiasat remaja, agak kacang juga.

Masalah seperti berikut :

"Kenal pasti mesej tersembunyi dalam mesej bertulis seorang suami curang kepada pembantu peribadinya. “Tell Oliver Now If General Happy Triple Yesterday’s Orders Under Rating Scheme, Don’t Accept Realtor’s Loan If Not Guaranteed"".

Kalau baca ayat-ayat berkenaan memanglah merapu dana. Jadinya, kaedah penyelesaian yang aku gunakan ialah fokus kepada huruf besar pada setiap perkataan dan tulis kembali dalam satu baris. Sudah semestinya akan tertera mesej yang masuk akal, sesuai dengan ciri-ciri seorang suami curang. Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Nota :


Amacam, pintar bukan? Macam Sang Kancil (Tengok kereta la, ye tak? Hahaha, hang kata hang tera!).

Bilik 121, Residence Inn, Cherating
1.20 pagi
13 April 2008 (Sabtu)

Friday, April 11, 2008

Baik Punye (Advencer)...

Siri ini mengisahkan pengembaraan seorang manusia ke tengah-tengah ibu kota buat julung-julung kalinya setelah beberapa tahun. Buku yang 4 tahun lepas pun ada yang baca tak habis lagi, dah nak beli baru. Begitulah manusia, dengan insatiable thirst and rapacious appetite. Tapi pesta-pestaan ini mana mungkin mampu dikesampingkan. Ini pun ambil kesempatan mesyuarat, kalau tak memang buang karan, "nampak sangat jauh datang" (ewah, macam ayat penceramah kursus protokol & etiket sosial UUM lak) semata-mata nak beli buku. Jadi reimbursable cost kalu berbaloi la sikit.

Apakah misi ini berjaya disempurnakan? Apakah ada unsur-unsur sabotaj? Sama-sama kita nantikan.

* * * * *

First time naik ERL Express, rasa macam businessman, padahal kerja dengan gomen. Sebelum ni balik-balik Putrajaya - KL Sentral, KL Sentral - Putrajaya, tak pun Putrajaya - KLIA, KLIA - Putrajaya.

* * * * *

Orang kan ka, tu dia nak haba' bagi, nala karupan punya ramai. Tu tera bukan cuti hujung minggu tu. Bas sekolah pun banyak, lawatan sambil belajar kot.

Terjumpa la pulak dengan Man Tongkat. Dia dah habis beli, aku pulak baru nak mula. Dia ajak aku lunch sekali. Aku segan la sikit, sebab tengok dia mai dengan family. Rupanya, sorang pompuan dan anak-anaknya bersebelahan Man Tongkat bukan family dia pun. Lone Ranger la ni, Tonto tinggal kat Port Dickson.

Dah tau kata Man Tongkat ni Lone Ranger, aku pun on la. Dia tunjuk buku yang dia beli, hang patut baca buku ni kata dia. O, La Tahzan tu, aku dah baca dah. Baguih buku tu, memberi semangat dan inspirasi waktu kita rasa down.

Mula-mula tu dah elok dah seiring sejalan seindah bunga di taman. Sampai kat satu persimpangan, yang Man Tongkat ni lagu nak singgah booth di satu lorong, sementara aku ikut lorong lain. Masa tu aras yang sama lagi. Sambil mengelak-ngelak tawaran tazkirah 5 minit oleh para eksekutif pemasaran kursus bahasa, aku pun ushar la marka. Er, maksud aku, aku ushar buku-buku yang dijual, tapi dah kaum wanita terutama pelajar sekolah mahupun siswi ramai sangat sampai terlindung buku-buku oleh mereka, maka terpaksalah aku tengok depa dulu baru boleh nampak buku. Kira darurat la tu, tak begitu Syed Syeikh Suffian As-Sitiawani.

Dalam pada itu, aku dah tak nampak dah Man Tongkat pi mana tapi tak risau sangat sebab nombor handset dia aku ada.

Tengah-tengah kelebek buku Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Dilah call aku tanya buku apa yang best. Maklumlah, aku kan selalu update buku-buku terbaru, dia la kata, aku tak kata apa. Aku tak tau sangat, pakai layan ja. Dah habis bercakap, terperasan pulak yang Man Tongkat ada call aku. Bila aku call balik 2-3 kali tak berjawab pulak. Kira takdirnya tak menemukan aku dengan Man Tongkat di Mapley sambil mengimbas cerita-cerita dulu kala dan perkembangan semasa la tu.

Berat jugak jinjit beg plastik buku ni, lenguh jari-jari abih aih. Beg plastik yang ITNM bagi tu ada dua, tu dia punya besar. Maka di satu sudut yang mempunyai beberapa kerusi, aku susun balik beg-beg plastik yang ada supaya efisien sikit membawanya.

Niat yang betul, nak cari buku FT la, Pian pulak pesan Tuhan Manusia. Dok cari la booth Al-Ameen tang mana, akhirnya jumpa juga secara tak sengaja. Tapi dok kelitin pi kelitin mai tak juga jumpa buku-buku FT kat situ. Isa Haji Kamari ada la.

Berdepan dengan booth Al-Ameen tu la booth Dawama, kat situ aku jumpa Manikam Kalbu dan Bedar Sukma Bisu. Hat lain tak dak pulak. Lalu aku pun letak la kedua-dua buah buku tersebut di kaunter, dengan harapan satgi aku patah balik la nak bayar.

Ditakdirkan Tuhan, ada sudut buku-buku FT rupanya kat Al-Ameen, tak perasan pun aku tadi. Tapi yang slack tu, stok Tuhan Manusia dah habis, kira laku jugak buku tu. Kebetulan ada sorang customer tu pun tanya. Esok baru ada, tapi nak mai balik berat la oi, pasal esok lusa aku ada meeting. Selain itu, kalau sekali harung sekali borong cost-effective la sikit.

Maka dibayarlah olehku akan buku-buku FT kat kaunter Al-Ameen, antaranya Karya Nan Indah dan Nama Beta Sultan Alauddin. Dan memandangkan kat booth yang sama aku dah beli Manikam Kalbu dan Bedar Sukma Bisu, justeru buku serupa yang aku letakkan atas kaunter Dawama aku tak ambil balik la nak simpan semula kat rak ka apa ka. Jangan marah no, Dawama, hampa tetap untung, walaupun aku beli kat booth berbeza, tapi hampa la jugak penerbitnya. Aha, juga berhubung Detektif Indigo Kembali, stroke ilustrasi dia tu mengingatkan aku kepada pelukis buku ilustrasi kanak-kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka suatu ketika dulu. Kawan tu dengan Sinaganaga tu orang yang sama ke hape.

Aku dah mark ada booth Gila-Gila (GG) kat bawah tu, brader Ujang pun ada. Cadangannya tu nak la menyunting bunga di taman, ewah, membeli Intelligent Blues Club (IBC), cerita zaman-zaman sekolah menengah, maksud aku.

Memandangkan Aku Budak Minang (ABM) yang aku beli beberapa tahun lepas pun entah pi ke mana entah, maka aku pun borong sekali.

Ni nak cerita kat hampa ni, kalau orang punya ramai bertimpa-timpa kat meja dia, memang aku lepas beli terus blah. Tapi ni dah Line Clear, apa lagi, nasi kandar la. Aku pun mintak la brader Ujang sign autograf kat majalah-majalah yang aku beli. Majalah tu berbalut plastik, dah satu kerja pulak aku nak uncover. First encounter of a same kind merangkap first time minta karyawan sign autograph.

Tapi Ujang mengagetkan aku bila dia kata macam biasa tengok aku. Aku rasa tak berapa percaya pun ada, maklum la, mungkin tu salah satu PR skill tatkala berhadapan dengan peminat. Kalau berlainan jantina memang orang kata taktik lama nak mengorat la tu buat-buat macam pernah nampak tapi tak tau kat mana. Cuma bila nampak Ujang macam sungguh-sungguh, rasa nak percaya pun ada.

Ish, betul ke ni bang? Iye, rasa macam pernah tengok la. Kerja kat mana? Saya kerja kerajaan bang. Kat mana? Kat bla-bla-bla-hak, kat Putrajaya. Selalu jugak saya ada urusan kat sana, brader Ujang mengulas. Tapi memang rasa pernah tengok la. Aku mula teringatkan Ipin Hijjaz, tapi dah tak berapa sama dah muka dia dengan muka aku, sapa la pulak kembar tujuh aku yang Ujang jumpa ni. Tak percaya, nampak bersungguh. Nak percaya, hmmm, tau-tau saja la kartunis ni, kadang-kadang lawak slumber joe je pun macam Bang Bil.

Tak kerja ke hari ni? Kira tak kerja la. Malas aku nak explain lebih-lebih yang aku ni bukan mai dari Putrajaya, sebenarnya dalam perjalanan nak menginap bagi meeting esok, panjang lebar la pulak jadinya. Tapi kira dalam rangka urusan rasmi la ni, bukannya tuang kerja.

Turn aku pulak menerbalikkan pertanyaan.

Amacam perkembangan sekarang, full time ke kat GG? Kata dia, free lance je, core business dia boating kat Kenyir. O (walaupun darah aku jenis B+), kira bisnes dari zaman Lanun lagi la ye? Apa nak buat, brader Ujang menyambung lagi, hat tu je pun yang boleh jalan.

Aku tanya lagi, royalti yang dia dapat hasil karya dia tu camno? O.K. la, buat menampung kehidupan.

Aha, part ni mesti hang teruja punya Man Tongkat oi. Soalan selanjutnya, apa cerita dengan Jibam The Movie? Hang tau apa status terkini filem yang antara pelakonnya Jalil Hamid tu? Kata brader Ujang, ada masalah bajet pulak dah. La, patut la sonyap yo, patut eh dah siap lamo dah tu. Apo la malang bonar, dulu dah sekali filem Cinta Terakhir sangkut tang mana ntah.

Abis, kartun Jibam camno lak? Animasi (cis, tak terlintas pulak aku nak sebut perkataan tu) tengah buat, jawab brader Ujang sambil menunjukkan komputer di belakangnya. Takpa bang, jangan putus asa (cewah, spontan je aku bagi nasihat kat Ujang, walhal aku sendiri pun tengah mega mandom, aku ingat kalau hang ada kan ka Man Tongkat mesti hang menghadiahi Ujang akan buku La Tahzan, hehehe).

Brader Ujang ni lukis dan sign autograf dengan tangan kiri, memang sahih budak kelas Sains dulu-dulu ni. Ada sekali tu, sesudah membayar bagi novel Jibam dan dok kerunas plastic cover untuk disain autograf, brader Ujang menawarkan diri untuk membukanya, kerana katanya dia ada pisau. Walaupun berunsur abstrak, tapi aku rasa dia ikhlas tu. Dan mungkin betul dia memang pernah nampak aku di mana-mana. Aku sebagai si polan si polan pada masa hadapan kot, hehehe.

* * * * *

Patutnya jamuan perpisahan ini melibatkan aku. Tapi tu dia la, lagu dok kata la. Kata Pak Ngah aku insya-Allah tak lama dah tu, tapi dia bagi date sampai hujung tahun ni, ish, kepastian satu penawar kata kumpulan Harmoni.

* * * * *

Teringat Pak Ngah aku kat Makkah, teringat pertanyaan Dilah, tak mau pi buat umrah ka. Seperti SiFi, aku nak sangat, tambah pulak cuti tahunan dok ada 50 hari lebih lagi. Memang mustahil boleh dihabiskan tahun ini. Nanti kalau jadi bos lagi la jadi stok salaman keemasan cuti aku tu.

PWTC, Teras Jernang & Putrajaya
9 - 11 April 2008

Sunday, March 30, 2008

Hampa Pikia' La Sendiri...

Suatu hari bulan April bersamaan hari Jumaat. Di penghujung temuduga di tingkat 3 KOMTAR, dengan aku orang terakhirnya. Ketua kepada 3 ahli panel yang lebih 40 minit menyusahkan hidup aku mengemukakan satu lagi soalan. Aku ditanya hendak ke mana kalau diberi pilihan.

Kataku, semasa PAC ada dimaklumkan bahawa Wisma Putra menjadi tumpuan ramai. Kataku lagi, kalau ditempatkan di Jabatan Perpaduan, makanya itu tempat yang aku telah biasa. Tapi kalau ditempatkan di jabatan lain, aku anggap itu sebagai cabaran.

Sesi temuduga pun berkahir. Sambil bersalam-salaman, aku pun bagi finishing manouvre sedaih kat depa. "Have a nice vacation in Penang. I hope I will meet you again, but not in other interview".

Aku tau kalau tak kena gaya, ayat aku tu bakal memusnahkan peluang aku. Tapi aku rasa kalau selama ini depa dok seksa mental aku, maka dah sampai masa depa pulak on the receiving end. Kalau lebuh chances aku, at least aku puas hati sebab aku dah sebut apa yang terbuku dalam hati.

* * * * * *

Aku masih pegang kata-kata aku bahawa penempatan di sesuatu tempat aku anggap sebagai cabaran. Cuma bila selalu sangat aku rasa ada unsur-unsur kona, take for granted dan diperkotak-katikkan, maka aku kena tambah klausa pengecualian pada pegangan aku tu. Kalau aku redha juga dengan perbuatan depa tu, maknanya aku takdak perasaan la.

Aku sentiasa percaya pada rezeki termasuk dalam soal promosi. Kalau dah rezeki lambat, maka lambat la. Tapi bila aku satu-satunya daripada beberapa kerat member seofis yang tak dapat surat, maka aku dah terbau bangkai tikus yang tengik.

Nasib baik aku call jabatan berkenaan dan dapat maklumat sebenarnya. Kalau tak, memang sah aku terpinga-pinga tak tau salah tang mana. Rupanya, maklum balas yang patutnya dah lama depa nu hantar tak diterima-terima lagi. Jadi tak dapat la buat paper menyebabkan urusan promosi aku sangkut. Walhal aku dah bagi jawapan lama dah yang aku tak minat pi sana. Hat tu pun tak buleh nak maklum balik ka. Deria labah-labah aku kata ada taktik bumi hangus sedang berjalan.

Pak Ngah aku kata, kalau ada yang tak kena, elakkan konfrontasi, tapi cari jalan keluar.

Tangan-tangan ghaib berkenaan, yang ada antaranya kawan Pak Ngah aku pun, nampaknya enggan melihat bagaimana manusia yang dipadamkan jasa besarnya dan diolok-olokkan pula, mahupun yang mendekam lama semata-mata membela harga diri insan berlainan bangsa, diangkat Tuhan ke singgahsana. Salah satu sebabnya ialah doa orang yang teraniaya, yang tiada hijab antara dia dan Tuhannya.

Wednesday, March 19, 2008

Advencer Si Peminum Teh (Tarik)...

Ish, ada la istighfar sama, tawadhu' sama, jangan la ralit dok tomak-ninah memanjang. Dari satu lokasi ke lokasi yang lain, sambil-sambil bertanyakan maklumat untuk diisikan ke dalam borang oleh assistant merangkap jurukamera amatur aku, dan jugak la aku bagi tazkirah ringkas kepada ketua-ketua kampung yang berkenaan. Niat di hati nak bagi tazkirah dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis hatta Tamil sekalipun, tapi memandangkan aku tak reti bahasa-bahasa tersebut, maka tazkirah ringkas pun disampaikan dalam bahasa Melayu.

Intipati tazkirah aku kepada depa ialah pastikan ada orang nak meniaga, sebab banyak sangat case yang berlaku kat tanah air depa tu, projek dah siap, tapi dari satu purnama membawa ke satu purnama yang lain, takdak orang yang isi pun. Aku ingat kalau sampai enam purnama takdak jugak orang isi, besar kemungkinan kawan tu kena buat kerja khidmat masyarakat la kot, pasai tu tak meniaga-meniaga lagi. Aku agak saja.

Tapi depa ni confident saja menjawab aku tengok. Kalau takdak orang nak meniaga pun depa nak jugak projek tu. Kalau tanah persendirian pun depa kata takdak masalah, mentang-mentang tanah dia. Padahal gomen nak tanah kerajaan supaya tak timbul masalah kemudian hari. Dah banyak dah kes terjadi, masa dia hidup dia setuju, dia dah takdak anak-pinak pakat keriau nak balik tanah depa tu. Masa tu dah hilang habih dah niat asal nak wakaf buat amal jariah apa bala semua. Hubbuddunya betui.

Keseluruhannya tapak-tapak projek yang depa cadangkan tu tak berjenis semuanya, kecuali satu. Hat satu tu kan ka, bukan takat berjenis, hatta ada daya penarik Impulse pun. Saba' sat chek, hat tu kita KIV sat dulu aih.

Nak cerita bagi, punyalah tak berjenis cadangan tapak projek depa ni, sampaikan ada tapak yang jadi tempat budak-budak sekolah dan beliawanis kampung main netball pun depa cadang suruh bina projek kat situ. Aku pun tanya la, habih kalau bina projek kat situ kat mana pulak golongan remaja nak bersukan. Antara jawapan yang diberi :

i. Takpe, padang ni pun sebenarnya diorang tumpang je.

ii. Takpe (sambil tidak memberi pengakuan adanya gelanggang netball alternatif sekiranya gelanggang sedia ada dibina projek).

Aku walaupun tak aktif bersukan, tapi aku prihatin jugak dengan keperluan pemudi kampung nak bersukan ni. Depa ni punyalah nak tunjuk kata ada projek di bawah kepimpinan depa, sampai terlupa kemaslahatan anggota masyarakat lain. Bila aku tanya ada tak bincang dengan pihak terlibat, depa dok pusin kot jauh, jawab dak jugak.

Ada pulak tu, nak suruh bina projek kat kawasan dok kena banjir tiap-tiap tahun. Katanya la ni depa kena pi nala punya jauh walaupun takat nak beli gula. Kedai makan sedia ada pulak dok atas rizab jalan. Rizab jalan bukan hampa tak tau, kalau sampai masa nak perlebar jalan dah kena pindah.

Yang kawasan tu pun satu, kalau nama dia KL tu aku tak hairan sangat la, sebab padat penduduk dan penduduknya suka buang sampah merata sampai longkang tersumbat, ni kawasan pedalaman saja pun, tu pun dok banjir jugak.

Ketua kampung tu kata kalau jadi bina projek kat situ dia cadang supaya bangunan tu dibina di atas tiang, kunun nak bagi tinggi daripada paras sedia ada la kunun. Aku kata kena la ikut standard plan yang dok ada. Dalam plan, bangunan tu macam rumah teres setingkat saja la, mana ada tiang kat bawah nak elak banjir apa semua.

Satu lagi dia cadang supaya ditambun tanah lebih kurang 4 kaki supaya kedudukan bangunan tu tinggi. Ish, hat ni satu lagi siru. Peruntukan projek mana masuk tambun tanah berlori-lori tu. Lagu tu la aku haba' kat dia.

Sorang dari ofis daerah berkenaan kata kat aku, kalau dah banjir pakai takdak orang jugak nak pi bangunan tu pun, semua pakat pindah pi balai raya. Aku kata aku pun pikia' lagu tu la jugak. Yang aku nampak, permasalahan banjir tu yang perlu diselesaikan terlebih dulu daripada kalut nak projek hat tu hat ni. Dah tak banjir kalu buat la projek apa pun. Tapi sebagai jawapan diplomasi aku kata kat ketua kampung tu bahawa aku akan panjangkan kat orang yang berkenaan untuk pertimbangan. Ya la, nak kata tak berkenan pun bukan buleh serbu tak pakai helmet, cagha tu kena ada.

Ada satu lokasi pulak ni, tanah pun tak berapa ada di samping tak berjenih. Ada satu tapak tu katanya nak buat workshop, tapi aku tengok belakang tu ada sekolah agama rakyat dan masjid. Parpu betui. Aku tanya ketua kampung dia, kalau tak dapat 4 + 2 unit projek, agak-agak berapa yang dia rasa o.k.? Hampa tau apa kata dia? Asalnya dia mintak 5 + 5 unit. Mak aih. Hat 4 + 2 unit tu pun aku jenuh pikia' nak mot tang mana pasai tanah pun tak berapa nak ada, inikan pulak 5 + 5 unit. Hat ni yang aku kata tomak-ninah tadi ni.

Berbalik kepada satu-satunya tapak projek yang aku kata paling berjenih tu. Terletak di tepi jalan, lokasinya tidak memerlukan kerja-kerja tanah yang banyak sebab tanah dah rata. Kira rata dah la tu, nak betul-betul Tanah Rata kat Cameron Highlands la hampa pun. Siap berpagar dawai. Di belakangnya masjid, sungguh menginsafkan. Sejajar dengan lokasi tapak tersebut ialah kedai makan PLB. Hat ni yang best ni, sementara mengolet ('collect' la tu) data-data daripada ketua kampung, aku dan rombongan yang ada pun order minum. Hampa tau sapa mai ambik order?

Seorang budak pompuan baya-baya Wani siap bertudung labuh warna biru gelap.

Kalau dah dia yang ambik order, dah tentulah dia juga yang hantar. Diulangi, seorang budak pompuan baya-baya Wani siap bertudung labuh warna biru gelap.

Memang sahih aku rekemen punyalah. Rekemen supaya pembinaan projek dibuat di situ. Kalau dah pembinaan projek berjalan, sudah menjadi kemestianlah untuk aku selalu ke situ. Nak tengok kemajuan kerja, lewat jadual ka hapa ka. Hampa ni misconception tul la.

Sesudah menamatkan advencer, aku sembahyang kat sebuah masjid berwarna putih. Bersebelahan masjid itu sebuah sekolah agama di bandar diraja dan kelihatan pelajar-pelajar perempuan bertudung labuh melalui koridor di setiap tingkat sekolah. Selepas Asar budak-budak pompuan ni ada latihan kadet bomba la kot, sebab ada van bomba kat situ, siap direntangkan gelung paip bomba kat padang. Ah, aku lebih suka part depa jalan kat koridor depan kelas.

Nota :

Empat perenggan terakhir itulah menyebabkan aku suka ronda-ronda di daerah ini. Ya, saat itu aku akui aku bukanlah semurni Azam si penjual tempe apatah lagi Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta yang Pian dok baca la ni.

Tuesday, March 11, 2008

Tahana Kembali Ke Menara...

Awalnya tajuk sebuah cerpen yang aku karang tapi belum siap-siap. Perancangan Allah lebih baik.

* * * * *

Malam sebelumnya aku dan adik hantar Wani balik USM. Di jalan-jalan sunyi tertentu, ada sekumpulan polis mengawal keadaan. Di jalan-jalan lain yang sesak, malam macam masih muda. Gerai-gerai tepi jalan penuh dengan orang lapar. Dari gerai burger hingga ke gerai bernama Lok Lok menjual itik gantung.

Aku menyedut dan menghembus nafas seperti biasa. Tapi nafasku tertahan-tahan dan aroma asap kenderaan angkasa seakan menyukarkannya.

Sejarah menunjukkan orang lain buleh tumpang tui mengkala time kita. Biasanya terserlah keikhlasan kita sungguh-sungguh menghulur tangan. Tapi time depa kita belum tentu. Melainkan terpamer kesungguhan dalam tindakan depa pada kita, maka bersiap sedialah untuk sebarang renjatan.

Hari-hari mendatang mencorakkan seni taman kekuasaan. Semoga kita tak terperosok macam kain buruk balik pintu. Yang aku nampak, rumah Allah akan imarah dan kudus semula. Hat lain-lain dalam lingkungan pengetahuan Tuhan jua.

Fokker 50
10 Mac 2008 (Isnin)

Thursday, March 06, 2008

*Aa Aab Laut Chalen...

Peribahasa Cina ada menyebut, "Orang tua kehilangan kudanya, entahkan membawa tuah. Orang tua mendapat semula kudanya, entahkan membawa malang".

* * * * *


8 Syawal 1428 Hijriyyah bersamaan hari Sabtu. Sesudah menghantar Wani ke Cambridge, aku dan ayah pun ronda-ronda kot leroh Seberang Jaya. Aku memerhati setiap pelusuk jalan dengan penuh minat. Terasa macam seorang pardesi pulak apabila melalui jalan-jalan yang ada antaranya tak pernah aku lalu.

Semasa sesi pembunuhan masa itu, kami pun ke Auto City untuk ushar apa yang patut. Mula-mula ushar Vios. Selain space kat belakang yang dirasakan sempit, hat lain toksah kata apa la. Kemas memang kemas la, macam Harun Mat Taib. Tapi harga yang tak larat tu. Kalau kereta koi lama koi mahal satu hal la jugak.

On the way ke tempat parking, ada satu Kancil kaler merah sudah hon dengan kadar desibel mesra alam. Aku mula-mula tak kisah, kot-kot hon kat orang lain ka. Masuk hon kali kedua, aku pun perati tengok, sappa pulak dah. Ayah aku tak perasan lagi. Apabila cermin diturunkan, la, abang Fisol dan keluarga rupanya. Dia pun pakai beli McD ja nak ligan masa punya pasai. Serkap dia tak jarang langsung, lalu ayah aku pun mengaku, memang nak cari kereta pun. Cuma yang tak bestnya ayah aku kata akulah punca. Aku pun seperti biasa cover la, dak aih, sajjaja tengok-tengok.

Kemudian beralih ke kedai Proton. Sudah tentulah yang diushar Persona. Ada 3 jenis. 2 jenis hat mula-mula tu kalau order 2-3 bulan dapat la. Lalu aku pun tanya la Cina tu, kalau yang High-Liner ni berapa bulan pulak. Dijawab olehnya, "6 bulan". Proton, Proton, aku meratuih dalam hati. Dalam iklan punyalah sempoi, review pun power. Rupa-rupanya hype ja lebih. 6 bulan tara nak dapat kereta pakai jenuh tungguh la aba' hang. Apa punya teruk delivery system, kalau gomen satu hal jugak, ini swasta. Menambahkan siru tu adalah apabila cuba try test tengok duduk-duduk dalam Persona tu. Space belakang Vios tadi dok ingat dah sempit dah, hat Persona ni rupanya lagi sempit. Dah la tu, seat keras semacam. Sistem stereo pun setakat depa susun button. Patutnya boh la hat senonoh sikit. Cuma Persona ni kalau nak dibandingkan dengan Vios menang tang harga saja la. Hat lain tu aku rasa loi sikit.

Masa banyak lagi. Maka kami menghala ke Kassim Mustafa. Nama macam famous, sedap belum tau. Cuma yang buat perasaan aku berbunga-bunga tu ialah kedatangan aku disambut dengan sebuah lagu yang menggambarkan kerinduan seorang pardesi. "Aa aab laut chalen... Aa aab laut chalen...". Macam tau-tau pulak. Dengan suara Udit Narayan yang toksah kata apa la, adoi, mendera perasaan aku betui. Saba' la sat chek, tak lama dah ni.

Bab-bab makan ni aku teringatkan Pian. Maklumlah dia kan kaki ronda, mengalahkan pegawai pemantau. SMS aku dibalasnya dengan mengatakan Kassim Mustafa ni specialty dia gulai ayam. Lepas pekena teh tarik dan dalam pada dok bayar, ayah aku dan lagi interview anak mami penjaga kaunter tu. Pegawai pemantau pun tak terpikia' nak interview cashier. Ayah aku tanya apa yang special, kata dia kalau hari Sabtu tu ada gulai ayam kampung. Cuma yang slack sikit tu malam sikit baru nak ada pun.

Memandangkan masa sangat jealous dengan kami, mana lagi nak pi ambik Wani, tak dapat la nak merasa menu special tu. Walau bagaimanapun, berbekalkan rekemen Pian, aku pun syor kat ayah aku suruh bungkuih gulai ayam. Malam tu bila dah sudah makan kat rumah, aku tanya ayah aku macam mana rasa. Hang tau apa kata ayah aku, Pian? Memang special la dengan rempah dia apa semua. Kredit untuk hang Pian. Aku ingat hang buleh jadi hos rancangan makanan versi Penang la bertajuk Jalan-Jalan Cari Marka.

* * * * *


Meskipun ada kenang-kenangan di 'entah-apa-nama-pun-tak-tau-malas-aku-nak-sebut', namun biarlah aku simpan nostalgia itu dalam lipatan ingatan sahaja. Ia hanya persinggahan, bukan suatu destinasi.

* * * * *


Peribahasa Cina juga ada menyebut, "Berani mati tak mati, berani hilang tak hilang. Orang yang tertawa akhir tertawa menang".

* * * * *


Mungkin sudah takdirnya qada' mubram. Lalu mimpi dan angan-angan itu, yang patutnya jadi macam intan berlian, akhirnya pecah terbarai macam tembikar murah.

* * * * *

Nota :

* Marilah Kita Pulang...

Tunggu Timing Dulu (Versi Vendetta)...

"Perjalanan ini terasa sungguh menyedihkan, sayang engkau tak ada di sampingku kawan, banyak cerita yang mestinya kau saksikan, kan nasib kita berlainan..."

21 & 22 Februari 2008
Dah sampai tahap desperate ni, aku saha ambik cuti 2 hari, kununnya nak kampoi bab-bab yang tak dan nak baca. Tapi cuti serupa tak cuti. Sat-sat ada call. Ada sorang siapa Y di bahagian lain tu siap tanya aku ingat dak buat tak buat minit mesyuarat lebih setahun dulu. Daoh betui. Tak tau ka aku baru ni la nak baca buku pun. Dah la masa kat bahagian tu dulu nak cuti pun payah, dah pindah ni pun dok kejan aku lagi. Parpu yang amat.

24 Februari 2008
Dah tengah hari rembang pun. Lepas pekena roti bakar kat kedai yang hampir setiap hari aku kunjungi, aku pun meneruskan advencer. Hari yang sama puak-puak yang berkenaan memulakan perang dengan bendera bercacakan di kiri kanan jalan, aku pula mengharapkan tuah cubaan ketiga berulang. Macam masa sekolah rendah dulu. Darjah satu dapat nombor tiga. Darjah dua dapat nombor dua. Darjah tiga baru dapat nombor satu. Cuma masa itu selembar kain putih masih kurang danoknya. Sekarang ini aku hanya menyilangkan jarilah jawabnya.

Setelah memandu dengan kadar kelajuan dibenarkan, setelah diceriakan dengan perang bendera dari sebuah negeri ke negeri lain, akhirnya aku sampai ke Bangi Lanai Hotel. Macam mengunjungi daerah bernostalgia. Dengan Akademi LHDN tempat Pak Ngah aku mengajar dulu, di mana dia punch card dulu sebelum hantar aku ke Putrajaya pagi-pagi. Dengan masjid kuning itu, yang betul-betul bersebelahan hotel. Dengan kawasan Teras Jernang itu, tempat aku selalu lepak di rumah Dek Zek bila hujung minggu suatu ketika dulu sambil memotivasi diri masing-masing ketika dalam ketensionan keteramatsangatan. Insaf dalam nostalgia aku dibuatnya.

Setelah menempah kamar deluxe (kamar-iah tidak tersenarai) lengkap dengan ASTRO, setelah jenuh mengangkut bagasi berat yang amat ke tingkat dua, aku pun pekena nasi goreng kat kedai mamak di bawah. Saja layan perasaan, menjelang hari Selasa yang menggetarkan perasaan.

Kununnya nak sambung baca buku, tapi godaan ASTRO bagi orang yang ada channel tivi setakat sembilan tersangatlah kuatnya. Maka hari itu dihabiskan dengan menonton ulangan Raja Lawak.

25 Februari 2008
Dag dig dug jantung berdegup irama pop yeh yeh sebab esoknya perjuangan ibarat hidup mati menjadi kenyataan. Tapi pagi ini aku kena selesaikan banyak perkara. Spek senget la, beli kismis la. Terpaksa la aku ke Seksyen 9. Lain kedai spek lain kepakarannya. Bagi aku haram tak pakar pun depa tu. Ada yang suruh mai petang sikit. Wak lu betul. Depa tak tau ka aku banyak lagi tak baca ni.

Malam tu aku call mak aku minta tolong doa, dan juga Pak Ngah aku minta tips apa yang patut. Membantu jugalah sedikit sebanyak.

Kununnya malam tu aku nak tidur awal la. Awal apanya, Kekasih Awal dan Akhir? Meskipun berbekal strategi mengenepikan nota-nota tebal dan menumpukan ulang baca bab-bab tertentu, aku hanya melelapkan mata yang segan nak lena dekat-dekat pukul 1 pagi. Aku tau dah, kalau aku plan nak baca esok pagi alamatnya memang tak masuk punyalah. Sama ada nak tidur lambat atau tak dan cover langsung esok pagi. Hat tu saja pilihan yang ada.

26 Februari 2008
Dengan khusyuk buat julung-julung kali, aku berdoa ke hadrat Tuhan supaya luluslah hendaknya. Daripada setakat puasa, aku up sikit kepada kenduri kecil-kecilan kat kampung dan belanja KN menu rusa kat Presint 9. Apa nak berkira sangat aih, nak lulus ka nak jimat duit. Dah kali ketiga pun nak berkira lagi, aku rasa Tuhan pun ingat aku ni kikir kot. Apa sangatlah wang ringgit jika dibandingkan nak kena mengulang lagi.

Pagi itu, sesudah solat tahajjud, qabliah dan Subuh, aku telan kismis Malaya sesedap rasa. Malas aku nak kira bilangan ganjil. Masa-masa kecemasan tulah pun nak makan kismis, kununnya nak menjana minda cerdas. Sebelum-sebelum ni kheja dok balun McD memanjang.

Dah siap-siap pack nota dalam beg galas apa semua, aku pun turun ke kedai mamak beli kek paket kecil dan air bali sebab aku tak mau lepak kat kafe bangunan Sapura dah. Selepas follow up dengan pihak hotel berkenaan teksi, aku dok kat kereta pekena sarapan pagi ala Kamdar tu.

Teksi pun sampai lebih kurang 7.45 pagi. Tu memang style aku, dari dulu aku lebih suka ada driver bawa aku ke mana-mana. Apatah lagi nak ke tempat untuk salah satu agenda penting dalam hidup, sedangkan lokasi tu aku tak familiar sangat. Adalah lebih afdal aku guna khidmat supir teksi. Dah hampir tentu aku selamat sampai.

Biasalah, bila kita dah jadi golongan super duper senior ni, pakai takdak la nak jumpa member seangkatan. Satu segi bagus jugak, kurang sikit persembangan dan lebih tumpuan untuk baca nota saat-saat akhir. Nota kena bawak walaupun mungkin tak dan baca dan ingat sangat pun. Ni persediaan dari segi psychology, tak dan baca tak pa, jangan rasa nak baca tapi bahan takdak.

Kali ni, sebaik sahaja dewan di buka, aku antara golongan terawal yang masuk untuk book dulu tempat yang strategic. Kalau sebelum ni aku dok di tengah-tengah, kali ni aku dok lajur tepi tingkap menghadap tasik. Pergh, dah lama aku impikan lokasi macam tu. Manalah tahu, nasib nak berubah, walaupun aku tak mungkin jadi Aladdin. At least, aku jadi macam Mencius yang ibunya terpaksa pindah 3 kali sebelum Mencius jadi sarjana (mula-mula dok kat jirat, pastu market, last sekali baru pindah dekat sekolah). Harap-harapnya, dari segi psychology, aku lebih bertuah seiring penukaran tempat ini.

Aku keluar balik dari dewan tu, baca nota-nota yang ada buat kali terakhir. Agak-agak 9 pagi lebih sikit, aku pun simpan nota, sambil mengeluarkan kismis Malaya dan air mineral yang ada. Depan aku ada 2-3 orang junior. Lantak pi kat depa la nak kata aya' jampi ka apa ka, janji aku bahagia dan lulus periksa.

Seperti strategi masa SPM, sementara menantikan kertas jawapan diedar, aku tulis dulu apa-apa info yang aku ingat kat atas meja tu. Antara pandangan mata umum dengan survival aku yang sangat lama, aku pilih hat nombor dua la. Lagipun aku tulis dengan pensel, bukan tak buleh padam. Sementara ingat la, satgi bila nak pilih soalan pakai lebuh macam tu saja la maklumat yang membuak-buak dalam medula oblongata aku ni.

Dapat buku soalan, aku tanda dulu soalan mana yang rasa-rasa boleh jawab. Aiseh, ada 4 saja daripada 5 yang agak-agak boleh goreng. Takpa, aku menenangkan hati sendiri, jawab dulu hat mana boleh.

Berdasarkan tips Pak Ngah aku, aku ketepikan intro dan penutup seperti percubaan kali kedua dulu. Sambil-sambil aku jaga masa dan bajet berapa points aku patut tulis untuk soalan berbentuk perbincangan. Agak-agak 20 minit lebih setiap soalan. Memang berhasil la tips tu, sebab selesai jawab 4 soalan aku ada setengah jam lagi untuk ushar soalan mana yang aku nak jawab sebagai soalan nombor 5. Memandangkan masa pun banyak lagi, aku tak kalut sangat. Nak banding last time kan ka, aku cuma ada 5-10 minit nak jawab soalan terakhir. Tu yang siru tu.

Dah habis jawab, aku isi particulars kat atas setiap kertas jawapan. Juga highlight points penting untuk setiap jawapan. Kalau nak garis dengan pensel tu style STPM, lagipun leceh, nak kena pedo lagi. Maka highlight la aku dengan beraneka warna seperti pelangi sesudah hujan dahlia (macam tajuk cerpen FT la pulak).

Mungkin takdir kot, dalam pada aku dok tercongak-congak apa program ketujuh di bawah e-gomen, aku lalu teringat akan e-syariah. Dan sesudah diumumkan boleh bersurai, SMS pertama yang aku baca adalah daripada hakim mahkamah syariah. Ini petunjuk baguih ka apa ni. Harap-harap baguih la. Penat dah ambik banyak kali ni.

Aku saja ambik masa susun alat tulis yang masih bertanda harga ke dalam pencil case. Dulu aku buang tanda harga tu, kali ni aku bia' pi la lekat kat situ, saja buat reformasi diri sikit. Bunyi macam superstitious tapi tak dak salah pun nak buat perubahan. Lagipun tu hanya aspek psychology, bukannya aku percaya khurafat pun. Dah agak-agak reda dah budak-budak kanyia' tu keluar, aku pun dengan gontainya mengucapkan adios kepada dewan itu.

Terjumpa la pulak dengan si Ros, macam-macam cerita la dok ada. Katanya dia call aku sebelum exam, tapi manalah aku nak jawab sebab aku silent mode, nak kurangkan gangguan. Cerita orang senasib macam kami yang spesiesnya hampir pupus.

Aku pun pulang ke hotel semula dengan menaiki teksi pagi tadi. Mencari ketenangan di masjid kuning selepas makan tengah hari di kedai mamak. Tolonglah luluskan aku ya Tuhan.

28 Februari 2008
Kursus penulisan kreatif la kununnya di IKIM. Itulah pertama kali aku jejak kaki ke situ. Selalu dengar radio saja. Tambah-tambah part Mona Jasman cakap Arab. Dan baca buku KP dia bertajuk "Eh! Wat Yu Talking?"

Yang mengajar Sharon Bakar dan sorang professor bernama Wan. Ada masa rasa macam salah kursus pun ada. Si Sharon Bakar punya approach lebih kepada pengarang bahasa orang putih. Aku pulak pikia' dalam bahasa Melayu. Dalam group aku macam-macam orang ada. Yang consultant, yang internal auditor, yang pegawai zakat, yang kerja imigresen. Time express idea dalam penulisan yang tanpa berfikir, tanpa berhenti, dan ikut daya intuisi yang terlintas (kununnya, first time aku cuba tulis tanpa berfikir, padahal baru kelmarin dulu jenuh pikia' nak jawab soalan periksa, giler kontra), orang lain semua pakat tulis bahasa orang putih. Aku pulak, sebab Malay medium, dan selalu berfikir dalam bahasa Melayu, dok layan pulak cerpen dan novel Melayu, pakai tulis Melayu la jugak. Ada sekali cuba try test tengok tulis bahasa orang putih, tapi dok kelik pok kelik pok, dah macam terjemahan la pulak, tersekat-sekat, malas aku.

Profesor Wan punya kuliah macam ikut kelas sastera la pulak. Dengan bahasa dan pendekatan skema. Tapi aku suka, sebab ala sastera. Yang aku suka lagi, sebab dia menawarkan pencerahan kepada keadilan dalam berkarya. Katanya, ada masanya menyatakan sesuatu perkara meskipun dengan alasan itulah realiti sebenarnya adalah perbuatan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Contohnya, dia mengatakan tentang kenyataan sesetengah pihak seperti orientalis yang Nabi berpoligami kerana nafsu. Katanya, kenyataan tersebut tidak meletakkan status Nabi pada tempatnya. Status Nabi seperti dia tegaskan yang perlu diKETENGAHkan adalah sifat-sifat mulia yang jauh berbeza dengan ciri manusia biasa. Sifat-sifat Nabi ialah Al-Amin, penghulu segala nabi dan sebagainya.

Yang lagi best tu, apabila dia mendeklamasi sajak-sajak ciptaan sendiri, yang belum diterbitkan lagi (ada 2 buku antologi sajak dia terjual kat luar dewan tapi aku tak beli), dia turut menjelaskan maksud setiap rangkap sajaknya itu. Satu sajak berjudul "Kakaktua Mawlana". Dia menceritakan bahawa Mawlana dalam sajak itu adalah Jalaluddin Ar-Rumi, yang makamnya di Turki dihiasi bunyian ney. Wah, lantas teringat aku akan novel FT bertajuk "Advencer Si Peniup Ney" (hang kena baca novel tu Pian, FT lagu dok candek puak-puak huha huha tu).

Semasa sesi soal jawab dibuka, adalah sorang mamat ni menanyakan soalan di mikrofon berdiri yang letaknya di sebelah aku. Aku mula-mula tu rileks la dulu. Cuma bila sampai part dia sebut nama dia sebagai Achmad Bijan bin Ubaidillah (bukan nama sebenar) pensyarah dari sebuah IPTA, aku pun kalih kat dia. Ushar lama-lama, bia' betui, ex-classmate waktu menengah rendah dulu. Adoi, minggu ni nampaknya penuh nostalgia. Rasa macam nak suruh Pian pasang lagu Wheels "Dalam Kenangan" yang dia download tu pun ada.

Habis sesi kuliah, aku pi la kat mamat ni. Ingat jugak lagi dia nama aku. Kemudiannya join la lunch sekali. Tapi aku silap, sebab geng akademia ni ada circle depa tersendiri. Jadinya aku memang tak buleh tumpang tui. Bosan gila.

Tengah hari tu, sebelum dia balik attend meeting, aku pun tanya kot-kot ada business card. Sambil-sambil tu dan la sembang sepatah dua. Dia tanya aku kerja apa dan kat mana. Aku pun jawab la, kerja Penolong Setiausaha. Nampak ada unsur musykil pada syurga di wajahnya. Saja aku buat lagu tu. Maklumlah, kalau orang tak tau mesti pelik. Biasanya setiausaha pompuan, ni laki, jadi penolong pulak tu, apakejadahnya.

Sebab-musabab aku buat macam tu ialah sebab kerjaya aku ni selalu tidak disenangi oleh golongan lain. Padahal sama-sama makan gaji dan berkhidmat untuk negara. So, to play safe, aku bagi tau saja la gelaran jawatan. Senang cerita. Dia pun takkan nak tanya banyak, lecturer la katakan, satgi nampak uud sangat, penolong setiausaha pun tak tau menatang apa. Menjadi jugak strategi aku.

* * * * *

Dalam best dok layan nostalgia dan kenangan silam, ada jugak berita-berita sentul tu. Cis, keji sungguh puak-puak tu, tak buleh tengok aku bahagia sat aih. Plan nak makan Mi Sotong Hameed kat Padang Kota dengan Pian pada suatu hari, la ni aku rasa lagu dok makan hati.

Tuesday, February 19, 2008

Lepaskan Kembali Aku Ke Pulau CINTA : Ketika Bertasbih Ayat-Ayat Di Atas Sajadah…

Masa ni puak-puak yang bercakaran dah mula mengeluarkan bermacam-macam hikmat. Daripada hikmat biasa macam Hikmat Kutukan Primat sampailah kepada hikmat kuno yang berbahaya macam Hikmat Menerjunkan Diri Mengembangkan Payung.

Aku pulak ada perjuangan tersendiri. Melepaskan diri daripada sumpahan Eros yang tak sudah-sudah. If only I could borrow that powerful stance from Goku. Kame-hame-ha...! Ambik habuan.

Nota :

Wan Ismail Golok dalam PMPMTT, semasa mengajuk kombinasi lagu Itulah Sayang (P. Ramlee) & Tanya Sama Itu Hud-Hud (M. Nasir) mengatakan, dan kata-katanya itu aku ubah suai, "Tanya sama itu hud-hud, bila buleh balik, nanti hud-hud kata, tanya algojo...". Mengimprovisasikan ungkapan V dalam V For Vendetta, "Remember, remember, the 8th of March".

Tuesday, January 22, 2008

Rupanya Tuhan Masih Kasihan...

Hari demi hari, batu jemala aku makin dihempuk dengan beban demi beban. Berlalulah sudah zaman makan angin macam hamba Allah sebelumnya. Kawan itu punyalah rileks. Mesyuarat dengan negeri pun tak kena hadir, laporan kepada Federal pun satu bentuk format sahaja, sasaran projek setiap bulan pun ikut suka takat mana yang dan nak pi. Tiap-tiap minggu balik rumah di Dengkil. Heaven giler.

Makanya, disebabkan aku berjeromoh dengan kesentulan yang semakin bertapuk-tapuk kini, maka serasa-rasa tiarap jugak PTK aku kali ni. Kalau ikut adat la. Kalau Tuhan kesian kat aku bolehlah lulus.

* * * * *


Semalam, dengan serba kelam-kabut menyiapkan report dan segala macam, serta menyiapkan maklumat penting untuk persiapan meeting esoknya, terpaksalah aku balik pukul 10 malam lebih. Asalnya aku prepare untuk meeting petang saja, tau-tau ntah bila masa ada jugak meeting pagi. Tu yang jenuh tu. Giler penat aba’ hang, kena pulak bukak posa hanya dengan milo kotak dan kuih kacang dan juga air mineral. Mesyuarat esok ketua negeri chair, jiran kampung sebelah dengan ketua federal, pasang dah aku. Minit mesyuarat apa pun tak sampai kat aku, jadinya preparelah aku berdasarkan jangkaan apa yang perlu untuk meeting tu. Pakai agak-agak ni bahaya, sebab kalau keluar isu berkaitan agensi masak aku. Depa nu bukan nak kira aku cover tak agensi. Yang depa tau aku orang Federal.

Oleh yang demikian, bermula Asar petang itu membawa ke Subuh esok, aku panjatkan doa supaya Tuhan permudahkan aku, jangan fumble dan jadi laughing stock keterlaluan. Aku tau aku banyak dosa, kalau Tuhan tak perkenan pun aku buleh buat apa. Tapi itulah ikhtiar terakhir aku. Sebab Tuhan Maha Penyayang. Dalam buku yang dikarang oleh seorang ulama, dinyatakan bahawa Suffian Ath-Thauri pernah menyebut, "Sekiranya pada hari Akhirat kelak seorang manusia datang menghadap Tuhannya dengan membawa 70 peti penuh berisi dosa, itu adalah lebih mudah daripada 1 dosa sesama manusia.". Diceritakan juga dalam koleksi kuliah tok guru tersebut, bahawa pada hari Akhirat kelak juga, orang yang dosanya lebih banyak dari pahala, yang apabila didatangi oleh manusia lain memohon bantuan pahala untuk membolehkan si pemohon masuk syurga, dan orang yang banyak dosa tadi memberikan pahalanya kerana pahalanya sudah tidak signifikan lantaran dosa yang banyak, maka Tuhan dengan rahmat-Nya akhirnya memasukkan juga ia ke dalam syurga. Subhanallah.

Meeting bermula pukul 9.30 pagi. Aku dok row backbenchers paling hujung. Takdak pun tanda nama untuk jabatan aku. Jabatan wujud tak wujud la katakan. Ketua negeri dah tanya siap-siap sapa yang wakil ketua jabatan. Ada la 2-3 kerat angkat tangan. Aku pun terasa jugak nak angkat, tapi sebab status jabatan aku ni satu macam punya pelik, nak kata ketua jabatan bukan, nak kata bukan ketua jabatan pun bukan, lalu aku pun tak angkatlah tangan.

Seperti biasa la, dapat saja fail mesyuarat aku pun kelebek isu apa yang berbangkit, ni satgi ketua negeri tanya mati keras pulak aku. Aku dah tak peduli walaupun agenda meeting bincang benda lain. Kemudian kemudian sikit aku follow agenda depa tu. Seperti dijangka, isu agensi. Jahanam. Yang anak buah pulak pi kacau bubur sora. Aku SMS tak jawab-jawab. Hangat hati jugak aku. Ada harapan aku tenyeh prestasi tahun ni. Jaga hang. Kalau aku nak buat la. Lalu aku pun SMS la kat sorang staf agensi tu. Pun lama baru jawab. Ketua negeri tu pulak awal-awal dah tunjuk cengil dah. Alasan-alasan semua tak mau dengar. Amboi aih.

Takdir Tuhan, pagi tu aku terselamat daripada pembantaian. Cuma waktu round table saja hat ketua negeri ni pulak nak beramah mesra tanya aku dari mana. Dah aku jawab buat-buat hairan pulak bila masa ada wakil Federal kat negeri. Ketua kewangan yang suatu masa jadi ketua pemantauan dok sebelah dia, dulu aku pernah buat kunjungan hormat, so dia la explain sok-sek-sok-sek kat ketua negeri ni. Kena promo diri tu sikit bagi orang perasan, macam tu la lebih kurang tazkirah singkat dia. Lepas tu ketawa ramai-ramai dengan ketua-ketua jabatan lain. Tera tu takdak la aku rasa macam laughable sangat. Kira normal lagi la tu. Aku pun ambik kesempatan memaklumkan yang aku tak cover projek di bawah agensi. Sebab bilangan pegawai sorang, staf 2 orang. Terhad la maksudnya, mana dan nak cover semua. Strategi beb, untuk mesyuarat-mesyuarat seterusnya bila berbangkit lagi benda-benda yang menyusahkan hidup aku tu. Walaupun dia kata mesyuarat akan datang nak dengar laporan aku pasal lawatan projek yang aku buat, bagi aku hat tu tak la payah sangat. Nak kena perkemas sikit saja la report yang dok ada. Tu pun boleh jadi dia melawak, dan tak masuk minit. Sebab seingat aku tadi dah ada jabatan lain nak present. So far, waktu pagi ni alhamdulillah, syukur, aku sebut pelan-pelan, dengan harapan waktu petang pun mudah jugak.

Break tengah hari, baru aku terperasan mata aku merah. Rehat tak cukup la tu, balik lambat semalam punya pasai, tidur tak lena pulak tu, tak tau apa nak jadi dalam mesyuarat.

Waktu petang, mesyuarat lebih kepada perbincangan. Disebabkan waktu pagi promosi terhadapku dah hampir tepu, maka ketua daerah pun lagu dok candek la. Ada la ketua ekonomi ni pesan kat ketua negeri kata aku dah ada sebagai wakil Federal, so mintak response. Kali ni aku dah complacent sikit berbanding pagi tadi, justeru ayat-ayat aku lebih tersusun dan boleh control sikit intonasi. Ketua negeri ni nak jugak candek aku, kiranya yang disebut kata Federal ni tak boleh harap tak betul la. Bunyi kasar, kata aku, sambil gelak-gelak. Overall, petang ni pun aku terselamat jugak. Syukur. Sementara menunggu bala bulan depan pulak.

Rupa-rupanya, Tuhan masih sayangkan aku. Dan aku pun kenalah tunaikan nazar untuk berpuasa 3 hari seperti sebelum-sebelum ini.

Dahlah, nak balik awal sikit hari ni, penat. Esok pagi-pagi nak pi tengok orang bela ikan pulak dengan bos kepada pembantu ketua daerah. Banjir baru ni ntah ka dah lari habih ikan-ikan tu.

* * * * *

Balik awal menatang apa, menatang minyak yang penuh? Ada pula report lawatan projek tak check lagi. Lepas Maghrib jugak la baru balik rumah. Esok lusa aku dah meninggal dah, meninggalkan negeri ini sampai bertemu hujung minggu.


Tingkat 7 Sebuah Wisma

Monday, December 31, 2007

Na Na Na Na, Na Na Na Na, Hey Hey Hey, Goodbye...

Beberapa jam lagi aku alamat bercerai kasih la aku dengan 2007. Kat sini entah kat mana depa sambut tahun baru. Kalau kampung halaman aku tu aku tau la kat Esplanade. Huha huha punya hora. Bukan buleh syafaat pun. Baik aku dok rumah. Khutbah baru ni kata awat tak insaf-insaf jugak walaupun baru lepas kena banjir. Tak tau la pulak aku teks khutbah tu sama ka dak dengan Masjid Negeri. Kalau tak sama kira memang berani la.

Tempoh satu tahun bagi umat akhir zaman punya la cepat berlalu. Rasa-rasa baru tat sat aku ronda-ronda area Tanjung Bunga dengan Pian. Cuma aku tak menyanyi lagu "Zindegi Ek Safar" macam Rajesh Khanna dengan Hema Malini dalam Andaaz saja la. Depa buleh la sebab tak pakai helmet.

Beberapa jam lagi 2008 akan mengucapkan "Assalamu'alaikum". Mudah-mudahan sejahtera betui la hendaknya. Dengan PTKnya yang macam sentul. Dengan cita-cita nak pekena Nasi Kandar Shariff kat Gelugor nampak lagu dok kelam. Dengan orang atasan yang tak dan-dan nak masuk ofis lepas balik haji. Dengan Pakistan yang huru-hara (patut la pak Shah Rukh Khan lari pi India, tak percaya cuba baca King of Bollywood : Shah Rukh Khan and the Seductive World of Indian Cinema tulisan Anupama Chopra, dan aku sambar kat KLIA hari Benazir Bhutto ditembak mati).

Dan aku? Heh, aku masih di sini.

Tingkat 7 Sebuah Wisma.

Saturday, December 22, 2007

Syair Terakhir...

Semakin hampir aku dijemput pulang tika muda langsung mengucapkan selamat tinggal kepada dunia, sambil-sambil menyeluruhi sekeping kad ucapan hari lahir, aku akan teringat bahawa dahulu aku pernah ada seorang kawan di sebuah bandar raya. Perkenalan yang bermula dengan silap duga, ada rembesan air mata katanya. Seterusnya persahabatan yang ada kala dibumbui dengan salah terka lantas ada hati terluka. Siapa tahu, kesudahannya ditandai dengan kekhilafan jua. Hanya doaku, semoga dia lulus PTK 1 dengan jayanya pada cubaan kali pertama.

* * * * * *

AL-WARQATU ILA ZUMALA'I (KHUSUSAN ILA UKHTI)

Bait-bait begini takkan terdengar lagi
Kerna inilah bicaraku buat penghabisan kali

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ke hadapan teman yang dirahmati
Moga diberkati Rabbul 'Izzati
Sekadar renungan setiap diri
Agar terhindar menjadi 'Asi

Manusia tiada tercipta sempurna
Cacat dan cela di mana-mana
Meskipun 'amal bersederhana
Biarlah hidup penuh bermakna

Biarpun orang berbuat tahana
Usah berdendam di dalam jiwa
Pohonkan agar mereka bahgia
Bak Ahmed Deedat akan doanya :
(Tum salamat reho hazare bares, aur har bares dilho pancha tadhar)
Maksudnya ringkas namun bermakna
"Mudah-mudahan panjang usia"

Malu berdosa satu tuntutan
Wajib ke atas setiap insan
Bukan semata kaum perempuan
"Fainna al-Haya'a minal iman"

Sebelum ternoktah sehelai warkah
Ada suatu pesan tergubah
Resmi dunia bertemu berpisah
Izinkan hamba untuk bermadah

Jikalau teringat sekali-sekala
Di mana juga kita berada
Tatkala malam telah menjelma
Kita menatap rembulan yang sama

Dan warkah pun dikirimlah. Usah masyghul teman berbudi luhur. Aku cuma berundur.

Auditorium
INTAN Bukit Kiara
"Malam Secerah Pawana"
19 Ogos 2004 (Khamis)

Monday, December 17, 2007

Bila Suffian Bersastera...

Sewaktu masih belum berumah tangga, aku membuat keputusan untuk tidak mengoptimumkan kesempatan cuti tersepit Aidil Adha. Sebaliknya aku lepak di rumah Shah di Kampung Sungai Ramal Dalam.

Selesai sembahyang sunat di sebuah masjid di Bangi, operasi pencarian bekalan makanan pun bermula. Rupa-rupanya kedai makan banyak yang tutup. Cari punya cari, akhirnya adalah satu kedai mamak. Untung sakan dia hari tu, pengusaha tunggallah katakan.

Tengah-tengah menjamu selera, ada call dari kampung. Suspense juga aku dapat call dari kampung di pagi raya. Rupa-rupanya ditanyakan padaku makan apa pagi-pagi raya begini. Apabila aku katakan roti canai, Dilah pun lagu dok layo’ kata depa kat kampung makan ketupat rendang dan segala macam. Hai, semacam jugak rasa.

Itulah kali pertama dan terakhir aku sambut Aidil Adha di tempat orang.

* * * * *

Ketika ini pun hujan masih turun dengan lebatnya. Adapun kejiranan yang aku huni bukanlah kawasan banjir. Maklumlah, kawasan hartawan dan bangsawan. Resmi dunia, begitulah. Cuba kalau kawasan-kawasan ulu banat ceruk paloh sebelah pedalaman, alamat dah lama dah tidur di balai raya.

Hanyasanya rasa kasihan aku kepada mereka berkenaan setakat itu sahajalah. Sedangkan kalau hujan emas di negeri orang pun lebih baik berhujan batu di negeri sendiri, inikan pula bila hujan ribut siap dengan banjir di negeri orang, sudah tentu berlebih-berlebih baik bercuti Raya Haji di negeri sendiri.

Memodifikasi ucapan Brutus kepada Plebeians beberapa ketika selepas ditikamnya Julius Caesar, "Not that I love this state less, but that I do not love it at all".

Selamat Berkorban. Chow!

Tingkat 4 Sebuah Kuarters
15 Disember 2007 (Sabtu)

Thursday, December 13, 2007

Over-Dost Dost Na Raha...

Siaran tivi kadang-kadang membosankan. Kalih pi kalih mai takdak satu yang berjenis. Lalu pemandangan pun singgah pada RTM1. Ada rakaman konsert sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Bosan masih, lalu aku kalih lagi ke stesen lain. Tak lama lepas tu aku kalih balik ke RTM1. Seorang penyanyi siap dengan tuxedo, di tengah-tengah persembahannya. Entah sapa entah, tak kenal pulak aku. Tunggu sat, macam pernah aku dengar melodi itu, tapi di mana ya?

Sekitar tahun 2005, selesai mesyuarat tapak Jalan KESBAN di Kelantan. Sewaktu dalam perjalanan dalam kenderaan yang dipandu Encik Amran, frekuensi radio Manis FM. Aku kurang menangkap seni katanya tapi antara patah-patah perkataan yang aku ingat ialah "...Di pasar minggu, Di Wakaf Che Yeh...". Lenggok dan tema yang hampir sama dengan lagu yang M. Rajoli nyanyikan dalam Cinta Antara Benua, "Air matoku tubek, sayunyo raso". Aku tanyakan Encik Amran akan gerangan si pemilik suara. Dukacita dimaklumkan bahawa memandangkan Encik Amran lebih arif perihal pembinaan, maka tiadalah aku ketahui. Andaikata aku sempat membuat pemantauan di kedai kaset di Kelantan, sudah pasti harapan cerah sebab aku sangat pasti kaset ini takkan terjual di kedai kaset negeri lain. Kalau ada pun payah nak cari. Tapi apakan daya, disebabkan kesuntikan masa, tiadalah sempat aku mengushar di kedai kaset sebelum penerbangan pulang. Itulah mulanya cinta dengar pertama meskipun tak ketahuan hujung pangkal.

Iringan orkestra menambahkan impak pada persembahan penyanyi tersebut. Gandingan yang mantap, seolah-olah komunikasi dua hala antara penyanyi dan orkestra terutama part chorus bagi memastikan keselarian suara dan irama. Aku tak tau la Sultan Kelantan terhibur ke tidak, tapi aku memang teruja. Cuma frust sedikit sebab nama penyanyi dan tajuk lagu tak dipaparkan di penghujung persembahan. Mungkin dah disiarkan awal-awal tadi.

Walau bagaimanapun, kefrustan itu hanya seketika. Dengan bantuan pak cik Google buat ke sekian kalinya, pencarian aku menemui noktahnya. La, dia ni ka, aku rasa kaset raya dia tahun lepas ada dalam kereta. Kitne door, kitne paas; betapa jauh, betapa dekat.

Malam sebelumnya overdose dengan lagu Hindustan yang mengiringi persembahan demi persembahan di ASTRO Ria. Lalu apabila sebuah lagu terpasang menggunakan khidmat You Tube, maka Dilah pun bertanya, "Ni lagu Hindustan ka?". "Tak", aku menjawab kesukaan. Memang dari kejauhan ramai akan tertipu apabila mendengar iramanya.

Sepetang Khamis malam Jumaat ini, di sinilah aku, sambil-sambil menyiapkan draf SKT atas permintaan ramai kawan-kawan sejawatan, mengulang dengar lagu seorang Jogho bernama Megat Nordin. Ada elemen sayu dan lucu, juga mendayu-dayu. Selain berunsurkan Hindustan, juga ada beberapa tobaqah (tingkatan suara). Hat tu yang buat lagu ni mahal. Lagi belum cemuih, layan ja la.

"...Dok nati nati, nati nok tengok

Puah bedighi ambo duduk congok
Dok tunggu tunggu, tunggu nok kelih
Di pasa minggu di Wakaf Che Yeh..."

Tingkat 7 Sebuah Wisma

Friday, December 07, 2007

Mengembara Serupa Ahasveros...

Setakat yang aku kenal akan dia, sudahlah top scorer, bersopan santun pula. Perkenalan yang unik, tanpa persembangan. Kenal sebab sekelas. Koordinat di tepi tingkap menghadap padang rumput. Meja aku dan Tok Met di hadapan sekali dalam lajur itu. Meja Hawariyyun dan dia pula di belakang kerusi kami. Walaupun dia duduk sebelah-menyebelah dengan Hawariyyun, tapi watak mereka tersangatlah kontra. Kawan-kawan lelaki yang nakal menggelar Hawariyyun sebagai hawa' lantaran wataknya yang hyperactive. Tapi sungguhpun digelar hawa', pandai mengaji dan masuk kelas Tarannum juga.

Seperti pelajar-pelajar perempuan yang lain, bab-bab bahasa dan ayat-ayat memanglah kepakaran yang dimiliki. Aku masih ingat lagi, suatu hari ustazah membacakan contoh jawapan terbaik bagi soalan Pendidikan Islam yang memerlukan penaakulan. Salah satu jawapan terbaik ialah hasil tulisan dia. Antara kata-kata yang menangkap dalam jawapan dia yang panjang lebar itu ialah "... muslim sejati". Jawapan yang tak pernah terlintas di fikiran pada masa itu sebab aku sibuk berperang dengan suasana. Lagipun pada masa itu aku memang kurang mahir bermain dengan kata-kata.


Dua belas tahun berlalu. Berdasarkan Fotopages sebelumnya, aku ketahui bahawa dia telah menjadi pegawai di UNIMAP. Kemudiannya, Ketua Penolong Pendaftar UNIMAP pula menjadi bosnya. Malam itu, sewaktu melayari Internet dengan kad prabayar bernilai RM20 untuk 4 jam, aku terima e-mail daripadanya. Sudah hendak berkenduri rupanya pada Aidil Adha hari ketiga. Hasil maklumat espionage, dimaklumkan dia bertemu jodoh dengan warga UNIMAP juga. Insya-Allah kalau tak ada aral aku akan hadir, balas e-mail ku, maklumlah dah jadi orang jauh. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Mungkin menghadiahinya Asam, Garam, Gula & Kopi tulisan Abd. Jalil Ali, mudah-mudahan bermanfaat untuk kehidupan berumah tangga.

* * * * * *

"Bagi nasi campur, mak cik. Nasi lebih na. Kali ni bagi saya bayar."

"Tak pa", mak cik itu tersengih. Bukan buleh sangat mak cik ini, lepa satgi ada harapan aku makan free sekali lagi. "Tunggu sat no."

Memandangkan mak cik itu nampak sibuk, maka aku pun duduk dulu. Aku dah mark dah nak ambik sambal tumis ikan bilis saja.

Dok tengah duduk tu, server (orang Melayu panggil ‘pelayan’) pun mai hantar horlicks panas, teh o panas dengan air suam. O.K. la tu, buat basah tekak. Baru jerit air sikit, tau-tau dah mai pulak ikan gulai apa pun tak tau 2 kerat 1 mangkuk, gulai ikan masin 1 mangkuk, ikan keli goreng 2 ekor siap dengan sambal belacan, tempe dipotong dadu 1 mangkuk. Pasang dah aku. Nak tolak, orang dah hidang. Bayar pun bayar la. Apa cerita pun makan dulu special brunch ni.

Sistem perparitan bawah peruntukan PIAS pun dah siap. Tinggal nak boh dataran kejat. Tunggu tahun depan la kot. Tapi takat la kira dah elok dah tu walaupun takat tanah merah. Nak banding dengan dulu kan ka, walaupun dataran kejat ada tapi hanya ada satu laluan masuk, nak parking pun susah.

Tengah-tengah makan, mak cik tu pun, macam hari tu juga, mai bersembang. Katanya nak beli tempat hidang stainless steel tu, buleh perangat lauk katanya. Aku bagi la jalan, ada skim pinjaman Federal buleh bagi, nanti aku pos kat dia garis panduan dan borang yang berkaitan. "Mak cik bukan reti nak tulis-tulis ni." "Mak cik pakat-pakat la dengan anak-anak." Ish, terer jugak aku buat ayat macam member seperkhidmatan yang kerja kat daerah.

Timing tu penting. Jadi bila mak cik tu pi ke dapur, dan hat server pun tak sibuk sangat, maka aku pun panggil server tu suruh kira. Aku dah siap bawak keluar not RM50 dah. Dah habis server tu kira, semua sekali RM7.50. Giler terkejut aku. "Betul ke akak kira ni?" "Betul", katanya.

* * * * * *


Pemandangan dari jendela menghadap hamparan tasik dan bangunan-bangunan sekitar. Dari masjid sampailah asrama UNITEN. Aku seperti biasa menggambari menggunakan N70. Tenang, damai, hening. Meski langit bermain acilut.


Hotel Green Park - Hotel Kristal – Hotel Residence
3 – 6 Disember 2007

Sunday, December 02, 2007

Teristimewa Buat Si Dia Yang Bernama P...

"...Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namun ku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Andai ku tiada
Andai ku pejam mata
Biar ku abadi
Cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh
Sambutlah salam ku
Kerana aku masih menyayangi
Tidak pernah aku membenci dirimu"

(Alleycats, "Sampaikan Salam Cintaku")

Andai kita takkan jumpa
Ketahuilah bahawasanya aku tetap rindu
Meski sebagai Kaduk dan Liza
Cinta tak semestinya bersatu

Sebermula Coretan :
Bilik Datai, Institut Pengurusan Peladang, Kuah
25 November 2007 (Ahad)

Tuesday, November 27, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa...

Qin, dengan kelihatan segan-silu meminta aku menolongnya menulis karangan tentang percutian di sebuah pulau. Seraya aku teringatkan karangan bertema sama yang pernah aku tuliskan zaman muda. Karangan mengandungi serangkap pantun.

* * * * * *

Di hadapan sebuah Parade Megamall, rasanya macam kenal. "Boss!".

Lelaki itu menoleh, sambil ketawa bercampur gembira macam dulu-dulu. "Eh, engkau Mat, apa engkau buat kat sini?". Sambil berjabat tangan, maka diceritakan bahawasanya ada mesyuarat. Lalu persembangan berpanjangan, daripada sekadar bertanya khabar kemudian melarat kepada perkembangan pegawai-pegawai atasan yang dikenali. Ada yang tersekat peluang naik pangkat di penghujung kerjaya, ada yang kerana kemurkaan seseorang lantas tercampak ke mana-mana membuat kerja entah apa-apa.

Kalau mengikut teori Hukum Tuhan, maka kepoyoan terhadap pegawai-pegawai bawahan suatu ketika adalah titik tolaknya. Apabila bertemu buku dengan ruas, barulah diketahui langit tinggi atau rendah. Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata (lagu "What You Give You Get Back" sebagai latar).

Cuma apabila berada dalam perkhidmatan awam yang sama ini, rasa kekitaan dan simpati masih ada, walaupun pengalaman dengan hamba Allah berkenaan memang sangat-sangat menjengkelkan.

Ex-bossku, seorang Bugis, yang aku senangi sebab mudah dan sedia dibawa berbincang rupanya datang untuk menjemput anaknya di MRSM. Macam dulu-dulu juga, cuma bezanya ini buat kali terakhir sesudah selesai SPM.

Aku suarakan hasrat yang lama tertangguh kepadanya. Katanya kalau ada kesempatan, ingin juga ia slow talk dengan orang di atas sana. Harap-harap cara dan pemasaan sesuai. Dak kalu, naya buleh.

* * * * *

Kekok, janggal, ginjal semua ada. Tapi aku tidak boleh menjalankan muslihat Houdini seperti setiap kali sebelum ini. Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku.

Bermula daripada menaiki teksi yang sama, angkat beg letak atas troli sampailah makan di Kenny Rogers Roasters hatta tolak troli untuk daftar masuk sekalipun.

Aku, aku. Macam manalah aku boleh terjebak dengan benda-benda sentul sebegini. Aha, aku ada beberapa cadangan jawapan.

Satu, ini bukan urusan rasmi. Dua, aku memang tak berapa berkenan sorong troli sebab selalu pun aku lebih suka heret beg beroda.

Setelah meneliti cadangan jawapan satu dan dua, aku tandakan hitam pada Borang OMR cadangan jawapan nombor tiga. Iaitu semua aktiviti yang aku sebutkan tadi melibatkan penyertaan dua orang wanita, termasuk makan semeja. Appa punya turrr.

* * * * *

Cikgu Faridah, seingat-ingat aku sama ada tanda rait atau tulis 'Baik' sebelah pantun dalam karangan aku. Pantun itu aku hafal masa tengah rajin baca buku sejarah Melayu lama-lama, meskipun sepatutnya 'terlantar' aku tulis 'terhantar'. Masa itu semangat tengah berkobar-kobar sebab masuk 1 Al-Farabi selepas streaming. Kena pula aku memang scorer untuk kertas bahasa Melayu bagi peperiksaan tersebut. Siapa tahu, tahun demi tahun semangat itu nantinya 'kan jadi pudar.

Kalau aku bagi input berupa pantun ini kat Qin, sahih kagum punyalah cikgu bahasa Melayu dia. Tapi itulah, sebagai Chairil Anwar, "...ada yang tetap tidak terungkapkan". Maafkan abang, Qin.

"Telur itik dari Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi."

24 - 26 November 2007

Tetamu & Hamba...

i.

Sebuah matar tempatan nan lengang nian
Hari ini berkumandang azan
Mengiringi perjalanan
Setiap tetamu Tuhan.

ii.

Bukankah dahulu kala seorang nabi
Kala kepalanya mahu digergaji
Baru terdetik memohon Tuhan menyelamatkan
"Sudah terlambat", Tuhan berfirman
"Kerana kepada pohon
terlebih dahulu engkau mohon
perlindungan
"Sekarang sabarlah seaula-aula perbuatan"

Gusarku sedikit terhindarkan
Pabila umara', ulama' dan rakyat menghimpun doa di Selatan
Demikian selayaknya seorang hamba
Bersilat kata bersandar fakta bersulam candek segala mak neka
sekadar usaha
Kalaulah ada pengharapan
Kita sandarkan pada Tuhan.

Burger King, KLIA
12.13 tengah hari, 24 November 2007 (Sabtu)

Thursday, November 22, 2007

Berundur Ertinya...

Seperti malam-malam sebelumnya, Cikgu Wan Chik masih tekun mengajar tuisyen kepada budak-budak kampung yang dahagakan ilmu. Jiwa seorang pendidik yang ia miliki sangat membezakan ia dengan segelintir guru tuisyen masa kini yang lebih ghairah memikir untung rugi. Seringkali, sambil-sambil mengajar, ia akan memberi nasihat dan panduan berguna kepada anak murid merangkap anak bangsanya dalam menghadapi kehidupan semasa dan masa depan. Antaranya supaya rajin membaca dan ia selalu rekemen agar membaca Black Beauty nukilan Anna Sewell. Betapa bersemangatnya ia hendak memotivasikan budak-budak kampung untuk pandai bahasa Inggeris. Satu anjakan paradigma cukup besar bagi budak-budak kampung yang setakat faham dua tiga kerat bahasa orang putih.

Kata Cikgu Wan Chik juga, ia tak dapat tidur malam selagi belum membaca buku. Minatnya terhadap pembacaan dicernakan pada sebuah perpustakaan mini di ruang tamu. Aku pun sementara menunggu ayahku datang ambil selalu juga menumpang baca koleksi buku yang tersusun di rak. Kisah Abu Nawas misalnya.

Pada malam itu, antara jeda masa yang ada, Cikgu Wan Chik dengan kapur tulis di tangannya membuat dua garisan di papan hijau. Satu garisan lurus dan satu garisan bengkang-bengkok.

* * * * * *

Ada masa-masanya manusia perlu keluar dari bayang-bayang yang menghantuinya sekian lama. Kalau perlu berhijrah, maka berhijrahlah. Terus-terusan dalam persekitaran serupa hanya mencampakkan manusia ke jurang kebinasaan. Pusing-pusing kot leroh tu jugak, pedia! Strategi terakhir, seperti digariskan dalam The 36 Strategies of the Chinese: Adapting Ancient Chinese Wisdom to the Business World juga menekankan peri pentingnya berundur. Berundur bukan ertinya kalah. Berundur sebenarnya satu kebijaksanaan. Menghitung kekuatan dan kelemahan diri sendiri untuk kemudiannya bangkit kembali. Apa guna melawan kalau sudahnya hanya mati berdiri. Apa gunanya menyerah kalau sudahnya dicatat sebagai pengecut dalam sejarah. Di sinilah letaknya sebuah pengunduran; di tengah-tengah.

* * * * * *

Kadang-kadang, ada pikiran-pikiran jahat terlepas masuk. Katanya, sifat selain extrovert adalah sifat negatif langsung menyulitkan masa hadapan. Lalu, manusia pun cuba-cuba menjadi extrovert juga, seperti manusia-manusia extrovert lainnya. Betapa kemudiannya manusia menyedari bahawa pentas kehidupan bukan suatu lakonan, sebagaimana lakonan 3-4 hari sewaktu PAC. Watak manusia ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Kaya. Kerana Maha Kayanya Tuhanlah, maka diciptakan-Nya manusia berbeza. Bersyukur dan redhalah dengan apa yang ada.

* * * * * *

Kata Cikgu Wan Chik, kedua-dua jenis garisan melambangkan perjalanan hidup manusia. Garisan lurus adalah perjalanan hidup manusia yang serba mudah dan lancar belaka. Apa nak semua dapat. Senang sangat. Macam golongan bangsawan dan anak orang kaya. Garisan bengkak-bengkok pula melambangkan perjalanan hidup manusia yang penuh pancaroba, ranjau sepanjang jalan. Macam kitalah, Cikgu Wan Chik berkata.

Waktu itu, aku lebih cenderung untuk terpana dengan falsafahnya yang sangat tinggi bagi seorang murid sekolah rendah. Siapa tahu, apabila perjalanan hidupku sendiri seperti garisan bengkang-bengkok itu, tidak boleh tidak aku perlu berkata, "Benarlah katamu dulu wahai cikgu".


Nota : Berundur Ertinya... Retreat.

Wednesday, November 21, 2007

Sela-Sela Masa...

Sela-sela masa yang dipenuhi keboringan keteramatsangatan, jari-jari aku terpanggil untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci.

Sesudah mendarat di Bayan Lepas menggunakan Fokker 50 milik swasta, aku tanyakan pada Wani bagaimana etika pakaian siswa USM. Sebagai bakal siswazah yang berpotensi, aku perlu tahu maklumat penting sebegitu. Jawab Wani, pakai ikut suka. T-shirt, jeans, hatta selipar pun kira biasa. Ish, aku kata, macam tak kena dengan aku sahaja. Memakai tali leher di tengah-tengah terik mentari bumi Minden memang tak sesuai dan boleh dianggap poyo walaupun kalau nak kira bumi Sintok lagi panas membara. Tapi takdak ka yang pakai long sleeves, slacks, kasut kulit apa semua. Takdak katanya.

Sebagai bekas siswa yang sudah terbiasa berpakaian pejabat, tak dapatlah aku bayangkan bagaimana mahu menghadiri kuliah dan mengulangkaji di perpustakaan dengan pakaian sempoi sesempoi-sempoinya. Ada kebarangkalian aku 'kan jadi Mejar Ram Prasad Sharma juga nantinya. Terperangkap dalam fesyen kolej waktu silam, sedangkan Lucky Laxman dan kawan-kawan semuanya berpakaian macam Ali Setan.

"Kiska hai yeh tumko intezaar main hoon na..."

Thursday, November 15, 2007

Dia Yang Kembali...

Menjelang detik yang ditunggu-tunggu, advencer sudah semakin selop. Apakah petandanya itu? Petandanya telah dimaklumkan kepada Azrul, seorang Ahli Rikie Boys, semasa sesi gebang yang rabung malam kelmarin dulu.

Demikian, dalam keluar biasaan berbanding beberapa purnama, kebetulan talian komunikasi dan maklumat yang sebelumnya terasa hendak sangat ditenggalong sangat-sangat membantu pula, maka dapatlah dirasakan oleh sebilangan orang akan kekerapan aku berada di hadapan komputer.

Akibat keluar biasaan itu, ditambah dengan delegasi tugas kepada para penolong yang dedikasi, ada banyak masa terluang untuk menggunakan khidmat pak cik Google.

Khidmat pak cik Google menemukan aku pada sebuah entri. Tulisannya sangat santai namun ada sesuatu menanti di penghujung coretan. Kisah seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang langsung tidak boleh bertentang mata. Pantang jumpa, asal jumpa mesti bergaduh. Pada mulanya aku sangkakan sekadar cereka yang dipanjangkan menerusi e-mail. Seolah-olah babak drama, tapi ini drama kehidupan, lantas takdir menemukan mereka di sekolah menengah yang sama. Masih juga dengan dasar pandang ke lain. Setelah beberapa tahun, sifat keakuan seakan melebur, dan bermulalah sesi tegur-menegur. Seterusnya sebuah senyuman semanis gula kepada si dia yang menunggu bas di Simpang Keling, Pokok Sena. Hari-hari berikutnya seakan menjanjikan mekarnya kuntum-kuntum bahagia, begitulah si gadis menduga. Apabila kemesraan saling diberi, barangkali ada hati telah dicuri.

Aku merujuk kepada Sham Nordin, adakah ia junior setahun waktu sekolah dahulu lalu ternyata dialah orangnya. Aku akan tetap ingat dia sampai bila-bila. Seorang junior Dorm Omar. Berwajah polos. Lembut suara namun periang orangnya. Masih seadanya walau melihatkan penampilannya dapat diagak dia anak load. Dia juga rajin membaca, banyak koleksi buku dalam locker kayunya. Antara koleksi buku yang dipinjam silih berganti olehku ialah siri komik Doraemon, maklumlah kartun ciptaan Fujio F. Fujiko ketika itu suatu fenomena.

Senyuman pertama, sesudah bertahun-tahun tidak bertegur sapa terukir. Siapa tahu, sebenarnya juga senyuman terakhir.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Faidz Radzwan bin Abdul Aziz dan teman-teman seIrshad yang terkorban dalam perjuangan di medan ilmu.

Tingkat 7 Sebuah Wisma

Tuesday, November 13, 2007

Sewaktu Berhenti Mengejar Pelangi...

Sesudah perpecahan Rikie Boys dengan Pian, Zek, Azrul dan Adha membawa haluan masing-masing, aku pun berhenti mengejar pelangi lalu mengisi masa dengan melihat ke dalam diri.

Dalam usaha tersebut, suatu hujung minggu aku menapak ke DKG 3 mendengar perkongsian pengalaman beberapa muallaf. Seperti menghadiri kuliah juga, aku mencari tempat duduk paling atas dan sudah tentu paling belakang untuk pemandangan paling global. Forum itu dipengerusikan oleh siswa sematrikulasi yang bertemu hidayah semasa menghuni Koleh MISC. Ahli panel ada 3 orang; seorang Siam, seorang India, seorang Cina.

Cerita muallaf berbangsa India, ia menghadapi kesukaran meyakinkan ibunya akan kebenaran Islam kerana ibunya sering membandingkan taraf sosio-ekonomi dan sahsiah orang Melayu Islam sekampung. Sudahlah miskin, perangai pula macam setan. Jadi mengapakah hendak menganut agama yang penganutnya sebegitu. Satu soalan yang sukar dijawab.

Tapi itu belum apa-apa kalau dibandingkan dengan cerita muallaf Cina. Ia seorang pegawai wanita di TUDM Kepala Batas. Kesungguhannya memeluk Islam mengundang konflik antara ia dan keluarga. Apabila ia tekad menutup aurat, ibunya akan berhujah bahawa di kaca televisyen artis-artis Melayu Islam tidak pun menutup aurat. Oh, betapa sukarnya menjawab hujah ibunya itu. Di pejabat, ada seorang pegawai lelaki sering memberi kata-kata semangat supaya cekal menghadapi mehnah. Tapi ia menjadi mangsa tohmah kononnya mengambil kesempatan memikat pegawai lelaki itu pula. Yang menohmah sudah tentu orang Melayu Islam. Ia juga sering bertandang ke PERKIM untuk menambah ilmu. Pun ada suara-suara sumbang mendakwa ia hanya inginkan elaun yang diberikan oleh PERKIM. Orang Melayu Islam lagi punya kerja. Padahal ia ikhlas mencari mardhatillah. Lagipun berapa sangatlah kadar elaun yang diterima. Sementara terpana dengan kisahnya, aku rasa macam ditinju bertubi-tubi setiap kali mendengarkan perbuatan tak semenggah daripada bangsa aku sendiri.

Aku melangkah pulang ke Kolej MAS petang itu dengan perasaan yang rancu. Betapa pun kita cuba menafikan, sebenarnya Islam tercermin daripada akhlak penganutnya. Orang bukan Islam jarang sangat membezakan prinsip-prinsip Islam yang luhur dengan cara hidup orang Islam yang berterabur. Tanpa disedari, rupa-rupanya umat Islam sendiri menjadi liabiliti dan batu penghalang kepada bakal-bakal saudara seagamanya. Barangkali aku salah seorang daripadanya.

Entah apa terjadi kepada pegawai wanita TUDM Kepala Batas tersebut sekarang ini. Harap-harapnya ia masih istiqamah dan sebagaimana doa Saidina Abu Bakar r.a. "Semoga di akhirat termasuk dalam genggaman Allah".

Wednesday, November 07, 2007

Depa Raya...

Kata orang, selalunya kalau depa raya, alamatnya minggu-minggu berkenaan tu hujan la. Sebenarnya bukanlah hujan tu sebab depa raya, tapi sudah sunnatullah menurut kalendar depa tu raya dalam musim hujan.

Waktu aku bersekolah di STSSB, selain budak-budak Melayu, aku rapat juga dengan budak-budak India. Budak-budak India kelas aku tu bagi aku jauh lebih baik dari budak Melayu kelas lain yang jemuan. Dengan budak-budak Cina aku tak buleh tumpang tui. Maklumlah depa majoriti 2/3 dalam kelas tu. Macam cerminan hal dalam Tanjung jugak. (Yang rajin belajar tu pompuan, yang balo’ liat dan kamjat tu laki la. Langsung tak kisah pasal kebersihan kelas, nak padam papan hitam pun bertolak-tolak. Kejutan budaya jugak bagi aku sebab waktu di Irshad kelas yang tak dak can menang Anugerah Keceriaan Kelas pun berkali ganda lagi ceria dari kelas aku kat STSSB).

Kerapatan aku dengan budak-budak India itu mungkin sedikit sebanyak disebabkan aku berjiran dengan orang India seperti keluarga Morgan dan keluarga Ganesan. Keluarga aku pun selalu berpesan supaya hormat kat depa ni, panggil 'anney' untuk pak cik, 'achi' untuk mak cik. Aku pun ambik kesempatan la belajar serba sedikit bahasa Tamil dengan depa (Masa ni aku dah obses pulak dengan filem Tamil slot Selekta Emas waktu petang tu). Yang terer sikit Ganapathy la sebab dia dulu sekolah Tamil, ambik pulak subjek Bahasa Tamil untuk SPM. Hat Sashi Kumar ni kurang sikit keTamilan dia sebab English Medium; budak Methodist Nibong Tebal la katakan. Kalau English dan Bahasa tu terer la dia.

Tahun 1996, apabila tibanya Deepavali, Ganapathy dan Sashi Kumar membawakan kuih-muih tradisi kaum India yang sudah siap dimasukkan dalam plastik kepada budak-budak Melayu kelas 5AK termasuk aku. Itulah kali pertama dalam seumur hidup aku dihadiahi kuih oleh rakan sekelas berbangsa India.

Sebelum-sebelumnya, sudah menjadi tradisi apabila keluarga Ganesan (biasanya mak dia yang iras Cina tu) bertandang ke rumahku membawakan kuih-muih buatan mereka setiap kali Deepavali. Kata tok aku, depa ni pembersih, maka buleh la makan kuih buatan depa tu. Sedap jugak walaupun tak tau apa nama kuih tu.

Berbalik kepada kuih-muih yang diberi oleh Ganapathy dan Sashi Kumar, ada satu jenis kuih yang aku tak reti macam mana nak makan. Keras kedengkiang mengalahkan buah seralat. Gisei punya gisei pun tak jadi apa. Bila aku tanyakan kepada Nik Azhar (sekarang dengarnya jadi pegawai TUDM Sungai Besi) akan pengalamannya menghadap kuih keras kedengkiang itu, rupa-rupanya aku tak keseorangan. Cuma dia tumbuk dengan penumbuk sambal. Aku pulak pasal tak larat nak gisei maka kuih tu aku tauk buang.

Kepada kawan-kawan aku tu (aku tau hampa tengah siap-siap nak mandi minyak bijan esok pagi), kepada gadis India setingkatan Lima merangkap ex-SKSB yang pernah merapatkan telapak tangan tanda hormat kepadaku sewaktu di koridor (meski aku dek kenaifan menoleh ke belakang menyangkakan dia merujuk kepada orang lain, lalu aku dengan seriusnya macam takdak perasaan berlalu sedang dia terus tersenyum) dan juga Sabina Rose Alphonse (walau aku tak pasti dia sambut tak perayaan ini), aku ucapkan Selamat Hari Deepavali.

Tuesday, November 06, 2007

*Mawar Putih Tanda Perpisahan...

Tanggal 22 Oktober 2007, saya benar-benar teruja. Seperti detik-detik sebelumnya, saudara masih berlucu. Tapi sungguh saya tidak menyangka pengakhirannya di luar duga.

Saya jadi terharu apabila saudara yang lugu teresak-esak di atas sejadah sejurus untaian tasbih terlepas dari pegangan.

Saya jadi termangu apabila saudara bermusyawarah dengan Haji Omar dan isteri perihal Almas, Rima dan Nuri. Benar kata saudara, kita kadang-kadang terlupa bahawa kecintaan kepada dunia mengatasi kecintaan kita kepada-Nya. Moga Tuhan dengan kurnia-Nya yang akan memilih mereka untuk kita.

Saya tambah terkesima ketika Derek dan Minche memohon nasihat daripada saudara. Saya juga terasa pijarnya. Manakan tidak, saat kita sendiri berantakan, masih ada orang yang menganggap kita sebagai tersanjung. Malunya kita saudara sukar digambarkan. Meminjam ungkapan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Ayahanda, "macam disimbah dengan darah babi".

Rupa-rupanya Tuhan tatkala memberi pengajaran ternyata menginsafkan.

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..."

Boeing 737-400
Kuching – KLIA


* * * * *

Lepak-lepak di sini sementara menantikan penerbangan seterusnya seolah-olah satu kemestian semenjak dua ini.

Mungkin sebab tempat ini tak bersepah-sepah macam McD atau KFC. Tapi yang paling best, lokasinya agak tersorok justeru tak ramai orang.

Selalunya aku singgah di sini sambil pekena Double Whoppers, Chicken Tenders dan Milo panas. Lagu-lagu Stesen ERA pun selalu membuai perasaan, tambah-tambah di ambang saat penentuan. Pergh...

Burger King, KLIA

Khamis
25 Oktober 2007
13 Syawal 1428 Hijriyyah


Nota : *Dendangan Jamilul Hayat, adik kepada Jamal Abdillah.