Thursday, September 08, 2005

Dalam PTD Ada Apa?...

Ada komplen dalam ruangan Forum Berita Harian Online kata PTD Angkuh. Betul ker?

PTD sebenarnya merupakan suatu skim yang berwarna-warni, ada kalanya warna pelangi, ada ketikanya suram macam malam kelam.

Dalam pada berpuluh-puluh ribu orang dok pulun nak join service ni (kadang2 tu sampai berulang-kali), ada jugak orang yang benci. Banyak sebabnya, antaranya berpunca daripada kesilapan dan kekhilafan PTD sendiri, termasuklah buat tahana kat orang lain dan kaum sendiri. Kes pegawai PTA dulu antara contoh klasik, wajar direnung buat teladan supaya kita ada pertimbangan dan batas kemanusiaan supaya takdak orang yang teraniaya. Demikian, PTD terus dicemburui dan dibenci, dan yang menjadi mangsa adalah generasi baru yang terus menanggung dosa-dosa silam generasi lalu.

Tak dinafikan ada pegawai PTD yang juah satu macam. Juah tak patut ada, sebab kesombongan bukan pakaian insan, keangkuhan jubah kebesaran Tuhan. Kalau rasa pride tu, tak boleh nak elak sebab ada satu kepuasan pada setiap makhluk PTD yang bernyawa terpilih menjalankan kewajipan mulia. Walau bagaimanapun, walaupun yang terpilih semua hebat belaka, tapi aku tak la rasa hebat tera mana sangat pun, aku rasa aku berada dalam service ni sebab berkat doa kaum keluarga aku.

Masa zaman awal pasca-kolonial dulu, memang la ada pegawai PTD yang berlagak macam penjajah jugak sebab terbawa-bawa style jahiliah tu. Setakat baling fail dan jerkah pegawai atau staf depan orang ramai dah jadi lumrah. Depa langsung tak rasa bersalah, malah bangga. Demikian, jadilah depa penjajah baru berwajah Melayu. Namun, seiring dengan kesedaran kepada pegangan Islam, spesis tu dah terancam dah pun, kalau ada pun memang orang tak heghan punya, sebab sekarang orang dihormati, bukan ditakuti. Pegawai PTD sekarang sedar akan kepentingan human touch sebab beza seorang manusia dengan seorang manusia yang lain sebenarnya hanyalah takwa, bukan darjat apa segala.

Dulu, PTD yang jadi D.O. dapat berlagak mai lambat balik awai dan marah kalau tak dipanggil tuan. Tapi tu dulu. Cuba tanya tengok lapis-lapis PTD zaman la ni, staf-staf la yang selalu balik paling awai. Pegawai2 PTD ni selalu bersengkang mata sampai jauh malam di ofis, bawak balik lagi kheja ke rumah, hari cuti pun mai lagi nak perabih kheja yang tak sudah. Ditambah dengan cuti 2 hari la ni, makin banyak kheja yang menimbun tak habis2.

Kalau tanya aku, aku memang setuju, cuma istilah angkuh tu perlu diperbetul. Lebih tepat kalau istilah hidung tinggi disebut. Sebab contoh dah memang nyata, dan aku salah seorang PTD yang dimaksudkan. Apa nak buat kalau hidung dah memang tinggi? (sebut intonasi dialog Tina lakonan Elli Suriati pada permulaan drama dalam Dalam Hati Ada Cinta). Hukum Tuhan. Jom Kuantan!

Tuesday, August 30, 2005

Seorang Tok Ayah Di Kampung Gurun...


Tempoh dua dekad ini, meski masih kekal, namun banyak telah berubah. Katil, bilik, almari, aku, tok ayah. Posted by Picasa

Wira Tak Didendang (Yang Sebenarnya)...

Pernah dengar nama Hashim bin Saad? Ataupun Khatijah binti Sidek? Yusof bin Rono? Tak pernah dengar? Sayang seribu kali sayang tapi itulah hakikatnya kerana merekalah sebenarnya di antara sekian ramai wira tak didendang.

Kita mulakan dengan Yusof Rono. Pastinya setiap tahun kita disajikan, terutamanya menjelang Hari Kebangsaan seperti Ahad malam nan lalu (juga kerana strategi tertentu pada pilihan raya 1999) dengan filem Bukit Kepong. Pada 23 Februari 1950, dalam peristiwa serangan segerombolan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar, beliau antara empat orang yang terselamat. Tapi apa penghargaan kita kepadanya? Pingat pun macam nak bagi tak bagi. Janji kenaikan pangkat oleh seorang bekas menteri kanan entah ke mana. Minta tanah lagilah tak dapat. Tahu bagaimana akhir hayatnya? Pada usia 83 tahun beliau meninggal dunia setelah tiga minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, menderita barah usus. Sedih bukan? Namun cerita kesedihan ini belum berakhir lagi.

Seterusnya Khatijah Sidek. Namanya seringkali disebut-sebut apabila PAS ingin membuktikan bahawa mereka tidak mendiskriminasikan wanita. Kedengaran seolah benar, tapi hakikatnya orang dan organisasi politik mana pun cenderung menguar-uarkan yang sedikit walhal banyak rahsia disembunyikan. Baru-baru ini aku menekuni Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa. Rupanya sudah memang resmi pejuang, meski terbilang selalu terbuang sedangkan beliau berkorban jiwa raga untuk melihat sebuah negara merdeka. Dalam memoir terjemahan UKM itu, diceritakan bagaimana beliau dengan segala kesusahan hidup hampir sahaja tidak dapat menyaksikan turunnya Union Jack dan berkibar megahnya bendera Malaya. Di tengah-tengah lautan manusia, beliau yang bertungkus-lumus menyebarkan semangat Merdeka di seluruh pelusuk negara termasuk di ceruk-ceruk kampung paling terpencil dan mengalas perut seadanya dengan makanan harian penduduk desa yang sangat sederhana, dipinggirkan begitu sahaja. Beliau yang bersusah-payah sekian lama, orang lain mendapat nama. "Itu sudah kehendak Allah", katanya penuh tabah. Seumur hidupnya memang derita, diburu Jepun di Indonesia, melahirkan anak dalam tahanan di Singapura, mengambil upah menjahit dan menjual insurans di Malaysia. Mahu tahu apa untung nasibnya? Bekas Ahli Parlimen Dungun itu meninggal dunia pada usia 64 tahun, setelah sekian lama berkerusi roda dan menderita sakit buah pinggang dan paru-paru pada 1982.

Kalau Yusof Rono dan Khatijah Sidek sayup daripada kebiasaan kalian, apatah lagi Hashim Saad. Tapi jasanya tidak kurang daripada tokoh berbintang di dada dan bersemayam di singgahsana. Berkelana menjadi kadet polis di Singapura, meredah rimba Pahang memburu komunis supaya negara kekal sentosa (tanpa baju kalis peluru tapi berpantang maut sebelum ajal walaupun beberapa kali ditembak komunis durjana), merantau sana-sini bersama keluarga sehingga ke ibu kota demi tugas. Tapi tahu apa terjadi kemudiannya? Terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anak, menjadi mekanik (orang kita berhutang, tapi liat membayar), pemandu lori (pernah terbalik), membuka kedai runcit (itupun ditipu orang sebangsa, tak malu punya orang) dan pemandu kereta sewa (sudahlah sikit punya susah memohon pinjaman MARA, ditipu lagi orang kita, ptuih, tak guna punya orang, kereta itu dulunya dirayu jemuan tak guna itu untuk dipajak semasa beliau hendak ke Makkah tapi kemudiannya dijual dan malaun itu ghaib entah ke mana). Apa, tak cukup sedih? Baik, tambahan kesedihan itu adalah beliau kini sedang uzur di sebuah rumah serba sederhana di Kampung Gurun. Keturunan komunis yang dulu diburunya kini sesuka hati memperkotak-katikkan hidup orang tak bertanah milik sendiri sepertinya dan keturunannya.

Entah di mana silapnya orang-orang kita, kita kerapkali terlupa akan mereka yang benar-benar berjasa memperjuangkan harga diri sekalian warga demi sebuah kemerdekaan selaras dengan mutiara hikmah ulama, "Hubbul watan minal iman" (Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman). Tapi, itulah kita, terkenal bangsa yang berbudi bahasa tapi kita cenderung berbuat tahana pada orang yang sepatutnya dinobat sebagai wira bangsa. Kita anugerahkan tanah dan rumah lengkap dengan segala kemudahan asas kepada bekas komunis sedangkan kesatria yang mempertahan negara kita langsung tidak diendahkan. Kita anugerahkan pingat kepada mereka yang tidak seberapa sumbangannya tapi pandai bermuka-muka sedangkan yang yang mempertaruhkan nyawa, menumpahkan darah dan berjejeran air mata kita kesampingkan. Kita tidak berkira dengan limpahan wang ringgit untuk "bersaudara dengan syaitan" tapi kita terlalu mencongak-congak RM1,000 secara one-off yang kita berikan untuk political mileage semasa. Memang, mereka tidak pernah meminta kita membalas jasa mereka hatta kalungan bunga di Tugu Negara. Tapi apa salahnya berterima kasih dengan cara sewajarnya. Orang berbudi kita berbahasa. Orang politik terutamanya seringkali meminta kasih mereka diterima tapi terlupa (atau buat-buat lupa) perkara-perkara sebegini sesudah pilihanraya. Dalih mereka, seperti kata seorang ahli siasah ternama, "rakyat ini cuma membuang SATU undi, tapi BANYAK yang mereka minta". Barangkali ia yang kini sudah lanjut usia terlupa, kerana undi yang SATU itulah, apabila dijumlahkan ia memegang kuasa untuk sekian lama.

Kita selalunya hanya benar-benar menghargai seseorang sesudah terlambat. Dalam konteks ini, Jalaluddin Ar-Rumi tepat sekali tatkala mengungkapkan kata-kata ini, "Sesudah pergi, usah ditanya di mana letaknya kubur di dunia ini. Kubur letaknya di hati, orang-orang yang mengingati".

Penghargaan aku yang tidak terhingga untuk mereka para pejuang sejati, Rabbul 'Izzati jua memberkati.

Thursday, August 25, 2005

Bahasa Jiwa Bangsa...

Aku dah lama terfikir persoalan ini. Cuma aku belum ketemu jawapannya. Mengapakah ada persamaan antara pelet Utara dan dialek Terengganu?

Ada suatu kisah, yang aku ceritakan buat pertama kali dalam hidup semasa menjadi fasilitator (juga buat pertama kali dalam hidup, buang tebiat betui) untuk pelajar2 tingkatan satu sebuah sekolah menengah luar bandar di Dungun. Kisah ini masih membekas dalam kepala hotak aku sampai sekarang. Waktu aku mula belajar membaca, tersebutlah kisah yang tertulis sebagai anecdote (waktu kecil istilah ini belum tercatat dalam kamus minda aku, orang kampung, apa aku tau) Utusan Malaysia (entah, waktu itu boleh jadi namanya Utusan Melayu, aku sudah ingat-ingat lupa). Kisah peperangan antara dua kerajaan. Bukan merebut puteri nan cantik jelita ataupun merebut takhta, tapi merebut huruf. Dalam peperangan itu, Pakatan Utara (sengaja aku berikan nama itu) iaitu Kedah (meliputi Perlis dan Pulau Pinang jua tentunya) telah kalah di tangan Terengganu. Maka sejak itu Terengganu pun menggunakanlah huruf yang dimenanginya dalam peperangan itu sebagai bahasa rasminya. Mahu tahu huruf apa yang direbut sangat tak sangga itu? Huruf 'G'. Gila punya kheja.

Kalau ikut hipotesis aku (belum dibuktikan oleh sarjana sehingga kini), kesan peperangan itu ialah penyerapan istilah tertentu dalam pertuturan rakyat negeri Kedah dan Terengganu. Sungguhpun belum dibuktikan, ada kebenarannya walaupun tidak dapat dipastikan hat mana satu yang tulen, hat mana satu cetak rompak. Misalnya, dan, dan dan-G yang bererti sempat.

Ada juga istilah yang sama atau hampir sama sebutannya dan membawa maksud yang sama juga serta tidak melibatkan penambahan (atau mungkin pengurangan) huruf G di belakang. Contohnya, katok yang membawa erti pukul, biasanya menggunakan sesuatu objek, dan gelap gelemat dan gelak gelemak yang membawa maksud suasana yang terlalu gelap.

Apa pula kata saudara Fathi Aris Omar dengan ucapan masihkah saudara meminta bantuan pak cik Google?

Wednesday, August 17, 2005

Wacana Sepetang Bersama Mat Ghoset & Mat Redth...


Nota :

Aku tak rasa pertukaran pandangan aku dengan Mat Ghoset sesuatu yang kontroversi, sekontroversi hemat Farish A. Noor atau Fathi Aris Omar. Sungguhpun aku (aku tak tahu sama ada Mat Ghoset juga begitu) tak minat diasosiasikan dengan mana-mana jamaah atau pertubuhan, bukanlah maksudnya aku tak berdunia dengan orang. Juga bukanlah ertinya aku anti kepada pihak-pihak tertentu. Tidak juga aku nafikan sumbangan mereka untuk kemaslahatan agama dan ummah, tidak sama sekali. Sama ada mahu percaya atau tidak, terpulanglah tapi aku masih seorang simpatisien kepada gerakan-gerakan yang tega menjadi "al-Ghuraba" meski dipandang asing dan sinis oleh orang lain, menjadi mustadh'afin dulu, kini dan mungkin selamanya seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir. Cuma apa yang telah aku catatkan merupakan pengalaman aku, sebuah kisah benar (dan ngeri) bila cuba dibasuh minda secara agresif oleh manusia yang bernaung di bawah label tertentu. Itu sahaja.

Aku orang kecil dan orang kecil itu seringkali dikatakan cenderung berbicara soal manusia, bukan idea. Sayugia diingatkan, apabila memperkatakan soal manusia, aku tidak menyentuh sebarang aspek fizikal kerana itu suatu pemalar, mempertikaikannya bererti menghina kurniaan Tuhan. Yang aku sentuh adalah pendekatan. Tidak tahulah pula aku kalau-kalau menyelar sikap disinonimkan dengan mengutuk jamaah walau aku tahu jamaah juga bukan suatu yang syumul seumpama Islam. Analoginya seperti orang awam menegur ulama. Biasanya kredibiliti orang awam dipertikaikan lebih awal sebelum mendengar apa yang disuarakan. Mungkin sesetengah teguran terlalu lancang lantas menyalahi adabul ikhtilaf yang bersopan. Kalau teguran sebegitu sesungguhnya aku tidak bersetuju. Namun, umumnya sebarang bentuk teguran sama ada secara berhemah atau tidak jarang diberi peluang. Penegur dibunuh siap-siap, meminjam istilah Fathi Aris Omar, 'character assassination'. Dipersoalkan apa authority, lulusan mana, sama ada fasih berbahasa Arab dan sebagainya. Sungguhpun aku percaya ulama bercakap berlandas ilmu bukan beralas nafsu, namun ulama juga manusia biasa, tiada tercipta sempurna, maksum macam Rasulullah.

Aku hormat permintaan orang, sama ada dia menganggap aku sebagai kawannya atau sebaliknya, apatah lagi teman lama, satu dorm satu kelas, sama-sama tekong nasyid Suara Putera. Demikian, coretan asal berjudul Wacana Sepetang Bersama Mat Ghoset & Mat Redth... aku gelapkan dari penglihatan. Meski aku masih kekal meyakini akan kebenaran pada sebuah catatan, bagaimanapun orang mentafsirkan.

Tuesday, August 09, 2005

Sekalung Doa Buatmu...

Akhirnya, seorang lagi sumber inspirasi aku dah meninggalkan dunia serba fana ini, kembali ke hadrat Ilahi. Aku rasa seram sejuk, mata aku berkaca mengungkapkan tribute aku untuk seorang da'ie.

Pertama kali aku mendengar namanya adalah ketika ayah dan pak ngah menghadiri satu syarahan kat USM dalam tahun 90-an. Ayah ada bawa pulang satu set koleksi syarahannya dalam bahasa Inggeris. Waktu itu aku tertanya-tanya, apa gerangan menyebabkan ayah dan pak ngah aku begitu teruja.

Suatu masa, waktu aku menuntut di UUM, aku rasa kekosongan, rasa banyak benda yang kurang. Demikian, waktu senggang antara kelas atau petang-petang, aku akan ke tingkat paling atas Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Secara tidak sengaja, waktu meneliti senarai vidoe yang ada, aku terjumpa namanya. Tajuk syarahan dan debatnya pun memang bukan calang-calang, memang intelek habis la, perbandingan antara dua agama langit. Kebetulan aku hendak menajamkan kemahiran berbahasa Inggeris dan pengucapan awam yang jarang dipraktikkan, maka aku layan dulu video tu. Pergh, memang aku kagum la dengan semangat dan keberanian dia tu. Dia berdebat dengan tokoh Kristian yang bukan calang-calang, kadang-kadang hadirin pun majoriti atau kesemuanya Kristian atau non-Muslims jua. Dengan keyakinannya berhujah seolah-olah Al-Quran dan Bibles itu dah sebati dalam fikirannya. Senang saja dia patahkan dakyah-dakyah dan dedahkan penyelewengan dalam Bibles. Baru aku tahu apa sebabnya hanya Al-Quran sahaja yang wajib diimani sebab kitab-kitab Allah yang lain semua dah jauh sangat terpesong. King James Version tu pun dah berapa kali punya revised editions. Kadang-kadang, pemuka Kristian ni nak samakan versi Bible yang pelbagai itu dengan Tafsir-tafsir Al-Quran. Manakan sama, versi-versi Bible itu bukan tafsiran tapi ayat suci (kununnya) yang jauh berbeza antara satu sama lain. Angka-angka pun banyak berbeza seperti bilangan sebenar chariots yang dimiliki Solomon. Penuh dengan cerita-cerita Israiliat (dan jijik) contohnya hubungan kelamin bapa mertua dengan menantu iaitu Judah dan Tamar. Astaghfirullahal'adzim.

Seringkali apabila dia mengucapkan pidato berapi-api, dia akan menjulang-julang Tafsir Al-Quran Abdullah Yusuf Ali. Aku tercari-cari dulu di mana boleh ku dapatkan naskhah itu, kini bila naskhah itu giat aku tekuni, dia pula telah pergi. Biarpun begitu, aku pohon pada Tuhan semoga dia yang banyak berjasa kepada umat Islam sedunia dilapangkan tempatnya di alam baqa dan menikmati keindahan taman-taman syurga. Dia mungkin telah kembali pada usia 87 tahun, setelah bertahun-tahun menderita angin ahmar hinggakan hilang kekuatan lisan tetapi inspirasinya tetap subur di hati, sebagaimana kalimat yang ia tujukan pada Salman Rushdie. Kalimat itu aku ungkapkan dalam nada positif pada Malam Secerah Pawana nan lalu.

"Tum salamat reho hazare bares, aur harbares dilho pancha tadhar..."
(Semoga engkau hidup seribu tahun, dan setiap tahun itu panjangnya lima puluh ribu hari).

Sekalung al-Fatihah dan doat buatmu, Syeikh Ahmed Deedat...

Sunday, August 07, 2005

*Khairil Umuuri Ausatuha...

Aku ingat lagi, suatu masa dulu, zaman apabila mengikuti usrah bermula dari tingkatan satu di sekolah, ada suatu macam tema untuk sesetengah naqib untuk semacam marah-marah. Itu tak kena, ini tak kena. Mungkin itu uslub dakwah mereka tapi aku rasa macam tak masyuk dengan jiwa aku. Kala itu aku di persimpangan dilema sebab dalam diri aku ada elemen untuk jadi terlalu ideal tapi dalam masa yang sama aku sukakan juga perkara-perkara yang dianggap taboo atau lagha dalam jemaah. Sukar juga sebenarnya memilih antara benda yang kita tahu tersangatlah baik dan bagusnya dengan benda yang kita minat dan suka.

Aku dah boleh menduga, andainya aku join service ini, akan ada sikit sebanyak perubahan kat diri aku ni. Kalau istilah Liberal Muslim tidak salah di sisi agama, aku rasa itulah yang paling tepat untuk aku. Aku rasa aku dah mengamalkan dasar pintu terbuka. Macam negeri China (yang bergelar The Sickman Of The East sebelumnya) lepas mengalu-alukan pelaburan asing. Aku akhirnya menemui jalan tengah antara kegemaran dan idealisme. Rasanya sekarang aku lebih terbuka dalam menghargai kesenian walau apa jua bentuknya, tidak terhad kepada seni Islam seperti nasyid semata-mata. Aku juga tidak lagi dihantui rasa bersalah dan takut-takut macam dulu-dulu untuk meneruskan minat aku. Ya, sejak kecil aku bukan sekadar bernasyid bahkan lagu-lagu popular masa tu pun aku nyanyikan. Cuma masa tu lebih kepada hiburan untuk diri sendiri. Tak pernah aku nyanyikan secara terbuka untuk orang ramai pun. Keluarga sendiri ada la dengar. Kelakar jugak bila depa nyanyikan semula lagu-lagu lama yang aku pernah nyanyi tu dengan pelat budak-budak. Yalah, aku masa tu kan kecik lagi, beza la dengan lenggok suara aku la ni.

Walau bagaimanapun, aku masih pegang lagi idealisme aku. Demikian, walaupun aku seronok tengok dan appreciate koreografi dan seni persembahan, aku tetap tapis bab-bab tertentu seperti bersentuhan lelaki perempuan. Aku seronok dan gembira tengok Mawi menang AF3 dan bolot hadiah Vokal dan Persembahan. Itu rezekinya ketetapan Allah Taala. Tak payalah baca terlalu jauh sama ada ada keberkatan atau sebaliknya. Namun aku tetap harap AF3 ni sekadar batu loncatan untuk dia mengubah nasib diri dan keluarga dan lepas ni dia kembali ke landasan yang sepatutnya. Aku berdoa dia tak hanyut dalam arus yang bukan-bukan. Berdasarkan alasan itulah aku tidak dapat elak daripada tegur dengan lisan setiap kali ada perbuatannya yang kontra dengan dhamir aku. Meskipun demikian, ketidaksukaan aku tu adalah pada tingkah lakunya yang padaku tidak selari dengan ilmu yang ada padanya, bukan seperti kebencian segelintir manusia termasuk ahli akademik yang membandingkannya dengan P. Ramlee; seorang lagenda, ketidakmampuan bermain alat muzik dan kekurangan Mawi berbahasa Inggeris. Pandangan yang tersasar jauh daripada ruang lingkup perbincangan sebenarnya. Nadanya nada iri hati terlalu dan meluat melulu. (Nota: Aku pernah tanya lelaki dan wanita apa yang menyebabkan depa suka kat Mawi. Depa tak boleh bagi jawapan yang tepat. Lalu aku bagi pendapat aku, "Adakah sebab Mawi ni nampak innocent dan lurus?". Nyata depa setuju dengan pendapat aku tu. Manusia secara umumnya memang suka dengan orang baik. Aku pernah kata dulu bahawa kita takkan tahu bagaimana orang melihat kita sedangkan tiada apa pun yang kita lakukan seingat-ingat kita begitu istimewa. Kita takkan mampu menghalang orang menyukai sebagaimana kita tak daya menghalang orang membenci. Aku sendiri pun tak tau apa persepsi orang pada aku.).

Aha, sebelum terlupa, orang kata service kita ni banyak function yang memerlukan kita ada pelan kecemasan kalau disuruh menyanyi tiba-tiba. Aku pun saja-saja takkan offer diri dan kalau ditawarkan pun akan seboleh-bolehnya menolak. Cuma kalau dah tak larat tepis, maka terpaksalah juga nampaknya. Aku rasa aku dah tambah koleksi repertoire aku dan cukup bersedia dalam keadaan darurat begitu sebab lagu siulan aku masa kecik-kecik tu aku dah ingat keseluruhan liriknya sekarang. Tak la asyik recycle 2-3 lagu yang sama saja. Cemuih dok ada. Lagu tu ciptaan Husein Bawafi, nyanyian pertama oleh S. Effendi dan pernah dikumandangkan oleh Al-Jawaher dan Sharifah Aini. Aku bayangkan arrangement dia yang asal, bukan arrangement untuk album Aku Penghibur oleh Jamal Abdillah. Waktu habis aku nyanyikan rangkap pertama dengan syahdu sesyahdu-syahdunya dan penuh perasaan serta bahasa badan, kedengaran suara harmoni di balik tirai di belakangku mengulangi bait serupa. Perlahan-lahan tirai disingkap dan tersergamlah sekumpulan koir menambahkan kemerduan lagu dan berpadu suara denganku sepanjang persembahan.

Lagu apa? Liriknya di bawah ini. Tajuk kalau tak tau saja sangat la.

"Mari menyusun seroja bunga seroja aaa...
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja aaa...
Pujalah ia oh saja sekadar saja

Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung (2x)
Janganlah engkau percaya dengan asmara (2x)

Sekarang bukan bermenung zaman bermenung (2x)
Mari bersama oh adik memetik bunga (2x)

Mari menyusun seroja bunga seroja aaa...
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja aaa...
Pujalah ia oh saja sekadar saja"

*Sebaik-baik perkara adalah yang bersederhana...

Friday, July 29, 2005

Mencari Cinta...


Aku tak sangka rupanya dalam arus kemodenan ini, orang kita sanggup diperlakukan sebagai bahan ketawa. Betul, best man wins, tapi di mana nilai-nilai yang kita pertahankan selama ini? Kadang-kadang aku tak faham (walau aku mengerti ada kalangan desperado yang berasakan agak terlalu lama hidup keseorangan) mengapa jalan demikian jadi pilihan. Bukannya aku beranggapan jodoh pertemuan datang sendiri kerna aku penuh percaya usaha dan tawakal harus dimulai namun tidak seharusnya cara sebegini. Adilkah lelaki seolah-olah tiada lagi pilihan justeru melakukan apa segala bagi memenangi hati bakal mertua. Bahasa mudahnya, seperti diistilahkan Ujang, beli jiwa. Orang boleh jadi berkata, "Alah, lelaki.". Barang harus diingat, lelaki juga manusia, ada hati ada rasa, kalau sembilan orang lelaki itu digantikan dengan wanita, agaknya bagaimana pula? Adakah feminists akan menjerit serata massa, melaungkan keadilan untuk kaum Hawa? Rendahnya martabat seorang lelaki di kaca tivi sedangkan "Ar-rijaalu qauwaamuuna 'alannisak". Mungkin aku terlalu konservatif dan tradisional, barangkali. Aku pernah tersedar hakikat itu. Cuma aku bertanya kembali kepada diriku, "Kalau tiada lagi idealisme sebegitu, apa lagi yang tinggal padaku?".

Monday, July 18, 2005

Malam Ini Langit Menangis...


Saat-saat immediate boss aku secara tiba-tiba bertukar tempat kerja sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian di Kementerian Pelajaran, rasanya motivasi aku untuk kekal di tempat yang sama untuk tempoh yang lama agak menjunam. Kebetulan, minggu ini aku kena jadi urusetia untuk mesyuarat Zon Timur pada hari Isnin, maka aku tak lepaskan peluang. Alang-alang jadi urusetia, alangkah baiknya aku berCuti-cuti Malaysia buat melepaskan ketensionan keteramatsangatan yang melanda jiwa. Flight aku ambil seawal mungkin, 8.10 malam hari Jumaat.

Hidup ini memang penuh misteri, yang tak diduga selalu terjadi. Sebab itu aku tak mau terlalu teruja, sebab kerapkali akan tiba ketikanya aku teruji. Petang itu aku bergegas menyiapkan beg pakaian secepat mungkin. Lebih kurang 7 petang aku dah berada di Stesen ERL Putrajaya. Namun ERL yang dinanti hanya akan tiba lingkungan 7.25 malam. Jantung aku berdegup-berdegup irama Pop Yeh Yeh. Akan sampaikah masanya aku bakal terlepas flight?

Rupanya aku sampai di KLIA lebih kurang 25 minit sebelum flight berlepas. Lega aku, tapi sebaik aku melihat panel2 tivi yang memaparkan jadual penerbangan, pengumuman pun ke udara bahawa flight hanya akan berlepas pukul 9.35 malam. Ya salam, masak aku menunggunya."Penantian suatu siksa, yang tidak tertanggung...", bait-bait nyanyian Zubir Ali terngiang-ngiang di telinga. Letih aku tunggu. Dekat pukul 11 baru flight berlepas.

Dari KLIA, hujan turun mencurah-curah. Bagaimana lebatnya hujan di luar, begitulah juga lebatnya hujan di sudut kamar hatiku. Hujan itulah juga menyambut kedatanganku buat kali pertama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kali pertama selalunya terindah, bukan?

Dari airport serba sederhana itu, aku menaiki teksi dengan kadar tambang RM20. Boleh tahan juga tu. Merentasi Sungai Terengganu dengan menyusuri Jambatan Sultan Mahmud, aku menyaksikan plaza tol yang sekadar menjadi monumen bersejarah. Sebelumnya aku hanya membaca di media massa atau mendengar seribu satu cerita tapi kini aku menjadi saksi yang entah ke berapa.

Tempat penginapanku di Jalan Tok Lam yang serba suram. Aku berkira-kira sendiri, jikalau sudah tutup kedai maka aku perlu mencari tempat lain. Si receptionist rupanya menungguku, disangkakan aku tidak kunjung datang. "Flight delayed", aku beralasan. Tatkala aku menghulurkan I/C dan seraya terbaca alamatku yang bertulis Sungai Bakap, ditanyakan padaku sama ada ada atau tidak Shell atau Petronas di situ. Firasatku kini berlegar-legar, apa gerangan sebenar. Katanya tuan punya stesen minyak itu berbinkan Hashim. "Kalau Shell itu dulu taukehnya Cina, sekarang Mamak. Tapi kalau yang binnya Hashim itu sudah barang tentu Petronas, pemiliknya ayah saya.". Bila ku sebut nama ayahku, dia seolah-olah ingin berkata, "bukan itu maksudku". Telahanku tepat kerana sebaik aku menyebut nama Hafni iaitu pakcikku, dia punyalah seronok satu macam sambil terus menghulurkan salam. Kawan lamanya rupanya. Deposit RM10 pun dia tak ambil. "Nanti turun la balik, boleh kita sembang-sembang". Turun apanya pakcik, aku dah nampak katil je ni. Esok-esok jelah, Esok Masih Ada. Nak tau aku menginap di mana? Di syurga. Nape, tak percaye? Cuba translate "Grand Paradise" tengok?

Esoknya, hari Sabtu, setelah puas bermalas-malasan dan menonton kartun yang aku dah lama tak tengok, aku pun book teksi, kununnya nak ke Chendering, melihat kraftangan segala macam. Hmph, alasan je tu, alang-alang menyewa teksi, inilah masanya aku round sakan. Dari Nor Arfa Batik, aku ke Fatimah Songket. Hajat hati nak ambik business card je untuk tempah sampin songket sempena RMKe9 aku tahun depan. Mulanya tu nak ambik hat berat, bila tanya berapa, "RM2 ribu", katanya. Gila ke hapa. "Hat ringan tapi dalam ratus2 takde ke?", aku bertanya. "Ada". "Berapa?". "RM8 ratus". Mak aih, macam bayar installment keter jer. Aku memang tak boleh la dengan kain2 songket ni, aku beli juga sehelai nak pakai time raya tahun ni. Aku ambik hat RM180 je la, tapi still lawa, corak dia yang mahal tu. Mak aku tanya apa ni, kheja hat seratus lebih jer, aku kata ada la peningkatan, previously RM165 jer. Kain batik aku beli 5 helai; mak, tok, mak ngah, Dilah, Wani, o.k. la tu. Aku beli untuk orang yang aku rasa akan pakai jer. Nina dengan Idah mungkin tak layan semua ni, apa klas ye tak, mungkin la berdasarkan scepticism aku tu.

Lepas tu pi Muzium. Dekat 2 jam jugak la aku round. Aku paling suka aras 1 pasal kesenian dan warisan. Antaranya jenis-jenis kain dan ikatan tengkolok. Sempat juga aku mencongak2 pantun dan kemudiannya terilhamlah pantun ini. Dengarkan ya pantun hamba:

"Destar dipakai rakyat jelata,
Ikatan bernama Dendam Tak Sudah,
Satu Syawal bagai dicita,
Bersampin songket tenunan indah". Ewah.

Kemudiannya ke Losong, aku ajak Pak Cik Ismail driver teksi tu join sekali makan keropok lekor. Dia ni dari mula sampai sudah dok panggil aku Awang. Katanya itu panggilan mesra. Kalau pompuan dipanggil Mek. Lantak hang la pakcik, aku pun bukannya protokol sangat pun. Nama aku pun memang dah beraneka ragam. RM1=5 keropok, aku ambik RM3. Kenyang jugak makan. Dah sudah, aku ke tempat yang aku paling nak pergi di Kuala Terengganu ini. Apa, Kerajaan Langit? Apekejadahnye aku nak pi situ. Bukan buleh tenang pun, sesat lagi menyesatkan ada la. Hah, nak tarbiyyah Ayah Pin? Lain kali la, aku doakan pintu hati dia terbuka cukup la. Aku beriktikaf di Masjid Intan Tengah Zaharah, Masjid Terapung tu. Pergh, tenang setenang-tenangnya.

Walaupun bilik aku takde Astro, malam tu aku ada kesempatan tengok Mawi nyanyi Oh Fatimah sebab restoran kat bawah tu ada pasang. Tapi ntah, aku dah takde mood, mungkin dah cukup dengan songket si Fatimah kot. Alah, Fatimah Songket. Korang ni lambat la.

Ahad malam tu, aku berJejak Kasih dengan Emang. Lama tak jumpa, macam2 cerita dok ada. Cerita2 operasi zaman PULADA, pasca-PULADA pun ada. Bertukar-tukar pandangan dengan orang yang banyak pengalaman. Kesilapan lalu dijadikan sempadan hari-hari mendatang. Diselang-seli gelak ketawa, tapi banyak kisah menyentuh rasa. Terima kasih kerana sudi mendengar. Dia bawak aku round2 bandar yang sunyi ini. Aku sangkakan lokasi tempat2 tarikan pelancong tu teramatlah jauhnya sebab tengok dalam peta satu kat sini satu lagi nun kat sana. Rupanya, bak kata Emang, radiusnya lebih kurang 20km je. Bagus, penuh ketenangan, tapi mengingatkan RMKe9 aku yang tersendiri, mustahil aku bermukim apatah lagi bermastautin di sini. Aku boleh datang, tapi aku mesti pergi sesuka hati. Macam lagu Iklim lak.

Hari Isnin, selepas meeting persis marathon di Wisma Negeri, sementara menunggu Emang menjemput aku pukul 8.30 malam ini ke airport, aku di Cyber Cafe bertentangan dengan hotel. Mencoret dalam blog aku pada kesempatan terhad ini. Di pejabat, mungkin tiada masa lagi. Malam ini, hujan sekali lagi mengiringi kepergianku. Selamat tinggal Kuala Terengganu, lain kali kita bertemu.

15-18 Julai 2005
Kuala Terengganu

Wednesday, June 29, 2005

Putrajaya : Tak Seindah Sentuhan Mata...


Sepertimana pernah ku katakan dulu, di kejauhan seringkali kita terima nota kesedihan. Keadaan itu berulang lagi buat ke sekian kalinya. Hari terakhir Kursus Induksi di Pangkor, ketika aku merencana untuk kembali bertungkus-lumus menghadapi minggu yang sibuk sebagai urusetia mesyuarat, aku dikejutkan dengan berita, ”Pak Long sudah tiada”. Oh, sesungguhnya aku agak tabah tapi sedih sayu tetap terasa. Inilah yang menyayat hatiku sepanjang menjadi warga Putrajaya. Aku dihadapkan dengan kehilangan demi kehilangan. Aku memang telah lama berkira-kira untuk tinggalkan terus Putrajaya pada tahun berikutnya. Namun inilah padahnya berlumba dengan masa. Kemenangan mungkin memihak sekali-sekala. Yang pasti, kekalahan hingga jatuh terduduk menyelubungi sentiasa.

Dari jeti Pangkor, bot hanya berlepas lebih kurang 2.30 petang. Aku mencongak-congak sendiri, sempatkah bersama-sama menyembahyangkan jenazah Pak Long di Masjid Jami’ul Badawi pukul 6.00 petang. Sudahlah coverage Maxis di Pangkor cukup menyeksakan. Waktu dapat bercakap, mak dan ayah aku yang sudah berpatah balik daripada perjalanan ke Putrajaya telah pun hampir sampai ke Kepala Batas. Harapan aku hanya pada Pak Ngah yang baru bertolak dari rumahnya waktu itu.

Dari jeti Lumut, aku tumpang Zali sekeluarga. Dalam penuh segan-silu, aku paksakan diri minta tolong hantar aku ke taxi stand. Tapi kata isterinya, mahal kalau naik teksi, lebih kurang RM60, lebih baik naik bas. Bagi aku, wang ringgit tidak menjadi soal dalam keadaan begitu. Namun bila kita sekadar mengharap ihsan orang, manakan mampu kita mendesak berlebihan. Aku ikut sajalah cadangan depa. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa laranya aku mengejar waktu. Jauh, memang jauh betul sebelum sampai ke bus stop laluan Perak Roadways Bhd. Aku memang tidak biasa ditolong secara percuma sebab itulah nilai sedari kecil yang aku bawa. Meski Zali agak enggan, aku hulurkan juga seadanya. “Duit minyak dan untuk anak-anak”, aku merasionalkan.

Setelah bas berhenti di Ipoh, aku ambil teksi ke Sungai Perak. Sampai di sana dah dekat pukul 6.00 petang. Punah harapan aku nak menyumbang sesuatu untuk abang sulung kepada ayah buat terakhir kalinya. Tiba di Permatang Bertam dekat-dekat pukul 8, orang lelaki semua dah Maghrib kat Masjid Jami’ul Badawi. Yang tinggal orang perempuan termasuk Mak Long dan mak aku kat rumah tu. Idah stay dengan depa sementara aku, Pak Ngah dan Hifzaili (anak Pak Cik Hafni) pi sembahyang kat masjid. Bila kami kembali, doa tahlil sedang dibacakan. Kami lalu mengaminkan doa di luar pintu yang bertutup. Syahdu, memang syahdu doa yang diimamkan oleh Muhammad, anak lelaki bongsu tunggal Pak Long merangkap Imam Muda Masjid Jami’ul Badawi. Aku tidak dapat melihat, sekadar mendengar. Dengan nada tersekat-sekat, dengan serba kepayahan, dengan sedu-sedan, air mata seorang lelaki ku rasakan berlinangan bercucuran. Sekuat mana pun seorang lelaki, tersentuh juga sekeping hati. Demikian, bila berair mata, itulah cerminan sebenar rasa dukacitanya.

Mak dan ayah Shahnaz pun ada sekali tapi Shahnaz tak dapat balik. Aku berbual dengan Muhammad. Seperti biasa, ia memang peramah orangnya. Esak tangis dalam bacaan doa yang aku dengan sebentar tadi hampir saja terlupakan. Sungguhpun demikian, dapat ku kesan pada sinar matanya, memang berkaca.

Pak Long, sebagaimana aku, merupakan anak sulung. Seperti aku juga, dia kurus saja orangnya. Dia tak banyak bicara, namun lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah dan dahinya terlalu kerap sujud kepada Allah. Dia seorang ulama, pernah menyebarluaskan ilmu agama di pondok Sungai Bakap dan Pasir Tumbuh. Akhir hayatnya, ia diuji Allah dengan penyakit kulit. Walaupun mungkin tidak sehebat derita Nabi Ayub, namun bagi orang kebanyakan mungkin sudah hilang sabarnya. Tapi Pak Long dalam serba kepayahan masih terus ingatkan Tuhan. Saat anak-anak meminta ia meneguk air tapi ia tidak lagi upaya, kata-katanya memang perlambangan waratsatul anbia. ”Macam mana aku nak teguk, Tuhan dah tak bagi aku teguk”. Kata-kata seorang hamba Tuhan yang penuh keredhaan walau sakaratul maut mencetus dahaga keteramatsangatan tak tergambarkan.

Aku penuh sedar apa yang ditakdirkan tidak sekali-kali relatif dengan perantauan aku. Bak kata Al-Ghazali, ”Api membakar kayu tapi kayu terbakar bukan sebab api”. Cuma aku sudah letih menanggung semua ini. Tuhan, kurniakanlah hamba-Mu yang dha’ifun jiddan ini ruang untuk lekas menukar haluan. Segala yang terjadi sudah tidak tertahankan.

Tuesday, June 21, 2005

*Dil To Pagal Hai...


Dah lama giler aku tak menulis kat blog tercinta ni. Skill penulisan ni macam pisau pemotong daging jugak, kalau lama tak asah manakan tajam. Bila dah berkarat, time tu baru nak asah kalu lambat la.

Apa yang menyebabkan Faisal Tehrani, Mawi, Akhil Hayy dan aku terjebak dalam keadaan yang sepatutnya kalau diketahui, orang yang ahli takkan duga atau terima untuk kami jejakkan kaki? Satu perkataan; KEGILAAN.

Manusia, bila sesekali timbul keinginan untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaan, tanpa disedari dia dah berada dalam dunia impian. Tapi walau macam manapun perubahan yang melanda, kalau sekali landasan kita pernah di tempat sepatutnya, kita akan kembali ke fitrah insani yang tulus sifatnya jua. Macam Faisal Tehrani, mula2 nampak innocent, lepas tu berambut panjang dan pakaian pun macam seniman jalanan, sekarang ni dah menemui perkara yang dicita-citakan dalam mencari keredhaan Tuhan. Macam Mawi, dulu dok masuk nayid dan tilawah, lepas tu tup tup dah join AF3. Dia kategori extrovert pasal dia pernah jadi DJ kat airport Senai. Tapi, meski dah belajar-belajar menari dan bersentuhan telapak tangan dengan ajnabi, dhamir dia takkan boleh menipu diri sendiri. Pasti terngiang-ngiang di telinganya akan sabda nabi, "Inni la usofihun nisak". Mencuba menjadi orang lain hanya akan menjadikan dirinya kaku serba tak menjadi. Macam Akhil Hayy, dulu asalnya budak baik kat kampung, lepas tu dah jadi rocker, vokalis kumpulan D'Riyadh pulak. Kepuasan tak abadi, lalu kini menjadi da'ie sambil menghibur hadirin dalam ceramahnya yang diselang-seli menyanyi. Aku pun macam tu la jugak, ada keinginan untuk buat sesuatu yang tak pernah aku lakukan dulu. Sampai satu tahap, cemuih pun hinggap. Abis la, itu tandanya kena kembali ke pangkal jalan walau bererti menggantikan potensi tepuk sorakan dengan cemuhan. Telahan aku terbukti tepat. Lantak hampa la, dah lama sangat aku buat sesuatu untuk orang lain, masanya dah tiba untuk aku buat sesuatu untuk diri sendiri. Kali ni aku takkan buat sebab orang suruh aku buat. Aku hanya akan buat bila aku terasa nak buat. Kata Reza AF3, tak hidup dipuji, tak mati dikeji.

*Hati Yang Gila...

Tuesday, May 10, 2005

Cinta, Kasih dan Sayang...


Mak dan anak kesayangannya. Posted by Hello

*Maa, Tujhe Salaam...

Sepatutnya kad tu abang dah hanta’ dah tapi sampai la tak bertulis lagi. Di bawah inilah sepatutnya apa yang abang coretkan:

Mak sepatutnya masuk USM masa abang kecik2 dulu. Tapi dengan pelbagai masalah dan keadaan abang pun yang kheja dok sakit sampai tok ayah boh nama Adam kat abang, mak tak jadi masuk universiti. Zaman la ni, kat sekolah kalau takdak degree memang terasa jugak la. Maafkan abang mak.

Masa cuti hujung minggu, abang pun balik dari asrama. Abang cerita kat mak kata abang jadi tekong nasyid untuk budak2 Form One. Lagu dia ”Di Bumi Ini Kita Ditemukan” yang kemudiannya baru abang dapat tau tajuk sebenar dia ”Ukhuwwah Fillah”. Mak suruh abang menyanyi lagu tu, mak nak denga’ tapi abang ketega’ tak mau menyanyi. Abang tau mak frust tapi ntah la, sejak dok asrama kat Irshad tu, abang dah tak seriang dulu. Maafkan abang mak.

Abang sangkakan Wani adalah adik yang paling bongsu. Rupanya, masa Form Two, abang dapat adik baru lagi yang terakhir kali. Kat private hospital Bukit Mertajam tu, mak suapkan nasi campur cebisan ikan kering yang digaul dengan lada hitam. Dah lama dah abang tak rasa nasi yang sedap macam tu, lebih kurang 5 tahun jugak la. Mak tanya, apa makna sekian-sekian. Tapi ntah la, abang ni adakalanya bila tak tenang atau tak tergerak nak menjawab atau buat sesuatu, memang diam sajalah yang mengisi ruang. Antara sebabnya tak berapa boleh lagi nak menerima kenyataan. Mak yakin abang tau jawapannya, almaklumlah, abang kan sekolah agama, sebab tu mak bertanya. Keyakinan mak itu berasas, tapi abang pulak yang malas bertindak balas walau abang tahu maksud nama yang mak nak boh kat adik tu ialah ”Cahaya Orang-orang Yang Asyik”. Maafkan abang mak.

Masa Form Four tu, keadaan tambah mengarut bila kawan2 ramai kelua’ dari Irshad. Yang dok sekelas tu banyak yang problematic. Abang pun dikeluarkan dari Irshad ke STSSB. Abang tak puas hati masa tu. Suatu petang, abang ke tempat biasa dalam rumah kita kalau nak layan perasaan, dalam bilik nek kat tingkat atas tu. Mak pun mai slow talk. Tapi abang tengah berserabut kepala otak tu, sayang nak tinggalkan Irshad, lalu abang bertanya, ”Jahat sangat ka abang ni?”. Mak memujuk lagi, merasionalkan dan menjustifikasi tapi abang tetap keras hati. Maafkan abang mak.

Masa masuk universiti, abang target at least 2nd Class Upper sebab First Class tu agak terlampau nak dijangkau. Rupanya, di universiti ni, abang bukan setakat bergelut dengan study tapi macam-macam benda sentul yang mempengaruhi. Ada masanya abang berjaya, ada masanya hanyut juga. Konvo UUM tu abang memang malas nak pi sebab kalau tak dapat apa yang dicita-citakan, macam fail rasanya. Pasal Pak Ngah dan Nina paksa, abang pi jugak la walaupun sebenarnya takdak perasaan seronok pun, tawar ada la, kosong, macam ruang vakum dalam termos. Abang dah menghampakan harapan mak. Maafkan abang mak.

Bila dah dapat kerja, mak ada nak gukan abang dengan orang tu dan orang ni. Tapi abang ni ketega' sangat, kata mak mungkin sebab abang lahir time tengah hari. Abang memang seda', "Ma ridhallahu illa fi ridha ilwalidaini". Tapi tu la, ntah apa yang abang cari. Maafkan abang mak.

Dah dok kat sini, abang, macam kat rumah jugak dalam dunia sendiri. Kalau bersembang memang rabung tapi jarang sangat nak telefon, SMS pun sesekali. Ntah bila keadaan ni nak berubah. Abang tak dak niat nak jadi Tanggang pun tapi tu la, lagu dok kata la. Maafkan abang mak.

Bila dapat tau kena Penempatan Daerah di Dungun, abang memang dah plan nak tulis sajak. Maklumlah, jiwa abang masa tu memang sentimental. En. Salim macam tau2, masa briefing tu dia kata janganlah pulak isi buku log tu macam tulis sajak ka apa. Dia kenen kat abang tu, abang tau. Abang bayangkan masa tu, di Dungun, abang akan duduk atas batu besar di tepi pantai. Suasana redup, angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Idea akan mencurah2 untuk tulis sajak nak hantar kat mak. Rupa-rupanya, jarak antara kampung dan Pantai Sura kat Dungun tu teramatlah jauhnya. Pantai Sura tu pulak taklah seindah Pantai Batu Ferringghi. Cuaca pulak masa tu hangat tak sangga. Walaupun abang memang hari2 berjalan pi balik pi balik dalam pekan Dungun tu sampai hitam, tapi keadaan pantai tu tak membantu untuk cipta sajak. Pantai yang elok sikit pun abang pernah pi adalah kat Rantau Abang, Marang tapi tu pun pi dengan family, macam mana nak layan blues sorang2. Sampai la ni sajak tu abang tak pernah kirimkan. Maafkan abang mak.

Mengenang dosa atas segala salah silap abang kat mak, ntah dah berapa puluh ratus Bukit Kas dah pun. Tapi mak tetap sayang kat abang. Baru ni, masa balik kampung, tok cerita kat abang, suatu masa tu, masa abang nak bertolak balik ke sini, mak berlari-lari. Tok pun tanya, hang nak pi mana tu. Mak kata, nak tengok Redha. Ya Allah, tersentuhnya hati abang bila tok kata macam tu.

Sempena Hari Ibu ni, abang takdak hadiah apa nak bagi, cuma kata-kata sebegini yang pertama kali abang tulis masa berumur dua dekad dulu mampu diberi.

*Ibu, Salam Untukmu...

Wednesday, April 20, 2005

Kekasih Yang Dirindukan...

Esok Hari Maulidur Rasul. Kata orang utara, Maulud Nabi. Sama la tu. Seperti orang Islam yang lain, aku pun rindu jugak nak jumpak dengan nabi. Takat la ni, tak berkesempatan lagi, walaupun dalam mimpi.

Nabi antara sumber inspirasi aku pada ketika tertentu. Bila morale aku dah down teramat sangat aku teringat jugak kat nabi. Nabi suffer lagi teruk daripada aku. Bukan setakat gossip, dah lebih daripada fitnah, amarah dan makian dihamburkan oleh golongan dalam kesesatan. Tapi, bak kata HAMKA dalam Tasawuf Moden, nabi tak mudah putus asa dan lemah semangat. Sabdanya, "Aku ini hamba Allah, Dia takkan menghampakan". Itu antara kata-kata hikmat yang mengembalikan semangat aku yang hilang.

Kadang-kadang aku terpikia' jugak, nabi punyalah banyak berkorban untuk umat dia, tak pernah lupakan umat dia walaupun hingga hujung nyawa. Masih menyebut "ummatii, ummatii" (umatku, umatku). Sebelum tu pun dia dah berkorban dah masa mengadap Allah memohon dikurangkan kadar waktu solat daripada 50 hingga akhirnya tinggal 5 saja. Doa pun dah banyak dipanjatkan ke hadrat Tuhan untuk kesejahteraan umatnya hari kemudian. Namun, bila dikenang-kenang, dan ada masa air mata pun jatuh berlinang, apakah balasan aku kepada nabi? Teramatlah sikitnya. Bila nabi dihina dan dicerca oleh musuh2 agama, kadang2 aku tak mampu membalas sewajarnya. Sama ada sebab ilmu yang cetek ataupun terbelenggu dengan 'wahan'. Paling kuat pun aku menyanggah dengan tulisan, biasanya dengan hati je. Maafkan umatmu yang dha'ifun jiddan ini ya Rasulullah.

Kalau adapun penghargaan aku yang aku anggap bermakna kat nabi mungkin hanya berselawat dan memuji, biasanya dengan lagu. Antara lagu-lagunya, sebagaimana lagu nasyid untuk firqah UNID yang pernah aku lead di INTAN dulu sempena hari lahir insan teragung di muka bumi ini. Bunyinya begini:

"Muhammad pemimpin umat ke jalan keredhaan
Muhammad pembawa rahmat untuk sekalian alam
Berselawat makhluk di langit tika menyambut lahirmu
Insan mulia yang dijanji kurniaan dari Ilahi
Lahir ke dunia bersama sinar gemilang

Ya habibi ya Muhammad saiyidina al-Mustafa
Ya habibi ya Muhammad saiyidina al-Mustafa
Ya habibi...

Selawat salam untukmu duhai nabi kekasih Allah
Kasihmu pada umatmu tiada sempadan batasnya
Mulianya indahnya sempurna kaulah nabi syafi'ul umat

Kau penghulu sekalian nabi
Sungguh terpuji akhlakmu
Kau rasul insan pilihan
Menjadi kekasih Allah
Ya habibi Muhammad
Selawat ku panjatkan kepadamu..."

Monday, April 18, 2005


Selamat tinggal PD, saya mohon permisi... Posted by Hello

Seorang Penolong Setiausaha yang baru memulakan alam kerjaya dan seorang Setiausaha Bahagian bertaraf JUSA C pada hari terakhir kerjayanya.
 Posted by Hello

Auld Lang Syne, SUB (PD)...

Seperti yang aku janjikan beberapa ketika nan lalu, inilah tribute aku untuk seorang boss yang tak pernah aku panggil bos kerana akulah sesatunya orang dalam Bahagian PD ini yang memanggilnya dengan panggilan 'Tuan'.

Sesudah habis PTD Unggul di Kemaman penghujung Julai 2003, aku berserta 4 orang lagi teman sejawat pun melapor diri di KPLB. Kami dibawa mengunjungi semua Bahagian yang ada kat KPLB masa tu oleh SUB (PSM). Dikhabarkan bahawa Bahagian PD merupakan core business KPLB dan PJK merupakan program yang tough kat Bahagian PD tu. Semua orang pakat segheyau nak masuk Bahagian PD. Dan mungkin sudah takdir, akulah sesatunya daripada 5 orang tu yang masuk ke sini.

Sebagai orang yang tak berapa ada pengalaman kerja secara proper kat mana-mana, memang take time sikit la nak sesuaikan diri. Aku masa tu tak lekang dengan kot aku tu. Dah macam skema la pulak. Sebab pesan yang aku terima adalah style tu kena ada sikit. Dipesan jugak kalau nak jumpak bos kena pakai kot. Segheyau jugak aku menghadap bos aku masa melapor diri tu. Ada la takut-takut sikit. Tambah pulak aku tau kata dia JUSA C, lagi la cuak. Mengikut pesanan Pak Ngah aku, ada sesetengah bos yang tak suka dipanggil bos sebab kata depa dah macam panggilan untuk ketua gangster. Jadi, start melapor diri tu aku dah start panggil bos aku tu tuan. Kemudiannya baru aku sedar bahawa tak semua pesanan orang tu applicable untuk semua tempat. Rupanya kat sini memang depa dok panggil bos aku tu bos. Tapi aku dah terbiasa, nak buat macam mana.

Ada satu masa tu, lepas beberapa hari aku study apakebenda Program Jalan Kampung (PJK) tu, P.A. dia pun panggil kata SUB nak jumpak aku. Aku pun pi la menghadap dia. Memang la skema aku masa tu, aku pun pergi la seberapa segera ke bilik dia dengan kot yang memang aku sentiasa dok pakai. Suspense jugak, awat dia panggil aku. Aku pun berdiri, sampailah dia suruh duduk. Dia tanya aku apa yang aku dok buat. Aku pun jawab la sejujurnya bahawa aku tengah study PJK. Dia pun tanya aku, kalau jalan ke ladang boleh dak buat PJK? Alamak, aku dah confuse dah sebab pengetahuan aku pasal PJK bercampur aduk dengan spesifikasi, skop dan apekebenda lagi ntah. Aku tak menjawab soalan dia tu, sebaliknya aku kona kot lain. Tapi aku rasa dia tau style aku tu, orang lama la katakan. Dia takdak la tekan aku pasal dok pusing kot jauh tu. Tapi aku dah belajar sesuatu hari tu, kena betul2 fahamkan apa yang aku baca.

Suatu masa, dekat2 hujung bulan puasa, aku seperti sebelumnya memang bertungkus-lumus dengan PJK ni sebab akulah sesatunya PSU untuk program ni. Kerani ada sorang, tu pun dah part time sebab naik pangkat jadi CC dan dia pun dok study dan buat tugas seorang CC. KPSU ada la sorang. Selalu dok kejan. Aku masa tu, kalau dok teragak-agak nak minum pagi alamat memang tak dan la nak pi BESTA tu. Bulan Ramadhan tu, aku kena prepare Nota Jemaah Menteri, tapi tak sempat nak disiapkan sebelum balik cuti raya. SUB aku dah bagi hint dah. Kata dia, aku mungkin kena datang balik untuk siapkan paper tu sebab Menteri nak tengok dalam kadar segera lebih kurang 2-3 hari je lepas raya. KPSU aku pun dah maklum. Tapi aku harap dan la aku beraya kat kampung puas2.

So, setelah berbulan-bulan hidup aku cuma antara ofis dan rumah Flat Hijau yang aku dok sorang2 tu, aku pun pulanglah ke kampung halaman pada suatu petang hari Sabtu. Lusanya raya. Esok tu, hari Ahad, aku pun menolonglah apa yang patut. Tiba-tiba, telefon bimbit aku yang dicharge kat area dapur berdering. Deria intuisi aku dah menjangkakan sapa dah yang telefon tu. Nombor 03-88863500 sekadar mengesahkan telahan aku. Sebelum balik cuti aku dah maklum dah sapa yang akan ada kat ofis time raya tu. CC kata dia akan datang kejap dan punch lepas tu balik rumah. SUB aku kata mana boleh, sebab dia pun datang ofis jugak. Antara dua2 orang tu aku dah boleh agak dah sapa yang telefon aku. "Assalamu'alaikum, Redha, ni Mustapa ni". Seperti yang ku jangkakan. "Ya, tuan". "Bila balik kampung", dia tanya, tanya ada makna tu. "Semalam tuan" aku menjawab. "Tengah buat apa tu? Bakar lemang ke?". "Tengah balut ketupat tuan", aku menjawab dengan jujur. Itulah kebiasaan aku setiap kali raya. Keje2 balut ketupat memang diserahkan kepada aku. Adik2 aku biasanya tak berapa cekap dalam profesion ni. Aku jugak yang kena buat. Tu yang best tu, walaupun ketupat daun palas. SUB macam terkejut dengan jawapan aku tu sebab aku dengar nada terkejut dia tu. "You boleh datang tak hari hari Jumaat ni?". Soalan cepu emas tu, betul tak aku kata ada makna dengan intro dia yang lemah gemalai tu. "Boleh tuan". Iyelah, takkan aku nak kata tak boleh.

Perbualan ditamatkan dan mak aku bertanya siapa yang menelefon tadi. "Bos", jawab aku lemah. "Dia kata apa?", mak aku tanya lagi. "Dia tanya boleh dak mai hari Jumaat ni? Mestilah boleh". "Takpalah, dia kalau tak mustahak takkan dia suruh pi pejabat", mak aku bagi semangat. Adik2 aku dah dok psycho aku tahap maksima dah tu. Siap menyanyi lagu sedih, ntah lagu Sudirman kot. Hai, berkorban lagi aku nampaknya. Sudahlah masa aku banyak didedikasikan ke ofis walaupun hujung minggu, cuti raya pun kena jugak. Tapi aku melihat masa depan, justeru walaupun pedih rela ku korbankan.

Aku dan mak dan adik2 aku menuju ke ibu kota di saat2 orang lain riang bergumbira di desa bersama-sama sanak saudara pada hari Khamis. Depa pun nak ikut sama, sebab aku kata lepas Jumaat dah boleh balik kampung semula. Selain tu, kata depa, alang2 dah mai sini boleh pi rumah Tok Su aku kat Kg Batu Muda. Punyalah sedih, bertambah sayu bila kedai makan apa semua pakat tak bukak. Kedai mamak Presint 8 tu ada la, tapi haram tak sedap pun nasik goreng dia 5-6 bungkus yang aku beli tu. Tawa' hebia'.

Esoknya, aku pi ofis, bertungkus lumus menyiapkan Nota Jemaah Menteri tu. Dah siap type, tapi setting lari sikit. Nak perbetul tu pun sikit punya haru. Dah tinggal nak save saja lepas tu print, tau2 ada problem ntah hapa ntah dan apa yang aku type tu hilang. SUB aku pulak sat2 dok mai, sat2 dok mai. Aku dah kecut perut dah masa tu, sebab error tu akan membuatkan aku kena type semula berhelai-helai Cabinet Paper tu. Masa dah dekat solat Jumaat, SUB aku tanya tak pi sembahyang Jumaat lagi ka. Aku kata sat lagi. Nasib baik la ada Kak Taty, PSU JALB tu. Dia la volunteer nak selesaikan keje2 aku tu.

Selesai solat Jumaat aku pun check balik paper tu. Tak berapa lama SUB aku pun mai, dah diajak aku submit paper tu kat rumah Menteri di Jalan Conlay. Kecik je aku rasa masa dok sebelah dia dalam Perdana Hitam tu. Aku cuba bersembang, tapi persembangan aku tu lebih banyak ke arah soalan je lah. Dah sampai di tengah KL, dia dok mencari-cari di mana letaknya Jalan Conlay dan tanya aku kat mana lokasinya. Aku manalah tau, itulah seumur hidup pertama kali aku dengar nama jalan tu. Rupanya dekat Kraftangan Malaysia. Malangnya, dia minta aku stand-by kalau2 ada apa2 pembetulan hari Isnin tu. Punah harapan aku nak balik esoknya. Dah submit, aku ingat dia nak balik ke ofis semula. "You boleh naik ERL kat KL Sentral?", dia tanya aku. "Saya tak pernah lagi tapi takpa tuan". Rupanya dia nak terus balik rumah je. Aku terpikir jugak camno aku kalau dah sampai Putrajaya tu naik ERL nak masuk rumah sebab kunci ada kat family aku. Aku try call, rupanya diaorang pun dah datang ke tengah KL. Aku minta tolong depa ambik aku kat KL Sentral walaupun aku tau susah jugak untuk cari tempat tu. Kali kedua call, tengok2 depa dah sampai situ dah, apa lagi, pi Kg Batu Muda la.

Berbalik kepada SUB aku tu, semasa baru2 kedatangan TSUB aku, aku antara orang yang selalu disuruh itu ini, tak menang dengan PJK yang serba kelam kabut tu. Suatu hari, aku disuruh selaraskan laporan untuk Bahagian PD oleh TSUB. Tengah2 dok kalut tu, SUB aku tanya dah siap ka report untuk KSU tu. Aku kata belum lagi. SUB aku menyinga, apsal tak buat lagi. Aku kata tengah selaraskan report yang TSUB suruh ni. Dia makin angin, urgent sangat ke benda tu, setakat nak selaras ambik je la yang memang dok ada tu. Baru aku tau rupanya report yang dia suruh tu KSU nak guna untuk mesyuarat di Pahang hari Isnin tu. KSU nak ke Pahang petang Sabtu tu. Dia pulak tak haba' bila nak, aku ingat dan la KIV sat dulu. Morale aku pun dah down, aku minta tolong sorang kerani muda untuk selaraskan dan hantar sementara aku pulun menghabiskan report tu. Orang dah beransur pulang, hanya tinggal 4 orang iaitu kerani tadi tu, CC dan SUB. SUB ajak makan, aku kata tak pa la. Aku dah tawar hati dah sebab selama ni dengan komitmen aku yang bertungkus-lumus pun aku kena marah lagi. Aku mengelak2, kata nak sembahyang Zohor dulu la. Tapi aku tak daya, sebab kata dia dia akan tunggu kat parking di bawah bersama2 kerani muda tu dan CC. Pi la kitorang makan nasi beriani kat Souk bawah Masjid Putra tu. Dia yang belanja semua tu. Lepas tu dia cool down pulak, takdak la marah2. Katanya, memandangkan aku tak dan siap hari tu dan dia pun nak balik rumah dah, dimintanya aku hantar beberapa salinan report tu ke rumah PSU BELB kat Presint 11.

Aku tak tau macam mana dia memandang aku tapi banyak kerja-kerja didelegatekan kepada aku. Kadang2 tu, mesyuarat yang penting2 yang hanya selayaknya dihadiri oleh dia pun diminitkan kepada aku. Ada la sikit exposure untuk aku. Dulu, dia ingatkan nama aku Ahmad Redha, dan diminitkanlah kat beberapa surat sebagai nama itu. Dah tu baru dia tau nama aku Ahmad Redhauddin walaupun dipanggil Redha. Tugasan pertama aku sewaktu baru2 melapor diri ialah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Hari Bersama Pelanggan di Sabah. Itulah first time naik flight sorang2 ke Negeri Di Bawah Bayu. Aku ingatkan lepas tu kerap le out-station, tak de pun.

Ada suatu masa, sesudah lama tak out-station setelah kali pertama pi Sabah tu, aku dikehendaki ikut dia ke Pahang untuk mesyuarat penyelarasan PJK kat Kuantan. Sepatutnya KPSU aku yang pegi tapi dia ada keje, so, yang tinggal aku jelah. Hotel dan kenderaan pejabat pun tak sempat booking, pegi dengan SUB ajelah naik Perdana Hitam dia tu. Dah sampai Kuantan, baru mencari2 nak tido' kat mana. SUB aku ni teramatlah simple, dia tak berapa suka hotel2 yang banyak bintang ni, dia nak tido kat Sri Malaysia je. Dia suruh aku tanyakan kat kaunter. Aku mana la biasa berurusan dengan hotel ni. Tanya je la apa yang terlintas. Dah dapat maklumat pasal harga, aku pun maklumkan kat SUB. Dia pun pi dengan aku ke kaunter tu. Aku sebelum tu dah SMS dah PSU BELB tanya tentang bilik. Ditambah pulak aku ingatkan sebab terlalulah simplenya dia ni, lalu aku pun tanya, "Sebilik ke tuan?". "Eh, asinglah". Mana aku nak pi tau. Siot betul PSU BELB. Malam tu dia la belanja makan.

Lepas abis meeting dan on the way balik ke KL melalui jalan di Pahang yang berliku-liku tu, ada suatu ketika aku dah perasan dah lampu isyarat dah merah sedangkan dia bawak keter tu laju. Aku sedia maklum jugak bahawa mata dia ada problem sikit tapi dia tak berapa suka pakai spek. So, aku pun maklumkanlah awal2 lagi pasal lampu merah tu kat dia. Lepas tu, kat satu laluan, ada satu kete tengah memotong dari arah bertentangan dan dengan lajunya menuju ke arah kami. Aku maklumkan kat SUB tentang keadaan tu supaya tindakan segera dapat diambil. Maklumlah, kot2 dia tak berapa nampak keter tu. Dia buat derk je, dah dekat nak berlanggar baru dia ketepi. "Bagi dia takut sikit", kata SUB aku tu sambil tersenyum. Ya salam, aku pikir dalam hati, buleh buat lawak ngeri lagi tu.

SUB aku ni memang warak orangnya. Tiap2 pagi, solat Dhuha memang tak lepas. Time solat Zohor dengan Asar, memang berjemaah on time selalunya kalau tak pasal meeting besar ke apa ke. Jarang2 dia makan kat BESTA. Iyelah, memang time dia attend meeting ada makan2, tapi dia ni memang jenis tak kisah sangat pasal makan. Kalau ada dia makan, kalau tak dak takpe. Cukup la kot dengan bekal kopi dalam termos dia tu. Kadang2 la baru dia turun ke BESTA. Mungkin dah lapar sangat kot. Satu yang unik pasal dia ni ialah dia memang humble. Sederhana je dalam serba-serbi, baik berpakaian mahupun bual bicara. Aku suka style dia tu, tak mewujudkan gap antara orang atasan dengan orang bawahan. Pernah satu masa, dah pukul 8 malam lebih dah. Masa tu aku sorang2 sedang bertungkus-lumus menyiapkan presentation untuk dibentang esok. Anak dia telefon. Tau apa dia bagitau kat anak dia, "Apak dengan kawan apak ni". Tersentuh betul aku. Kalau nak kira, sapa sangatlah aku ni, PSU je sedangkan dia JUSA C. Kalau dia kata anak buah pun dah kira o.k. dah, tambah la pulak dia sebut kawan.

Dia memang memegang teguh pada prinsip terutamanya yang boleh dikaitkan dengan unsur rasuah. Memang selalu kontraktor dan consultants datang mohon projek. Kadang2 daripada Sabah (biasanya depa ni bawak udang), kadang2 ada jamuan berbuka puasa oleh consultants yang memang dah dapat projek pun. Tapi dia tak ambik pemberian tu dan tak attend pun jamuan makan sebegitu. Prinsip dia tu aku jadikan iktibar.

Cuma satu la, dia dengan rokok tak boleh dipisahkan. Kadang2, time rehat masa mesyuarat yang besar2 tu, dia sanggup turun ke bilik dia. Sambil tingkap terbuka, kipas berdiri dipasang, pandangan dihalakan nun jauh saujana mata memandang, rokok terjepit pun dinyalakan. Biasanya kitorang malas mengganggu, tapi kadang2 kalau dah urgent sangat kena la memberanikan diri mengganggu konsentrasi dia.

Macam manapun, ketokohan dia dalam meeting memang terserlah. Kalau SUB lain attend meeting bawak rombongan, dia slumber je datang sorang. Semua benda dia tau, termasuklah figure walaupun taklah detail sampai ke decimal point terakhir. So, setiap soalan ataupun argument sapa jugak dapat dibalasnya dengan yakin. Ada satu peristiwa, sepertimana diceritakan oleh sorang PSU Bahagian R, suatu masa SUB aku ni masuk meeting dengan sehelai kertas je walaupun tajuk yang akan dibincangkan tu agenda besar. Orang lain dah siap dengan KPSU dan PSU berserta compilation data tertentu. Tapi yang buat orang salute kat SUB aku ni ialah dia present je sambil melihat skrin tanpa melihat pun muka KSU, sampai KSU panggil nama dia pun dia teruskan jugak. Itu yang membanggakan aku sebagai warga PD tu. Memang mantap la dia tu. Sampai KSU pun dah jadi member baik dia. Ada satu meeting yang aku attend bersama wakil2 agensi, tiap2 Jabatan dan Agensi kena present laporan masing2. PD ni depa go through sekali lalu saja sebab sebelum tu dah present kat KSU. KSU line clear. Jadi, ada la orang dalam meeting tu kata, PD ni anak emas KSU. So, selamat la aku dari soalan yang bukan2. Tu semua pasal ketokohan SUB aku la tu.

Dalam meeting Bahagian, dia selalu tease aku, "Redha ni dia redha je". Aku pun dah gunakan ungkapan tu untuk apa2 keje yang dia assign masa meeting tu, "Saya Redha aje". Termasuklah penyelarasan, Bilik Gerakan dan apa2 yang berkaitan pembangunan sebab aku takkan menolak keje yang dah diberi. Aku benar2 harap aku akan dapat aura dia sedikit sebanyak. Dia pernah pesan kat aku masa aku hantar Cabinet Paper dulu ke Bahagian Kabinet, JPM bersama dengan dia masa baru2 masuk kat Bahagian PD ni, "Kalau you rasa suatu benda tu you betul, you jangan takut, you lawan je". Aku mungkin ambik masa jugak nak sampai tahap dia tu. Macam manapun, setakat mana yang aku buleh, aku buat la. Kadang2, ada jugak orang tersalah sangka. La, ingatkan Cik Mus, rupanya Cik Redha. Sebabnya, aku dan dia kalau berjalan memang laju.

Ada satu pesanan dia baru-baru ni yang aku jadikan azimat. Masa tu dia nak bincang dengan aku pasal Jawapan Parlimen. SUB nak suruh aku buat semula sebab katanya tak menjawab soalan. Aku maklumkan bahawa asalnya dia minit kat aku tapi sorang PSU yang terima soalan tu dah buat dah based on contoh jawapan yang lama. Tau apa kata dia kat aku? Sambil tersenyum sinis, dia berkata, "Redha, itulah yang membezakan antara sorang pegawai dengan sorang pegawai yang lain.". Kata2 dia tu aku ingat sampai la ni.

Itulah antara kenangan aku dan SUB aku tu. Selamat Bersara Encik Mohd. Mustapa bin Mohd. Sidik. Bertuah mengenalimu...

Thursday, March 17, 2005

Hidup Seorang PTD Yang Terlampau...

Satu lagi hari yang sibuk giler dalam karier aku. Start dok kat ofis, aku dah pedo dah nak buat kerja2 yang belum beres. Tau-tau, ada call daripada KPLB Sabah minta tolong faxkan maklumat tentang RMKe-8 program-program Bahagian PD pagi tu. Termasuklah siling, peruntukan dan perbelanjaan mengikut tahun. Dia nak pagi tu jugak. Dia pun baru dimaklumkan ada meeting. Aku cuba la aku kata. Aku pikia' jugak, takkan nak kutip lagi kat member2 program lain kot. Aku bagi saja la maklumat yang ada kat aku seadanya. Satu permulaan yang tak berapa baik untuk hari tu. Tau-tau, CC haba' kata pukul 9 pagi ada meeting Laporan Aktiviti Bulanan kat aras 7. TKSU (S) yang chair. KPSU aku pulak dah suruh cari fail berdasarkan no. rujukan hat dia bagi. Kerani cuti, sakit belakang. Aku pulak tak familiar la pulak aku dengan tajuk fail tu. Tak tau nak cari kat mana. Amacam, best tak situasi yang aku hadapi ni? Lebih kurang situasi yang aku tulis (based on true story) untuk essay kelas Alpha dulu, "Out You Go : To Stress It May Concern".

Aku masuk bilik meeting tu pun dah terlambat. Appa punya turrr? TKSU (S) bukannya suka orang masuk lambat. Tapi aku tak terangkan pun apa dah berlaku kat aku pagi tu. Kena la pulak dok sebelah TKSU (S), dah macam Cik Mus la pulak. Tapi, macam selalu aku doa kat Tuhan, ada masa aku dapat kemudahan / pertolongan yang tak disangka-sangka. Ingatkan nak kena brief ka apa ka, rupanya TKSU (S) puji Bahagian PD sebab report yang baguih dok ada. Aku senyum saja la seindah suria, tak la rasa riak pun tapi ada la berbunga-bunga sikit. Control senyum tu sikit, malu kat orang aih. Kawan-kawan aku semua tu yang attend meeting tu, si Ros, si Shakira, si Hamidah, la, ramainya pompuan.

TKSU (S) tu dok citer pasai dia dengan aku pulak dah. Katanya, Redha ni saya dok bimbing dia untuk menjadi pegawai yang analitikal, proaktif dan lain-lain sifat mahmudah. Saya berkawan dengan dia. Sebab saya tengok dia pegi makan pun sorang-sorang. Tak boleh dok sorang-sorang saja, kena bercampur dengan orang lain.

Aku dok agak dah kalau TKSU (S) ni dok citer lagu ni, persepsi orang akan ingat aku lagu tu. Termasuk la si Ros tu. Bia' pi kat depa la. Memang aku biasa dok sorang pun. Sebelum kursus pun aku dok sorang saja kat Flat Hijau tu. Aku tak tau macam mana TKSU (S) melihat aku, tapi aku macam tu lah. (Cerita pasal aku dan TKSU (S) akan menyusul selepas Edisi Khas pasai Cik Mus).

Aku dah ada intuisi dah yang lepas ni ada orang akan jadikan aku bahan rujukan. Memang pun, sebab lepas tu si Ros call aku. Macam la report aku baguih sangat, report depa lagi hebat, siap shrink kan lagi jadual tu.

Ros pun mai la bilik aku yang serba sederhana ni. Ya la, bilik orang bujang, tak la terurus sangat. Lain la meja sebelah aku ni, meja orang dah berkeluarga. Ada la sinar ceria macam lagu boria sikit. Rupanya dia nak 'Pulangkan' balik belen RM20 tu. Siap bawak dodoi beraneka warna bentuk piramid kecik lagi tu (Dah habih pun aku makan, lapa' la). Pengeras ka apa. Ceh, macam aku mahaguru. Masa dia sampai tu dia ingat aku takdak la kot. Baru dok tulis mesej kat Post-It Notes tu, aku pun sampai. Betui dak macam aku kata tadi, mesej dia antara lain berbunyi begini (aku pelekat kat monitor PC aku buat kenang-kenangan), "Jgn. la pi melangut sorang2. Karang kena kidnap, naye aje KKLW nak cari PSU mantap mcm u.". Mana ada aku mantap, si Adnan tu mantap la. Tuka'2 cerita, dan aku pun buat la pedoman sikit apa yang patut.

Sampai la ke petang, ada saja benda yang kena buat. Tak dan sudah kheja ni, dah kena buat benda lain pulak. Menteri nak balik profail syarikat yang dia sokong la, dia nak profail syarikat yang ada mention dalam Memo KSU la (pun dia sokong jugak). Biasa la, masa tu (sebena'nya dah berapa lama dah) computer hang la, tak boleh print la, print kelua' ntah hapa2 la. Aku tak tau macam mana kheja si Ros tu, sama ada dia boleh concentrate dak tapi kheja aku macam tu la. Sampai la ke petang ni, baru lepas berbincang dengan orang ICU pasai Jalan KESBAN.

O.K., masa tamat, sila taip ayat terakhir pada karangan ini dan jangan lupa, malam ni malam Jumaat, baca la Yasin ambik berkat. Insaflah wahai umat meski Dunia Belum Kiamat.

Saturday, March 12, 2005

Antara Sibuk, Menyibuk & Buat-buat Sibuk...

Akhir-akhir ini tergolong dalam kategori yang sibuk giler semenjak aku berkerjaya. Cara paling mujarabat adalah dengan menekuni Al-Furqan dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Tapi kadang-kadang, aku rasa aku perlu menjerit sekuat-kuat hati aku, di suatu kawasan yang lapang. Bak kata Along Spoon, "...biar tenang jiwaku, setelah kasih lama berlalu.". Tapi kesempatan sebegitu tak pernah hadir. Lokasi sebegitu belum ku temui. Lalu aku memendam perasaan yang nak meletus macam gunung berapi sekadar dalam hati. Cara yang aku ada untuk 'menjerit' pun hanyalah menyanyi semahu-mahunya sambil memasang lagu-lagu kesukaan aku dalam kereta.

Aku tak salahkan sesiapa pasal keje yang banyak ni. PTD diambil be'kerja', bukan dok saja. Dato' Zainal Karib pun ada pesan masa aku mula-mula report duty dulu, jangan tolak kerja sebaliknya cari kerja. Tapi yang membuatkan aku segan ialah apabila kerap ditanya oleh immediate boss aku, dah siap ke belum keje yang dia bagi. Kalau zaman pre-historic dinasours dulu memang aku dah kena amput dah, siap kenai punggai dengan files lagi. Tapi immediate boss aku tanya elok-elok. Cuma, maklumlah, lelaki pun ada perasaan malu dan segan, kalau dak baik dok Bagan. Semedang keje hakiki aku tak siap, deadlines dah berapa kali hancur berkecai, keje menyelaras pulak yang bertimbun-timbun. Tunggu, sapa kata kerja menyelaras senang, cuba haba' mai? Hampa tak kena hampa tak tau la. Nak dapatkan maklumat daripada tiap-tiap program lagi. Ini bukan style copy paste macam student university buat tu. Apa-apa hal pun orang cari kita balik.

Kata Pak Ngah aku keje banyak ni rezeki. Ntahlah, rezeki kot mana pun tak tau. Mungkin inilah takdir orang bernama Redha. Meminjam kata-kata officers kat KKLW ni yang dah mula perasan kewujudan aku ni, "Redha ni apa-apa pun dia redha aje.". Nasib aku agaknya.

Monday, March 07, 2005

Anakanda & Ayahanda : Ikut Suka Hampa Daaa...


Entahlah, aku tak daya menghalang orang untuk menyukai, sebagaimana aku tak upaya menegah orang untuk membenci. 
Posted by Hello