Macam pernah ku dengar tajuk itu, tapi di mana ya? Ingat lagi tajuk syair seseorang Malam Secerah Pawana dulu. Tajuk syair itu sebenarnya diinspirasikan daripada tajuk ini. Oh, ada cerita rupanya.
Raya tahun lepas, aku terima kad-kad raya daripada teman-teman lelaki dan wanita. Seperti biasa, kalau kad-kad raya itu sampai di kampung, dek kadar ketelusan yang amat tinggi di kalangan adik-beradikku, maka kad-kad itu mereka baca dulu.
Ada satu kad daripada Johor. Di sampul, selain tertera nama dan alamatku, ada tulisan Arab yang menarik sekali. "Khususan Ila Akhi", begitu bunyinya. Wah, apa lagi, bila aku pulang ke kampung, memang masaklah aku dikenen-kenenkan tambah-tambah oleh adik perempuanku yang nombor satu. Aku pun, disebabkan malas digossip-gossip liarkan menerangkan hal sebenar.
Dia seorang ustazah. Umurnya lebih kurang sebaya denganku. Menuntut di Universiti Malaya. Jurusan aku sudah ingat-ingat lupa, maklumlah, banyak sangat masalah negara. Syar'iyyah atau Usuluddin, tapi yang pasti Pengajian Islamlah. Seperti ramai orang lain, ia pun ada masalah juga memahami ayat-ayatku yang berliku-liku. Nak buat macam mana, aku tak biasa menulis ayat-ayat yang biasa. Kadang-kadang, mungkin orang beranggapan ayat-ayat aku itu bertujuan mengayat. Ya salam, aku mana ada niat begitu. Ayat-ayat aku itu kalau difahami mengandungi unsur-unsur motivasi dan kisah benar aku dan orang lain. Cuma aku pun pandai juga membaca keadaan. Macam Rohaida tunang si Mazlan itu, tahun ini tak adalah aku hantar lagi kad raya.
Alamak, jauh sangat aku melalut. Kembali ke pangkal jalan. Ustazah itu mengaku dalam kadnya ia tidak arif menulis ayat-ayat klasik. Namun tulisannya pula membuat aku terkesima buat ke sekian kalinya. Fuh, macam tazkirah pun ada. Maklumlah ustazah. Insaf aku dibuatnya.
Sekarang ini, ia tengah mencari kerja. Hari itu, ia ada menghadiri temuduga Jabatan Agama Johor. Memang adventurous ustazah ini, sanggup jadi pendakwah ke perkampungan Orang Asli. Ustazah masa kini bukan lagi ustazah typical yang biasa aku kenal. Keadaan telah banyak berubah. Sebab itu aku tidak terkejut kalau ia pun gemar menonton cerita kartun. Shin Chan lah, Chibi Maruko lah, pendek kata, macam-macam ada. Normallah tu, ustazah pun manusia. Aku pun gemar juga menonton animasi. Tapi sejak Inspektor Mazlan bertukar ke Sabah dan Dragon Ball Z menjadi Dragon Ball GT, minat itu sudah kurang. Lebih baik aku mengikuti kelas bahasa Hindi Andy Hakim.
Walaupun agak kekartunan, satu sifat yang aku suka pada ustazah ini ialah fikrah Islamiahnya yang belum hilang. Baru-baru ini, ia suarakan padaku melalui SMS tentang konsert menyambut tahun baru. Aku pun tidak REDHA, namun sekadar dalam hati. Esoknya, ia SMS lagi, gembira konsert dibatalkan. Walau apapun alasannya, terima kasih Pak Lah.
Aha, sebelum aku terlupa lagi, sudah sekian lama berutus kad raya dan berSMS-SMSan, aku masih tidak tahu gerangan sebenar ustazah ini. Meski sekali air bah, sekali pasir berubah dan evolusi pada wajah, sifat asalku seperti sudah-sudah. Kesempatan sering datang pada orang yang tidak mengambil kesempatan sebab ia memandang sebagai ujian. Persepsi manusia cenderung bertukar jikalau mengetahui rupa sebenar. Memadailah ia tahu aku memang wujud di dunia ini.
Aiwah. Na'am, ahsanta ya akhi!
Kekayaan Dicapai Kejayaan Digapai
9 hours ago
No comments:
Post a Comment