I was not feeling well yesterday. Rasa macam nak demam. Memang dah demam pun. Hukum Tuhan la ni. Bulan ni serba kalut. Bahagian tu nak maklumat ni, maklum balas lagi. Kadang2 tu bila orang mai tanya dah siap ka belum maklumat yang depa mintak tu, tak tau hat mana satu yang sebenarnya depa nak. Rasa2 macam lebih kurang saja maklumat yang diminta tapi orang yang minta tu lain2. Kalaulah badan aku boleh buat proses pembahagian macam amoeba kan ka baguih. Pecah 4 ka. Satu bahagian boleh telefon JKR Negeri dan Agensi KKLW. Satu bahagian boleh fax surat2. Satu bahagian boleh update rekod. Cukuplah. Hah, satu bahagian lagi. Satu bahagian lagi pi BESTA la minum2.
Masa mula2 report duty kat KKLW lepas PTD Unggul tahun lepas, aku ditanya oleh TKSU (E) kerja camno yang aku nak. Aku kata aku suka dok pejabat tapi sekali-sekala nak jugak out-station. Nampaknya, Tuhan kabulkan doa aku. Agak2 nak terpanggang kat pejabat tu, merasa la jugak aku out-station. Macam hari ni aku out-station ke Pahang. Ada hearing PBT kat Pejabat Daerah dan Tanah Maran hari Khamis. Alang2 dah out-station, biar la aku relaks serelaks-relaksnya. Aku book keter pejabat, bertolak lebih kurang 5.45 petang. On the way kat highway, Nissa SMS aku. Katanya cuba tanya Ainul pasal hotel kat Maran. Time kasih, kata aku, tapi aku lepak di Sri Malaysia Kuantan jelah.
Aku sampai kat Pejabat Daerah dan Tanah Maran ni dekat2 9 pagi. Hampeh, mesyuarat start dekat pukul 10 pagi. Dalam surat kata pukul 9 pagi. Aku biasa le, dengan tie KKLW, dengan jacket + name tag lagi. Kalau kat daerah mungkin nampak poyo la pakai camtu sebab kadang2 ADO tie pun tak pakai. Lantaklah, skema pun skemalah, janji kemas! (KEMAS Harun Mat Taib la, betui dak Pian?).
Tu pun rupanya hearing pertama ditangguhkan. Yang tak tahan tu, ada sorang kerani ni, tadi aku dah perkenal diri dah masa mula2 sampai. Time aku nak masuk bilik mesyuarat tu, dia tanya aku, "Ni lawyer ke?". Ya salam, mentang2lah aku skema.
Hearing pertama ditangguhkan ke 25/1/2005 sebab lawyer tuan punya tanah tu minta tangguh. Padanlah kerani tu ingat aku lawyer. Aku ni mana ada gaya lawyer. Bak kata sorang hamba Allah masa game teka kerjaya berdasarkan sketch wajah di BTN dulu, student universiti ada la.
Pentadbir tanah yang mewakili JKPTG Pahang tu minta I/C semua orang. Logik jugak, sebab ini perbicaraan peringkat rendah. Dah semua particulars ahli2 perbicaraan diambil, dimaklumkan bahawa kalau tuan tanah tak puas hati, ahli2 perbicaraan boleh dipanggil jadi saksi di Mahkamah Tinggi. Wah, macam kata Uncle Ben kat Peter Parker, "With great power comes great responsibility".
Perbicaraan untuk kes kedua dimulakan apabila tuan punya tanah, seorang wanita warga emas tiba bersama suaminya. Perbicaraan ini memang menyentuh perasaan aku. Sebab watak2 yang aku temui di sini hampir2 lenyap di kotaraya. Detik mengharukan itu bermula tatkala wanita ini membuka kasut sebelum masuk ke bilik mesyuarat. Ahli2 perbicaraan ini, kecuali aku, semuanya memohon baik2 supaya wanita ini menyarung semula kasutnya itu. Aku terkesima tak tau nak kata apa. Wanita berusia itu duduk di sebelah kiriku sementara suaminya duduk bersebelahan dengannya.
Bila perbicaraan bermula, Pentadbir Tanah bertanya sama ada ada perkara yang hendak dibangkitkan seperti harga tanah dan sebagainya. Sambil tersenyum2 dan pandangan mata yang ditundukkan, pak cik itu berkata, "Kami ikut ajelah apa kata undang2". Pentadbir Tanah ini dan pegawai penilai harta beria-ia bertanya dan jawapan yang diberi masih lebih kurang sama. Akhirnya pampasan diumumkan dan tuan punya tanah itu mendapat jumlah yang besar juga, hampir 1.5 kali ganda daripada nilai pampasan asal yang patut diterima pada tahun '90-an. Cuma, kadang-kadang dunia agak kejam terhadap orang yang hatinya hampir tiada sifat mazmumah. Pak cik ini, yang berkopiah dan berbaju Melayu ala Raihan serba putih menanyakan tentang tuntutan tambang sebanyak RM50 bagi menghadiri perbicaraan tersebut. Pentadbir Tanah ini nampak keberatan menimbangkan tuntutan itu. Dia memaklumkan pernah mencadangkan kepada tuan-tuan punya tanah sebelumnya untuk menyerahkan semula wang tersebut kepada Kementerian untuk Tabung Mangsa Tsunami. Waktu ini, fikiranku ligat berpusing memikirkan adakah mekanisme sedemikian di peringkat Kementerian. Pada hematku, kalaulah sudah memang hak mereka, bagi sajalah, apa susah.
Usahkan kata pak cik itu, aku pun tak faham. Jadi, tak hairanlah kalau pak cik itu bertanya camno yang sebenarnya. Pentadbir Tanah ini main reverse psychology. Katanya, terpulanglah, kalau pak cik rasa RM50 tu besar, saya bagilah. Dah kena ayat2 macam tu, mak cik yang sebelah aku ni pun bersuara. Patutnya dia banyak bercakap sebab dialah tuan punya tanah. Melihat makcik ni mengingatkan aku pada perawakan kaum wanita kat kampung aku. Pada mak, tok, ustazah, kawan2 time mengaji, budak2 kat sekolah pondok tu. Bertudung labuh, duduk dengan sopan dan pandangan ditundukkan, mencerminkan hati penuh keikhlasan dan sesuci lebaran. Kata mak cik ini, elok jugak kalau sedekahkan untuk mangsa tsunami tu. Aku harap ada la cara RM50 tu masuk ke tabung tsunami, kalau dak, kenalah aku donate duit aku dan niatkan untuk depa supaya aku tak rasa bersalah dan tak dikaffarah kemudian hari.
On the way balik tu lalu kat LPT. First time aku lalu tu. Radio 1 pasang lagu filem Andaaz pulak. Layan, jangan tak layan. "Zindegi ek safar hai suhana, yahan kal kya hoon kisne dana". Hidup memang suatu perjalanan pun.
Rileks sat kat rumah mak driver ni kat RPT Klau. Lepas tu, time nak balik ke Putrajaya, round2 kat Felda Klau. Elok jugak sebab ini mungkin kunjungan hormat awal dan akhir sebelum daerah ini ditenggelami air Empangan Klau. Per2pun, tempat ni tetap abadi dalam koleksi kenangan aku.
11-13 Februari 2005
Putrajaya-Kuantan-Maran-Putrajaya
Kekayaan Dicapai Kejayaan Digapai
9 hours ago
1 comment:
Nice blog. Keep it.
Post a Comment