Seorang manusia yang nyaris terbunuh oleh rindu. Bangun kembali, menginsafi diri. Dan sebuah rindu pun jadi puing-puing, mendebu, lantas diterbang takdir dan waktu...
LOKASI: Bilik kuliah tingkat kedua teratas sebuah blok.
WATAK: - Lecturer wanita - Student lelaki ijazah pertama - Student lelaki prasyarat
BABAK: Lecturer wanita sedang mengajar subjek ekonomi politik di bawah tajuk kemiskinan. Slaid powerpoint dipasang dan dipancarkan ke skrin. Student lelaki prasyarat duduk di kerusi lipat baris ketiga dari depan; student lelaki ijazah pertama duduk di sebelah kiri student lelaki prasyarat selang satu baris kerusi lipat.
Student lelaki: (sambil tertanya-tanya sendiri dengan rakan sebelah) Apa indeks dia? Haq tu ke?
Student lelaki prasyarat: (menggunjing dalam hati dengan muka yang serius) Ish, ish, ish, mai tang mana pulak indeks tu nama Haq. Kan ka kat slaid tu tulis Haq (1995). Mat ngot betui, klu sikit punya besa’ dok ada, kalau Conan Edogawa buleh cakap Tamil, nescaya dia akan berkata, “Yennadey…!”
Nota:
Sekadar gambar hiasan
Haq (1995) ialah cara hujah dipetik dalam penulisan akademik. Dalam konteks ini, Haq merujuk kepada nama seorang sarjana, Mahbub ul Haq, yang terkenal dalam perbincangan mengenai kemiskinan, dan 1995 merujuk kepada tahun karya beliau diterbitkan. Sementara itu, beberapa ketika kemudian student lelaki ijazah pertama sedar akhirnya apa itu Haq sebenarnya.
Masih ingat lagi dengan seorang hamba abdi yang cuba melarikan diri dari kekejaman firaun-firaun besar dan penyelia tapak pembinaan piramid suatu ketika dahulu? Iya, si hamba abdi yang kadang-kala bekerja sambilan di sarkis itulah. Menurut perkhabaran dinding-dinding batu yang bertelinga, si hamba abdi telah selamat menyeberangi lautan merah. Bagaimana caranya ia sampai ke seberang sana usah ditanya. Kerana ia sendiri pun sama sekali langsung tidak menduga. Apa tidaknya, lima orang lain yang sama-sama di gigi pantai kembali ditawan oleh rejim totalitarian. Memang khawariqul 'adah; mencarik adat, tetapi keajaiban Tuhan memang tiada terduga, bukan?
Sehelai sepinggang sesudah menyeberang, ia pun berbaring-baring di keteduhan melepaskan kelelahan. Dengan tidak disangka-sangka, sekawanan merpatih putih terlihat mengepak-ngepak sayap di angkasa. Menurut firasat, merpatih putih sebegini pernah ia lihat dalam babak Face Off arahan John Woo. Apa petandanya tiada pula ia tahu.
Takdir Tuhan, seekor daripada merpati putih itu patah sayapnya di udara, lalu melayang jatuh ke pangkuannya.
Di kaki merpati terikat segulung kertas. Diuraikan tali, seraya dibentang kertas untuk diteliti. Masya-Allah, kecilnya tulisan. Demikian, ia mengeluarkan kanta pembesar, barulah dapat ia membaca isi kandungan warkah berdaun papyrus itu:
Ada sorang member sePenang kia, Pian namanya, baik punya candek aku apabila aku kata kat dia lama tak update blog ni bukan pasaipa, tapi sibuk dengan esainmen. Tau dia kata apa? “Dr. FaTa lagi sibuk”. Dia nak haba’ bagi bahawa sesibuk-sibuk bakal Sasterawan Negara berijazah PhD tu pun dan lagi update blog, inikan pulak takat sambung belajar. Amboi aih hang, satgi aku haba’ kat orang rumah kata hang dok pi melepak minum teh halia dekat kedai makan Pak Rahman tepi Caltex sambil2 ushar lawyer tu baru hang tau.
Aku bukannya apa, ada sekali tu masa bulan posa time naik koc-koc kereta api kelas pertama (zaman-zaman kelas ketiga kedua tu bagi aku cukuplah sekadar waktu), aku ada mengarang blog pasai watak-watak tertentu di Sungai Bakap yang memeriahkan sembahyang tarawih. Tapi tu la, dari dulu tu dia la yang aku dok type kat Word dulu baru copy paste kat blog, pasai blog ni perangai dia macam rejim Zionis sikit mengkala sangkut dengan connection pakai lebuh chulia street la tulisan aku tu. Nak copy dari blog kendian nak paste kat Word tak buleh. Tabuh cuma!
Satu sebab lagi ialah mengkala aku nak tulis blog, teringat “alangkah comeinya anak mami, kulit hitam manis hidung tinggi, bila berjalan pakai minyak wangi, mirip rupanya heroin filem hindi, yang lain yang lain yang lain yang lain yang lain...”. kan ka baguih masa yang aku guna untuk update blog ni aku guna untuk perabih esainmen. Esainmen nak haba’ bagi nala punya banyak, hat nak present nak present, hat nak buat karangan buat karangan, berderet-deret. Tau-tau bulan depan dah final exam. Tu dia aih.
Ya salam (bak kata Shah Rezza dalam Ali Setan)...! Aku ni bukannya perunding peserta kursus lagi, aku dah transform jadi student dah pun. Justeru, mengapakah soalan2 yang diajukan kepadaku sama spesies macam soalan peserta kursus. “Konfederasi tu macam mana sebenarnya?”. Begitulah soalan yang diajukan kepadaku menjelang cuti raya. Aku tau la aku satu takah ataih sikit daripada depa, dari segi umur dan tahap pengajian, tapi soalan tu lebih aula kalau lecturer bertaraf doktor menjawabnya, sebab dia yang bagi soalan tu. Tapi tu la, mungkin pasai ciri-ciri tertentu yang sama yang menjadikan aku perunding peserta kursus, maka soalan group mates yang baya-baya Wani tu aku jawab macam soalan tu baru pertama kali ditanya kat aku (padahal aku rasa sejak beberapa minggu terkebelakang dah 5-6 kali dah aku jawab berdasarkan serba-sedikit ilmu pengetahuan yang aku ada hasil rujukan kepada buku & internet; keghin ghengkong jugak la siap bagi guidelines lagi macam mana flow esainmen tu, padahal banyak lagi benda aku tak dan explore). Dalam konteks ini, seorang student dari Kubang Tepak yang sekursus denganku menyuarakan rasa tak puas hati, “Jangan suap sangat depa tu!”, katanya. Amboi aih hang, awat cengil satu macam ni, makan tebuan ka hapa? Dalam hal ini, selaku seorang saasatul ibad yang licik, aku mengambil pendekatan terpuji dengan melayan permasalahan-permasalahan macam tu. Cari bala la nak dengki sama-sama group mates, dah la subjek ni kena dapat score tertentu walaupun takat prasyarat saja.
Time belajar macam ni selalu aku teringat peribahasa Cina yang aku goreng masa public speaking kat KL Federal. “Ibarat menghayun kapak di depan Lu Ban”. Yang paling kena dengan peribahasa tu adalah apabila sesi round table. Lecturer suruh bagi pendapat, kritikan dan sebagainya. Ada kawan-kawan sekuliah bagi pandangan masing-masing; segelintir memetik kata-kata sarjana tertentu dalam buku tertentu. Part ni aku menggunjing sendiri dalam hati, macam mana la lecturer tu buleh bertahan dengan petikan satu-dua pendapat sarjana dalam satu-dua buku oleh student, padahal lecturer tu sendiri yang membaca dan hadam ntah berapa ribu buku pun jarang sangat nak memetik nama sarjana & nama buku, walaupun kuliahnya meliputi pelbagai perpspektif yang ada masanya tak terjangkau pun di minda student. Dalam erti kata lain, student tu ialah “si penghayun kapak” yang ilmu tak tegha mana, tapi kunun2 nak tunjuk tera depan lecturer, “si Lu Ban” tu la.
Raya hari tu, orang kita amboi aih punya sakan beraya. Budak Manir ni pulak kelaparan (sebenarnya aku pun lapa’ sama, tapi dah biasa setiap kali hari raya mana ada sapa nak masak nasik sangat, makan la ketupat kuih-muih yang ada, bukanlah tak masak nasik langsung, cuma lauk ayam tu aku bukan makan sangat, hat budak Manir ni pulak tak buleh makan pedaih-pedaih). Sebelah rumah aku memang la ada kedai makan, tapi sebagai tanda protes sebab guna duit lumba kuda kedai makan tu punya pasai rumah aku punya banyak nyamuk, makanya aku memandu soyuz dari Sungai Bakap membawa ke Jawi sampai ke Nibong Tebal akhirnya tiba ke Parit Buntar sebelah Transkrian. Haram satu kedai orang kita pun tak bukak. Nampak gaya tak dak pilihan lain la selain kedai mamak. Memang depa buat duit sungguh-sungguh la malam-malam raya ni, mau ka dak orang mana nak larat makan ketupat lemang saja, nasik kena pekena jugak. Buleh la gagah, kedai tak la kemas sangat dari segi susunan atur dan kebersihan. Takat nak makan tu buleh la, tapi nak feel kalu aku masih teringat Nasi Kandar Merlin Hotel yang aku pekena time nak gerak ke Seberang Perai selepas selesai survey sebelah Tanjung. Kedai tu belah Union Street dengan Penang Street. Walaupun kedai lama & tak sebesar kedai nasi kandar kat Parit Buntar tu, tapi kemas dan bersih dan lauk semua fresh. Makan pulak time tengah hari, orang tu dia la nak haba’ kat hang berkeghatu’, semua ada termasuk la anak mami. Muarghahahaha!
Warkah berdaun papyrus pun digulung kembali. Beberapa ketika dari sekarang, ia berhajat meneruskan perjalanan, mana tahu terserempak kafilah membawa dagangan, dapatlah ia menumpang minum dan makan. Merpati yang cedera ia letakkan di atas alas baldu. Sehingga kafilah lalu, berilah kesempatan ia beradu.
Pertama kali menjejak kaki ke Masjid Baru sempena bulan puasa nan mulia semenjak berumah tangga ini. Mungkin sebab aku jarang-jarang berkesempatan pulang ke kampung, atau memang sebenarnya suasana sudah berbeza, yang nyata ada ikon-ikon tertentu yang biasanya memeriahkan solat tarawih di Masjid Baru tidak kelihatan. Barangkali memang aku yang tidak perasan kerana sembahyang di tepi ruang solat utama meskipun masih di saf antara terkehadapan, tapi suasana memang lain macam sedikit.
Biasanya aku akan nampak Pak Cik Shamsuddin, ayah kepada kawan aku si Hishamuddin dengan jubah dan serbannya walaupun dia hanyalah mantan pegawai TUDM dan bukanlah seorang ustaz. Waktu aku sekolah rendah dalam darjah lima dan enam dahulu, si Hishamuddin ada bawa nasi lemak buatan ayahnya itu untuk dijual kepada kawan-kawan. Pada masa itu aku rasa satu kelainan juga pada nasi lemaknya berbanding nasi lemak sedia ada di pasaran tempatan yang dibungkus bentuk piramid. Nasi lemak buatannya itu dibungkus bentuk nasi bungkus, dilapik di bahagian dalam dengan plastik putih, dibalut dengan kertas surat khabar, diikat getah bulat, dan lebih banyak berbanding biasa, walaupun lauknya seingat aku tetap sambal tumis ikan bilis, kacang dan hirisan timun. Dia ada datang ke kenduri aku bulan dua lalu, ada gambarnya dalam album perkahwinan sebelah Sungai Bakap tengah riang-ria dengan kawan-kawan. Masa itu dia tak pakailah serban dan jubah, hanya kepiah putih dan kemeja. Rupa-rupanya itu kali terakhir, dan sesudah itu dia pun pergi menghadap Ilahi. Patutlah tarawih kali ini berlainan sekali.
Waktu tarawih di Masjid Baru juga biasanya akan ada tok bilal yang salawat paling kuat, maklumlah dalam keadaan biasa pun dia kalau bercakap memang kuat pun. Non Bilai nama dia. Masa tu aku terpikia' jugak, awat la dok pi jerit kuat-kuat sangat kalau nak selawat pun, sakit telinga aku aih. Selain kerja jadi bilai, dia juga seingat aku jadi tukang panggil makan kenduri dalam karyah Masjid Baru ni. Dia akan pakai kepiah putih dan t-shirt lengan pendek, lepas tu kayuh beskat mini, kad kenduri dia boh dalam raga depan beskat tu. Kad kenduri masa tu jenis kertas A4, kaler tak banyak pilihan sangat, selalunya merah, putih pun kerap jugak, ada la sekali-sekala kot hijau dengan biru, kaler-kaler lain aku dah tak ingat. Depa buat satu master copy, lepas tu depa fotostat la banyak-banyak, dan lipat empat. Paling hebat pun masa tu pakai taip. Peta setengah tu pakai lukis dengan tangan saja, hat rajin sikit guna guna pembaris. Macam gambar dalam kertas ujian atau kertas periksa kat Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap pun ada yang cikgu-cikgi cetak guna stensil. Zaman-zaman tu best, tak gaduh nak pikia' pasai status dalam masyarakat ka hapa ka kalau kad kahwin jenis murah pun. Cuba buat zaman la ni, ibarat mendengar lagu Chu dari tiga penjuru la aba' hang. Orang tu risau, orang ni marah. Tapi Non Bilai pun dah pergi beberapa tahun sudah. Patutlah tarawih kali ini berlainan sekali.
Kalau Non Bilai walaupun pakai baju melayu tapi ikat serban putih dia tu kemaih-kemaih, hat pak kawan aku ni, Kamarudin namanya, pulak lain macam sikit. Dia ada dua nama, satu Haji Ishak, satu lagi macam tok ayah aku biasa dok panggil Haji Deghih, hat bahasa baku Haji Idris la. Dia ni, ish, lagu mana punya ikat serban pun tak tau, jenis macam sepuk ataih kepala pun ada aku tengok. Biasanya kain serban hat ada kaler merah bintik-bintik tu la. Kadang-kadang dia jadi tok bilai jugak. Tapi dia pun dah tak dak lama jugak dah. Patutlah tarawih kali ini berlainan sekali.
Tok ayah aku ada lagi. Dulu dia macam ayah aku jugak la, mengkala sembahyang tarawih kat Masjid Baru tu bukan takat saf depan, 20 rakaat pulak tu, campur witir sekali, habis moreh baru balik. Tu dia la rajin tak rajin dan berstamina tinggi tak berstamina tinggi. Cucu dia bukan tak buleh buat lagu tu, tapi sejak kecederaan luaran susulan pertarungan hebat dengan Majin Buu yang nak menawan bumi, maka dia tak berapa buleh lama-lama berdiri (cewah, baik punya alasan, padahal ada faktor lain sama). Tapi la ni tok ayah aku dah tak larat sejak kecederaan tulang paha beberapa tahun lalu (ayah aku walaupun tak berapa baik betul lagi lepas kena strok masih konsisten dengan standard tarawih sebelum ni kat Masjid Baru, hat ni sapa-sapa hat kerja dia sebagai penukar tiub patut bagi salut jugak). Sembahyang pun atas katil, sebelah katil dia katil tok aku. Patutlah tarawih kali ini berlainan sekali.
~ Catatan Asal Dalam Ekspres Sinaran Utara bertarikh 15 Ogos 2010, Nibong Tebal - Sentral Kuala Lumpur.
Ke hadapan rakan sepembinaan piramidku, Man Tongkat semoga dalam keadaan sihat walafiat juga hendaknya walau dilibas cemeti piap piap piap oleh penyelia tapak tanpa menentu masa.
Perasaan sebegini bukanlah sekali ini sahaja aku rasai. Ketika engkau menghulur sepucuk warkah berdaun papyrus bergaris-garis bercatat senikata “Berita Kepada Kawan” terubahsuai sebelum aku menaiki hafilah ke sebelah timur negeri, lalu ku baca di suatu subuh hening keesokan hari sesudah semalaman sukar melelap mata. Itulah dia perasaannya.
Kata orang, berkawan biar ramai, berkasih biar satu. Pada hematku yang sekejap-sekejap mengunjungi ghurfah engkau di tapak pembinaan piramid dahulu, atau takdan sat menghujani engkau dengan panggilan menerusi hatif, kawan perlu juga sefikrah. Tiada gunanya kawan semasa senang sahaja, apabila taraf jawatan semakin berbeda lantas kita dipinggir dan dilupa. Berkawan bagiku bukan bertujuan melolos diri ala houdini waktu tersepit, berkawan bagiku apabila sampai ke tahap percaya untuk berkongsi cerita-cerita di luar bidang kerja. Kawan yang baik adalah kawan yang seringkali ada masa meski sebentar untuk kita, bukannya melepas tangan mentang-mentang telah sampai takah yang diidam.
“Perjalanan ini terasa sungguh menyedihkan, Sayang engkau tak ada di sampingku kawan, Banyak cerita yang mestinya kau saksikan, ‘Kan sidang kita berlainan...”. Teringat-ingat lagi kata-kata engkau dalam warkah berdaun papyrus itu. Sedih memanglah sedih, di kalangan mereka yang tidak semacam engkau belum aku ketahui hati budinya, dengan bi’ah yang serba asing budayanya. Apakan daya sudah tertulis di lauhun mahfudz bahawa aku ini sedemikian nasibnya.
Aku kini berada di hadapan lautan merah. Di belakangku bala tentera firaun besar mengejar. Semakin mampir mereka. Seharusnya aku nihil ketakutan sementelahan tongkat bersain autograf telah ada di tangan. Tapi sentiasa ada tapi, tongkat bersain autograf semata-mata belum memadai. Bak kata Ally Noor kepada Mastura, “...Baru bacadang orang pulak motong jalan...”. Aku setakat mampu berdoa campur tawassul dengan serba-sedikit amal kebajikan yang pernah aku lakukan, mudah-mudahan bongkah batu penutup pintu gua akan bergerak ke tepi jua. Juga mohon kepada ayahanda dan bonda dan orang soleh bersolat hajat dan mengapungkan doa kepada Yang Maha Kuasa.
Setakat ini aku hanya mampu merenung lautan merah nan terbentang luas. Andaikata tiada terbelah juga lautan ini tatkala gerombolan firaun besar merapati untuk agenda pembantaian, maka ternyata aku bakal tersungkur di pintu kebebasan. Andai itu terjadi, doakanlah aku syahid seumpama para syuhada yang tega mengirim bekal ke ghazzah dengan safinah. Lantas aku bersenandung lagu jamal ubaidillah ali, yang kali terakhir aku lontarkan suatu malam di hadapan para the oranje di kuala kubu bharu. Ku tujukan buat ayahanda, bonda, adinda-adinda, nenda-nenda, isteriku; kalau-kalau aku terkorban sewaktu bertemankan antenolol 50 miligram seharian di nogoghi nan bersombilan. Sekira-kira beginilah bunyinya:
“Usah kau tangiskan perpisahan ini dengan air matamu Usah kau nantikan bila ku kembali ke pangkuan kasih
Setulus doamu cukuplah bagiku sebagai azimat
Senyuman manismu kasih dan cintamu menjadi temanku
Usah kau pintakan sejuta harapan dariku yang berjuang
Telah ku serahkan jiwa dan ragaku demi ibu pertiwi
Andainya ku gugur sebelum kembali usah kau ratapi
Jangan kau kesalkan pengorbanan ini demi bakti yang suci...”
Langkah merentas laut merah kian hampir. Tongkat yang diperlukan sebagai wahana paluan akan berada dalam genggaman. Hanyasanya perlu autograf pengerusi nescaya tongkat tersebut pasti absah digunakan. Nazar puasa tiga hari wajib ditunaikan. Aku berharap hari-hari pada bulan Mei 2010 akan berlalu dengan sangat tenang. Aku juga berdoa agar pada penghujung bulan ini eyjaffjallajokull akan meletup meletus lantas asap hitamnya menyelubungi langit eropah selama mungkin lantas menggendalakan penerbangan sehingga hujung bulan Jun 2010. Semoga doaku untuk kemaslahatan warga sekantor bisa makbul. Amin.
Note: Anyway, at the moment, Malaysia in on the verge of losing to Japan in Thomas Cup Group B match. We have just lost in the second doubles. Now, Hafiz Hashim for the decider. Can he?
Ketika pesarkis-pesarkis yang lain gigih ditindas rejim tirani pengurusan sarkis yang durjana, seumpama aksi balik kuang trapeze di awangan, ataupun menjinakkan rimau bengal kebuluran 10 hari, ataupun membuat aksi badut slapstick, seorang pesarkis lain mencongak masa hadapannya sendiri. Menjadikan peristiwa tongkat dipalu lantas membelah laut merah sebagai inspirasi, maka terilhamlah karya kreatif secara rawak.
Lagu / Filem / Sajak / Buku Popular Sepanjang Musim Salju: 1. Emancipation of Me
2. Re-Born on 6th July
3. Escape from Alcatorah
4. Awan Hitam di Escapetorah
5. I Say It Best When I Say Nothing At All
6. Lord of the Circus Ring
7. Ayat-Ayat Nista
8. Cari Pasal Dengan...
9. Free Willingly
10. Kingdom of Hell
11. Entahbetul Spoilthemen Ribut
12. A Nightmare on eHem Street
13. Clash of the Setans
Pesanan Marhaen:
“Janganlah kesakitan hatimu menyebabkan kamu menempelak tajuk pengucapan awam orang lain di khalayak ramai sambil memakai baju sejuk”.
“Janganlah kamu memberitahu ada kerani yang lewat masuk ke pejabat kerana menghantar terlebih dahulu keretanya untuk diservis, sedangkan baru sebentar tadi kawan-kawan kamu dilibas dengan cemeti”.
“Janganlah kebencian kamu kepada orang yang solat awal waktu sedangkan syura baru memasuki pukul 5.00 petang mendorong kamu untuk memfatwakan sedikit atau kurangnya pahala orang itu”.
“Janganlah kamu menyebut-nyebut anekaragam pindaan sebagai alasan kelewatan di hadapan sahabat baik bakal taukehmu”.
Dipendekkan cerita, saya berjaya juga menaiki kereta api ke Delhi. Frank Martin sempat menghantar saya ke stesen, sebelum bergegas ke lokasi penggambaran filem "Pengangkut".
Koc Kelas Dua berhawa dingin. Kereta api jenama Ala Hazrat Express. Setahu saya perkataan hazrat merupakan gelaran hormat, biasanya untuk alim ulama di India, Pakistan dan sewaktu dengannya. Saya pula memang sangat mudah tertarik dengan sesuatu yang bernuansakan islami secara maildi, bukannya hadkori.
Anda tentu tertanya-tanya, dalam episod terdahulu bukankah saya mengharapkan kuota pelancong atau kuota Tatkal bagi kereta api jenama Gujarat Mail. Memanglah saya berharap, tapi kuota-kuota itu langsung tak boleh harap. Masih nihil ruang untuk saya. Nasib baik saya menggunakan kepintaran tersendiri (ushar kereta la bro) dengan menempah tiket secara online. Kata responden dalam laman web itu, tempahan tiket secara online menjimatkan 50% kos tambang kereta api beliau kerana tidak perlu lagi menghulur duit kopi kepada tukang jual tiket.
Jadinya, pengembaraan bersambung, paling cepat kereta api akan bertolak pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan. Itu kalau mengikut jaduallah. Masalahnya janji palsu ini bukan hanya boleh didapati daripada ras tertentu, tetapi sudah menjadi satu isu global bagi negara-negara kurang membangun dan membangun. Cuba pergi ke negara-negara maju, Jepun umpamanya, ketepatan masa sangat maksimum. Sebab itu shinkansen mereka boleh bergerak pada minit yang pelik-pelik. Contohnya, Nozomi 41 dari Tokyo ke Shin-Osaka boleh bertolak pukul 2.10 petang dan sampai 4.43 petang, kemudian shinkansen yang lain, Rail-star Hikari menyambung pecutan ke Okayama pada pukul 4.59 petang dan tiba pada pukul 5.45 petang. Amacam, ada beran? (Oh, ya, sebuah syarikat bas di Hentian Duta ada mengaplikasikan masa bergerak spesies ini. Hanyasanya, aplikasi tersebut lebih kepada penyelarasan kepada hari tiket yang dijual. Sebagai contoh, pada tiket bas tertera waktu bertolak ke Parit Buntar pukul 11.59 malam. Maklumlah, kalau diletaknya pukul 12.00 malam sudah memasuki hari berikutnya dan mencelarukan sistem jualan tiket. Setakat itulah sahaja amalan murni yang dipraktikkan, bas memang akan sampai pada pagi hari berikutnya juga; setengah jam lewat itu biasa, berjam-jam lewat sebab bas dari Puduraya rosak sudah menjadi KPI mereka.)
Berbalik kepada cerita kereta api, apakan daya, saya sedang menggunakan perkhidmatan kereta api di India. Memanglah mereka tiada beran. Yang saya nampak berberan-beran hanyalah beg-beg yang diangkut oleh para penumpang ke dalam kereta api.
Kereta api yang sepatutnya berjeda seketika sekira-kira 20 minit telah terbabas waktunya sehingga dekat setengah jam. Sudahlah tiba dari Phulera pun lewat, bertolak pun lewat. Appa punya turrr la.
Berbeza dengan persepsi umum, kereta api ini menempatkan penumpang di dalam koc. Ulang suara, di dalam koc. Makanya tidak kedapatan penumpang berchaiyachaiyachaiya di atas bumbung kereta api.
Dalam perjalanan, saya berbual panjang dengan seorang budak kanyiar berjaket hitam, Raj namanya. Yang banyak bicara takkan tak tahu kot, siapa lagi kalau bukan si Raj. Saya seperti biasa menjadi pendengar setia. Kata Raj, dia dalam rangka advencer, untuk menemui kekasih hatinya bernama Simran. Sungguhpun misi beliau begitu mencabar, Raj masih boleh berlawak Bedtime Stories kartunis Lambok. Ada 3 perkara dilakukan beliau tidak semena-mena.
Pertama, membengkokkan ibu jari ke belakang. Sepupunya juga boleh berbuat demikian, katanyalah. Kedua, depaan tangannya lebih panjang berbanding ketinggiannya. Hat ni saya tidak dapat mengesahkan kerana tiada tali tape. Cuma apabila Raj berdiri, nampak macam hujung jarinya agak dekat jugak dengan sisi lutut. Ketiga, beliau kata tapak kakinya rata, tidak berlekuk seperti orang biasa. Bia’ betui hang ni Raj oi. Yang ini pun saya sukar mahu percaya, tapi apabila Raj mengugut hendak membuka stokinnya, terpaksalah saya berkompromi walaupun saya lebih cenderung memilih untuk mengutamakan rasa tidak percaya.
Namun demikian, sambung si Raj, beliau bernasib baik kerana features tersebut, yang hanya dikesan apabila beliau dimasukkan ke wad kerana sakit dada, bukanlah full set serta tidaklah menjejaskan mata, sendi dan sebagainya. Doktor yang merawatnya juga berpesan supaya beliau bersyukur dengan features yang kebarangkaliannya 1 nisbah 5,000 itu. Features yang dikenali sebagai Marfan Syndrome itu hanya membuatkan beliau menjadi ahli bersekutu Transformers dengan gelaran Marfanoid. Hakikatnya si Raj berkencindan lagi dengan watak kekartunan beliau itu, tapi saya yang tidak menyedari kekal terlongo.
Tambah Raj lagi, selain Marfanoid, beliau juga dikesan mengalami Mild Trigaspic Gigitation. Lain macam punya penyakit. Acah saja, kata si Raj (saya dah agak dah), Mild Tricuspid Regurgitation lah. Ada kaitan dengan jantung sedikit. Kalau ada rawatan pergigian dan sebagainya yang melibatkan pembedahan, perlu dimaklumkan kepada doctor untuk diberi antibiotik.
Si Raj yang berbual dengan saya ini ada membawa bersama ukulele, apa lagi, memang menjadi-jadilah aura doladoladola (masa kecil dahulu saya selalu candek seorang adik saya dengan nama Dollah Salleh, hahaha!). Raj perasan akan pengusharan saya akan alat muzik tersebut. "Saya ada hypertension...", kata Raj, "...jadi ukulele ini sebagai ubat hatilah kiranya, selain Antenolol 50 miligram.".
Ukulele pun dipetik. Pergh, lain macam saya punya layan. Memang lain macam sungguh.
"Ni daoh, awat intro macam Sweet Home Alabama pulak ni, hang ingat Lynyrd Skynyrd ka? Dola Dola Dola la mat oi!". Demikian saya sound si Raj, sudah barang tentu dalam bahasa Inggeris, yang tadi itu terjemahannya. Ikut hati saya begitulah bunyi sound of musicnya, namun begitu memandangkan saya masih terpengaruh dengan unsur-unsur diplomatik sebagaimana kerjaya rasmi saya, maka saya susun ayat dengan sebaik-baiknya. "Wahai saudara Raj, apalah sudi kiranya saudara meniunkan petikan ukulele saudara itu kepada lagu Dola Dola Dola.".
Raj tersenyum, seolah-olah gembira berjaya memperdaya orang naïf sebagai saya. Sentul juga perangai si Raj ni, saya menggumam dalam hati, macam budak Kampung Kubang Tepak. Ukulele dipetik lagi. Kali ini baru betul. Saya seraya mengosongkan fikiran. Sekeping nota bersama sekuntum mawar bertukar tangan di tepian pantai. Imtihan adalah peperiksaan. Nateeja adalah keputusan. Hairaan adalah? Hairan.
"Imtihan hum pyaar ka deke Raah dekhe kya hai nateeja Na aaya yakeen dil ko Jab naam apna dekha Kagaz pe woh tere dil ke Ye aakhein huyi hairaan Sach hai, sach hai Jo dekha hain Dilbar tan mann apna hum ne vaara tum pe Dola dola dola dola, mann dola dola dola"
Nyanyian terhenti apabila saya mengenangkan heronya yang kematian tragis di Oshiwara tahun 2008, dan senikata seterusnya berbaur kemabukan. Biarpun mabuk disebabkan angau, tetapi saya memang pantang, serasa-rasa macam mabuk arak bunyinya. Entahlah bagaimana kadang-kadang manusia begitu bersemangat 'asobiyyah mengangkat orang mabuk dengan alasan-alasan melugaikan. Cuba-cubalah renung kembali pantun Melayu ini:
"Pilih-pilih tempat mandi, Pertama teluk, kedua pantai; Pilih-pilih tempat menjadi, Pertama elok, kedua pandai."
Kereta api singgah sebentar di Rewari selepas hampir 5 jam perjalanan. Satu lagi stesen selepas ini sebelum saya tiba di Delhi. Masalahnya di Delhi ada 3 stesen; Delhi Cantt, Delhi S Rohilla dan Delhi.
Sekarang ini, apabila aku rasa down tahap lepas kena selagu lagu-lagu yang langsung tak merdu pada pendengaran telinga dan jiwaku, aku akan bangun dari kerusi. Menuju ke dinding hadapan. Sebelah papan tulis putih, ada sekeping kad nipis aku lekatkan pada dinding dengan paku payung. Kad bercop pos 24 Mac 2010. Kad yang menyatakan bahawa permohonan aku telah diterima dan sedang diproses. Aku akan berdiri sambil merenung kad nan itu. Muka serius namun begitu (ada orang tak suka istilah "namun begitu", pedia! tak berkembang langsung gaya bahasa orang yang suka sastera macam aku) dalam hati tersenyum kembang setaman. Sesungguhnya kata-kata pada kad itu memberi sedikit kekuatan untuk aku teruskan hari-hari mendatang, di tengah-tengah keributan yang sengaja dibudayakan, tatkala kawan-kawan seofis pun tercari-cari peluang nak mendiam di padang rumput yang lebih permai seumpama little house on the prairie.
Man tongkat, yang juga berkira-kira hendak berpindah ke kap2lamwau ada berkata, kalau aku pergi terlebih dahulu, seolah-olah kata pak nil akan sahabatnya din beramboi, sebahagian semangat hilang. Adapun semenjak man tongkat bertugas di unit yang sama, sekira-kira aku adalah juga teman bicara yang terpercaya. Andainya aku tiada di bilik sendiri, memanglah ada di bilik dia (di bilik air janganlah pula dicari, sungguh tak senonoh macam perangai jiran sebelah bilik aku). Akan tetapi mahu tidak mahu aku perlu melangkah pergi, jikalau tidak ada harapan aku terpaksa menambahkan dos amlodipine menjadi 10 miligram lagi. Menunggu lagi 3 bulan pun aku sudah rasakan tersangat lama, apatah pula sekiranya perlu terus menunggu pasca 3 bulan ini.
Apabila sampai detik bersejarah itu, aku akan puasa sunat 3 hari. Dan dengan rasa puas hati tidak terhingga dan perasaan amat lega, akan aku tuliskan pada papan putih dengan marker pen, "Phir Milenge, Chalte Chalte".
Tingkat 18 Seberang Jalan Menghadap Kompleks Mahkamah Jalan Kuching 6 April 2010 (Selasa)
Nama saya Redhuan. Kawan-kawan memanggil saya Red. Pada usia yang masih muda, saya telah dikesan menghidap sejenis penyakit yang dinamakan "Daman Towilan". Penyakit ini terus berlarutan sehinggalah umur saya menginjak jadi belia. Kata Dr. Stickman, tabib yang mula-mula sekali menemui penyakit ini, antara simptom-simptom ketara penderitanya ialah apabila berasa satu macam tatkala terpandang nama pengirim SMS tertentu, hendak-hendak datangnya dari golongan tertentu dari kantor sewaktu penghidap penyakit masih bercuti. Sudahlah susah ya amat mahu dapat cuti, tengah bercuti pun diganggu juga. Appa punya uuud la.
Enggan menyerah semata-mata kepada takdir, saya cuba mencari penawar. Kata Haji Harun Permatang Pauh dan Haji Man Kuala Ketil, penawarnya ada pada seorang sunti priyayi. Berbekalkan nasihat mereka, saya mula menggalas ransel di pundak. Ransel kuning jenama Unta tahan lasak itu saya isi dengan beberapa keperluan, salah satu gayung hijau tua. Peranti itu tidak boleh tidak ada. Tanpanya saya bisa sahaja samsara.
Demikianlah bermula kembara saya naik turun bas melalui jalan raya merentas gurun yang tersangat panas. Iyalah, nama pun gurun, tentulah sangat panas. Kalau sejuk sudah barang tentu dipanggil orang Genting Highlands. Sungguhpun begitu saya masih bersyukur. Sepanas-panas gurun belum lagi memaksa saya bersolat di atas hamparan kain serban corak kekotak. Siap dilengkapi kipas angin lagi. R & R Gurunlah katakan.
Entah bagaimana, sepanjang menaiki bas merentas gurun, tahu-tahu saya terlihat kabilah dengan kawanan unta. Pakaian mereka seumpama warga nomad; tapi mahu dikata badwi bukan badwi, dan bukan juga suku mongolia. Rupa mereka dari spesies Asia Selatan. Saat itu hati kecil saya berkata bahawa saya telah jauh meninggalkan negara saya.
Saya agak-agak luas gurun saujana mata memandang ini kurang lebih 77 ribu batu persegi. Melalui perbualan dengan salah seorang kaum musafir itu yang secara agak-agak kerana bahasa mereka hampir sama dengan bahasa Hindi yang saya ketahui serba-sedikit sejak berguru dengan Andy Hakim melalui THR Hindi Power beberapa tahun lalu, baru saya ketahui bahawa gurun ini digelar Gurun Thar, letaknya dalam Negeri Rajashtan. Negeri Rajashtan? Saya tertanya-tanya dalam hati, macam pernah saya dengar nama itu tapi di mana ya?
Sesudah jenuh menggoogle dalam kotak memori sendiri, akhirnya saya sudah ingat di mana. Dalam kotak memori saya Rajashtan dipadankan dengan seorang keturunan Khan bernama Salman yang pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh dua ekor chinkara, sejenis rusa spesies terancam. Kesalahan dilakukan semasa penggambaran filem "We Stand United".
Suatu malam, selepas beberapa hari tidur baring di Gurun Thar kerana bas yang meragam masih gagal dibaiki, saya mendapat mimpi bahawa penawar penyakit Daman Towilan yang saya cari-cari berada di Delhi. Kalau dari Gurun Thar ke Delhi dengan berunta berkuda begini mahu makan berhari-hari. Maka saya memikir-mikir alternatif yang sesuai dengan belanjawan berhemat saya. Aha! Mengapa tidak saya cuba berkereta api? Hanyasanya masalahnya bagaimana hendak ke stesen kereta api. Aha (sekali lagi)! Frank Martin! Anda kenal nama itu?
BMW 735i E38 hitam membrek jitu pada kelajuan 300 kilometer sejam. Unta, kuda dan haiwan-haiwan ternakan terkejut lantas lari bertempiaran. Manusia-manusia nomad yang lemah semangat terlepas kumuh di perkhemahan. Debu padang pasir berterbangan melitupi kenderaan. Sebaik debu berlalu, kelihatan seorang putih bersut hitam berbadan sasa menurunkan cermin kenderaan dan menjemput saya masuk. Buat pengetahuan anda, beliaulah Frank Martin yang akan membawa saya ke stesen kereta api Jaipur bagi meneruskan perjalanan saya ke Delhi.
Dua jam yang penuh aksi kereta terbang dan pemanduan berbahaya. Calang-calang orang memang akan termuntah terbelahak, tetapi saya tetap cool kerana sepanjang dua jam itu saya tidur tak ingat dunia. Frank Martin mengucapkan selamat jalan kepada saya. Hanya ucapan itu, tanpa meminta walau sesen pun daripada saya sebagai upah. Anda hairan? Oh, saya lupa memberitahu anda bahawa beliau terhutang budi dengan saya. Waktu beliau kenduri kahwin dahulu sayalah yang membiayainya, manakala beliau hanya mengeluarkan belanja untuk buku cenderahati tetamu yang kosnya tak sampai pun sepuluh ribu. Jadi sekarang ini kalau beliau hendak tunjuk ranggi dengan saya memang nahaslah beliau di akhirat sana. (Beliau memang nampak kaha' tapi beliau masih takut akan azab api neraka).
Hasrat di hati ingin menaiki kereta api Palace On Wheels; duduk di Alwar, Bharatpur, Jaisalmer atau mana-mana satu daripada 14 koc yang ada, yang dilengkapi bilik katil berkembar berhawa dingin, pantri mini, launj, bilik air, surat khabar, air mineral dan banyak lagi. Serta tidak dilupa khidmat tukang layan yang dipanggil "Khidmatgar". Namun apakan daya, sejak wang simpanan yang saya kumpul bertahun-tahun hasil usaha tidak menukar kereta berusia hampir satu dasawarsa mahupun membeli rumah tahu-tahu menyusut begitu sahaja dengan dahsyatnya dalam tempoh sebulan dua ini atas sebab-sebab keselamatan dan tertentu, saya juga sudah jarang singgah ke Secret Recipe. Jadi hasrat ber"Istana Di Atas Roda" terpaksa saya ucapkan sayonara meskipun hati saya meronta-ronta menjerit-jerit nota "double-octave high A sharp".
Lalu, menyedari betapa marhaennya diri ini, saya mengambil keputusan untuk menaiki Gujarat Mail, sebuah kereta api yang terkenal laju tetapi hanya memerlukan ongkos yang ciput macam Bas Mini Wilayah suatu ketika dahulu. Sungguhpun ada perkataan "Mail" pada namanya, kereta api ini tidaklah pula membawa surat, suatu kerjaya yang telah lama ditinggalkannya.
Betapa pun manusia mentadbir, Allah juga tetap mentaqdir. Di luar pengetahuan saya, tiket keretapi di India ini sangat laris mengalahkan masalavadai panas. Tiket Kelas Dua Berhawa Dingin pada petang itu sudah pun ditempah orang berminggu-minggu sebelumnya. Nasib baik petugas di kaunter memberitahu bahawa masih ada peluang untuk saya mencongak-congak nasib kalau-kalau mendapat tiket kuota pelancong atau kuota Tatkal. Masalah sekarang ialah paling cepat kuota tiket sebegitu hanya dapat diperolehi dalam masa dua hari, itu pun paling banyak 12 keping tiket teragih ke pelbagai kelas penumpang. Dalam tempoh dua hari ini di mana saya akan menginap. Saya tidak nampak cara lain. Telefon genggam dikeluarkan dari kocek. Menu "Log" dicari, seraya ditekan timbul "Recent calls".
"Frank, aku kat stesen lagi ni. Malam ni aku tido' rumah hang!".
Nota:
- "My Name Is Red" atau "Benim Adim Kirmizi" ialah sebuah buku karya penulis Turki, Orhan Pamuk yang meraih gelar Anugerah Nobel dalam Kesusasteraan pada 2006.
- "Jodoh Ketentuan Tuhan" ialah terjemahan murbawan bagi filem "Rab Ne Bana Di Jodi" lakonan SRK. Dalam filem itu SRK ialah seorang penjawat awam yang skema tetapi sudah tertulis jodohnya dengan gadis riang ria remaja nan tidak sekhufu langsung pada mulanya.
- "Lelaki Yang Punya Hati Akan Bawa Pengantin Perempuannya Pulang" ialah terjemahan murbawan juga bagi filem "Dilwale Dulhania Le Jayenge", juga lakonan SRK. Dalam filem tersebut SRK seorang anak tunggal bangsawan di UK, menjejak cinta sejatinya di Hindustani.
Syahdan, seperti dilipurkan kepada fakir oleh leluhur zaman dahulu kala, maka telah datanglah rombongan dari nun negeri kenya lang buana ke ibu kota. Adapun rombongan yang tiba bukanlah seumpama orang semenda, disuruh pergi pergi mereka, disuruh datang datang mereka. Rombongan yang tiba tidak lain tidak bukan adalah kerana jemputan orang besar ibu kota nan bertiga belas semata-mata ingin memaklumkan sendiri perkhabaran terjah dan ziarah beberapa purnama merindu lalu.
Sekira-kira fakir ini, bagai senandika orang matang bertam, sebagai melukut tepian gantang, ada tiada bertambah berat, tiada tiada berkurang sukat. Fakir bukanlah sesiapa sangat dalam pemakluman perkhabaran itu, sekadar tukang penjaga kekunci. Kerja fakir bermula sebaik sahaja fakir terkocoh-kocoh menunggang kancil selesai mengambil herba di mustasyfa selayang. Ghadan bakal menyambut rombongan, ba'da zuhr barulah hendak mengadakan syura. Sungguh wala' paduka demang akan suruhan agama, sebagai peri hukama syura didahulukan taqwa diutamakan. Tapi wala' paduka demang menggerhana perasaan, lantas fakir menyurat kalam dengan wajah nihil senyuman. Bahana gegasan pulang dari mustasyfa belumlah hilang, akibat rehat tiada kecukupan. Semua jadi punca tensi, bergolak darah dalam diri. Terfikir juga akan fakir, semuanya petanda fakir bakal terkentoi-kentoi sendiri tatkala merangkak senja hari. Teringat-ingat fakir bahawasanya si kancil perlu akan ia rawatan tulang belakang segera, kelak malam tiba mengundang bahaya.
Jungkir ke hari semasa, tercatatlah satu peristiwa. Entah fakir mahu ketawa, boleh jadi sedikit cuak bergalau jua. Sampai satu bab pada pemakluman perkhabaran kepada rombongan negeri kenya lang buana, tanpa semena-mena salah seorang ahli rombongan bergelar tabib memusykilkan diri sendiri. Kata tuan tabib, bukankah jajahan hurairah tiada ada padanya tolok cemar, seperti halnya jajahan-jajahan lain.
Paduka demang tercengang, dan sebagaimana biasa dipakai akan ia muslihat kalih pandang. Maka kalih pandangnya jatuh pada fakir, sambil bertanya siapakah gerangan sebenar-benar ahli terjah dan ziarah yang mengetahui perihal keberadaan tolok cemar di jajahan hurairah.
Tiadalah terlintas di medula oblongata fakir bahawa tiada dicatat nama jajahan hurairah pada bab pada lembaran bukanlah ertinya ia ada memiliki tolok cemar. Bak kata orang lanca, tiada tertulis tiada bererti berada tiada berada. Tiada tertulis puncanya bab dibicara bab jajahan-jajahan lemah terkecuali jajahan hurairah.
Maka dijawab oleh fakir yang sebenar-benar ahli terjah dan ziarah perihal dimaksudkan sama ada fakir atau jiran kepada fakir. Masalah sungguh masalah, kerana masa itulah jiran kepada fakir keluar entah beruzlah entah menyedut racun pemusnah. Dengan selawat tafrijiyyah dan bacaan ayat-ayat ruqyah maka fakir pun menjawab kepada datuk penghulu bendahari bahawa memang jajahan hurairah ada memiliki tolok cemar, hanyasanya digunakan apabila perlu sahaja.
Tuan tabib kedengaran di telinga fakir mengomel secara berjemaah bersama. Selang suasana tenang seketika, fakir meminta lembaran bercatat pengalaman terjah dan ziarah ke jajahan hurairah. Dalam hati fakir bertawakal, wahai Tuhan tolonglah adakan sungguh-sungguh tolok cemar dalam lembaran. Seraya dibuka helaian, tulisan jiran fakir terpampang. Cis! Rupa-rupanya memang dia yang ahli perihal dimaksudkan. Terpempan fakir terpempan, ternyata tiga sifar tanda memang jajahan hurairah tiada bertolok cemar. Jelas tuan tabiblah yang benar.
Syyy... Jangan pula tuan-tuan hamba ceritakan rahasia ini kepada sesiapa. Kelak fakir juga beroleh naya.
Baru bulan pertama tahun 2010. Belum pun habis lagi. Ada sekira-kira 5 bulan lagi. Tapi...
Tang tapi tu yang berat sikit. Sebenarnya bukan berat sikit. Berat banyak. Sangat-sangat berat. Disebabkan keberatan itulah nak melalui hari demi hari sehingga cukup satu bulan begitu menyeksakan bagi aku. Sebelum ke ofis pagi-pagi, aku dok kelik pok kelik pok dengan perasaan sangat tidak bermotivasi. Perasaan sebegini telah pernah aku alami dulu-dulu. Walau macam mana tak bermotivasi pun enjin kereta terpaksa dihidupkan juga. Cuma sekarang tambah seganda lagi. Sebab aku kena menempuh kesesakan jalan raya yang macam kamjat tambah membuatkan jantung bekerja lebih keras di tengah-tengah darah terasa tersirap sampai ke otak. Jam ntahhapahapa. Menguet sikit jam, menguet sikit jam. Padahal bukan jauh tegha mana sangat pun rumah aku dengan ofis tu. Dalam erti kata lebih mudah, menjadikan aku sangat-sangat stress. Dah la tu, yang ofis aku pulak dah macam budak-budak sekolah tepi rumah aku pagi-pagi. Tiap-tiap pagi ada public assembly. Awat tak buat public canning sekali. Mengkalu lapan setengah baru sampai kan ka berpuluh pasang mata mengushar hamba Allah yang muncul di muka pintu. Ada masa-masanya hamba Allah tu termasuk aku. Aduiyai.
Aku harap semua bala ini akan segera berakhir. Penat dah mat oi.
Kata psu seofis tapi unit lain dalam satu sesi bicarawara di luar lingkungan urusan kerja, immediate boss aku sudah kasi pecah satu maklumat terperingkat tahap sulit. Maklumat terperingkat sebab peringkat paling tinggi baru sampai kat dia, belum sampai kepada big boss lagi. Maklumat yang aku dedahkan dalam satu breakfast show dengan immediate boss aku dan driver di sebuah seksyen di shah alam. Sengaja aku dedahkan maklumat itu supaya nantinya tak payahlah aku bertandang ke biliknya di ofis semata-mata hendak mengkhabarkan perkara bukan urusan rasmi. Selain itu, strategi aku juga untuk maklumkan siap-siap supaya nanti percutian tidaklah tergendala angkara murka advencer merata-rata pada tahun akhir sebuah rancangan malaysia. Arakian apakala diketahui sahaja akan berita tersebut oleh big boss aku seusai lawatan audit iso ke ofis aku nan serba sesak ini, maka dalam perbincangan apa kata wanita sesama depa, lalu disebutlah oleh big boss aku kurang lebih ayat ini sebagai respon balas sayed munawar terhadap pemakluman immediate boss aku. “R*d*a tu dalam diam-diam--- (ayat kat belakang aku dah lupa, tapi intipatinya begitulah). Lalu immediate boss aku menambah, “ptd jugak”. Sebagai orang lama dan tua (jugalah berbanding aku), terer betul big boss aku menerka, “bagi hint nak minta cuti la tu”. Memang la pun, abih takkan saja-saja aku bagitau. Yang lagi best tu immediate boss aku baguih punya nasik tambah, “tu la dengar cerita nak cuti lama”. Cait, bila masa aku pernah sembang pasai nak bercuti lama dengan dia pun tak tau. Pandai-pandai tupai melompat saja dia tu.
Anyway, beberapa jam lagi budak-budak kanyia’ dan malaunta akan yak yak yei kat dataran merdeka. Barangkali dr maza akan pi terjah depa dalam edisi dakwah dia. Kat gurney drive macam biasa la mesti depa spray orang punya, lepaih tu taboh geng rela. Big boss aku dah berpesan semasa lepas perhimpunan pagi tadi, mafhumnya kita ni dah matang tak payahlah terlibat dengan benda-benda lagha tu. Dia kata lagu lain la, tapi dah aku ni kebelakangan ni kurang daya ingatan apatah lagi aku bukan perawi yang terpercaya, maka tu ayat aku gubah sendiri la tu.
Aku sat lagi balik la, saja layan perasaan kat ofis dalam menunggu fajar sadiq ka fajar kazib lagu soalan ustaz mat nor pejabat agama sps tanya baru ni. Tak kira la fajar apa pun, fajar di bumi permata ka, fajar bakti ka, supermarket fajar ka, harap-harapnya fajar yang timbul esok pagi menghorizon kaki langit akan menandakan sinar cemerlang hidup aku dalam tahun 2010, ke arah penghijrahan yang mendamaikan jiwa. Cita-cita dan harapan biasanya sekadar tertangguh, namum akhirnya ‘kan terlaksana jua. Kawan, aku ingin pulang. Walaupun sempena cuti ini immediate boss telah bekalkan aku dengan assignment berbaur rencana advencer tahun hadapan. Aduiyai, penaya aku sungguh, dia tak tau ka aku ada advencer sendiri 2-3 hari ni. Siap pesan kat aku jangan serik dapat kheja hari-hari cuti. Ni hujung-hujung tahun ni apa lagi aku pun great pretender jugak la. Tak kena gaya lnpt aku kena tenyeh, tu dia baru, hijrah ke mana permata hijrah kot ada la dok sembo' mata. Peyla’ sungguh.
Sanah Helwah Ya Ikhwah Wa Akhawat!
KL Federal 8.51 malam, 31 Disember 2009 (Khamis malam Jumaat)
Masa tu aku sekolah rendah lagi, dan malam-malam zaman 80-an tanpa Astro macam la ni memang la RTM paling top mengalahkan TV3. Kebetulan RTM masa tu bagi aku depa sangat kreatif dalam menghasilkan rancangan bermutu walaupun dengan rekaan pentas sangat sederhana. Satu malam, ada satu rancangan pertandingan bakat melibatkan peserta dari seluruh negara. Sekali ada satu kumpulan dari Pulau Pinang buat persembahan dan depa menang minggu tu. Bukan takat minggu tu saja, minggu-minggu lain pun depa menang jugak. Lepas pada tu ada pulak pertandingan juara antara juara, maka kumpulan ni pun dibariskan bersama-sama kumpulan lain yang jadi juara bulanan kot kalau tak silap aku. Saat kemunculan kumpulan tu memang aku tunggu-tunggu dengan sokongan tak berbelah bahagi sidang parlimen dari Kampung Gurun, Sungai Bakap. Aku sokong sudah barang pastilah atas semangat kenegerian yang membuak-buak. Ternyata kumpulan tu telah menunjukkan persembahan paling power di kalangan semua juara yang bertanding, kiranya walaupun sokongan aku atas semangat kenegerian tapi kualiti persembahan depa memang tak buleh dipertikaikan la. Jadi bukanlah satu perkara yang menghairankan kalau depa jadi juara keseluruhan, mengalahkan kumpulan-kumpulan lain seperti Razak & Asmat (Razak Ahmad menyanyi, yang si Asmat melukis potret apa bala), Kumpulan Muhibbah Madu Lebah (set-set Kelate kalau tak silap aku) dan kumpulan-kumpulan lain. Pada aku masa tu dan masa la ni, kumpulan tu la antara kebanggaan aku sebagai orang Pulau Pinang.
Satu masa tak lama selepas kumpulan tu jadi juara keseluruhan, Petronas ada buat dinner kat satu hotel kat belah Tanjung nu. Ayah aku pun ajak la aku pi. Tu antara detik-detik awal aku ke hotel. Duduk atas bangku macam biasa la kaki memang tak berapa sampai nak pijak lantai, punya la kecik kemetot masa tu. Meja makan aku pulak dekat dengan stage yang tak berapa tinggi tu. Makan-makan sambil dihiburkan oleh kombo yang alat muzik dia yang paling aku suka ialah gendang berkembar corak belang-belang. Masa tu mana la aku tau gendang tu nama apa, perbendaharaan kata terhad la katakan. La ni baru aku tau nama dia conga. Pergh, hat katok gendang tu satu macam dia punya layan. Walau macam manapun, persembahan kombo tu tak seberapa pada hemat aku kalau dibandingkan dengan persembahan kumpulan yang jadi juara keseluruhan Bakat TV RTM tu. Sa kata nama kumpulan tu diumumkan saja, aku terus berhenti makan ais krim yang waiter boh dalam gelas ada kaki tu. Keterujaan aku masa tu tak dapatlah digambarkan. Punya la seronok aba' hang denga' depa buat lawak kerin. Aku ingat kot sat-sat lagi la aku perabih ais krim tu. Sekali waiter ni tau-tau saja dia dah angkat gelas ais krim aku tu. Deijei betui.
Habis depa punya show, dinner pun dah selesai, ayah aku pi sembang kat sofa kat luar tu dengan kumpulan ni. Aku dalam hati punya la syok satu macam nak pi sembang dengan depa, ayah aku pun ada ajak, tapi tu la aku ni punya segan satu macam buleh pulak pi buat-buat tengok pemandangan dari railing tingkat atas tu. Appa punya parpu masa tu. Mau tu mau tapi malu, ish, ish, ish, abang sappa la tu.
La ni bila aku cuba cari balik kumpulan tu dengan bantuan Pak Cik Google dan akhi YouTube, aku dapati salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Non telah kembali ke rahmatullah (Al-Fatihah untuk dia). Rupa-rupanya Non ni pernah bergiat aktif dengan boria jugak. Anggota kedua iaitu Chik aku dok follow jugak la perkembangan dia. Ada sekali dalam Mami Jarum amboi aih dia punya dialog tu kalau aku buleh bertahan dengan keseriusan aku memang saja sangat la.
Dalam YouTube, gaya depa berdua memang tak berubah sejak depa aku kenali menerusi Bakat TV RTM. Non akan jadi dominan (bukan la pulak Domi Che Non striker Perlis dulu ni). Non akan sembang punya sembang punya sembang, lepas pada tu sambil sebak Chik akan celah. Kira macam Chik ni nasik tambah la. Tapi sebab timing dan ayat yang Chik bagi tu kena pada masa dia, walaupun kategori mangka' sebenarnya, dengan muka Chik yang don satu macam tu, hat tu yang syok tu. Pakaian depa simple, biasanya dengan kot tie apa semua. Takdak la pulak mekap dan pakai bukan-bukan macam badut. Mimik muka depa tu minimalis, sesuai dengan babak-babak sketsa komedi pentas depa tu. Tak over macam sesetengah pelawak. Yang lagi best tu, cara depa melawak memang sopan pada pandangan aku. Sopan dari segi takdak unsur-unsur jenaka dewasa dan takdak la nak tolak-tolak kepala orang macam Badul dan geng Senario dok buat tu. Walaupun kalau nak ikut punya daoh dialog Chik ni masa respons kat Non patutnya dah tak terkira banyaknya dia kena tolak kepala dah.
Kumpulan depa ni juga pernah merakamkan beberapa buah album yang diterbitkan oleh Omar M. Hashim, yang juga penerbit album Untukmu Hijau Kuning yang aku denga' punya denga' punya denga' sampai merudum keputusan periksa tengah tahun aku masa darjah enam pasai tak berapa nak baca buku punya pasai. Tu la aku, kalau dah minat tu memang tahap obses dah la, hat lain tak buat dah.
Sebagai tanda penghormatan sesama orang Pulau Pinang, di bawah ini aku perturunkan klip video lawak dan lagu depa ihsan YouTube untuk tontonan bersama. Ewah, rancak!
Semalam aku terima satu SMS, nombor tak dikenali, tapi mesejnya dari seorang kawan. Tanpa terduga tenda biru, kawanku itu rupa-rupanya telah pulang ke tanah air dari perkelanaan selama beberapa tahun di bumi socceroos alias wallabies. Perkelanaan yang terkadang memaksanya menghantar pesanan ringkas memohon bantuan doa tepuk pinggang daripadaku.
Seperti zaman-zaman kadet juga, tetapi sesuai dengan perkembangan kerjaya, kalau dahulu malam-malam lepak di mapley, sekarang bersantai-santaian waktu tengah hari di Kenny Roger's Roasters yang lebih terjamin kebersihan dan keselesaannya.
Dalam satu ayat, seperti halnya bala, adam dan anak mami, man tongkat juga telah kembali. Dan seperti mereka yang lain, man tongkat kembali bersama kejutan yang tidak terjangkau langsung dek akalku. Dengan ijazah sarjananya dalam bidang itu, aku jangka man tongkat akan ditempatkan di tempat yang ada bau-bau cencaluk dengan pengalaman sebagai mantan pengurus pilihan raya bagan pinang ataupun beraurakan maslahat penduduk luar bandar. Walau bagaimanapun, seperti juga ekonomi, sangkaanku meleset. Man tongkat akan turut bernaung di bawah panji-panji Federal KL macam aku.
Ada jawatan segred dengannya di bahagianku yang bakal kosong, namun aku tidaklah hendak mengutarakan pelobianku kepada big boss, kerana aku faham sangat kerja di ofisku ini sangat-sangat membuatkan orang kesuntekan masa bersama keluarga. Sudahlah man tongkat sekarang berulang dari seremban, nalla rekek punya jauh dengan jam apa semua.
Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah pada man tongkat. Welcome to the club.
Nota: Man tongkat adalah kawan sesidang semasa kadet dahulu. Terdapat beberapa persamaan antara man tongkat dengan pian. Selain badan, man tongkat juga sudah menyatakan komitmen untuk memprotes kalau aku hanya mengundang menerusi facebook dan yahoo group.
Sebuah universiti apex telah menghancur-leburkan impian aku untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan dengan sempurna. Makanya, disesuaikan dengan bulan-bulan Islam nan mulia, di bawah ini aku perturunkan sebahagian sangat besar ad verbatim inti pati utama teks ucapan perpisahan aku yang tertunda buat kesekian kalinya. Teks ucapan yang temanya, dengan sedikit pengubahsuaian tajuk buku Ustaz Cahyadi Takariawan, seorang ulama terkemuka sebuah parti siasah islami nun di negara yang mengacung-acung buluh runcing ke negaraku :
Dalam sebuah filem terbitan 1970-an, terdapat sebuah adegan yang memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil dibonceng oleh seorang wanita. Yang menarik perhatian saya bukanlah terhadap ketampanan si jejaka, mahupun kerupawanan si jejaki. Tidak juga kerana kedua-duanya tidak memakai helmet. Pun bukan disebabkan yang membonceng menghadap ke sisi. Yang menarik perhatian saya adalah kepada bait-bait lagu yang dinyanyikan sepanjang perjalanan. Kurang lebih begini bunyinya :
"Zindegi ek safer hai suhana, Yahaa kal kya ho kisne dana...".
Tamat imbas kembali, dan jungkir balik ke tika dan saat ini.
Apabila saya kenang-kenangkan kembali, serasa-rasa ada kebenaran dalam senikata lagu tersebut. "Hidup satu perjalanan yang indah, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi keesokan hari".Begitulah juga halnya dengan diri saya, jika lebih setahun yang lalu saya menjejakkan kaki buat pertama kali ke sini, esok lusa tibalah giliran saya untuk melangkah pergi.
"Seminggu dalam politik terlalu lama".Demikian kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Dollah Kok Lanas dalam beberapa kolum beliau di dada-dada akhbar beberapa ketika. Mungkin beliau memetik kata-kata keramat orang lain. Itu saya kurang periksa.
Hanyasanya bagi saya, seminggu, apatah lagi setahun lebih di XXX pun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Pelbagai kenangan silih berganti. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka pun ada juga. Bak kata tajuk filem Hindi, "Kabhi Khushie Kabhi Gham".Yang seronok saya simpan dalam lipatan kenangan abadi, yang tak berapa seronok saya simpan dalam hati.
Antara kenangan yang menyeronokkan ialah apabila diminta mengetuai pasukan untuk kajian soal selidik rintis. Saya tidak ada kecenderungan untuk ke mana-mana, apa sahaja arahan XXX saya terima. Alangkah, tanpa saya duga, XXX yang menyangka saya orang Kedah telah memilih Pulau Pinang sebagai lokasi. Kata beliau kepada saya, dekatlah dengan kampung halaman di Kedah. Saya seperti biasa, dengan muka innocent tanpa perasaan; poker-faced kata orang putih, muka sekupang kata orang hat tak berapa nak putih. Padahal dalam hati mau tak seronok tak sangga. Dekat apanya, dah memang pun Pulau Pinang senantiasa dikenang. (Amboi, ada unsur boria nampak, pengaruh Maidin & Piee la ni).
Antara kenangan yang menyeronokkan adalah di Pulau Pinang. Sepanjang saya berkecimpung dalam arena penyoal selidikan dan penemubualan setakat ini, belumlah lagi saya bertemu dengan goresponden yang begitu bermurah hati macam di Tanjung itu. Ada 2 goresponden; satu di sebelah pulau dan satu di seberang. Kedua-duanya menjemput saya dan rakan masuk ke dalam rumah. Hat di pulau anak mami jarum dia tolong hidang aya'. Bukanlah mami macam orang Queen Street mahupun warga Jalan Madrasah. Tapi yang nyata memang putih serlah. Cuma hat slack tu tak pakai tudung. Kerja kilang tang mana entah. Ada lagi la kudapan depa jamu juga. Best gila sembang dengan pak cik itu, slang Penang Kia. Selain rumah tepi masjid Kampung Seronok itu, saya juga tidak melupakan sebuah rumah di Taman Sri Acheh, Seberang Perai Selatan. Kalau di Kampung Seronok panas lit-lit waktu petang, di seberang waktu hujan di tengah hari, sib bait tak lokoih. Sungguh baik hati warga tua itu yang menjaga cucu-cucunya termasuk seorang yang mengalami masalah penglihatan, kecil-kecil sudah terpaksa memakai cermin mata. Sungguhpun rumah teres setingkat yang begitu sederhana, dijamu juga saya dan rakan dengan teh o panas dan seumpamanya.
Sebuah kenangan lagi yang tak dapat saya lupakan ialah ketika menemubual seorang mak cik yang meniaga di gerai tolak tepi jalan di hadapan rumahnya. Kisah itu berlaku di destinasi soal selidik terakhir di daerah Barat Daya dalam perjalanan pulang ke hotel. Gerai tolak itu bantuan daripada jabatan kerajaan tertentu. Petang yang panas membahang, sambil berhenti bertanya sesekali tatkala mak cik itu melayani pelanggannya. Tidak semena-mena, mak cik itu pula mengajukan persoalan kepada saya. Saya tak berapa ingat matan soalan beliau, tetapi kurang lebih beginilah soalan jawabnya, "Adik ni dari USM ka?".Memang ada makhluk yang Tuhan jadikan nampak muda, apa daya kita hendak menghalang ketentuan-Nya. "Saya kheja gomen mak cik, XXX. Pasai apa mak cik kata saya dari USM?". "Dak...",mak cik tu kata, "...selalunya yang dok buat soal selidik ni budak-budak USM la."Mungkin masin mulut mak cik itu, menyebabkan saya akhirnya bakal bergelar mahasiswa Universiti Sains Malaysia.(Pergh, tangkap sayu ayat ini kalau diterjemahkan kepada realiti).
Ada kalanya kita rasa kita berkecindan. Tanpa kita sedari, sebenarnya ada hati-hati yang kelukaan. Demikian jika ada kesilapan dan kekhilafan sama ada sengaja atau sebaliknya, saya mohon ampun dan maaf. Almaklumlah, manusia tiada tercipta sempurna, akan ada salah silap kita di mana-mana. Justeru, kalau ada yang terhutang, maka tuntutlah dengan segera. Jikalau ada yang termakan, terminum, harap-harap dapatlah di"Halalan Toyyiba".
Sempena Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari, dan Aidil Fitri yang bakal menampakkan diri, saya tampilkan serangkap pantun dalam bahasa Banjar (meski saya bukan urang Banjar dan kadak tahu basurah Banjar) :
"Pinang anum barangkap-rangkap, Pinang tuha barundun-rundun; Lawan nang anum maminta maap, Lawan nang tuha maminta ampun."
Sekian dahulu buat kali ini, meminjam kata-kata senior saya semasa di Irshad dahulu, "ada kelapangan dan takdir insya-Allah ketemu lagi".Walau jauh di mata, tapi di hati, "Hathi Mere Sathi".Sehingga itu, saya mohon permisi.
Nota : Saat ini aku telah kembali ke Nahrul Bakafi kerana masih mencari yang hakiki sinar pasti kasih suci nan abadi dengan harapan dapat merawat Kanc yang tercedera seumpama hatiku jua.
Pagi tadi, semasa menyoal siasat pihak yang kena advencer, aku terima Sistem Mesej Singkat (SMS) daripada kawan seangkatan yang kini menjaga urusan protokol negara. Ia bertanyakan tentang PTK3. Manalah sempat aku menyemak keputusannya, lalu ku tanya kepadanya. Ia mendapat Aras 3. Suspense aku dibuatnya. Diminta nombor kad pengenalan daripadaku. Hasilnya, aku dapat keputusan yang aku idam-idamkan. Hai, kalau sangkut juga tak tahulah aku, rasa penat bekerja di bawah tekanan dan tidak cukup tidur menyiapkan tugasan. Aku dapat 3 untuk peperiksaan, dan paling mengejutkan aku (dan si Rosliana juga tentunya), aku dapat 4 untuk pembentangan berkumpulan dan individu. Terbayang-bayang seorang panel seFederal KL bagi remark secara umum bahawa pengucapan awam kena berdiri tegak tak boleh bergerak ke sana ke mari. Memanglah aku terasa, sebab aku salah seorang yang buat macam itu. Juga persembahan PowerPoint yang aku pinjam dan ubah suai reka letak dan reka bentuk dan warna template suami kepada kawan seangkatanku yang kebetulan ada dalam simpanan (tetapi isi jauh berbeza; ia OSC aku pembangunan mampan, sesekali jukstaposisi pun menarik juga). Juga berpencak silat menjawab soalan ahli panel yang macam peluru bersimpang-siur mengenakan aku yang berdiri di hadapan menjustifikasikan sebuah tugasan. Semua itu belum lagi diambil kira bagaimana gementar yang membunuh aku semasa pengucapan awam. Seraya aku teringat kepada peristiwa beberapa jam nan lalu.
Semalam, di kamar hotel, aku menyudahkan pembacaan koleksi tazkirah tok guru bertajuk "Hidayah". Ada beberapa catatan tahap makan dalam, tambahan pula hati hampir gelap gelemat kerana sudah lama tidak disiram dengan nasihat-nasihat agama.
Menerusi sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa Allah berfirman, "Aku adalah berdasarkan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak".
Aku ada juga terbaca di tempat lain sebelum itu, bahawa keyakinan dan sangka baik kita kepada Allah sangat perlu. Cuma berdasarkan usaha dan prestasi diri sendiri, aku agak kurang yakin boleh berjaya dalam percubaan pertama. Maklumlah peringkat pertama dahulu berapa kali dilalui dengan susah-payah. Bermuhasabah diri dengan bersandarkan hadis tersebut, aku jadi insaf dan malu sendiri. Iyalah, kadang-kadang amal ibadat pun tidaklah setara mana dan ala kadar, tapi kasih sayang Allah itu Maha Luasnya, tidak setimpal pun dengan amalan hamba-Nya yang dha'ifun jiddan macam aku.
Dalam buku tersebut tok guru ada menyebut, mafhum sebuah hadis qudsi, jikalau tidak kerana masih ada orang tua yang sujud dan rukuk kepada Allah, jikalau tidak kerana masih ada anak-anak kecil yang menyusu dengan ibunya, jikalau tidak kerana masih ada binatang yang meragut rumput, nescaya Allah telah menimpakan azab-Nya ke atas dunia ini tanpa meninggalkan barang sedikit pun. Hai, terasa banyak tak sangga dosa aku, kalau tidak kerana ketiga-tiga perkara itu memang aku termasuk salah seorang yang dihukum Tuhan punya.
Disebut juga perumpamaan orang yang membaca dan tidak membaca Al-Quran, sabda Nabi, "perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah peria yang tidak ada bau sama sekali ditambah pula dengan rasanya yang pahit". Hai, lama banget aku tak baca Al-Quran.
Kendatipun begitu, masih ada saranan-saranan berbaur motivasi.
Sabda Nabi lagi, "...dan ketahuilah bahawa sekiranya semua manusia berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, pasti mereka tidak akan memberikan manfaat sedikitpun selain yang telah Allah tuliskan untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberi kecelakaan kepadamu selain yang telah Allah tuliskan atasmu, pena telah diangkat dan lembaran telah kering".
Nabi juga ada bersabda, "Wahai Tuhan, tidak ada orang boleh menyekat Engkau daripada memberikan sesuatu kepada sesiapa dan tidak ada orang yang boleh memberikan sesuatu yang Engkau halangi pemberian itu".
Menerusi bab bertajuk "Manusia Mudah Lupa!", tok guru memetik firman Allah dalam surah Yunus ayat 12. Kata tok guru, "Itulah sifat manusia! Allah SWT menceritakan mengenai sikap dan perangai manusia di dalam kitab-Nya. Apabila menghadapi kesusahan barulah mereka mengingati-Nya. Pada ketika itu masing-masing menadah tangan memohon doa dan pertolongan daripada-Nya. Namun, apabila sudah merasa senang, mereka kembali melupai-Nya".
Sambung tok guru lagi, "Itulah kita. Mari kita perhatikan kepada diri kita sendiri. Apabila kita menghadapi kesusahan, kita bersembahyang hajat, kita baca Al-Quran, bahkan kita sanggup lakukan apa sahaja bagi memohon petunjuk dan supaya kesusahan yang kita hadapi itu akan segera dihilangkan. Tetapi, apabila kita kembali senang kita mula tinggalkan semua amalan yang kita lakukan ketika kita susah dahulu. Lebih malang lagi, selepas kita mendapat kesenangan, kita mendekati maksiat pula".
Jalan sudah luas terbentang untuk perancangan strategik fasa berikutnya. Semoga aku terus insaf. Dan semoga keinsafan aku itu membawa aku ke V.C. Rock. Merenung lautan tanpa perlu menjadi Ali Setan.
Kamar 125 Swiss Inn Waterfront Sandakan 6 Julai 2009 (Isnin)
Telinga disumbat earphone menyalurkan ritma Hindi dari MP3 player yang ku beli di Miri.
Hidup adalah satu perjuangan. Dalam sudut pandang yang lebih sempit, perjuangan aku sekarang ini ialah pembebasan diri dari status quo sedia ada. Oh, tidak, perjuangan aku tanpa kod warna tertentu, apatah lagi didanai oleh alat imperialis bentuk baru.
Seperti juga dalam konsep ekonomi, membuat pilihan lazimnya berdepan dengan kos lepas. Yang aku nak sangat, tawaran kursusnya agak terhad. Yang kursusnya lebih rencam, lokasinya dan suasananya pula aku kurang teruja.
Ada satu hal lagi. Katakanlah aku memohon dan permohonan diterima. Apakah saat dan ketika serta cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk aku maklumkan kepada bos. Sedang ke hadapan-hadapan ini advencer berterusan sampai ke ceruk ulu banat. Merancang satu perkara, tapi bila sampai saat penentuan adalah satu hal yang lain pula.
Semoga Tuhan menunjukkan dan mempermudahkan jalan. Kalau ikut hati, cukuplah setakat ini. Terngiang-ngiang aa aab laut chalen dan phir bhi dil hai al-bakafi.
Nota : Si pramugara boleh tersasul lak buat pengumuman landing di Sibu. Kah, kah, kah, pertama kali seumur hidup aku dengar salah pengumuman tempat landing. Warghahaha! Terhibur aku.
Nota Tambahan : Dibawa oleh pihak yang kena advencer minum kat satu gerai seusai sampai. Orang lain pakat order roti canai la, roti telur la. Hat PSU ni mintak tisu, yang pembantu kedai pula tengah ambil order. Aku dah agak dah, satgi buleh benda-benda sentul dah ni. Betui pun macam aku dok agak, sekali pelayan tu bawak apa hang tau, "ROTI TISU". Muarghahaha! Tapi tisu pun dia bagi sekali.
Dari kejauhan, Dek Zek pulun sakan lagu Hattan, part chorus pulak tu "…terasakah langkahku makin laju…". Part Dek Zek tarik "Laju" tu memang laju semacam, Pian macam biasa la candek tak ingat walaupun hamba Allah tu pernah jadi sleeping partner dia kat Kolej MAS dulu, "Memang laju la!", sambil kami bertiga gelak-gelak terbahak-bahak dan gerak-gerak-gerakan cukup laju pi kereta Pian. Anyway, sogha hang not bad la Zek. Banding dengan sorang minah ni yang bawak lagu Nurul, sib bait aku dah sudah makan walaupun tak la basuh tangan dengan aya' mineral sekali lagi. Lagu ni halwa telinga, kalau dah pitching terbabas kerap sangat apa lagi memang jadi laughing stock la jawabnya. Pian pulak bawak pi satu empangan kat situ. Ada la 2 eko' guard baguih punya lepak tepi ofis. Mengkala pi dulu ada siap taklimat apa semua, cuma kali ni aku menghayati keindahan empangan waktu petang sementara adik Pian si Suhaimi menggambari keadaan sekitar. Kuala Kubu Bharu ni bukan apa, mengingatkan aku pada banyak perkara. Selain empangan tadi, dan masa hari terakhir modul bomba mengkala dibawa naik berhimpit-himpit dalam kereta bomba sampai terpaksa menunduk sepanjang perjalanan dok round kawasan sekitar termasuk jalan berdekatan empangan, juga kampung Dek Zek, aku turut teringat pada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia masa aku jadi kadet dulu. Malam last tu, sebagai melepas geram dan sebagai pengarah persembahan group aku, aku boh sebaris dua sebuah lagu sebagai intro babak-babak drama tentang kehidupan ahli-ahli bomba. "...Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu...", kata Sudirman la, dan juga kata sorang mamat ni masa karaoke kat kenduri Dek Zek. Kalau nak tau apa Jamal kata dan lagu apa yang aku pinjam sat daripada dia, hah, layan zasss lagu kat bawah ni. Pak Ngah aku pernah kata lagu ni lagu lama masa aku cerita kat dia. Mau tak lama, aku tak masuk TASKI lagi pun lagu ni dah keluar. Apa-apa pun lagu ni aku memang suka. Aduhai nostalgia aduhai. Sayu pun ada. Macam nak pergi jauh sahaja bunyinya. Isk, isk, isk.
Sebab itu adalah lebih afdhal guna perkhidmatan MAS. Satu, sebab dahulu aku menghuni Kolej MAS. Alasan pertama memang tidak relevan, tapi sebab kedua ialah MAS sungguhpun dari satu segi nampak mahal, tapi banyak bahagian yang ia lebih fleksibel. Contohnya, boleh daftar masuk seawal yang mungkin asalkan ada kaunter dibuka tanpa terikat dengan had masa. Lagi, boleh cuba untuk dapatkan penerbangan lebih awal tanpa perlu membayar harga tiket yang baru. Dan lagi, ada budi bicara kalau terlebih bagasi yang didaftar masuk. Bukan macam syarikat penerbangan yang itu. Gimik macam murah, tapi surcaj hat tu surcaj hat ni. Lebih setiap kilo dicaj RM15, buat duit tak ingat. Aku petik kata-kata Haziq dalam Syurga Cinta, "Agak-agak la sikit abang!". Sistem menaiki pesawat pun tidaklah setara mana. Langsung tiada pengumuman waktu bila perlu berbaris di pintu masuk, kena pandai-pandai sendiri bertanya, tak kiralah untuk Xpress Boarding ataupun tidak. Reputasi macam hebat dan gah sangat. Apa punya wak long. Wak lu la! Di atas merupakan coretan berdasarkan advencerku ke Kuching. Sepatutnya lebih banyak boleh dicoret andai komputer riba dibawa bersama. Namun setelah ditimbang dengan saksama dengan mengambil kira bilangan beg dan berat bagasi yang akan berganda sewaktu bertolak pulang ke Semenanjung semula, terpaksalah aku batalkan hasrat itu. Berikut merupakan antara idea entri yang membuak-buak untuk dicatatkan :
Ketika itu sumber maklumat tentang perkembangan kisah tanah air belum berleluasa seperti sekarang. Memang Internet telah ada, tapi akses belum cukup memberangsangkan. Bagi warga Sintok macam aku, hendak melayari Internet di makmal komputer pun jenuh berebut. Asal singgah sahaja makmal penuh, asal singgah sahaja makmal penuh, asal makmal penuh sahaja aku singgah. Waktu yang sama ada sebuah nama yang sedang harum subur di hati. Aku tertarik sebab dia contoh seorang yang telah jauh mencapah merapu dana, tapi hidayah Allah menyinari hatinya lalu berubah menjadi seorang manusia yang kalau orang tak pernah tahu masa silamnya tidak akan pernah menyangka dia pernah bergelar seorang kutu berahak. Walhasilnya, aku membunuh rasa gementar bercampur-baur dengan rasa berdosa dan kontradiksi dengan imej aku dengan membeli sebuah majalah hiburan keluaran 13 - 28 September 2000 di STM Foyer UUM. Semata-mata ingin mengetahui cerita kehidupannya setelah mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan yang lagha. Aku masih ingat, sewaktu di bilik Kolej MAS, si Helmi and the gang yang auw-auw datang bertandang. Si Helmi mengungkapkan rasa tidak sangkanya kerana aku membeli majalah itu. Biasalah set-set ini, kalau bercakap memang terasa laser walaupun kadang-kala tidaklah mereka berniat begitu. Aku masih terasa berdosa dan tercalar imej yang aku pertahankan, lalu kataku, aku hanya hendak mengetahui cerita tentang dia itu. Lalu ku keluarkan poster cun yang tertera beberapa foto bahagia dia dan isteri, waktu itu dia masih bercermin mata berserban dan berbaju ala Raihan, sementara baki majalah yang lain ku beri pada si Helmi. Poster cun itu masih tersimpan di dalam folder bersama surat-menyurat dan sijil-sijilku.
Aku biasa mendengar dia berceramah sewaktu slogan refleksi penghijrahannya bergema dan bercetak pada poster yang bertampalan. Memang lucu, ditambah suaranya yang cukup merdu berlagu dalam sela-sela hujah. Habis semua artis dicandeknya, Awie datang ke rumah orang mati dengan motor Harley Davidsonlah katanya. Juga katanya pernah jumpa set-set Wings yang katanya suruh dia jalan terus sementara diorang follow dari belakang, menampakkan keyakinan dia kepada artis-artis seangkatan dengannya untuk turut berubah. Aku terfikir juga pada ketika itu, meski tertawa dengan leluconnya, ada harapan artis-artis pakat bermusuh dengannya. Lagipun, menyebut nama individu dalam ceramah, apatah lagi berbaur candek sangatlah kurang menyenangkan. Ketika itulah kali pertama aku mendengar nama sebuah tempat di utara disinonimkan dengan Copenhagen di Denmark. Pada penghujung ceramah yang aku dengar, dia promosi produk tertentu yang dibawanya bersama.
Kata ayah aku beberapa ketika selepas ceramah, ada pesara cikgu di tempat aku tidak senang akan kehadiran dia. Ayah aku menghujahkan padaku tentang Umar Al-Khattab. Aku pula dengan alasan yang sedikit berbeza, bahawa setiap orang ada masa silamnya, demikian apabila ada usaha untuk kembali ke pangkal jalan perlulah ada dorongan dan sokongan tanpa melihat dengan pandangan penuh sangsi. Seperti halnya penagih dadah yang kembali ke pangkuan masyarakat, kalau kehadiran mereka tidak diterima alamat kembalilah mereka kepada kehidupan lama.
Sebelum itu, dalam ceramah-ceramahnya dia lebih cenderung mempromosi marhaban dan barzanji sebagai kesenian Islam yang wajar dipraktiskan sesuai dengan fitrah seorang Muslim. Suatu ketika, semasa aku menetap di Putrajaya dan selalu membeli-belah item-item tertentu di Warta Bangi, aku terlihat dan beli sebuah kaset berlabel indie yang memuatkan lagu-lagunya selain kaset alunan marhaban dan barzanji. Pada masa itu aku terdetik, bahawa sangat sukar untuk melupakan terus bidang seni yang suatu ketika seseorang itu pernah menjadi sebahagian daripadanya. Walau bagaimanapun, aku masih terasa o.k. sebab dia setakat berkecimpung secara bawah tanah dalam dunia hiburan. Mendengar kasetnya itu, harus diakui walaupun suara dia sedap tetapi lagu-lagu tersebut sukar hendak aku layan sangat, tak masyuk kata orang sekarang. Pada masa itu dia masih berjual kitab-kitab agama di sebuah toko buku di negeri kelahirannya.
Zaman berlalu pusaka bergilir, tahu-tahu aku terbaca hasratnya kembali ke dunia hiburan arus perdana. Hatiku berkata, dia bakal menjebakkan dirinya ke dalam dunia fitnah. Sebabnya, dalam tempoh masa yang sama, telah disepakati berdasarkan contoh kontemporari yang akan kekal klasik, bahawa seorang individu takkan mampu mengubah bi'ah sedia ada yang diselubungi perkara-perkara lagha dan menyimpang apabila terjun ke dalamnya, bahkan individu tersebut yang perlahan-lahan akan menyerap unsur-unsur dalam persekitaran berkenaan hingga akhirnya dihanyutkan arus fitnah. Tambahan pula, aku masih belum pasti bagaimana dia akan menghadapi artis-artis yang pernah dikutuknya dalam ceramah sebelum-sebelum ini. Barangkali dia mengambil pendekatan seperti Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berdakwah di kalabun malami di kotaraya Mesir. Tapi Asy-Syahid tekal dengan prinsipnya, bahkan Ikhwanul Muslimin pun tidak dihinggapi fitnah lantaran uslub beliau. Tapi dia ini bagaimana? Mampukah dia?
Islam tidak mengehadkan pakaian-pakaian tertentu, asalkan menutup aurat sudah memadai. Hanyasanya, apabila dia meninggalkan serban dan jubah lantas mengenakan pakaian lain yang lebih moden dan ranggi, aku mula berasa ragu. Aku tertanya-tanya sendiri, bukankah ada orang yang masih berserban dan berjubah tetap disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat; kawan mahupun lawan. Yang penting kualiti yang ada pada diri, dan tahu pula membawa diri. Pada hematku, biarpun uslubnya adalah untuk mudah mendekati golongan muda, namun aku terkesan bahawa unsur-unsur komersial yang lebih mendominasi. Hinggakan apa yang dilakukannya setelah masuk kembali ke dunia hiburan arus perdana bercanggah dengan hujah yang pernah dia utarakan semasa ceramah. Contohnya, bagi menyokong kenyataan kalangan tertentu yang menyatakan suara wanita ialah aurat, dia pernah katakan bahawa antara sebabnya ialah mengasyikkan pendengar, maka sebab itu wanita tidak boleh memperdengarkan bacaan Al-Quran di khalayak ramai ataupun melaungkan azan. Tetapi sebaik sahaja dia kembali ke dunia lamanya, dia bahkan berduet dengan penyanyi wanita meskipun lagu yang didendangkan condong ke arah kerohanian. Manakala kalangan yang menentang keras memperdengarkan suara wanita di khalayak menerusi sebarang medium termasuk nyanyian ternyata konsisten dengan prinsip mereka, dia ternyata tidak konsisten dengan pendiriannya.
Hampir terkini, aku lihat dia semakin mencapah, dan tidak ketara usaha dia untuk meminimumkan kalaupun tidak mampu menutup langsung ruang fitnah. Dia tidak kelihatan istiqamah dan thiqah dalam menjaga statusnya sebagai orang yang terpandang dalam masyarakat. Hanya katanya, "Jangan bangkitkan fitnah yang sedang tidur". Apa barang punya kenyataan itu? Menjawab kesangsian tidak juga. Kalau orang biasa pun harus berhati-hati dalam menjauhkan diri dari fitnah yang antara lain melibatkan wanita, dia seharusnya lebih berhati-hati berkali-kali ganda. Kerana kesan fitnah sangatlah dahsyat, apa yang pernah diceramahkan olehnya walaupun bermanfaat akan serasa jadi nihil sia-sia. Bukan itu sahaja, kiranya ada lagi orang lain yang dalam proses penghijrahan buat kembali ke pangkal jalan, masyarakat akan melihat dengan penuh prasangka.
Akhirnya semuanya jadi terbarai, tak mampu diselamatkan lagi.
Nota : Perkataan fitnah dalam ayat 191 surah Al-Baqarah, "Wal fitnatu asyaddu minal qatl" bukan bererti "fitnah" dalam erti kata yang biasa difahami. "Fitnah" dalam ayat tersebut bererti "syirik". Maka maksudnya, "Dan syirik itu lebih dahsyat daripada membunuh".
Zaman belum ada pelbagai saluran radio swasta lagi di Malaysia, antara saluran radio yang paling top ialah Radio 1 RTM. Ada satu slot yang power. Bunyi macam nama adik aku. A-ku DI-a dan LA-gu.
*****
Masa aku Form One kat Irshad, ada seorang ustaz nama Ustaz Mahmud. Ustaz ni ajar Pendidikan Islam merangkap guru untuk kelas tarannum waktu petang yang diwujudkan semula selepas beberapa tahun. Pada masa tu, usia dia dalam lingkungan 50-an, tapi still smart. Tak biasa lagi aku nampak dia pakai kepiah ka songkok ka. Kereta pun boleh tahan bergaya jugak la. Satu hari aku pernah sembang dengan ayah aku cerita pasal dia ni. Rupanya ayah aku kenal akan ustaz ni dan suruh aku kirim salam. Kata ayah aku dia ni geng-geng Ghazal Party jugak ni.
Satu hari, selepas tamat waktu mengajar dia kat kelas aku, on the way dia nak keluar tu, aku yang masa tu berdiri kat meja kedua paling hampir dengan pintu keluar pun haba' kat dia kata ayah aku kirim salam. Aku cerita la kata ayah aku kenai dia masa dia dok menyewa rumah belakang rumah Allahyarhamha Mak Cik Siti kat Permatang Bertam tu. Cuma part Ghazal Party tu aku tak sebut la. La ni bila aku kenang-kenang balik, dan banding dengan prejudis zaman berkerjaya ni, kalau ada orang kirim salam mesti rasa suspicious lain macam. Dalam erti kata mudah, kirim salam ada makna tu. Masa dulu haba' kata kirim salam memang takdak apa-apa kepentingan pun.
Berbalik kepada cerita Ustaz Mahmud ni, masa dia mengajar kat kelas tarannum petang-petang tu, dia pernah sebut kata nak belajar lagu ni kena gila-gila sikit, kena selalu bermain-main dengan suara. Lalu dia pun demo la depan-depan budak-budak kelas yang berapa cangok saja tu. Kalau ikut vocab aku la ni macam humming la.
Tapi bukan hat tu yang aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ni ialah satu masa dalam kelas, rasa-rasa aku kelas tarannum, dia ada menyanyi sebaris dua lagu ni. "Boleh boleh boleh... boleh kata boleh, janganlah tak boleh tapi kata boleh...". Mat Fudge masa tu cukup teruja dengan senikata lagu tu sampai dok ulang-ulang dalam kelas. Aku pulak masa tu rasa macam pernah dengar lagu tu. Bunyi macam cover version lagu Arab. Akhirnya memang confirm, tu lagu yang penyanyi dia aku suka atas banyak sebab, satu sebab sama-sama orang Pulau Pinang. Aku tujukan lagu ni kepada Dek Zek, salah sorang ahli kumpulan Rikie Boys in case aku tak dan pi kenduri dia Ahad depan.
Sejurus aku balik dari KB hari tu, aku jadi keterujaan dengar lagu-lagu dialek Kelantan thruYouTube. Ni salah satu lagu yang aku masih teruja sampai la walaupun takat dengar sekali-sekala. Lagu ni asalnya lagu filem Hati Milikmu (Dil Hai Tumhara). Cuma atas daya kreatif orang yang upload lagu ni kat YouTube, dia sudah kasi selarikan klip video filem tu dengan lagu yang Khalifah menyanyi ni.
Part yang aku rasa paling touching adalah masa intro lagu ni yang bersekali dengan pergerakan kamera perlahan-lahan menghampiri close-up salah seorang watak utama melambai-lambai dengan memegang tangan boneka. Pergh, giler ah ding dong. Isk, isk, isk.