Tatkala ini, barangkali dia sedang bersiap-siaga menyangkut stokin di tempat pendiangan api, menantikan kehadiran pak cik berjanggut busur kapas berbaju merah melayah di ruang udara dengan kereta rusa, menyeronot kot celah chimney bersama-sama kotak-kotak hadiah. Atau kemungkinan dok kalut masak ayam Belanda yang asalnya dari Turki la pulak kalau orang putih yang sebut.
*****
Memasuki Matrikulasi UUM, dalam Kelas 1.01, gayanya begitu selamba candek sana-sini. Dressing dah memang ranggi habis dah. Salah seorang 'mangsa' ialah aku, sementelahan aku tak banyak cakap. Sehinggalah ke peringkat suatu hari, ditambah dengan kenakalan Chot mengasosiasikan aku dengan ikon popular sebuah majalah kartun berbahasa Melayu, maka menjadi-jadilah dia buat benda tu sebagai bahan. Lalu aku pun dipanggil dengan gelaran yang sama.
Aku sering terfikir untuk merubah gelaran tersebut kepada nama yang lazim aku dikenali di kampung halaman. Lagipun pada hemat aku, aku rasa gelaran yang bukan-bukan mempengaruhi pencapaian zaman menengah. Jadi di tempat baru aku pun berazam nak buka lembaran baru dengan harapan gelaran yang terpuji akan membantu usaha aku tu. Tapi kalau setakat melobi di kalangan kawan-kawan memang sukar. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya kesempatan itu hadir pada suatu hari.
Suatu tengah hari, setelah bercuti sakit beberapa hari akibat measles (tu yang doktor Myanmar Pusat Kesihatan UUM tulis, orang Melayu kata 'campak', kata mak aku kecik-kecik dulu aku dah kena dah, sib bait tak melarat ke muka), aku bertanyakan kepada dia tentang suatu tugasan. Sebenarnya aku dah dapat info daripada kawan-kawan sekelas bahawa setiap orang kena sediakan satu surat tidak rasmi. Jadi pertanyaan aku kepadanya lebih kepada mendapatkan pengesahan. 'Mestilah!', begitu maksud jawapannya jika diterjemah ke bahasa Melayu. Aku rasa macam ek sikit pun ada. Amboi, hang ek no, hang dapat surat tidak rasmi aku hang tau la, aku dok ingat dalam hati.
Malam tu, mengkala tiga-tiga orang room mate baguih punya menegheloh, aku la jugak yang bersengkang mata "burning the midnight oil”. Actually, frasa tu aku masukkan dalam intro surat tu la. Aku pun tulis la dalam tu kata aku ni kat kampung orang panggil apa. Aku selitkan juga sebab-sebab walaupun tak sampai lima puluh dalil mengapa aku sepatutnya dipanggil dengan gelaran aku kat kampung dan bukannya gelaran yang Chot initiate sebelum ditokok tambah oleh dia sendiri. Aku buleh bayangkan dia terkerenyih terkerisin, silap-silap gelak terbahak-bahak mengkala baca surat aku tu. Sebab ada antara points yang aku tulis aku kata aku ni bukanlah tua sangat nak dipanggil dengan nama pelik-pelik tu. Sayugia diingatkan, walaupun points aku tu macam lawak bunyi dia, tapi aku memang serius. Barangkali dia juga agak terkejut dengan isi surat aku tu, agak aku la, pasai belain dari orang lain. Pada firasat aku juga, ada kebarangkalian natijah pasca bacaan surat aku tu hanya akan menggalakkan dia mengutuk aku dalam kelas. Tapi takpa, belum cuba belum try kata orang.
Sesudah menyerahkan surat tidak rasmi itu, kelas berikutnya tibalah giliran dia. Aku suspense jugak, macam-macam benda buleh jadi. Hanyasanya, yang aku salut lin dan kat dia ialah dia terima secara positif cadangan aku dalam surat tidak rasmi itu. Bila orang yang tertinggi hirarkinya dalam kelas start, hat kawan-kawan lain pun lama-lama dah panggil aku dengan nama yang aku suka. Tu la strategi aku, dan terbukti menjadi walaupun Blue Ocean Strategy belum tercipta lagi.
*****
Ada sekali tu, sampai masa untuk listening test. Cey, dia pun pasang la tape British accent. Bukan hampa tak tau British English slang dia macam mana.Cakap macam kulum mana nak buleh tangkap apa benda dia kata. Kalau American English clear la sikit menatang apa dia sebut. Sambil dengar sambil isi jawapan. Dah sudah jawab, dia pun kutip la kertas-kertas jawapan hat semua orang pakat buat. Ada satu kertas ni, dia pilih dan baca. "Sapa yang tulis jawapan Bruce Finning ni?". Masa tu payah nak baca reaksi muka dia, marah ka saja nak tau sapa buat ka. Dia pun kelitin dari depan sampai belakang kelas, melalui aisle di tengah-tengah kelas, yang juga terletak meja lipat aku di tepinya. Sebenarnya, aku la yang tulis jawapan tu. Tapi sampai sudah aku tak mengaku. Cari pasai kena lecture dengan dia, takdak kheja aku aih.
*****
Dia ni kalau bab candek orang memang selalu sangat la. Ada sekali tu, group aku diminta untuk kendalikan satu aktiviti untuk kelas. Group mate aku antara lain member baik aku si Azri tu. Pada mulanya si Azri la yang handle, suruh member lain buat tu buat ni. Aku berdiri sebelah Azri. Dia kat sebelah aku, macam biasa la kat meja depan tu sama-sama berdiri. Aku dok ingat dalam hati dah, satgi dapat habuan la aku kalau tak participate sama. Dok tak lama dia pun sound. Aku tak terkata apa la, cuma take over la daripada Azri.
*****
Salah satu perkara yang menarik waktu dia ialah aktiviti menulis ayat-ayat berdasarkan syllabus tertentu. Aku yang serius dan tak cakap banyak memang suka aktiviti-aktiviti ni, sebab aku boleh kembangkan kreativiti dan sisi lain aku. Tu yang keluar habis "I can’t help falling in love with Madhuri Dixit" la (saja tulis sesuai dengan Dil To Pagal Hai masa tu walaupun bukannya aku minat pun heroin tu), "The boy at the back of the street..." la (sesuai dengan obsesi aku pada Backstreet Boys dan lagu-lagunya masa tu, in fact dengan dermasiswa Matrikulasi aku beli CD Interaktif BSB ori berharga RM40 kat kedai Ban Fong, Pusat Bandar Parit Buntar lepas turun bas ekspres dari Butterworth).
Ada sekali tu, aku tulis ayat kat white board yang terangkum nama B.J. Habibie. Masa tu dan sampai la aku masih kagum pada B.J. Habibie ni, hasil pembacaan majalah MASSA yang dah pupus la ni. Budak-budak U mana nak baca sangat benda-benda berat ni, walaupun ada 50% diskaun untuk warga kampus menjadi RM3. Dalam MASSA diceritakan betapa warak dan geliganya B.J. Habibie ni. Selalu puasa sunat Isnin dan Khamis. Terbabit dengan Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI). Pakar kejuruteraan penerbangan lulusan Jerman. Punya la terer tak terer dia ni, sampai digelar "Mr. Crack" sebab dia la pencetus teori pengiraan kadar keretakan pada kapal terbang. Selama ni, orang ingat hat terer bab-bab sains ni Barat saja, tapi masih ada orang Islam senusantara yang kecil saja orangnya membuktikan bahawa orang Islam bukanlah cokia tegha mana sangat. Masa tu, B.J. Habibie kamceng dengan Suharto. Dalam MASSA ada gambar Suharto menunggang motosikal yang bersambung dengan tempat pembonceng di sebelahnya a la motor Jerman zaman Perang Dunia Kedua. B.J. Habibie duduk dalam tong pembonceng tu la. Tapi diberitakan B.J. Habibie bakal mengambil alih takhta Presiden. Berbalik kepada pertanyaan dia tadi, aku mengesan bahawa dia memang curious nak tau siapa B.J. Habibie ni. Kalau B.J. and the Bear tu popular la sikit. Mungkin dia dah dapat kesan pola trademark aku yang kalau tulis sesuatu ayat mesti ada makna. Tapi aku tak cakap banyak, macam biasa, seingat aku aku cuma jawab, "… a person".
****
Ada sekali dia suruh pakat-pakat cipta lagu berdasarkan perkataan do, does, did dan lain-lain Simple Tense. Ada satu group ni nak buat gila-gila tapi tak berapa smart. Masa presentation tu hentam boh lagu "That Thing You Do", Foo Fighters. Lagu tu pulak dah sah-sah tengah top masa tu. Memang kena sembur la lepas tu.
Group aku pulak ambil calculated risk. Aku asalnya nak ambil lagu nasyid saja lepas tu tukar lirik. Tapi ada sorang group member ni suggest lagu Innuendo. Bukan hat "Belaian Jiwa" tu, lagu orang putih, kebetulan pulak senikata dia tu sesuai dengan tugasan. Maka present la depan dia dan kawan-kawan lain. Siap ada movement pusing dari belakang ke depan lagi, macam boy band pulak dah. Tiru step Take That kot, maklumlah ada group members dok aficionado dengan group United Kingdom tu. Masa pusin tapak kaki tu, aku macam nak terbalik pun ada. Tapi dia memang la tak perasan lagu tu lagu ciplak. Maklumlah, lagu tak berapa popular.
Ada masa lain pulak, disuruhnya budak-budak Kelas 1.01 tu buat satu assignment tentang proses sesuatu perkara. Tu kira bab berkaitan "sequence connectors” macam firstly, then dan lain-lain la tu. Group aku ni buat pasal masak air. Tapi ada jugak input merapu dana aku bagi untuk depa tulis sekali. Masa dia round tengok progress setiap group tu, dia pun tanya, awat siap ada thermometer pulak? "Nak sukat suhu aya' sampai ka dak lagi 100 darjah Celcius.". Blank saja aku tengok muka dia. Macam-macam pesen budak-budak ni, mungkin tu kot dia ingat dalam hati.
*****
Dah selalu sangat dia penaya budak-budak Kelas 1.01, ada masa saja la nak tengok macam mana mengkala dia pulak kena. Sekali tu, kunun-kunun dia nak buat aktiviti a la "Win, Lose or Draw". Masing-masing tulis tajuk lagu pada gulungan kertas. Dia akan pilih secara rawak dan seorang akan dipanggil melukis di white board sementara yang lain meneka. Aku masa tu memang niat "paling suci hati" nak tengok riak wajah dia mengkala baca tajuk lagu yang aku tulis. Hahaha, aku gelak dalam hati sambil menguntum senyum di bibir masa tengok riak wajah dia tu. Apa taknya, hasil pembacaan aku di majalah MASSA, ada satu artikel tentang lagu yang dialunkan semasa upacara perpisahan di luar negara, barangkali di Hong Kong semasa penyerahan hak milik daripada Britain kepada China. Lagu tu kalau nak suruh lukis dan teka memang sampai esok pun tak dapat. Tajuk dia? "Auld Lang Syne". Warghahahaha!
Tapi tu dia la, nak penaya dia punya pasai, last-last aku kena jugak pi lukih kat depan. Siru jugak nak lukih benda-benda abstrak ni. "Wind of Change". Cis!
*****
Satu lagi kenangan yang tak boleh lupa ialah suatu hari semasa hampir penghujung aktiviti, kedudukan 2 kumpulan terikat sama markahnya. Jadi dia pun buat satu keputusan, barang siapa yang dapat menjawab soalan terakhir, maka group tu yang akan menang. Soalan dia, apa makna 'azure'?. Satu kelas sengap macam ada malaikat lalu pulak. Aku masa tu ligat dok pikia'. Bunyi nak macam 'Azzuri'. Azzuri ni gelaran untuk skuad bola sepak Itali. Sebabnya depa punya jersi serba biru. Tengok takdak sapa nak jawab aku pun apa lagi. 'Blue!'. Orang lain pun tak komen apa. Semua pakat tengok reaksi dia. Dia pulak terdiam sat. Selop ka apa dia ni? Rupa-rupanya, dia tengah dok pertimbang jawapan aku tu. Sambil-sambil berkomentar 3-4 perkataan, maka dimaklumkan bahawa jawapan aku tu ternyata... betul! Riuh-rendah jugak la budak-budak dalam kelas tu, macam la aku terer sangat English ni. Tu la kenangan terindah samsons aku masa tu.
*****
Mengingat-ingat kembali semua tu, dan kebetulan reunion dengan dia dalam Facebook, aku sengih sorang-sorang dalam hati. Terima kasih banyak kerana menjadikan Kelas 1.01 begitu menyeronokkan, terutamanya untuk orang yang tak banyak cakap macam aku. Terima kasih juga sebab belanja aku, Azri dan 2-3 orang mentee lagi makan KFC dekat dengan stesen bas Jitra. Bukan aku tak suka tuang sos, tapi segan sikit pasai nak macam berdating pulak walaupun dengan teacher sendiri.
Aku masih ingat ada kawan menyampaikan padaku, bahawa dia bagi carried mark yang tinggi kat aku, cuma sebab aku tak banyak cakap maka aku dipintas oleh Hadi. What to do, it is just me.
I wish you a merry Christmas and a happy new year, Miss Sabina Rose Alphonse.
ATR 72-505 (212 A)
Subang – Penang
24 Disember 2008 malam
Kekayaan Dicapai Kejayaan Digapai
8 hours ago
3 comments:
Selamat Menyambut Awal Muharam
apa la guna ruangan komen utk buat ucapan ni, anyway mat sab.rose alfonso di keturunan portugis kot? ka golongan borjuis dlm masykt feudal inggeris....
smdbest
You brought back the merrier of all those days which i beleive hundred year won't be able to diminish the memories... eventhough i am in the class of 1.17 but the memories during the matriculation is about the same....... Matriculation is the memories.... ni la kata org the present is reality, the future full of hopes whilst the past is unforgetful history, kalau ada masa hang tulis la pasai orientation masa matrik dgn degree suatu perbandingan
Post a Comment