Seorang manusia yang nyaris terbunuh oleh rindu. Bangun kembali, menginsafi diri. Dan sebuah rindu pun jadi puing-puing, mendebu, lantas diterbang takdir dan waktu...
Zaman belum ada pelbagai saluran radio swasta lagi di Malaysia, antara saluran radio yang paling top ialah Radio 1 RTM. Ada satu slot yang power. Bunyi macam nama adik aku. A-ku DI-a dan LA-gu.
*****
Masa aku Form One kat Irshad, ada seorang ustaz nama Ustaz Mahmud. Ustaz ni ajar Pendidikan Islam merangkap guru untuk kelas tarannum waktu petang yang diwujudkan semula selepas beberapa tahun. Pada masa tu, usia dia dalam lingkungan 50-an, tapi still smart. Tak biasa lagi aku nampak dia pakai kepiah ka songkok ka. Kereta pun boleh tahan bergaya jugak la. Satu hari aku pernah sembang dengan ayah aku cerita pasal dia ni. Rupanya ayah aku kenal akan ustaz ni dan suruh aku kirim salam. Kata ayah aku dia ni geng-geng Ghazal Party jugak ni.
Satu hari, selepas tamat waktu mengajar dia kat kelas aku, on the way dia nak keluar tu, aku yang masa tu berdiri kat meja kedua paling hampir dengan pintu keluar pun haba' kat dia kata ayah aku kirim salam. Aku cerita la kata ayah aku kenai dia masa dia dok menyewa rumah belakang rumah Allahyarhamha Mak Cik Siti kat Permatang Bertam tu. Cuma part Ghazal Party tu aku tak sebut la. La ni bila aku kenang-kenang balik, dan banding dengan prejudis zaman berkerjaya ni, kalau ada orang kirim salam mesti rasa suspicious lain macam. Dalam erti kata mudah, kirim salam ada makna tu. Masa dulu haba' kata kirim salam memang takdak apa-apa kepentingan pun.
Berbalik kepada cerita Ustaz Mahmud ni, masa dia mengajar kat kelas tarannum petang-petang tu, dia pernah sebut kata nak belajar lagu ni kena gila-gila sikit, kena selalu bermain-main dengan suara. Lalu dia pun demo la depan-depan budak-budak kelas yang berapa cangok saja tu. Kalau ikut vocab aku la ni macam humming la.
Tapi bukan hat tu yang aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ni ialah satu masa dalam kelas, rasa-rasa aku kelas tarannum, dia ada menyanyi sebaris dua lagu ni. "Boleh boleh boleh... boleh kata boleh, janganlah tak boleh tapi kata boleh...". Mat Fudge masa tu cukup teruja dengan senikata lagu tu sampai dok ulang-ulang dalam kelas. Aku pulak masa tu rasa macam pernah dengar lagu tu. Bunyi macam cover version lagu Arab. Akhirnya memang confirm, tu lagu yang penyanyi dia aku suka atas banyak sebab, satu sebab sama-sama orang Pulau Pinang. Aku tujukan lagu ni kepada Dek Zek, salah sorang ahli kumpulan Rikie Boys in case aku tak dan pi kenduri dia Ahad depan.
Sejurus aku balik dari KB hari tu, aku jadi keterujaan dengar lagu-lagu dialek Kelantan thruYouTube. Ni salah satu lagu yang aku masih teruja sampai la walaupun takat dengar sekali-sekala. Lagu ni asalnya lagu filem Hati Milikmu (Dil Hai Tumhara). Cuma atas daya kreatif orang yang upload lagu ni kat YouTube, dia sudah kasi selarikan klip video filem tu dengan lagu yang Khalifah menyanyi ni.
Part yang aku rasa paling touching adalah masa intro lagu ni yang bersekali dengan pergerakan kamera perlahan-lahan menghampiri close-up salah seorang watak utama melambai-lambai dengan memegang tangan boneka. Pergh, giler ah ding dong. Isk, isk, isk.
Saat (bukan rokok brand Saat tu) yang paling tidak terlupakan ialah pada penghujung tahun 1991. Waktu itu seperti biasa perhimpunan pagi. Guru-guru kanan berucap kat atas pentas batu kat depan sekali. Murid-murid berdiri dalam barisan (atau barangkali lebih tepat lajur) mengikut darjah. Para pengawas termasuk aku berdiri di belakang depa, kunun-kunun mengawasi ketenteraman awam. Tengah baik punya dok mengkhusyuki ucapan dan memerhati gelagat member-member yang dah lenguh kaki berdiri lama-lama, aku terperasan cikgu kelas aku, darjah 6 Anggerik, Cikgu Rosdi berjalan menghampiri tempat aku berdiri. Biasalah, cikgu-cikgu pun rajin jugak berkelewa' kot belakang tu, memastikan murid-murid dalam barisan dalam keadaan teratur. Cikgu Rosdi ni masa sekolah dulu character dia macam aku la ni la. Tapi yang berlain daripada aku ialah mata dia selalu merah, tak tau pasaipa. Dia ajar bahasa Melayu. Kategori pertengahan antara cengei dan kelakar, tapi bukanlah spesies cikgu yang aku benci. Aku terkesan kadang-kala dia berlawak jenaka bernada candek tapi muka serius. Sekali tu entah macam mana, tau-tau Cikgu Rosdi dah berdiri kat sebelah aku. Dia masa tu memang tembun sihat walafiat, aku masa tu kemerei saja tinggi pun lebih kurang 145 cm berat ntah tiga empat puluh kilo (bila aku tulis ni terbayang pulak Giant dengan Nobita, warghahaha!). Tau-tau dalam aku dok berdiri tegak dalam keadaan senang diri tu, Cikgu Rosdi bisik kat aku, “XXX, kamu dapat 4 A!”. Masa tu aku tak tau macam mana nak berreaksi. Sebabnya adegan dan info yang tak disangka-sangka, dan aku memang tak bersedia. Semua bercampur-baur, terkejut, seronok semua cukup. Aku seperti biasa la control tersenyum terkerenyih, tapi dalam hati dah kembang berbunga-bunga. Tak sangka pulak result UPSR dah keluar. Babak bisik-bisik tu kalau buat adegan drama baguih tu. Mungkin tu satu kebanggaan buat seorang cikgu yang anak murid kelas yang dia jaga berjaya. *****
Sorang lagi member seangkatan dengan Cikgu Rosdi ni ialah Cikgu Shahidi. Cey, pagi-pagi dah sampai dah dengan motor dia sekali dengan Cikgu Shaari. Dah sampai tu, cey, sikat-sikat rambut dulu tengok side mirror motor. Orang tengah muda trang tang tang. Ntah depa sedar tak sedar budak-budak tengah dok perati.
Character dia ni memang kontra la. Cara dia mengajar memang penuh bersemangat. Tapi aku terganggu sikit dengan slang dia tu sebab tak macam orang utara, biasalah Penang kia, memang pantang denga' slang e, e, ni. Cuma yang aku pelik masa tu setau aku dia dok kat Simpang Empat Tasek dengan mak dia. Maklumlah, kawan baru keluar maktab. Bahasa pun macam berirama senandung semalam, bekas pemidato katanya. Pernah bertanya kelas 5 Anggerik kamu pernah tengok dak saya masa pidato apa ntah. Ish, setau aku yang selalu tengok rancangan tivi termasuk Pidato Piala Diraja masa tu takdak pulak aku perasan muka dia.
Macam-macam pendekatan dia masa mengajar. Antara yang aku tak boleh lupa ialah masa mengajar subjek Alam dan Manusia. Dia sebut matahari senyum kat bumi, bumi senyum balik kat matahari. Lepas tu dia suruh budak-budak kelas aku volunteer pi explain kat depan. Ada sorang member aku ni, Norhazana binti Mohd. Salleh namanya, extrovert dan berani buat apa yang dia suka, hentam pi ulang balik apa benda yang Cikgu Shahidi sebut termasuk bab-bab senyum tu. Kalau aku jangan harap aku nak explain macam tu.
Pendekatan dia tu ada antaranya aku tak boleh terima. Contoh, sambil-sambil dia mengajar tu kalau dia nampak ada kawan-kawan aku dok gelak ka tak fokus ka, maka dia akan punggai kapur tulis. Kadang-kadang duster pun dia punggai sekali. Aku tak tau la kalau pedagogi ajar macam tu, tapi aku memang tak setuju dan tak suka. Mesti ada cara lain yang lebih baik.
Selain tu, Cikgu Shahidi juga wujudkan sistem bintang untuk budak-budak darjah 5 Anggerik bagi subjek Alam dan Manusia. Senarai nama ditulis pada sekeping kad manila warna merah dan dilekatkan kat papan kenyataan belakang kelas. Setiap pencapaian yang baik, dalam ujian ka, apa-apa ka, satu bintang akan diletakkan di sebelah nama depa. Aku masa tu memang teruja mengejar kecemerlangan dalam erti kata bintang-bintang ni. Sampailah satu hari, masa ujian ada soalan pasal nyatakan nama-nama empangan kat Malaysia. Dalam buku teks Alam dan Manusia yang aku study sebelum tu aku memang ingatlah nama-nama empangan yang ada. Dalam ujian aku saja pilih untuk tulis Empangan Kenering instead of empangan lain yang lebih terkenal. Sekali masa dapat keputusan dia pangkah jawapan aku tu. Kemudiannya siri-siri benda-benda sentul seperti eksperimen kumpulan untuk membuktikan sifat-sifat udara tapi tak diterima menyebabkan aku dah tak peduli pasal bintang-bintang ni dan subjek Alam dan Manusia. Aku memang dendam dengan segala benda yang berlaku kat aku, kiranya subjek Alam dan Manusia tu bagi aku dah gone case la. Hari periksa akhir tahun aku jawab macam biasa saja la, tak la teruja sangat macam aku jawab soalan subjek lain. Sekali buleh dapat pulak hadiah pelajaran terbaik masa hari ucapan dan penyampaian hadiah. Kah, kah, kah.
Satu lagi yang aku tak buleh lupa pasal Cikgu Shahidi ni ialah masa darjah 6 Anggerik. Satu hari aku tertinggal blazer kat kelas, ntah macam mana buleh lupa langsung-langsung. Lama jugak aku dok heghan mana pi blazer aku ni, cari kat rumah pun tak dak. Esok-esoknya bila dia tanya aku pasal tu aku kata dak. Sebab memang aku tak ingat langsung aku ada tertinggai blazer. Rupa-rupanya dia dah panjangkan benda tu kat Guru Besar. Apa lagi, si Mustaffa bin Yaman tu pun bagi tazkirah kat aku kat bilik dia. Tu la first time aku kena panggil dengan Guru Besar, kena berletia' pulak tu. Pada hemat aku masa tu, Cikgu Shahidi tak perlu panjangkan benda tu, cukup kalau dia nak sound aku secara peribadi kalaupun dia rasa aku cuai dan tak mengaku. Dah memang character aku, nampaknya sekali lagi aku berdendam kat dia. Sebab tu beberapa tahun kemudian masa adik-adik aku kata dia kirim salam apa semua aku rasa tawar. Aku biasanya ambil masa yang lama untuk buat macam tak kisah dengan semua yang berlaku.
Tapi ada juga perkara yang lucu membabitkan Cikgu Shahidi dan aku. Perkara yang juga menunjukkan betapa innocentnya aku pada masa tu. Satu hari, masa hari-hari terakhir sebelum meninggalkan alam sekolah rendah, di darjah Enam Anggerik. Masa tu kan penyakit AIDS tengah popular. Dan ada beberapa kaedah pencegahan daripada menularnya AIDS diwar-warkan. Ada budak pompuan nama Saliza binti Yaakob sebut satu perkataan ni. Lepas tu hat budak-budak lain pakat gelak. Aku pulak masa tu tak pernah dengar perkataan tu. Tanya depa tak mau haba'. Tanya cikgu depa kata. Jadi aku pun tanya la Cikgu Shahidi. Ya la, budak-budak, sifat ingin tahu tu tinggi. Tambah-tambah pulak benda yang baru. "Cikgu, kXXXXm tu apa?". Lepas tu kawan-kawan pakat gelak. Hat Cikgu Shahidi ni pulak macam dok control senyum. Tau apa dia jawab? "Kamu ni gatai la". Aku blank. Apakejadahnya semua ni.
*****
Ada sorang Cikgu Matematik aku ni, Cikgu Ali nama dia, dok kat Sungai Duri. Kelas dia simple saja, lebih kepada latih tubi. Aku rasa dia bawak pendekatan sekolah Cina sebab dulu dia pernah mengajar kat sana. Kadang-kadang dia panggil beberapa orang serentak untuk selesaikan soalan Matematik kat depan. Denda dia pun masih disambut dengan hati yang terbuka dan ceria sebab semua tu dilakukan dengan keadaan yang menyeronokkan. Antara denda dia ialah kalau jawapan salah kena berdiri diikuti dengan berdiri atas bangku dan berdiri atas meja. Tapi paling power ialah tarik side-burn ke atas la. Dengan member-member yang kena tarik side-burn tu macam nak terangkat sekali.
*****
Masa aku darjah enam juga, ada sorang ustazah baru pindah dari SRK Methodist, Nibong Tebal. Aku memang suka subjek Pendidikan Islam ni walaupun tak ditanya dalam UPSR. Masa ni la aku menambahkan info khususnya dalam bab-bab tajwid.
Nak dijadikan cerita, aku dipilih sebagai wakil sekolah dalam tilawah peringkat zon. So, ada masa-masa tertentu sementara member-member lain dok belajar, aku kat surau dengan ustazah tu baca Al-Quran. Takdak tips apa sangat yang dia bagi. Cuma menghalusi dari segi tajwid. Pertandingan kat SMK Valdor, baru ditubuhkan masa tu untuk menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai kat Barakbah. Pentas merupakan meja-meja yang disusun rapat-rapat dan ditutup dengan alas meja. Aku pun dok la bersila atas tu. Semacam jugak rasa dengan baju melayu sampin songkok apa semua. Nu kat bawah semua orang dok perati tu. Cuma pentas tu tak la tinggi sangat, tidak kalu mau gayat.
Masa tu la baru dengar peraturan tempoh masa bacaan. Cuma nasib baik ayat-ayat yang nak dibaca tu tak ditentukan oleh hakim. Jadi aku baca la ayat-ayat yang aku biasa baca. Sebab tak berlatih pun nak adjust bacaan dalam tempoh masa tertentu, aku pun baca la ikut suka aku. Agak-agak dah lama aku pun berhenti. Bila aku turun dari pentas tu, ustazah kata aku baca sat sangat. La, tu ka, aku dok ingat dalam hati, mana nak perasan, bukan dok tengok jam pun.
Ada sorang peserta dari SK Sri Tasek. Tengok macam kenai. La, si Yusri rupanya. Dulu pernah sekelas dengan aku sebelum dia bertukar. Aku dengar bacaan dia, macam ada harapan dia jadi juara. Ustazah aku pun kata dia tu buleh menang.
Hakim-hakim masa tu disilangkan, hat ustaz sekolah menengah jadi hakim tilawah untuk peserta sekolah rendah dan begitulah sebaliknya. Salah seorang hakim yang mengadili bacaan kategori sekolah rendah ialah Tat, ustaz kat Barakbah yang kemudian jadi ADUN tempat aku.
Bila keputusan diumumkan satu persatu, nama aku tak tersenarai. Hmph, pakai takdak dah aku kata. Masa tu aku dah bukak sampin dah. Tau-tau sampai pengumuman tempat kedua, aku la tu kot aku dok ingat dalam hati. Rupanya si Yusri tu. Abih, takkan aku takdak nombor kot. Rupanya buleh kat aku johan zon tu. Terkocoh-kocoh aku pakai sampin pi ambik sijil kat depan tu. Sijil tu dah la tebal, tulisan jawi pulak tu, pergh, tu yang mahai tu.
Dah selesai tu aku tanya ustazah, lepas zon ni ke peringkat mana pulak. Ustazah ni macam malas nak jawab. Aku pun hairan. Rupanya bila aku masuk Irshad baru aku tau dalam tilawah tu aku kekurangan aspek tarannum. Baru aku tau bayati, hijjaz, nahawand apa semua. Aku juga jumpa johan-johan tilawah dari daerah yang lain. Suara depa memang dahsyat. Antaranya Allahyarham Yap dan Mat Fudge. Yang ironi tu, masa aku Form Four aku jumpa pulak dengan budak yang aku kalahkan masa tilawah peringkat zon, dari Sungai Kechil ka Sungai Setar ka tak ingat pulak aku. Tapi tu la, dia PMR kat Al-Mashoor dapat 9A lepas tu pi KISAS. Yang aku ni pulak makin mandom kat Irshad. Tu la putaran hidup.
Berbalik kepada cerita ustazah tadi tu. Mungkin ustazah tu dah perasan dah kekurangan aku masa tu dan takdak masa nak ajar sebab masa singkat. Dan memang payah nak beat johan-johan zon lain, tapi sekurang-kurangnya supporting dan supportive la sikit masa aku bertanya.
*****
Beza betul dengan masa aku masuk pertandingan kuiz bahasa Inggeris peringkat zon dulu secara berkumpulan. Miss Liew nampak teruja dengan kemenangan kami, walaupun dia antara wanita Cina terakhir kat sekolah aku yang dekat 100% cikgu Melayu, tapi dia sentiasa bersemangat. Siap belanja makan bihun kat kantin. Special dah la tu sebab pinggan kaca tu cikgu-cikgu la selalu guna. Ada hiasan-hiasan cabai bawang goreng sikit atas bihun tu. Walaupun masa tu markah yang kami dapat bukanlah power sangat dan zon lain di Nibong Tebal masa tu ada SRK Methodist yang memang diketahui ketereran depa dalam bahasa Inggeris. Bagi Miss Liew dia positif sungguhpun dia tau kami tak boleh pi jauh sangat pun. Tu la bezanya Ustazah Zubaidah dengan Miss Liew.
*****
Selalunya aku SMS kat Ustaz Azham 'Features' Bachok untuk tanya pasal Bahasa Arab. Tapi member aku ni sibuk semedang. Maka la ni 'terpaksa', aku ulangi, terpaksa la aku bertanya kepada ustazah kat ofis aku ni. Dia ni science stream sekolah agama. Lepas tu ambik kursus sains integrasi di APIUM. Aku pulak masa tu memang selalu pi sana ambik Modul 1 Usuluddin. Aku pernah tanya dia pasai kursus sains integrasi tu, mana tau in future ada la option lebih sikit untuk adik aku Qin yang dulu ketot la ni ghenjong yang ambik subjek berat-berat tu. Boleh jadi dua-dua sekali; ustazah merangkap saintis. Tapi kena hijrah ke ibu kota la. Aku rasa dia pi USM jugak kot.
Ustazah ni ingat aku macam baru-baru nak belajar Bahasa Arab. Ada sekali tu dia offer buku-buku rujukan kat aku in case aku nak pinjam. Kah, kah, kah (sorry, bro, pinjam gelak hang). Dia tak tau aku ni budak Irshad. Tapi perlu diakui di sini bahawa Bahasa Arab dia macam Dek Zek la, mantop. Mana taknya, kawan ambik nahu, saraf, balaghah apa semua, tambah 2 tahun pulak kursus intensif kat Nilam Puri. Aku Bahasa Arab Tinggi pun tak ambik. Kira la ni rujukan utama aku pasal Bahasa Arab ni dia la. Ada sekali aku tanya sama ada ayat "...kullu man yughdhibu ummah au abah yughdhibu rabbah" tu maksud dia "memarahi" ka "dimarahi". Kata dia "memarahi". Jadi maksudnya, "Kemarahan keduanya kemurkaan Allah jua la", bukan "Memarahi keduanya memarahi Allah jua" macam yang Dilah mesej kat aku hari tu. (Pssst, Pian, dia ni la hat aku tanya pasai KS tu).
*****
Kepada semua cikgu yang pernah mendidik aku (termasuk mak aku yang pernah jadi cikgu) sama ada yang aku suka ataupun aku meluat, aku tampilkan rangkap lagu Diri Ambo (Bangkit Asal 2) oleh Halim Yazid. Yang damai abadi tu adalah apabila ustazah tu sebut huruf dhod dalam nama aku macam Halim Yazid jugak :
"...Teghimo kaseh la cikgu-cikgu keghano sudi ajar sayo Daghi daghejoh satu hinggo jadi maknusio Mintok hala segalo elmu hok cikgu buwi selamo maso Di tapok kaki gughu ambo tunduk mintok redho..."
Nota : Jumpa kamek pada minggu-minggu akan datang dalam Operasi 1Saghawak.
Antara penyair yang aku suka sajaknya ialah Usman Awang. Sesetengah penyair sajaknya jenis marah-marah. Aku tak suka penyair dan sajak sebegitu kerana tak ber'seni' langsung, tak sesuai dengan jiwa aku. Nak marah kenalah marah guna bahasa penyair, setakat guna bahasa biasa apa beza dengan bahasa mat rempit. Segelintir pula bahasanya jangok sengoti tapi dek comeynyo itu golongan murba pula sukar mengerti. Seperti jua kawan-kawan sekadet sukar menanggapi sajak-sajak Adam Al-Bakafi (hahaha, masuk bakul angkat sendiri, tapi bos yang mengawal selia bekalan air di Pahang sendiri mengakui suatu petang hari-hari terakhir di sebuah cafe di Kuantan). Hanyasanya kalaulah dianalogikan sebagai ulama aku hanyalah kategori mi celup berbanding penyair-penyair mapan bertaraf mi goreng (ai, dan lagi boh sedaih dua tu).
Di sinilah ketersendirian Usman Awang, sajaknya berwasatiah. Seperti jua sajak Chairil Anwar, sajak Usman Awang lebih mudah difahami, dekat dengan kehidupan rakyat terbanyak, sentiasa merakamkan detik-detik penting dalam sejarah negara namun masih mewah dengan keindahan bahasa walaupun kalau diamat-amati dia memang candek merata baik punya. Satu mata tambahan berbanding sajak Chairil Anwar yang bertema sama ada serius atau romantis ialah sajak Usman Awang terkadang berbumbu lucu meski dan lagi pekena selagu.
Barangkali kekaguman aku bersusur-galur (wah, macam intro entri pembangunan mampan pula) daripada zaman membaca sajak "Ke Makam Bonda" dalam buku teks Bahasa Melayu semasa sekolah rendah. Tersebak anak saudara pupuku si Aniza (yang ironinya tua bulan daripada aku) sewaktu pertandingan peringkat sekolah, menyebabkan kejuaraan kategori puisi terlepas dari genggaman darjah Enam Anggerik. Punyalah tajam menikam menyentuh lubuk hati yang paling dalam sajak Usman Awang nan itu.
Sempena Hari Buruh, aku tampilkan sebuah sajak Usman Awang; terhasil pada tahun 1971 mewakili golongan mustadh'afin macam aku. Walau darjah keperitan berbeda; ada yang setiap hari dibakar terik mentari sedang aku seringkali digigilkan suhu kantor yang sejuk gedi, hakikatnya kita sesama warga pekerja.
SATU MEI
Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh -bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya.
Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya -segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya -jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam -upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.
Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang.
Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri Menukar nama seorang menteri Di matanya api di tangannya besi.
"Ambo nok sabung kesoh dighi sendighi Doh adik kakok kapung pakak nok denga lagi..."
Sekali Halim Yazid Diri Ambo (Bangkit Asal) 2 la pulak. Tu intro jo baghu tu, bukan eh apo, dah ghamai bonar tanyo kek den bilo laie nak updateblog ni hah, den memang pantang dicabar punyo, apo laie. Kigho-kigho bahaso den kali ni lobih kughang maso Ito duet dongan Mat Glamour lagu Lamo Tok Jupo la. Soghang Kelate soghang Nogoghi, ambik kau.
Kali ni ese cumo nak cito kek kau pasal advencer ese ke kampung bang bil. Advencer den biaso la, tak lain tak bukan poie buek siasatan la, nak tengok botul ko tidak cagho dioghang tu, kalau dioghang sosat jalan, nak yo den sughuh dioghang balik kek pangkal jalan. Nak pesan kek dioghang jangan pilih jalan hitam la sonang cito. Eh, macam cito anak usop selam pun ado (apo, ekau tak pueh hati ko, kang den hontak dongan helmet ni kang sajo yo).
Tongah haghi tu (biaso la, mesti la tongah paneh, nasib baik den tak motong gotah), eden boghonti rehat pukul 12 suku. Humang ai, apo copek bonar, monteng ko? Monteng abah kau, dah haghi Jumaat, sapo lak nak tunggu laie, ado yang balik ambik anak, ado yang poie melantak. Eden dengan drebar biaso la, jalan kaki yo poie Masjid Nogoghi ke sanum jalan. Sampai yo den kek situ, omak ai, kocik yo masjid, Masjid Nogoghi Pulau Pinang bosar laie.
Kek dopan pintu masjid tu ado soghang dongan baju melayu siap dongan songkok samping bagai. Ado karpet meghah lak tu. Eden dah syak dah, ini tak lain tak bukan mesti ado VVIP tughun ni. Eden ghaso eden tau sapo.
Dah solosai sembahyang sunat apo semua, tongah rileks-rileks ontok-ontok, sokali nun jauh kek pintu dopan dah sampai ha VVIP yang semuo oghang bosar-bosar tunggu sikit punyo lamo. Sapo laie, Yamtuan Bosar la, serius yo muko dio, tapi eden nampak cagho dio salam dengan oghang memang mesro alam la den cakap kek kau, takdo la macam oghang lain, takat hulur tangan yo. Yamtuan Bosar ni memang pogang tangan botul-botul, siap taghik tangan dio sendighi dokek dado lopeh salam macam oghang kito biaso buek. Patut la dioghang baco Yasin maso dio confirm naik takhto. Sobab dioghang ghaso cagho dio dokek kek ati. Sobab-sobab lain dioghang tau sendighi la, maleh den nak cito. Cumo pendek kato dioghang ghaso pueh hati.
Khutbah haghi tu tajuk dio, "Kasih Sayang Pupuk Kesejahteraan Ummah". Eden tulih kek bolakang resit dobi warno meghah. Antaro cito eh pasal kucing dongan ular buto oleh Malik bin Dinar. Kucing tu sambar daging kek tangan Malik bin Dinar, lopeh tu campak kek dalam lubang yang ado ular buto tu. Ado cerito pasal proses peralihan saf kepimpinan. Ado cerito pasal peristiwo ponting kek Nogoghi Sombilan, penghargaan dan menjunjung kasih kek Tuanku Ampuan Besar Aishah.
Dalam banyak-banyak cito tu, den paling suko kek doa khutbah. Tingat dengan doa macam Ustaz Mat Masjid Daerah Jawi selalu baco, bunyi macam sajak pun ado. Antaro kandungan doa tu, "...kitab Al-Quran dan hadis nabi akhir zaman". Ado pulak disobut malayuwiyyah, yang ni den paham makno eh melayu la. Ado pulak den dongar macam amanuniyyah, yang ni ontah la camno den nak kato, bunyi eh satu macam lak ai. Tapi kalau botul pun takdo la den heghan bonar, biaso la tu, kek mano bumi dipijak, kek situ eh langit dijunjung. Samo la macam doa khutbah yang den dongar kek Masjid UIA Petaling Jayo, "...sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan...".
Dah solosai sembahyang, den peteng daghi jauh yo lah Yamtuan Bosar berangkat balik. Sopanjang laluan keluar masjid tu ghamai jugak jemaah termasuk imam, siak bagai angkat sombah dan salam dongan dio. Terharu jugak den tengok adegan camtu. Bukan eh apo, kek sotongah nogoghi tu keto ghajo pun kono ketuk. Dah la tu, ado pulak yang tolontang kek tongah jalan rayo. Boseit dongan tali pinggang yo lain kali dioghang tu, baghu padan eh muko. Bingai bonar.
Potang tu dah solosai meeting, si ketuo jabatan pun buek ghamah tanyo den bujang lagi ko. Maso ni teringat den cito cikgu Shidi kek Kolej MAS maso dio praktikal kek mano ntah, camtu la lobih kughang lawak yang dio kono. Sbona eh den maleh nak layan bondo-bondo bingai macam tu, tapi dah kek tompek oghang, layan yo lah. Ado pulak assistant kepado ketuo jabatan tu buek lawak ompong pasal suku-suku ni. Den sonyum yo, padahal dalam hati bukan eh den suko lawak spesies lahabau camtu. Woi bungko, mulut puako botul la kau, nak kono sosah ko?
Sambil2 menaip, sambil2 cari format APA, MLA, Chicago dan yang sesuai untuk tulis rujukan, sambil2 print entri pembangunan mampan, jantung dok dug dag dug dag pasai dok segheyau dan ka tak dan perabih. Nu pukui 10.10 pagi flight pi KB pulak nu. Aku pulak kena pastikan aku sampaikan entri tu kat ofis tanpa tersangkut dengan traffic jam time pi dan time balik pagi2 tu. Keadaan memang cukup getir masa tu. Belakang pun dah rasa sakit, kaki-kaki pun dah habis lenguh, kepala rasa berat, mata pun sembah mohon derhaka nak rehat. Tapi aku cuma layan permohonan depa tu seadanya sebab aku tak mampu menjejaskan perancangan. Sebarang kelekaan mahupun masa yang dihabiskan tanpa sumbangan langsung kepada penyiapan entri akan hanya menghuru-harakan suasana. Mungkin berkat kopi Radix tanpa susu mai secawan yang aku minum kat kedai mamak malam tadi aku gagah bertahan. Ni baru tulis entri, dah huru-hara, lagu mana pulak kalau buat Master, mau tinggai sekepin aku. Setelah bertungkus-lumus menyiapkan entri pembangunan mampan, mengambil langkah-langkah yang terdaya untuk mengelakkan serangan trojan yang dah merongrong kedua2 pendrive dari memusnahkan assignment aku (pergh, kalau kena jugak mau perasaan aku bercampur-baur nak tegheyak ka nak doa supaya pencipta virus tu ditimpa bala) yang menyebabkan aku tak tido' selama 24 jam, akhirnya secara tercipta buat julung-julung kalinya. Aku start kereta pukul 5.30 pagi, bergerak menyusur lebuh raya dan sampai di ofis sebelum pukul 6 pagi. Assignment diletakkan di bawah buku catatan pak guard berserta nota yang ditulis di belakang kertas maklum balas pelanggan Federal KL. Dah tak dak tempat yang sesuai, apa nak buat. Takkan nak perosok dalam tempat bekalan elektrik tu pulak, satgi tak pasai2 jadi kes lain, tak aku pun orang yang nak ambik entri tu.
Seperti perjalanan pergi, perjalanan balik juga begitu lancar. Alangkah baiknya kalau jalan kat KL ni hari-hari siang pun macam ni. Rasa macam keadaan yang lengang masa cuti raya puasa pun ada. Tapi mengharapkan jalan di KL yang kereta tak payah menguet macam kura-kura ibarat mengharap sinar menelan kabus mat jais lissukun la. Tapi memang damai abadi la, walaupun cuak dok ada lagi sebab entri tu masih perlu diprint cover dia, dibinding, disave fail2 soft-copy dalam disket seterusnya dihantar ke The Mines oleh member sejiran seofis sekursus aku.
Apa2 pun jalan memang hening, perut pun memang kena top-up dah sebab makan pun tak ketahuan hala nak siapkan entri punya pasai, roti Gardenia kat rumah pun Subuh2 masa aku siapkan entri (dalam erti kata tak submit lagi) pulak dah expired pagi tu. Tapi advencer gelap-gelemat aku diteruskan dengan singgah di masjid di atas puncak bukit. Selama ni dok pasang niat saja, tapi tak jadi-jadi jugak. Kali ni dengan tekad semangat penuh membara rakan muda maka sampailah jugak aku kat sana. Baru menapak pi masjid orang dah bagi salam. Takdan jugak la nak berjemaah islamiyyah malaysia. Tapi niat murni perlu diteruskan walaupun aku dah lama tak masak dengan minyak seri murni sejak tong gas habis belum berganti.
Tengah baca Quran (maklumlah, nak cari ketenangan), sekali aku tengok ada jemaah lelaki yang dok usung papan rehal dan kitab (pada pandangan aku la dari kejauhan) berkumpul buat halaqah yang dipimpin oleh seorang ustaz yang nama dia for sure bukan ahmad shukri. Aku dok pikia' nak join ka tak mau join. Nak join kalu aku bukan tau depa guna kitab apa. Kalau aku tau pun bukan aku ada kitab tu. Adab menuntut ilmu at least kena la bawak kitab yang nak belajar tu. Satu lagi aku malas nak usung seluar slack aku tu pi depan. Last2 aku buat bodo teruskan bacaan Quran aku tu tapi tak berapa puas la sebab suara kena slow. Sambil aku baca Quran, yang jemaah2 yang dok ada ni pakat dok ulang apa ayat Quran yang ustaz ni baca. La, belajar baca Quran ka aku dok ingat dalam hati, ingat kot baca kitab.
Bila aku dah nak keluar dari masjid baru aku perasan tu kuliah tafsir, sebab aku dengar sayup2 ustaz tu macam bagi ulasan. Ntah, tak faham aku. Anyway, ramai jugak geng2 elit yang dah pukul 6.30 pagi lebih pun dok ada kat masjid lagi termasuk muslimat yang dipisahkan dengan dinding kayu mudah lipat kat belakang aku. Depa ni tak kheja makan gaji ka. Sebab kalau hang makan gaji tak kira la swasta ka gomen ka, pukul 6.30 pagi tu hang mesti tengah dok kalang-kalibut bersiap nak pi ofis.
Meneruskan survival aku pagi tu ialah acara memberi ganjaran kepada diri aku sendiri yang dah penat tak sangga. Hanyasanya aku tak buleh lena lagi sebelum waktunya. Singgah kedai mamak dekat rumah, pekena nasik lemak yang rupanya ada terjual pagi-pagi macam tu (ya la, mana pernah2 aku pi kedai mamak waktu Subuh, tak dak kheja aih), pekena sekali lagi kopi Radix tak boh susu. Merelakskan sendi-sendi badan dan perasaan yang sebelumnya di bawah tekanan.
Teksi yang diorder pun sampai juga. Masa tu aku dah rasa kepala semakin berat, mata pun cuba nak bukak tapi ternyata sangat letih. Akhirnya sampai ntah kat mana, sedar2 aku dah menegheloh lebih setengah jam. Nasib baik mata aku tak kena eye-bag macam SRK.
Menjejak kasih dengan kawan sepemantauan semasa di Federal. Makin banyak kheja yang bukan2 kata dia. Ada yang masyuk banyak yang lillahi ta’ala. Tambah dengan penstrukturan semula agensi2 Federal Lain ni, dia dah buleh baca dah bala apa lagi nak timpa ataih batu jemala dia. Tapi apa pun dia kat kampung sendiri, lain la jugak. PTK pun dah lulus akhirnya. Yang dahsyat tu masa dia mai ambik kat Hotel Raudah, pergh, naik X-Trail tu, siap ada logo baru Federal lagi tu. Giler beza dengan zaman pemantauan aku dulu, hanya bertemankan Kanc masuk ulu banat cherok tok kun semua. Kesian kat Kanc aku, dan aku juga. Dah la dok tempat orang, memang tak bley blah la.
Esok program aku 8.30 pagi. Tapi member aku ni dari acara makan2 dan sembang2 tepi riverview, lepas tu jalan-jalan tengok pesta pembaziran zaman gawat, lepas tu sambung makan lagi kat mana kopitiam ntah. Lepas tu member PSP dia ajak makan lagi. Tersangatlah tak sihatnya aktiviti begitu, mata aku dah mengantuk dah, maklum la orang selalu tido' awai. Anyway, aku taklah belasah makan di ketiga2 lokasi, hat dua lokasi terakhir tu takat minum sikit2 saja. Balik bilik pukul 1 pagi lebih baru buleh lena, nu dok buat penyeliaan Travian aku tu. Hampeh betul puak2 musuh tu, pantang aku nak buat perancangan kampung ada saja geng2 jemuan dok mai serang, nak hasil usaha la sendiri, dasar penjajah betul la.
Habis tugasan di pejabat Gabenor, aku dan bos pun balik ke hotel. Receptionist kata kalau nak lepak2 kat bilik sementara tunggu flight pukul 8 malam pun tak buleh lebih pukul 2 walaupun dah check-in. Apa punya perangai hotel ni, aku tengok sunyi saja pun, lain la kalau ada program sampai semua bilik fully-booked.
Jadinya, sementara nak Zohor, aku pekena la dulu menu yang ada kat cafe dia tu. Tak la sedap sangat, mahai dah tentu, tapi sebab aku tak selera la dengan restoran2 lain kat depan hotel tu, lagipun kat cafe ni air-cond, maka aku pun pekena la apa yang patut. Sambil2 pekena makan, aku pekena assistant aku sekali. SMS tanya kot2 nak pesan apa. Antara jawapan yang aku harapkan ialah "takpa la, terima kasih". Sekali excited la pulak depa ni. Nak order tudung bawal la, nak order keropok lekor la, buat berat beg aku saja. Tudung tahan lagi, keropok lekor tu yang leceh, lain la zaman Form Five dulu masa buat rombongan pi Pasar Bulu Kubu takpa la simpan dalam bas. Ni nak bawak naik flight, hish, tak kuasa I. Jadi jawapan kepada SMS depa berbunyi, "Saya ajak2 ayam je, haha!". Sungguh uberrimae fide bunyinya. Nada frust di seberang sana. Tak shopping pun aku kata.
Sekali bila aku terkenangkan PTK Lanjutan ampunya angkara, aku pun menapak la ke Pasar Buluh Kubu. Borong sakan jugak la aku, memang tak padan dengan claim outstation aku ni. Budak2 berdua tu katanya tak payah la pulak, tapi menurut kajian bukan saintifik mengenai wanita, depa ni kata saja tak mau, tapi maksud depa tu mau. Lantak hampa la, aku beli jugak. Untuk depa, untuk adik2 aku sekali, untuk mak aku. Cuma hat marka saja aku tak beli. Sebab tak dak. Kah, kah, kah (ai, lain macam punya gelak, nak tukar tiub kot).
Sekali berjeromoh dengan bos aku la, dia tegur aku dulu, aku ni kalau dah fokus kat sesuatu mana nak perasan dah sapa kat sebelah ka hapa ka. Antara motif aku pada petang yang hangat satu macam ialah nak mencari kaset solo Megat Nordin yang terkandung lagu "Ambo Ghaso Bekene". Kaset hat aku ada arrangement dikir barat, tak best sangat. Kata member aku cuba cari dekat2 bus stop. Ada dua kedai, tapi yang aku nak tu takdak, hampeh tul. Ada setengah tu aku tak pasti hat tu ka yang aku cari. Kaset pulak siap wrapped dengan plastik. Maka terpaksalah aku gunakan susunan ayat-ayat yang baik punya tanpa bertutur dialek Kelantan untuk menerangkan bahawa sekiranya memang tu lagu yang aku nak maka aku akan beli. Satgi tak kena gaya tak pasai2 aku kena beli kaset yang takdak pun lagu yang aku suka semata2 sebab plastik dah bukak. Kena pulak time aku pi ni cinta hari-hari rusuhan tengah mekar. Kedai hat mula aku beli jugak la kaset Halim Yazid, sebab ada lagu "Anak Tupai" yang ceria dalam mengajak berfikir dan "Bangkit Asal" yang menyentuh nubari. Ada satu kedai ni, tengah2 dok kelebek ada lagu "Oh Saiba" nanyian Stapa Merak Emas. Ai, hat ni bukan ada satu group tu menyanyi ka. Apa2 pun menarik gak kalau dengar versi dia ni. Aku suruh la brader ni pasang. Memandangkan stereo ni koman spana sampai nak tracetrack lagu tu pun jenuh, lalu dia tukar ke CD. Senang la cari. Aku pun tekun mendengar lagu tu dengan harapan sama macam lagu yang aku nak. Sekali rupanya saja sama, ritma kencana dia memang saduran sebijik lagu filem Hindustan yang berkenaan. Aku pun cuba explain kat brader yang rasa aku lagi muda dari aku, aku nak cari hat ada satu group ni menyanyi, tajuk yang sama. Masalahnya aku tak ingat nama kumpulan tu. Ingat hati nak saja aku boh selagu supaya dia dapat trace. Sib bait aku tak pi sampai tahap tu. Brader ni terer jugak bab2 ilmu muzik dia. O, hok kumpule Khalifah tu takdok. Lebih kurang macam tu la, aku bukan ingat sangat matan dia. Kagum jugak la aku dengan dia.
Rupa2nya, pasar yang aku pi ni Pasar MPKB. Pasar Buluh Kubu nu kat depan lagi nu. Cis, appa punya turrr. Dah alang2 bersai'e tengah2 panas ni sampai basah lencun baju, slumber joe la aku pi Pasar Buluh Kubu. Buleh excercise sekali. Pasar Buluh Kubu atau Pasar Siti Khadijah ni kalau pi tak sah kalau tak tengok ariel view makcik2 hat meniaga kat tingkat bawah sekali tu. Tapi dah petang meghelop mana nak meriah sangat macam waktu pagi aku pi kira2 13 tahun dulu.
Sebagai ganti kepada keropok lekor, aku beli la serunding daging. Tadi masa kat Pasar MPKB bukan takdak, tapi dalam paket siap2, sama ada hat import ataupun tempatan. Apekejadahnya aku nak beli serunding import, cukup la dengan makanan kat kedai mamak selama ni yang guna daging import. Tapi kalau dah pack siap2 dalam plastik, maka pilihan aku nak membeli terbatas la sikit. Tapi tak kata kat dia la, dia meniaga tingkat bawah sekali di kawasan kaki lima pasar, dengan segala debu-debu kotaraya semua dok ada. Di Pasar Siti Khadijah ni ada jenis belum pack lagi. Tapi seperti di Pasar MPKB, mahal la aba' hang daging tempatan ni. Yang aku pelik tu, awat mengkalu main bola pemain import lagi mahal dari pemain tempatan, tapi kalau bab lembu daging tempatan lagi mahal dari daging import. Tu tak masuk bab lexus lagi tu yang dah sah2 memang mahai. Nak jadi cerita, duit tak cukup la pulak. Bertanya kat mak cik tu kat mana bank terdekat, jadi sementara aku nak mai balik dia dah siap pack dah. Sebelum berpergian, aku camkan dulu nama gerai dia tu, kat mana lokasi dia, ikut sebelah mana dan sebagainya. Maklumlah, dah lama tak makan kismis, sering terjejas daya ingatan aku. Sebab market tu besa', masa pun dah dekat2 pukul 4 petang, janji dengan bos nak gerak dari hotel pukul 4.30 petang, satgi jenuh aku tawaf dalam market tu nak cari gerai yang sama. Jadi aku dan makcik tu sama2 husnudzzon, dia percaya aku akan mai balik, dan aku percaya dia timbang dengan timbangan yang betui, tak kira la nak pakai kati lagi ka, janji satu bungkuih sekilo, dua bungkuih setengah kilo setengah kilo.
Demikianlah advencer aku di Kota Bharu, Negeri Tadahan Wahyu. Memang hangat tak sangga, menapak pulak tersangatlah jauhnya. Hanyasanya semua benda2 sentul itu dibius dengan pemandangan yang sangat-sangat syahdu tatkala melihatkan tilmizat Maahad Muhammadi Lil Banat berjalan2 di bandar selepas waktu sekolah dengan seragam tudung labuh dan baju kurung berkancing lengan serba putih sementara sarung berwarna ungu muda. Pergh, hat tu yang menginsafkan tu. Sungguh damai abadi.
Apartment – Federal KL – Kota Bharu 13 – 14 April 2009
Si senior officer tu berrtolak dari Bagan. Butterworth la tu. Jumaat baru ni cara dia tanya aku macam tak familiar nak pi ofis si Gabenor. Tau-tau dalam pukul 8.00 pagi dia dah mesej kat aku kata dah sampai. Disuruhnya aku dengan sorang member lagi ni ni pi bilik Gabenor. Aku baru cadang nak gerak dalam 8.45 pagi ka sebab ofis Gabenor tu depan hotel saja. Member aku ni pulak jenis slumber joe baguih punya dok pekena sarapan. Aku pulak yang terasa urgent, padahal senior officer tu boss dia.
Hat si Gabenor ni bukan sampai lagi pun. Jadinya pegawai pusat sehenti ni bawak la pi minum kat kantin berdekatan.
Bila dah jumpa si Gabenor, tegha nak mula kheja berlabun ntahapahapa dulu la. Aku part ni yang malas ni. Pasai lambat start lambat la habis. Sedangkan start awal pun habis lambat. Si Gabenor ni pun tak padan dengan demam selesema buleh jamu air milo la kat kami semua. Bilik Gabenor kan na, bukan takat minuman segera, tong aya' hangat pun ada.
Operasi pun bermula. Pusat sehenti rupanya di City Point. Satu perkara yang ketara kawasan tangga laluan ke pusat sehenti. Dulu kat situ la letaknya kedai CD gamesStreet Fighter la, VCD apa semua tempat aku singgah mengkala nak balik kampung time Matriks dulu. La ni kedai tu dah diganti dengan tempat ATM dan segala kiosk Bank Islam. Macam tu la kot orang dulu kala terpana melihat Kuala Lumpur dah lain banget berbanding time depa.
Pergh, siapa sangka siapa menduga liza hanim, aku akan berjalan-jalan dalam City Point dengan neck tie dengan long sleeves. Walaupun dulu aku budak UUM yang hampa tau la kan macam mana skema dressing depa, tapi mengkala pi Alo' Seta' kan na paling kuat cuma tang seluar slack dan kasut. Baju aku pakai t-shirt saja la. Apa punya revisited nostalgia zaman silam daaa.
Kheja habis pukul 2 lebih tapi Gabenor tak buleh join perbincangan penutup pukul 3.00 petang sebab kena entertain team bola Siam nak lawan Kedah dalam Piala AFC. Aku memang suka sangat la sebab aku dah mark lama tang mana aku nak pi kat Alo' Seta' ni.
Destinasi bajet pertama aku dah tentu la tempat yang memberi ketenangan fikiran. Tang mana lagi kalau bukan Masjid Zahir. Sa kata aku pi sana dah tentu berjeromoh dengan budak-budak sekolah agama. Waktu ni ada ustaz tengah bagi amanat apa ntah kat serombongan budak-budak ni. Hat lelaki berkepiah putih, berbaju lengan panjang putih, berseluar panjang putih. Tapi hat ni tak la best sangat. Hat best bila tengok selayang pandang kelompok tilmizat bertudung labuh dan berbaju kurung berkancing lengan warna kundang muda dan berkain warna kundang gelap. Pergh, hat ni la orang kata pemandangan damai abadi. Macam Qin pulak di kalangan depa tu. Tapi apakan daya, Qin bukan seorang marka. Mat oi, mengapa takdir aku selalu dengan budak sekolah agama. Tapi Kedah mahai, manalah mampu ku bawa ke mana-mana. Hat MAMPU ni Dek Zek saja, pasai tu dia dah stand by nak bayar tol.
Time nak menyarung sepatu semula (bukan sepatu tragedi na walau sekarang musim Tragedi Mac), aku ternampak budak-budak sekolah agama memakai t-shirt yang di belakang dia tertulis Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah. Ai, budak kampung aku ka ni aku dok ingat dalam hati.
Aku berjama' taqdim sebelah jam besar dalam ruang solat Masjid Zahir. Habis sembahyang, aku pun mengeluarkan tiket FireFly hat jahanam sebab tak jadi balik hari tu, lalu aku catatkan particulars kat ruang kosong. Butiran adalah mengenai jam besar yang mengandungi maklumat berikut :
Kierzle
Made In Germany
Diperbaiki oleh (tulisan jawi) Haji Ahmad bin Haji Abdus Samad Al-Jami (tulisan jawi)
Opticians & Ophtamologists Accelerate Testing Special Price To Scholar and Watchmen Destinasi seterusnya ialah Pekan Rabu. Baru nak pusin balik sebab silap jalan, dah senior officer SMS suruh pi bilik Gabenor. Aku musykil gak, kata Gabenor kena entertain team Siam, pukul 4.00 petang baru buleh attend perbincangan penutup.
Seperti pagi-pagi tadi jugak, kalut lebih, Gabenor tu nak urus hat tu hat ni pukul 5.00 petang baru dia mai. Giler ah ding dong. Sebelum tu aku belajar satu benda baru dengan ketua pusat sehenti iaitu baju a la panglima hat geng-geng KCS pakai masa upacara melibatkan Tuanku bernama "Baju Sikap". Hat tu la Number One Dress depa. Awat la skim aku takdak benda tu. Barulah ada 'izzah sikit aku jadi orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Nak cepat-cepat pun habis pukul 6.00 petang lebih la jugak. Gabenor suruh ketua pusat sehenti entertain senior officer pi pekena fish and chips la. Aku malas nak join depa. Misi aku kat Pekan Rabu.
Jumpa lagi dengan Pak Arab juai minyak wangi tu. Cuma kali ni bini dia pi sembahyang. Aku kunun-kunun nak beli lagi sebotol White Gold, tapi sekali aku tanya ada pulak minyak wangi hat lagi kuat imported dari Arab. Sebotol kecik RM40, terbang jugak la RM160 duit aku sebab aku beli 2 jenis 2 botol setiap satu. Masa Pak Arab tu tengah tuang minyak dalam botol, ada geng-geng budak lelaki sekolah agama yang aku syak rombongan sama kat Masjid Zahir tu dok kelebek-kelebek minyak wangi tu. Pak Arab ni pemurah la orangnya, dia semawa kat budak-budak tu nak calit sikit minyak wangi brand yang aku beli, kata dia tak beli pun takpa. Pak Arab tu tanya budak-budak tu dari mana, dari Pulau Pinang jawab depa. Aku pun tak lama lepas tu cuba mengesahkan, "Dari Sungai Bakap ka?", aku tanya depa. Memang sahih sebab depa mengaku. Bersembang-sembang dengan Pak Arab tu, husnudzdzon betul la dia. Kadang-kadang budak-budak sekolah agama ni anak-anak yatim, kata dia. Dia dok ingat aku nak terus balik KL, so dia suruh bini dia packing cantik sikit minyak wangi yang aku beli. Aku pun takdak la nak sebut aku nak pi tido' Sungai Petani malam ni.
Lepas tu pi beli kepiah, 2 jugak. Pi round sekali tengok kuih, serunding dan segala macam tapi tak berkenan. Aku round la jugak kedai-kedai menjual kain pasang dan tudung, ada la aku kelebek pi kelebek mai, ada la niat nak beli hat kaler pink kununnya yang siap ada labuci apa bala, tapi sebab tengah konfrontasi Malaya – Indonesia maka aku tak jadi beli la walaupun berkenan. Beli kalu nak jadi punca kena sembur apakeheinye. Malas la aku. Zaman-zaman nak berjuang dengan PTK fasa lanjutan ni I can’t afford to have all those sentul things disturbing my mind.
Time balik dah terambil jalan lama ke Sungai Petani, jam tah pasai accident ka pasai traffic light ka menggendalakan kelancaran pergerakan. Pada penghujung masuk jugak la highway yang keluar di Sungai Petani Selatan. Aku dah pesan kat driver suruh singgah makan dulu. Pusin nala punya jauh baru jumpa Radix Fried Chicken. Dah la lapa', orang pulak ramai, lebih setengah jam baru dapat makan. Tak la sedap tegha mana sangat, cuma beza dengan kedai lain ialah ayam dia tak masin sangat dan tak berlemak. Maklumlah organik. Yang aku buleh gagah beratur lagi tu sebab cuma ada 4-5 orang depan aku. Cuba kalau beratur sampai ke pintu, memang aku blah awai lagi. Anyway, RFC ni kena perbaiki part sistem penyampaian depa. Kalau kedai lain tengok orang beratur panjang tu depa dah assign orang pi ambik order kat pelanggan yang dok beratur tu, jadi cepat la sikit. Satu lagi depa kena pertimbangkan untuk tambah tempat duduk, mungkin buleh buat kat tingkat atas ka macam kedai-kedai lain. Satu lagi betul la ada tempat kanak-kanak berekreasi, tapi hinga' sangat tak memberi ketenangan fikiran untuk orang yang ghaflah jingga.
Akhirnya sampai jugak ke hotel, kira awai sikit la dari malam semalam, tapi awal-awal pun pukul 10 lebih jugak la. Cuti hujung minggu yang hancus lebus, macam kisah hidup aku jugak.
Advencer bersambung lagi esok.
11.58 malam 15 Mac 2009 (Ahad) Kamar 1003, Hotel Park Avenue Sungai Petani
Dalam keadaan biasa aku takkan buat semua benda sentul ni. Tapi hidup memang macam tu, yang kita menyampah sangat tu la hat kita kena mengadap. Debaran yang menggetarkan jiwa aku sampai juga detiknya. Lepas balik dari ofis, Jumaat malam tu kunun-kunun nak cover la sikit-sebanyak bab-bab dalam 4 topik tu. Mula-mula aku baca buku nota, kot-kot ada info tambahan habuan nak goreng esok bukan na. Tulisan aku pulak bersimpul satu macam, sampai aku sendiri pun kadang-kadang tak berapa faham. Hantam saja la labu. Baru baca satu bab ni, bab tafsir kot kalau tak salah aku, lampu bilik aku padam pulak dah. Ni berapa puluh jam aku nak kena cas patutnya ni, saat-saat kecemasan macam ni la hang nak sabotaj aku pun. Memandangkan aku berasa sangat letih; letih badan letih minda, maka aku pun beradu suratan joey exists la. Pergh, dah berapa lama aku tak tido' awai macam tu, rasa bahagia tak sangga. Cuma aku dok ingat dalam hati, berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, kalau nak plan study esok memang tak dan punya.
Kunun-kunun esok pagi nak mangkit awai buat tahajud la kunun, mintak Tuhan luluskan exam esok dan kursus PTK. Seperti biasa jam di telefon bimbit aku set pukul 5.00 pagi, usaha murni lagi terpuji. Seperti biasa juga aku sekadar hentikan alarm apabila ia berbunyi, hari kheja pun aku buat lagu tu, tambah pulak hari cuti.
Pagi tu, sampai pukul 10.00 pagi masa aku dihabiskan dengan mengangkut barang turun naik turun naik dari rumah ke kereta, nu satu bala nak mai lagi selama dua minggu nu, tak dak kheja aku nak berulang dari rumah ke Putrajaya dengan segala jam apa semua. Musim-musim hujan ni lagi tak buleh kira.
Jadinya, dengan masa yang tersisa selepas pekena nasik goreng kampung yang tak selera aku nak makan di kedai mamak berdekatan, aku menyambung usaha gigih untuk study last minute. Bukan nak buleh fokus sangat, tambah pulak penat angkut barang tadi, dengan rasa a la kenyang, berbaring pulak, hmph, macam-macam perkara berlegar dalam kotak fikiran aku. Dalil-dalil dengan nombor ayat dan nama surah macam susah nak ingat. Tu la orang petua bahawa gundah-gulana itu memerosotkan daya ingatan. Ada masa-masa macam tak mau pi ambik exam pun ada. Exam ni menurut cerita yang aku dengar masa zaman menengah dulu hatta orang yang bergelar profesor pun cuak jugak. Inikan pulak aku yang takdak apa-apa title ni. Satu lagi, aku masih trauma dengan PTK terdahulu yang berhasil menensionkan aku buat kesekian sekian kalinya.
Tapi akhirnya dengan motivasi yang julung-julung kali cukup tinggi semenjak dua menjak ini, aku berjaya memaksa diri untuk pergi berbekalkan kata-kata hikmah dari komik Hong Kong, "Musuh jangan dicari, bersua jangan dielakkan". Walaupun ada harapan exam tu aku tiarap, tapi untuk back off tidak sesekali. Pada ketika tu telefon bimbit aku dah terima satu mesej, aku rasa aku tau sapa gerangan hamba Allah tu, tapi aku KIV sampai lepas exam supaya konsentrasi aku tak terganggu saat-saat getir ni.
Daripada plan nak keluar rumah pukul 12.00 tengah hari, membawa ke keluar rumah pukul 1.00 petang lebih. Aku memang plan nak jama' taqdim kat surau API tu, biar la depa sudah sembahyang Zohor dulu baru tak kekok sangat aku jama' sorang-sorang.
Kereta aku dah penuh dengan segala macam kain baju bersangkutan dan berbungkusan malah buku-bukuan juga memenuhi lantai kereta. Sampai di API dalam pukul 2 petang, keluar dari kereta hangat tak sangga. Satu macam punya hangat ni aku dok ingat dalam hati.
Seusai sembahyang aku terus ke aras 2, dah ada la dua-tiga cangok manusia dah ready kat meja tulis sambil baca nota buat kali terakhir. Ada tagging ikut modul kat meja paling hadapan setiap lajur. Aku seperti dalam kelas juga tak dak pasai nak dok depan, dok belakang sekali. Yang paling penting dalam hidup aku ialah ketenangan jiwa dan fikiran.
Ada juga makhluk sekroni yang buleh dok sembang buat lawak lagi, tapi tu bukan style aku. Style aku nak lulus exam maka aku lebih serius baca apa yang patut walaupun bukan nak buleh ingat sangat pun.
Dalam 20 minit lagi nak pukul 3.00 petang, pengawas peperiksaan suruh semua calon pakat keluar sebab depa nak edarkan kertas soalan. Masa tunggu kat luar tu, makhluk sekroni ni buleh dok sembang kosong macam confident buleh pass. Lantak pi kat depa la, aku teruskan membaca sambil berdiri dengan ransel tergalas di bahu kanan. Masa ni ada sorang mamat baru mai, lalu makhluk sekroni memberitahu supaya diambil slip exam. Aiseh, bab ni mendatangkan cuak kepada aku yang adakalanya tuang juga kelas sekali-sekala. Risikonya slip aku buleh jadi takdak. Tapi aku takkan ambik masa depa tengah dok susun kertas soalan tu, aku hanya akan ambil selepas semua calon dipanggil masuk.
Nasib baik slip exam aku ada, membantu sikit la dari segi psychology. Aku ingat dalam hati tadi kalaupun slip exam aku takdak aku tetap akan ambik exam tu. Penat wooo mai jauh-jauh tapi sia-sia.
Soalan pun dibuka walaupun belum boleh menjawab. Ada yang dalam arena spot aku, ada yang aku musykil selaras ka dengan point yang aku ada, ada yang aku rasa lecturer tu pakai belasah asalkan ada hubung kait dengan topik walaupun takdak dalam nota. Giler ah ding dong. Anyway, aku tanda dulu hat mana aku rasa lebih banyak idea nak menjawab. Pada masa yang sama, aku tulis apa yang aku ingat pada kertas jawapan tu. Tu strategi aku dari dulu sebab sa kata dah mula jawab satu soalan memang ada points untuk soalan lain yang kita akan lupa.
Maka aku pun tulis la semua yang aku ingat yang ada kena-mengena dengan soalan tu. Patutnya strategi ni berjalan lancar, tapi bila aku tengok jam dah dekat setengah jam aku contiang padahal setengah jam tu aku dah patut start jawab, maka strategi tu dibatalkan. Aku terus jawab soalan pasal sirah nabi. Melampau-lampau panjangnya aku jawab, ada kot 4-5 muka surat. Sungguhpun demikian, mengkala aku rasa ada points untuk soalan lain aku teringat aku terus contiang kat kertas contiangan aku tadi.
Punya la pedo nak tulis cepat dan jawab dalam masa yang ditetapkan sampai sakit jari kelingking tangan kanan aku. Dah satu kheja pula take 5 seconds urut-urut jari sendiri. Sakit tengkuk toksah haba' la. Banyak kali pulak tu, adoiyai.
Highlighter yang aku bawah ada kot 6 warna, semua aku pakai. Tu strategi masa ambik PTK la tu. Kunun-kunun nak bagi lecturer senang marking paper. Dalam dok kalut-kalut tu, ada juga aku terhighlight huraian jawapan yang aku sangkakan points. Manna nak perasan hang pun, dah sebaris tu saja kat atas. Nak cover punya pasai, aku highlight keseluruhan ayat tu yang bersambung dari muka surat sebelumnya, dengan harapan lecturer tak la perasan sangat.
Habis exam pergh kepala rasa berdengung satu macam. Kalau seterika tu dah panas dah. Sudah submit kertas jawapan, aku pun baca SMS yang aku KIV tu, anyway exam dah tamat, so takdak kesan sangat la walau apapun kandungan SMS tu. Then aku pi ambik pulak borang untuk modul seterusnya. Aku pun tak tau sama ada nak sambung lagi ka dak. Hat ni pun meleret kadang-kadang tuang. Tu pun ada hati nak ambik diploma kat Gombak pulak tu. Ntah la mat oi, hanya takdir penentu segala.
Advencer kemudian berterusan ke Alor Setar dengan driver. Hujan hampir keseluruhan perjalanan. Pukul 12.30 malam baru aku sampai Holiday Villa. Apa punya kheja da macam ni. Orang hari minggu rehat, ni hari minggu habis kot jalan. Orang dekat-dekat kursus ambik cuti ka apa ka prepare apa yang patut, ni nak pi kursus pun buleh outstation lagi. Baguihnya aku mengejar dunia yang fana, hat akhirat takdak pulak aku buat macam ni. Ada driver tahan la sikit, kalau aku yang drive memang pukul berapa pagi la baru nak sampai, nu penangan exam tak habis lagi nu. Anyway, ofis Tuan Gabenor depan tu saja, no hal la aku nak gerak pukul berapa pun.
Seperti lagu Lestari yang aku sengaja sipongangkan dalam minda sepanjang perjalanan dari rumah ke Alor Setar, nampaknya aku masih mengetuk-ngetuk papan kekunci ini walaupun dah lebih pukul 2.00 pagi. "...Oh Tuhanku tabahkan hatiku, Temukanku dengan ketenangan, Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku, Ku cuba pejam mata tapi tak terlena, Keranaku masih teringat padamu...". Woi red, ni apa jiwang karat eddie hamid pulak ni, beralih tempat tido' memang la macam tu, payah nak lena. Dah, dah, dah, tido' la oi, esok nak kheja.
Advencer berterusan.
2.31 pagi Kamar 1616, Holiday Villa Alor Setar 15 Mac 2009 (Ahad)
Waktu pukul 10.22 pagi. Kalau di apartment masa ini aku sedang bersantai-santaian depan tivi menonton adiwira-adiwira dua dimensi beraksi. Di sini pun sama juga nampaknya. Cumanya sedikit formal dengan blazer sambil mendongak menonton tivi yang dibingkaibesikan bersambung dengan tiang seri balai berlepas.
Sekelilingku terdapat dua-tiga cangok Pendekar Laut. Besar kemungkinan nama mereka bukan Zonan mahupun Harimau Latin, tapi mereka dengan overall kuning merah akan berada kebiasaannya 2 minggu di tengah-tengah Laut China Selatan. Dengan seragam begitu, sekali pandang macam Ghostbusters @ Armageddon @ Independence Day pun ada. Hanyasanya mereka itu tidaklah kerjanya menangkap hantu atau memecahkan meteor apatah lagi berperang dengan makhluk asing. Kerja mereka adalah berkaitan operasi carigali minyak.
Kerusi balai berlepas yang banyak lompang tadi lebih separuh telah terisi. Hal ini menjejaskan damai abadi sebentar tadi. Seharusnya aku pulang ke KLIA semalam. Tapi apakan daya, penerbangan petang telah penuh sepenuh-penuhnya. Daripada bertaruh senarai menunggu yang tiada menjanjikan apa-apa, lebih baik aku menginap semalam lagi di Hotel Imperial. Seperti malam-malam sebelumnya, siaran tivi di kamar hotel bukanlah menyeronokkan sangat. Selain menonton siaran WHI yang seorang panelnya bernada gatai meghela membiri-birikan orang muda, hat lain hanya membuatkan aku macam nak terkeluar rangka.
Buat pengetahuan auda, negara Brunei akan menyambut jubli perak darussalam ulang tahun kemerdekaan ke-25 pada 23 Februari. Jadi sebagai satu-satunya saluran yang ada, seringlah diuar-uarkan perihal sambutan kemerdekaannya itu. Siaran tivi Brunei @ RTB majoriti ¾ tertumpu kepada audiens Melayu-Islam, sesuai dengan komposisi penduduk negara tersebut. Hanyasanya aku berasa sangatlah bosannya kerana kurang rencam seperti tivi di Malaysia. Pada hemat aku, sungguhpun Astro Oasis juga bercirikan program Islamik, sekurang-kurangnya adalah kepelbagaian sedikit. Kerap juga mesej menggalakkan rakyat Brunei beramal jariah membantu mangsa banjir dan tanah susur (tanah susur tu tanah runtuh la kot) menerusi SMS. Pada hemat aku, sebenarnya dana kerajaan hasil minyak pun lebih dari cukup tapi mungkin ini anjuran beramal beramai-ramai.
Perkara lain yang auda telah sedia maklum ialah perihal penyampai beritanya yang bertudung, walaupun pada hemat aku belumlah sampai menutup aurat dalam erti kata sebenarnya, maklumlah tudung semi-pro.
Satu hal lagi cahaya tinggi (highlight la tu) kepada program-program sultan sangat hebat dan melibatkan tempoh masa yang besar. Dari penyerahan rumah kepada penduduk Kampung Air, majlis-majlis di kampung-kampung serta lawatan ke kilang produk ayam pun mendapat liputan. Sultan memang kacak gilak dengan seragam tenteranya. Tegha tu punya sakan punya coverage pun aku tak dengar lagi la rakyat dia bermulut capoi, kalau kat negara-negara tertentu alamat ruangan komen kat website kena tutup dah. Itulah bezanya rakyat Brunei dan pengiktirafan depa pada raja dengan negara dan rakyat lain.
Sempena kemerdekaan Brunei juga, sebuah lagu patriotik dikumandangkan. Mendengar suaranya aku dok ingat dalam hati, dahsyat gak Brunei ni sampai import Jamal Abdillah menyemarakkan sambutan hari kebangsaan depa. Taklah menghairankan sangat sebab Rosyam Noor pun jadi tukang kempen keselamatan jalan raya Brunei. Skali bukan Jamal daaa, penyanyi Brunei jugak, tapi dengar suara memang nak irap-irap Jamal, walaupun dia ni kira 2 kali ganda Jamal la.
Sungguhpun demikian, satu perkara yang aku suka fasal Brunei adalah walaupun lambat merdeka, dalam beberapa hal seperti pengabsahan tuntas sistem bernegara secara beraja dengan teras Melayu-Islam mereka nampaknya berjaya menutup sebarang pertikaian pada masa hadapan. Selain itu, peribumi juga pada zahirnya menikmati limpahan kemakmuran hasil bumi secara merata. Juga dipastikan penzahiran citra Melayu-Islam ke seluruh negara melalui tulisan jawi di premis-premis perniagaan dan kenderaan selain tulisan rumi. Lain negara lain caranya, tapi sebagaimana hal-hal tertentu mengenai Iran, tang ni Brunei memikat hatiku. Barangkali itulah hikmahnya depa merdeka lambat, asalkan perkara-perkara mustahak dibereskan siap-siap. Maka hidup pun lebih harmoni dalam jangka masa panjang.
Kalau Kuching aku tahulah apa yang special, sudah barang pasti ikan terubuk masin di Pasar Satok, tapi di sini bukanlah tempatnya untuk hasil laut. Kalau ada pun banyak diimport hatta dari Langkawi dan Sabah seperti ikan bilis. Makanya, yang aku beli adalah 4 jongkong kek lapis yang bukan aku nak makan pun.
Petang ini pukul 3 petang bermula kelas di API, penerbangan pula dijangka tiba di KLIA pukul 1.30 petang. Dengan segala macam urusan, seperti permohonan Sarjana, aku dok tagak-tagak lagi, nak terus balik rumah ambil kereta atau naik ERL Express ke KL Sentral kemudian baik teksi ke API. Ada harapan aku tuang lagi ni.
Pengiran Al-Bakafi melaporkan dari sempadan Brunei-Sarawak.
Lapangan Terbang Miri 21 Februari 2009.
Nota : Sonang-sonang jomputlah datang ko Soghi Monanti yo, eden belanjo. Sir Lancelot anak kelima Northumbra pun ada sekali, bak kata Rib'i bin 'Amir, "Islam datang untuk membebaskan perhambaan sesama manusia". Tu la, sapa suruh Uther Pendragon eksyen sangat. If only he knows who has he let gone.
Tak berapa lama dahulu, kata big boss aku, tempat kita ni takdak ustaz la. Baru sat-sat tadi, dia kata tempat kita ni takdak artis la. Kata-kata dia tu mengingatkan aku pada kisah mentor aku. Sappa lagi kalau bukan Pak Ngah aku. Sebelum dia join perkhidmatan ini, memanglah dia macam aku jugak (ka aku yang ikut dia?) bab-bab yang ada unsur seni ni. Bila dah join perkhidmatan ini, time kadet pun minat tu diteruskan. Sekali bila dah berkecimpung dengan tugasan yang ada kaitan dengan qiamullail, ceramah agama dan tazkirah selain berkesempatan bergaul dengan orang-orang agama, dan kemudian dia aplikasikan dalam kehidupan termasuk tutur kata dan ceramah dengan bernuansakan agama, maka dia dikenali orang yang terkemudian dengan identiti baru iaitu Islamist. Di penghujung kerjaya dia, di kalangan orang yang baru, identiti keustazan dia tu masih kekal. Maklumlah selalu jadi imam la, baca doa la, macam sebelum-sebelum ini juga. Nak dijadikan cerita, ada la satu mesyuarat yang dia hadiri bagi membincangkan persiapan untuk satu program. Sampai kepada satu agenda iaitu berkaitan persembahan. Pakat dok pikia' la nak suruh sapa buat persembahan nyanyian. Tau-tau ada sorang pegawai ni, dia ni masih terperangkap dengan identiti Pak Ngah aku zaman silam. "Buat apa nak cari jauh-jauh, kat sini pun ada penyanyi", lebih kurang macam tu la kata dia, penyanyi yang dia maksudkan tu Pak Ngah aku la. Orang lain semua pakat hairan, bia' betui dia ni, ada ka ustaz dia nak suruh menyanyi. Mengkala Pak Ngah aku cerita kisah tu, aku sebagai anak penakan yang kamceng maka aku bantai gelak saja la, hahaha. Jungkir balik kepada kisah aku. Mengkala big boss aku lontarkan kenyataan macam tu, seolah-olah satu nostalgia. Teringat zaman aku jadi kadet dulu. Dan seolah-olah aku nak kata, "Saya pun buleh Puan.". Tapi aku masih buleh control lagi dari terjebak dengan benda-benda lagha tu. Aku buat don saja. Biarlah dikenali dengan identiti yang murni lagi terpuji. Takat la big boss aku punya persepsi pada aku lebih kepada yang murni tu la. Walaupun aku ni ada juga unsur-unsur merapu dana jua adanya. Hanyasanya aku ni tak banyak cakap dan tak rajin nak meghenyeh meghela tak tentu hala. Orang yang tak banyak cakap kan ka acapkali disinonimkan dengan benda-benda yang skema. Masa mula-mula mai sini dulu kat sini tiap-tiap pagi ada bacaan doa, siap ada jadual lagi. Sampai turn aku, aku pun baca doa macam baca sajak walaupun intonasi dan feel tu dah kurang. Ya la hang pun, mana nak sama dengan prestasi zaman kadet. Mungkin big boss aku terkesan dengan sebutan aku, agaknyalah. Lepas tu bila pi jumpak dia, dia siap zahirkan harapan supaya aku train orang-orang lain dari segi bacaan doa. Tapi aku tak la train pun depa tu, cuma teks doa tu aku rumikan supaya senang baca tak sangkut-sangkut. Bukan apa, aku nak jaga reputasi depa juga walaupun bukan pegawai sebab kat tempat aku ada juga yang belum Islam. Kalau baca pun sangkut-sangkut segan la jugak kan ka walaupun tak la kena pi dok Bagan.
Aku sentiasa teringat pepatah komik Hong Kong, "Betapa tinggi pun sesebuah gunung, tinggi lagi awan di atasnya". Juga peribahasa Melayu, "Di mana tiada helang kata belalang akulah helang". Harap-harapnya aku tak riak dan ujub dengan diri sendiri, insya-Allah. Bila big boss dah ada persepsi tertentu yang positif pada kita, kurang-kurang takdak la melarat sampai kena sehati berdansa pulak. Hat lagha tu kita semadikan pada hari terakhir kadet cukup la. Takat la, bila mengenangkan nostalgia dan kata-kata big boss aku tu, aku, macam kata Dilah, hanya tersenyum senget sambil menundukkan pandangan. Padahal dalam hati dah gelak tak sangga dah. Ha, ha, ha! Haria Penang Haria!
Nota : Kalau selama ni aku gunakan entri blog aku untuk sesi candek-mencandek adik-beradik aku sekali-sekala, kali ini aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah pada Qin atas kejayaan yang tak disangka-sangka meraih kejayaan paling cemerlang, gemilang dan terbilang dalam PMR mengalahkan abang-abang dan kakak-kakak dia. 9A mat, toksah kata orang lain, dia sendiri pun terkejut. Duit dah banyak tu, apa lagi, belanja la oi!
Sewaktu zaman muda-muda dahulu, aku sering mendengar dan membaca kisah-kisah teladan khususnya berkaitan umat Islam. Salah satu kisah yang paling mengesankan ialah tentang seorang pemuda yang ingin menuntut ilmu di tempat yang jauh. Diberitahu kepada ibunya, tapi si ibu agak keberatan pada mulanya. Lalu setelah dipujuk-pujuk, akhirnya si ibu dengan berat hati melepaskan si anak pergi. Kemudian si ibu berdoa menzahirkan ketidak redhaannya.
Sampailah pemuda ini di negeri berkenaan. Suatu malam, sewaktu beriktikaf di dalam masjid, pada masa yang sama seorang pencuri juga berlari menyelamatkan diri ke dalam masjid tersebut. Orang yang mengejar menyangkakan pemuda tersebutlah pencuri, lalu dihukum hudud.
Setelah disiasat, didapati pemuda tersebut bukanlah pencuri yang dimaksudkan, lalu dihantar pulang ke kampungnya. Sesampai di depan pintu rumahnya, pemuda tadi memohon ibunya sepotong roti. Si ibu yang berlindung di sebalik tabir kerana menjaga batas-batas mahram, meminta si pemuda yang disangka pengemis menghulurkan tangannya untuk menerima roti. Tiadalah dapat si pemuda berbuat demikian kerana tangannya telah dipotong.
Dipendekkan cerita, si ibu akhirnya mengenali juga bahawa yang disangka pengemis rupanya anaknya sendiri. Lalu, dek tidak sanggup lagi melihat keadaan anaknya itu, dia pun berdoa semoga Allah mengambil nyawa kedua-dua mereka.
Menerusi kisah tersebut, aku membuat kesimpulan bahawa sebarang perkara, walaupun perkara yang mulia di sisi agama, haruslah mendapat keredhaan orang tua sepenuhnya. Andaikata ada sedikit pun ketidak redhaan mereka, nescaya buruk padahnya. Sebaik-baik keredhaan ialah seikhlas hati tanpa rasa keterpaksaan atau kerana pujukan. Barangkali tafsiran aku bertentangan dengan orang lain, tapi aku tetap berpegang kepada pendirian itu seterusnya.
Masa DPA dulu, kebetulan serentak dengan album Pelita Hidup III, Hijjaz. Selain Hukum Tuhan, Renungkanlah dan Ke Dalam Diri, ada satu lagu lagi yang bila aku dengar sangat menginsafkan dan merenggut tangkai hatiku. Rasa seram sejuk pun ada. Memandangkan aku tak ambil Bahasa Arab Tinggi, aku pun minta bantuan Ustaz Azham 'Features' Bachok untuk memahami beberapa perkataan. Ketika itu, aku hanya faham separuh. Separuh lagi berjaya juga aku selesaikan dengan bertanya Ustaz Zul sewaktu kelas bahasa Arab di Institut Al-Bayan, Universiti Malaya beberapa tahun lalu. Lalu aku sesuaikan senikatanya dengan senilagu.
"Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini (Redha Allah terletak pada redha ibu bapa)
Ma baqa-ul-kaunu illa bi hanani-l-abawaini (Tiada kejadian yang kekal tanpa kasih keduanya)
Abul insanu ba'dah Allah aula bil mahabbah (Lepas Allah keduanya paling utama dicinta)
Kullu man yughdhibu umma au aba yughdhibu rabbah (Kemarahan keduanya kemurkaan Allah jua)
Fa-ahibbu abawaikum lita'isyu su'adak (Cintailah keduanya agar hidupmu bahgia)
Walaupun ingin membantu pada saat-saat diperlukan, tiada apa dapat aku lakukan, kerana sudah begitu pesanan.
Hanyasanya, semoga tidak bermusuhan, kalaupun tidak bisa kekal karar berkawan. Sepatah kata Zainuddin kepada Hayati dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karangan Hamka, "Hati lelakilah yang kerap remuk lama. Perempuan dapat segera melupakan kisah hidupnya di zaman muda".
Tatkala ini, barangkali dia sedang bersiap-siaga menyangkut stokin di tempat pendiangan api, menantikan kehadiran pak cik berjanggut busur kapas berbaju merah melayah di ruang udara dengan kereta rusa, menyeronot kot celah chimney bersama-sama kotak-kotak hadiah. Atau kemungkinan dok kalut masak ayam Belanda yang asalnya dari Turki la pulak kalau orang putih yang sebut. *****
Memasuki Matrikulasi UUM, dalam Kelas 1.01, gayanya begitu selamba candek sana-sini. Dressing dah memang ranggi habis dah. Salah seorang 'mangsa' ialah aku, sementelahan aku tak banyak cakap. Sehinggalah ke peringkat suatu hari, ditambah dengan kenakalan Chot mengasosiasikan aku dengan ikon popular sebuah majalah kartun berbahasa Melayu, maka menjadi-jadilah dia buat benda tu sebagai bahan. Lalu aku pun dipanggil dengan gelaran yang sama.
Aku sering terfikir untuk merubah gelaran tersebut kepada nama yang lazim aku dikenali di kampung halaman. Lagipun pada hemat aku, aku rasa gelaran yang bukan-bukan mempengaruhi pencapaian zaman menengah. Jadi di tempat baru aku pun berazam nak buka lembaran baru dengan harapan gelaran yang terpuji akan membantu usaha aku tu. Tapi kalau setakat melobi di kalangan kawan-kawan memang sukar. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya kesempatan itu hadir pada suatu hari.
Suatu tengah hari, setelah bercuti sakit beberapa hari akibat measles (tu yang doktor Myanmar Pusat Kesihatan UUM tulis, orang Melayu kata 'campak', kata mak aku kecik-kecik dulu aku dah kena dah, sib bait tak melarat ke muka), aku bertanyakan kepada dia tentang suatu tugasan. Sebenarnya aku dah dapat info daripada kawan-kawan sekelas bahawa setiap orang kena sediakan satu surat tidak rasmi. Jadi pertanyaan aku kepadanya lebih kepada mendapatkan pengesahan. 'Mestilah!', begitu maksud jawapannya jika diterjemah ke bahasa Melayu. Aku rasa macam ek sikit pun ada. Amboi, hang ek no, hang dapat surat tidak rasmi aku hang tau la, aku dok ingat dalam hati.
Malam tu, mengkala tiga-tiga orang room mate baguih punya menegheloh, aku la jugak yang bersengkang mata "burning the midnight oil”. Actually, frasa tu aku masukkan dalam intro surat tu la. Aku pun tulis la dalam tu kata aku ni kat kampung orang panggil apa. Aku selitkan juga sebab-sebab walaupun tak sampai lima puluh dalil mengapa aku sepatutnya dipanggil dengan gelaran aku kat kampung dan bukannya gelaran yang Chot initiate sebelum ditokok tambah oleh dia sendiri. Aku buleh bayangkan dia terkerenyih terkerisin, silap-silap gelak terbahak-bahak mengkala baca surat aku tu. Sebab ada antara points yang aku tulis aku kata aku ni bukanlah tua sangat nak dipanggil dengan nama pelik-pelik tu. Sayugia diingatkan, walaupun points aku tu macam lawak bunyi dia, tapi aku memang serius. Barangkali dia juga agak terkejut dengan isi surat aku tu, agak aku la, pasai belain dari orang lain. Pada firasat aku juga, ada kebarangkalian natijah pasca bacaan surat aku tu hanya akan menggalakkan dia mengutuk aku dalam kelas. Tapi takpa, belum cuba belum try kata orang.
Sesudah menyerahkan surat tidak rasmi itu, kelas berikutnya tibalah giliran dia. Aku suspense jugak, macam-macam benda buleh jadi. Hanyasanya, yang aku salut lin dan kat dia ialah dia terima secara positif cadangan aku dalam surat tidak rasmi itu. Bila orang yang tertinggi hirarkinya dalam kelas start, hat kawan-kawan lain pun lama-lama dah panggil aku dengan nama yang aku suka. Tu la strategi aku, dan terbukti menjadi walaupun Blue Ocean Strategy belum tercipta lagi.
*****
Ada sekali tu, sampai masa untuk listening test. Cey, dia pun pasang la tape British accent. Bukan hampa tak tau British English slang dia macam mana.Cakap macam kulum mana nak buleh tangkap apa benda dia kata. Kalau American English clear la sikit menatang apa dia sebut. Sambil dengar sambil isi jawapan. Dah sudah jawab, dia pun kutip la kertas-kertas jawapan hat semua orang pakat buat. Ada satu kertas ni, dia pilih dan baca. "Sapa yang tulis jawapan Bruce Finning ni?". Masa tu payah nak baca reaksi muka dia, marah ka saja nak tau sapa buat ka. Dia pun kelitin dari depan sampai belakang kelas, melalui aisle di tengah-tengah kelas, yang juga terletak meja lipat aku di tepinya. Sebenarnya, aku la yang tulis jawapan tu. Tapi sampai sudah aku tak mengaku. Cari pasai kena lecture dengan dia, takdak kheja aku aih.
*****
Dia ni kalau bab candek orang memang selalu sangat la. Ada sekali tu, group aku diminta untuk kendalikan satu aktiviti untuk kelas. Group mate aku antara lain member baik aku si Azri tu. Pada mulanya si Azri la yang handle, suruh member lain buat tu buat ni. Aku berdiri sebelah Azri. Dia kat sebelah aku, macam biasa la kat meja depan tu sama-sama berdiri. Aku dok ingat dalam hati dah, satgi dapat habuan la aku kalau tak participate sama. Dok tak lama dia pun sound. Aku tak terkata apa la, cuma take over la daripada Azri.
*****
Salah satu perkara yang menarik waktu dia ialah aktiviti menulis ayat-ayat berdasarkan syllabus tertentu. Aku yang serius dan tak cakap banyak memang suka aktiviti-aktiviti ni, sebab aku boleh kembangkan kreativiti dan sisi lain aku. Tu yang keluar habis "I can’t help falling in love with Madhuri Dixit" la (saja tulis sesuai dengan Dil To Pagal Hai masa tu walaupun bukannya aku minat pun heroin tu), "The boy at the back of the street..." la (sesuai dengan obsesi aku pada Backstreet Boys dan lagu-lagunya masa tu, in fact dengan dermasiswa Matrikulasi aku beli CD Interaktif BSB ori berharga RM40 kat kedai Ban Fong, Pusat Bandar Parit Buntar lepas turun bas ekspres dari Butterworth).
Ada sekali tu, aku tulis ayat kat white board yang terangkum nama B.J. Habibie. Masa tu dan sampai la aku masih kagum pada B.J. Habibie ni, hasil pembacaan majalah MASSA yang dah pupus la ni. Budak-budak U mana nak baca sangat benda-benda berat ni, walaupun ada 50% diskaun untuk warga kampus menjadi RM3. Dalam MASSA diceritakan betapa warak dan geliganya B.J. Habibie ni. Selalu puasa sunat Isnin dan Khamis. Terbabit dengan Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI). Pakar kejuruteraan penerbangan lulusan Jerman. Punya la terer tak terer dia ni, sampai digelar "Mr. Crack" sebab dia la pencetus teori pengiraan kadar keretakan pada kapal terbang. Selama ni, orang ingat hat terer bab-bab sains ni Barat saja, tapi masih ada orang Islam senusantara yang kecil saja orangnya membuktikan bahawa orang Islam bukanlah cokia tegha mana sangat. Masa tu, B.J. Habibie kamceng dengan Suharto. Dalam MASSA ada gambar Suharto menunggang motosikal yang bersambung dengan tempat pembonceng di sebelahnya a la motor Jerman zaman Perang Dunia Kedua. B.J. Habibie duduk dalam tong pembonceng tu la. Tapi diberitakan B.J. Habibie bakal mengambil alih takhta Presiden. Berbalik kepada pertanyaan dia tadi, aku mengesan bahawa dia memang curious nak tau siapa B.J. Habibie ni. Kalau B.J. and the Bear tu popular la sikit. Mungkin dia dah dapat kesan pola trademark aku yang kalau tulis sesuatu ayat mesti ada makna. Tapi aku tak cakap banyak, macam biasa, seingat aku aku cuma jawab, "… a person".
****
Ada sekali dia suruh pakat-pakat cipta lagu berdasarkan perkataan do, does, did dan lain-lain Simple Tense. Ada satu group ni nak buat gila-gila tapi tak berapa smart. Masa presentation tu hentam boh lagu "That Thing You Do", Foo Fighters. Lagu tu pulak dah sah-sah tengah top masa tu. Memang kena sembur la lepas tu.
Group aku pulak ambil calculated risk. Aku asalnya nak ambil lagu nasyid saja lepas tu tukar lirik. Tapi ada sorang group member ni suggest lagu Innuendo. Bukan hat "Belaian Jiwa" tu, lagu orang putih, kebetulan pulak senikata dia tu sesuai dengan tugasan. Maka present la depan dia dan kawan-kawan lain. Siap ada movement pusing dari belakang ke depan lagi, macam boy band pulak dah. Tiru stepTake That kot, maklumlah ada group members dok aficionado dengan group United Kingdom tu. Masa pusin tapak kaki tu, aku macam nak terbalik pun ada. Tapi dia memang la tak perasan lagu tu lagu ciplak. Maklumlah, lagu tak berapa popular.
Ada masa lain pulak, disuruhnya budak-budak Kelas 1.01 tu buat satu assignment tentang proses sesuatu perkara. Tu kira bab berkaitan "sequence connectors” macam firstly, then dan lain-lain la tu. Group aku ni buat pasal masak air. Tapi ada jugak input merapu dana aku bagi untuk depa tulis sekali. Masa dia round tengok progress setiap group tu, dia pun tanya, awat siap ada thermometer pulak? "Nak sukat suhu aya' sampai ka dak lagi 100 darjah Celcius.". Blank saja aku tengok muka dia. Macam-macam pesen budak-budak ni, mungkin tu kot dia ingat dalam hati.
*****
Dah selalu sangat dia penaya budak-budak Kelas 1.01, ada masa saja la nak tengok macam mana mengkala dia pulak kena. Sekali tu, kunun-kunun dia nak buat aktiviti a la"Win, Lose or Draw". Masing-masing tulis tajuk lagu pada gulungan kertas. Dia akan pilih secara rawak dan seorang akan dipanggil melukis di white board sementara yang lain meneka. Aku masa tu memang niat "paling suci hati" nak tengok riak wajah dia mengkala baca tajuk lagu yang aku tulis. Hahaha, aku gelak dalam hati sambil menguntum senyum di bibir masa tengok riak wajah dia tu. Apa taknya, hasil pembacaan aku di majalah MASSA, ada satu artikel tentang lagu yang dialunkan semasa upacara perpisahan di luar negara, barangkali di Hong Kong semasa penyerahan hak milik daripada Britain kepada China. Lagu tu kalau nak suruh lukis dan teka memang sampai esok pun tak dapat. Tajuk dia? "Auld Lang Syne". Warghahahaha!
Tapi tu dia la, nak penaya dia punya pasai, last-last aku kena jugak pi lukih kat depan. Siru jugak nak lukih benda-benda abstrak ni. "Wind of Change". Cis!
*****
Satu lagi kenangan yang tak boleh lupa ialah suatu hari semasa hampir penghujung aktiviti, kedudukan 2 kumpulan terikat sama markahnya. Jadi dia pun buat satu keputusan, barang siapa yang dapat menjawab soalan terakhir, maka group tu yang akan menang. Soalan dia, apa makna 'azure'?. Satu kelas sengap macam ada malaikat lalu pulak. Aku masa tu ligat dok pikia'. Bunyi nak macam 'Azzuri'. Azzuri ni gelaran untuk skuad bola sepak Itali. Sebabnya depa punya jersi serba biru. Tengok takdak sapa nak jawab aku pun apa lagi. 'Blue!'. Orang lain pun tak komen apa. Semua pakat tengok reaksi dia. Dia pulak terdiam sat. Selop ka apa dia ni? Rupa-rupanya, dia tengah dok pertimbang jawapan aku tu. Sambil-sambil berkomentar 3-4 perkataan, maka dimaklumkan bahawa jawapan aku tu ternyata... betul! Riuh-rendah jugak la budak-budak dalam kelas tu, macam la aku terer sangat English ni. Tu la kenangan terindah samsons aku masa tu.
*****
Mengingat-ingat kembali semua tu, dan kebetulan reunion dengan dia dalam Facebook, aku sengih sorang-sorang dalam hati. Terima kasih banyak kerana menjadikan Kelas 1.01 begitu menyeronokkan, terutamanya untuk orang yang tak banyak cakap macam aku. Terima kasih juga sebab belanja aku, Azri dan 2-3 orang mentee lagi makan KFC dekat dengan stesen bas Jitra. Bukan aku tak suka tuang sos, tapi segan sikit pasai nak macam berdating pulak walaupun dengan teacher sendiri.
Aku masih ingat ada kawan menyampaikan padaku, bahawa dia bagi carried mark yang tinggi kat aku, cuma sebab aku tak banyak cakap maka aku dipintas oleh Hadi. What to do, it is just me.
I wish you a merry Christmas and a happy new year, Miss Sabina Rose Alphonse.
ATR 72-505 (212 A) Subang – Penang 24 Disember 2008 malam
Saya sangkakan detik itu sudah berbulan-bulan berlalu, rupa-rupanya baru dua tiga minggu nan lalu. Suatu pagi di Kolej MAS, saya ke bilik Bentong, seingat saya ada tugasan berkaitan Pengantar Terjemahan. Sesampainya saya di sana, saya terlihat Bentong dan rakan-rakan seperjuangannya sedang asyik menonton VCD. Saya jadi kehairanan, apa yang syok sangat sampai pakat-pakat tengok secara berjemaah. Ada adegan persembahan hiburan oleh pelajar kolej. Saya agak mesti suatu fenomena luar biasa telah melanda budak-budak antijiwang itu.
Saya seraya teringat kisah beberapa tahun sebelumnya. Di pantry ASPURA, sebuah filem dengan watak utamanya berbeza berbanding hero-hero dekad yang sama. Saya melihat seorang hero yang penampilannya macam budak kanyiar, dengan fesyen rambut selebet satu macam, sedikit gelap, tanpa tubuh sasa, tanpa kumis. Tapi memek muka dan bahasa badan trademark tersendiri sangat melucukan, terutama adegan cuba berlagak yakin, menutup kesalahan atau cover malu namun suara masih terketar tergagap. Sementelahan pula jalan cerita yang berlainan, tanpa letupan mahupun pertembungan watak putih dengan watak hitam. Hero yang pincang serba-serbi; sama ada marka mahupun akademik. Hanyasanya yang ada hanyalah bakat dalam muzik. Sungguhpun bertema remaja tetapi tidaklah jiwang karat tidak semena-mena. Mungkin kerana bumbu komedi. Dari situ saya sudah berkata bahawa inilah kelainan yang dicari-cari dari sekian ramai orang sezaman yang stereotype. Walau bagaimanapun, entah sebab apa, minggu-minggu berikutnya tidak lagi kedapatan kelibat sang wira.
Jungkir balik ke zaman UUM. Saya kemudian berjaya mengenal pasti sebab-musabab Bentong & Co. begitu teruja. Rupa-rupanya bukan sekadar mereka, bahkan satu Malaysia telah dilanda fenomena “Sesuatu Berlaku”. Dan seperti juga “Kadang Ya, Kadang Tidak” yang saya tonton zaman menengah rendah dulu serta “Hati Yang Gila” (pernah saya tatap posternya di akhbar di ruangan jadual tayangan pawagam sewaktu Matrikulasi, walaupun ketika itu tidaklah menarik minat saya dan tidak terduga siapa heronya), watak utamanya adalah saudara. Penampilan saudara sudah banyak berubah. Lebih kacak dengan fesyen rambut lebih menarik, wajah juga nampak lebih cerah, bukan lagi sebagai budak kanyiar dengan fesyen rambut selebet satu macam. Padanlah saya tidak kenal.
Sejak itu, walaupun ada yang saya tidak gemar seperti “Dari Hati”, kebanyakan filem saudara menginspirasikan saya; “Lelaki Yang Punyai Hati (Berani) Akan Bawa Pengantin Perempuannya Pulang”, ‘Percintaan’, “Kadang Gembira, Kadang Bahagia”, “Adakah Lagi Esok?”, “Aku ‘Kan Ada” (sekadar menyebut beberapa nama).
Menerusi pembacaan, saya mendapat tahu bahawa sebelum sampai ke takah ini, saudara juga pernah berdepan dengan kedukaan. Dicatatkan dalam sebuah buku bahawa ketika saat nazaknya ibu saudara akibat diabetis, saudara dengan cekal enggan mengalah sebaliknya melafazkan ayat yang lazim dibaca oleh ahli sukan tempatan. “Nasrun minallahi wa fathun qarib”, begitulah diberitakan diulang-ulang oleh saudara sebanyak 869 kali di tempat parkir kereta hospital. Namun, kata saudara dalam satu wawancara termuat dalam Pancaindera suatu masa, walaupun bersembahyang (saya rasa kesilapan terjemahan ‘prayers’ yang sepatutnya ‘berdoa’) buat julung-julung kalinya seumur hidup, ibu saudara pergi jua.
Harapan saya semoga kemewahan yang dikecapi; sepasang cahaya mata, isteri, Mannat dan sebagainya bukan merupakan istidraj yang mendorong saudara lebih jauh daripada Allah. Semoga saudara diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang lurus, menghayati dan menjadikan isi kandungan Al-Quran, bukan pepatung di sebelahnya, sebagai pedoman. Mengingati-Nya tatkala senang, insya-Allah kita ‘kan diingati tatkala susah.
Diceritakan dalam buku nukilan Anupama Chopra berjudul “King of Bollywood : Shah Rukh Khan and the Seductive World of Indian Cinema”, suatu ketika, orang kanan Dawood Ibrahim Kaskar (salah seorang ketua mafia di India) yang bernama Chhota Shakeel menghubungi Shah Rukh Khan. Ia inginkan penjelasan berhubung senikata lagu "Chaiya Chaiya" dalam filem Dil Se. Alah, hat menari atas kereta api tu.
Chhota Shakeel berasakan bahawa lirik lagu tersebut berbaur penghinaan terhadap agama Islam, sementelahan dinyanyikan pula secara miming oleh Shah Rukh Khan yang dianggap Muslim meskipun non-practising dan diketahui umum banyak kali melakonkan adegan bersalahan dengan aqidah.
Chhota Shakeel mendakwa, lirik lagu tersebut berbunyi, “Paun jannat tale...”. Ertinya “Syurga di bawah tapak kaki...”. Barangkali aspek semantik dalam frasa tersebut berbeza dengan ungkapan serupa oleh orang Melayu.
Shah Rukh Khan yang dihubungi, pun, walau hatinya kuat bergolak (mana tak bergolak, setakat along call minta hutang pun orang dah pucat lesi, inikan pula geng mafia), menyanyikan semula menerusi telefon akan baris berkenaan. Sebenarnya kata Shah Rukh Khan, lirik itu berbunyi, “Paun jannat chale...”. Ertinya, “Kaki menuju syurga...”.
Jadi, apabila riuh-rendah setelah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan yoga (dan pengkid sebelumnya), aku rasa sangat ironi. Ironi kerana hatta seorang kepala samseng setara dengan Munna Bhai MBBS pun ada rasa sensitiviti terhadap agamanya, padahal kehidupan sehari-hari bergelumang dengan noda dan dosa, mengapa pula ada yang lebih baik kerjayanya seumpama peguam dan pejuang hak asasi manusia capoi sangat bukan takat membantah malah menghina fatwa. Yang lebih daoh merangkap maaruk sintok tu adalah ada antaranya beragama Islam.
Sampai langsung tak hormat kepada ulama yang berbincang dan merumuskan fatwa. Sedarlah sikit ulama berbincang dan berhujah berdasarkan ilmu, bukan bersandarkan hawa nafsu melulu. Yang keluarkan fatwa tu bukan dia bukan keputusan sorang, pakat-pakat teliti, bincang, bahas kemudian ditimbang menggunakan neraca iman. Bukankah Allah telah berfirman (meski ada yang mentafsir golongan dimaksudkan sebagai saintis), bahawa “Sesungguhnya yang paling takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah golongan ulama”.
Toksah cerita la kisah zaman Nabi mengkala turun ayat Al-Quran mengharamkan arak, para sahabat pakat katok tong arak kat rumah masing-masing sampai pecah. Takdak nak rasa rugi la sayang la apa semua walaupun stok arak banyak lagi dok ada. Hat tu memang jauh la dari umat akhir zaman yang hubbun dunya. Tapi kalau sampai tahap orang Islam sendiri mempertikai kesarjanaan ilmuwan agamanya hanyasanya disebabkan tak berlaga angin dengan hawa nafsu dia, itulah satu lagi tragedi paling dahsyat pernah menimpa umat Melayu Islam di Malaysia. Kalau orang Islam sendiri tak hormat dengan ulama, orang lain pun apa lagi, tumpang tui la.
...“Tercari-cari pedoman membaiki diri, Namun Nur Ilahi menyedarkan diri, Mutiara itu perlu dicari sendiri”... ~ 'Generasiku', dinyanyikan semula seraya ditekongi oleh Mat Fudge sekitar tahun 1991-1992 dengan judul “Burung Merintih”.
*****
Akhirnya aku kembali lagi ke sini. Kesempatan yang hadir setelah tahun-tahun sebelumnya asyik dikona-kona oleh mereka yang durjana. Ada saja akai nak penaya, sat Johor la, sat Pahang la, tabuh cuma. Seperti yang aku baca di dada akhbar, ketara tanah runtuh di kawasan aku selalu parkir Kanc. Seperti jua sebelumnya, majoriti peserta terdiri daripada golongan lebih berusia. Aku masih seperti dahulu, dengan ransel tersandang di bahu.
*****
Beberapa tahun nan lalu, aku terkesan ada tenaga pengajar yang berpendekatan salaf, satu pendekatan kontra berbanding golongan khalaf. Golongan salaf cenderung menerima seadanya sebarang perkara berkaitan sifat Tuhan. Seorang tenaga pengajar pernah berhujah berhubung dengan “Tangan Allah”yang aku ingat sampai sekarang. Kalau dahulu, semasa di sekolah menengah, ustazah mentafsirkan sebagai ‘kekuasaan’. Itu tafsiran golongan khalaf yang berfahaman bahawa Allah tidak menyerupai makhluk. Walau bagaimanapun, tenaga pengajar memberi dimensi berbeza. Kalau hendak dikatakan “Tangan Allah” bermaksud kekuasaan, ada ayat Al-Quran lain yang maknanya jelas didefinisikan sebagai ‘kekuasaan’. Katanya, manusia ada tangan, monyet pun ada tangan. Tapi sama tak tangan manusia dengan tangan monyet? Tentulah tak sama, walaupun masing-masing ada tangan. Begitulah juga dengan Allah. Tangan Allah tentulah tak sama dengan tangan manusia. Tambahnya lagi, kalau dikatakan tiada tangan, tentulah ertinya cacat sedangkan Tuhan Maha Sempurna sifatnya. Pada masa itu dan seterusnya aku berasakan lebih baik aku berpegang dengan fahaman salaf. Bak kata ustaz tersebut, kalau dalam Al-Quran kata tangan, tanganlah. Macam mana rupa tangan Allah janganlah dibayangkan.
*****
Ia hanya pengganti si ilmuwan yang tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat PIBG. Dari dialeknya, aku syak dia dari suatu daerah di Pahang. Terbukti tepat, ia mengaku dari Jerantut. Kaedah pengajarannya disulami dengan aksi-aksi tersendiri, bukan setakat perkataan dan memek muka yang melucukan. Seumpama watak Mat yang sering dibuli secara loyar buruk oleh Pok Cik dalam slot iklan Pahang FM. Maklumlah, ustaz muda.
Ada beberapa idea pencerahan yang masuk ke fikiran. Katanya, yang membuat aku teringatkan hujah puak-puak liberal yang cerodong, Allah tidak boleh dikaitkan dengan sebarang penciptaan bersifat kotor dan najis. Contohnya, mengatakan ba-alif-ba-ya dan lain-lain sewaktu dengannya dicipta oleh Allah. Di segi fakta sungguhpun betul tapi salah dari sudut akhlak Islam. Katanya, yang lebih tepat ialah mengatakan sekalian makhluk dijadikan oleh Allah. Puak-puak liberal mana kira semua itu, obsess sangat dengan idea kebebasan berfikir dan bersuara, hatta ayat Al-Quran pun ditafsirkan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui asbabun nuzul, kaedah istinbat dan sebagainya. Berani sungguh depa, langsung tak takut dosa.
Ada peserta mengemukakan kemusykilan untuk menjawab pertanyaan golongan bukan Islam akan persoalan mengapa dalam Al-Quran, Allah menyebut ‘Kami’, sedangkan Allah bersifat Maha Esa. Saat ini aku teringatkan pita video yang aku tengok di tingkat atas Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM semasa jeda antara kelas, mengandungi hujah Almarhum Syeikh Ahmed Deedat apabila ditanya semasa sesi soal jawab. Almarhum menjawab bahawa dalam bahasa Arab ada “Plural of Respect” dan “Plural of Numbers”. Tambah Almarhum lagi, orang Arab yang bukan Islam pun takkan tanya soalan tersebut sebab depa faham yang ‘Kami’ dalam ayat Al-Quran bukan bermaksud bilangan ‘ramai’ tetapi menunjukkan ‘keagungan dan kebesaran Allah’. Cuba dapat kat puak-puak liberal, mesti depa terjemah secara literal bahawa ada percanggahan sifat keesaan Tuhan dalam Al-Quran. Takkah haru-biru dibuatnya. Sedangkan nak tafsir Al-Quran ni kena ada ilmu termasuklah gaya bahasa sastera Arab.
*****
Petang itu merupakan kuliah terakhir bagi maudhu’ berkenaan. Sedar tak sedar, sudah empat pertemuan kesemuanya. Setiap kali pertemuan, sering terpana dengan kebersihan wajah si ilmuwan. Walaupun tiada pernah berkepiah apatah lagi berserban berjubah, dengan tanda sujud di dahi jelas kelihatan, sungguh menginsafkan. Si ilmuwan sering menyarankan agar solat berjemaah, mengikuti kuliah di masjid serta qiamullail dimasukkan dalam program sehari-hari.
Kuliah demi kuliah lebih meyakinkan aku pada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah mazhab Syafi’e. Hidup manusia suatu pencarian. Kadang-kadang terasa tersilap dengan apa yang sedia ada. Apakala pencarian diteruskan, sebenarnya yang disangka ‘kesilapan’ merupakan sesuatu yang belum dilengkapkan kepingan ‘jigsaw’nya.
Si ilmuwan sering memberi contoh bagaimana cetusan-cetusan pandangan tertentu mencemperakan masyarakat awam. Sekadar beberapa contoh, antaranya bahawa semua agama menganjurkan kebaikan. Tegas si ilmuwan, pandangan tersebut akan membawa kepada kesimpulan bahawa semua agama adalah sama. (Walhal, agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam). Tambah beliau lagi, sekiranya ada nilai-nilai baik dalam agama lain, kesemuanya itu merupakan nilai-nilai Islam dari zaman Nabi Adam yang masih tersisa dalam agama-agama tersebut.
Begitu juga dengan isu bacaan Yasin pada malam Jumaat. Si ilmuwan berkata, kalau berdasarkan hujah zaman Nabi tak buat semua tu, mengapa kita naik kereta sedangkan Nabi tak pernah naik kereta? Oh, ada yang menjawab bahawa itu bukan melibatkan amal ibadat. Baiklah, kata si ilmuwan, Yasin itu sebahagian Al-Quran, bukan? Adakah had masa untuk membaca Al-Quran? Kalau tiada, bermakna Al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa. Jadi, tiada salahnya memilih membaca Yasin pada malam Jumaat.
Selain itu, isu sapu muka selepas tahiyyat akhir. Kata si ilmuwan, bukanlah sengaja disaran supaya disapu muka. Ada hadis dhai’f mengenai perbuatan tersebut. Hadis dha’if memang tidak boleh dijadikan hujah. Walau bagaimanapun, ijma’ ulama juga sepakat bahawa boleh beramal dengan hadis dha’if dalam perkara berkaitan Fadha’il ‘Amal (Kelebihan Beramal).
Petang itu di penghujung kuliah, si ilmuwan memberi amanat terakhir. Kata ilmuwan itu yang bergelar profesor madya tapi lebih gemar membahasakan dirinya sebagai ustaz, memang ia ada menerima elaun, tapi elaun tersebut tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan peri pentingnya ilmu yang dipraktikkan oleh para peserta. Tambahnya lagi, ia bercakap dari hati dan bukan untuk yang lain-lain. Semoga diberi pahala oleh Allah dan semoga Allah memberi hidayah kepada dirinya dan para peserta. Tatkala itu, terasa seolah-olah keterharuan yang sama ketika membaca siri akhir Ketupat Cinta karangan FaTa.