Wednesday, October 26, 2005

Minal 'Aidin Wal Faizin Wal Maqbulin...

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku di Putrajaya. Hujung minggu ni, bermulalah percutian aku di kampung. Kalau tahun pertama di sini aku balik dengan bas ekspres (sehari sebelum raya), tahun kedua dengan flight (malam raya), tahun ni aku tak bagi chance punya. Aku balik 3-4 hari sebelum raya, jumlah cuti semua sekali 2 minggu. Ambik habuan.

Tahun ni, sepertimana tahun2 sebelumnya, aku akan bayar fitrah lagi. (Nota : Kata ulama jangan dok citer pasal amal ibadat nanti timbul riak. Tapi itu untuk amalan sunat, bayar fitrah ini benda wajib, jadi soal riak tak timbul). Aku memang takkan bayar di Putrajaya punya walaupun ada orang berhujah suruh bayar di tempat kita mencari rejeki. Bagi aku terpulanglah nak bayar kat mana2 pun, jangan tak bayar langsung sudah. Sebab apa aku tak nak bayar di Putrajaya walaupun staf aku pun jadi 'amil jugak? Sebab aku dah niat siap2 kalau aku dah kejer, walau macam manapun aku akan bayar kat kampung aku jugak pada malam raya (masa tu hukum dah jatuh sunat muakkad, nak bayar pagi raya takut tak dan). Aku dah lama terpikia' benda ni, tapi baru hari ni aku tulis secara rasmi. Aku rasa dari segi tu aku tak banyak beza dengan imigran masa sebelum zaman merdeka dulu. Depa kejer kat Tanah Melayu tapi hati depa kat negeri sendiri, bak kata filem Hindustan, "Hathi Mere Sathi". Bab tu aku pun sama la. Memang aku kejer kat sini, tapi, sekali lagi bak tajuk sebuah filem Shah Rukh Khan, "Phir Bhi Dil Hai Nahrul Bakafi", (hati aku milik Nahrul Bakafi; Sungai Bakap le tu, aku saja translate ke bahasa Arab, ntah betul ntah tidak, betul la tu kot).

Tahun lepas agak sentul bagi aku. Banyaknya silap aku. Justeru, rentetan daripada kesilapan demi kesilapan aku tu, maka aku pun bayar le fitrah kat Masjid Lama kat ntah sapa aku tak kenal walaupun aku tau aku akan lebih tenang dan selesa bayar kat Masjid Baru kat Ustaz Ali (aku dari dulu panggil dia Pak Cik Ali jer). Tapi tu la, benda dah terjadi, apa nak buat. "Pengalaman", kata ayah aku. Tahun ni aku rasa o.k. la kot. Kalau tak dak aral aku akan bayar kat Ustaz Ali tahun ni. Tahun pertama dulu memang aku bayar kat dia. Rasa khusyuk semacam jer mengaminkan doa dia tu. Malam raya pulak tu. Alahai.

Kebetulan tahun ni aku balik dengan keter, cangak lagi. Aku tengah dok plan ni nak pi berjalan sakan. Cadang2nyer nak pi gak rumah teman2 wanita aku tu (apa la hampa ni, kawan pompuan dengan teman wanita kan sama, hah, lain ka?). Tapi aku tak pi la sorang, bukan sebab takut, sebab antaranya tak berapa tau jalan, maklum la, lama tak round belah2 utara nu (cewah, alasan konkrit la tu). Memang le pun. Kalau Mat Ghoset balik tahun ni buleh aku ajak dia sekali walaupun dia dah kawin. Tapi dia beraya kat Kajang, apa nak buat. Mungkin aku buleh ajak Azmin sekali kot. Buleh gak pi tengok macam mana rupa Tok Met selepas kawin ni. Kata Azmin, style rambut ada remos dia tu sama lagi. Mat Fudge tu mungkin dia ada plan lain. Kalau tak pun aku ajak Pian jer. Tapi ntah le kalau2 dia dok kalut dengan nana dan mamu dia tu, almaklumlah, raya ni Anak Mami Kembali.

Bergambar kenang-kenangan kat area Irshad dengan Simpang Keling (keling dalam istilah utara bukan suatu penghinaan) tu pun orait gak tu. Pekena apa yang patut, ntah bukak ke tidak. Dulu rasa macam menyampah gak dengan semua tu, pada nasik kawah, pada semuanya. La ni rasa rindu serindu-rindunya la pulak. Biasa la tu, aku pun manusia. Masa ada kita tak berapa heghan, masa tak dak baru kita nak alami semula apa yang kita kesampingkan sebelumnya. Tapi apakan daya, masa tak akan kembali. Bak kata orang, orang tu aku la kan, "tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat tak jatuh". Kat Pokok Sena tu banyak rumah cikgu-cikgi aku tu, tu le pasal kena pi ramai2, at least 2 orang. Satgi cikgu tak kenal, naya. Kena la bawak member aku yang agak terkenal sikit. Lagipun, kali terakhir jumpa cikgu-cikgi ni sedekad nan lalu. Mesti la ketara perubahan yang ada. Tapi aku kalau pi pun rumah cikgu perempuan jer, cikgu laki ni aku tak berapa minat la sebab kebanyakannya cengei. La ni depa dah tak berapa cengei dah aku rasa, tambah2 hari raya. Tapi sebenarnya cerita indah2 ni lebih banyak dengan cikgu perempuan (walaupun kadang2 citer2 sentul pun terselit gak).

Tak kisahlah semua tu, dah ada keter ni, langkah pun jauh sikit punyalah. Buleh jugak le jumpak ex-boss aku masa aku attached di Jabatan Perpaduan tu. Cuma kena siap duit raya la, kang anak dia si Ahmad tu meghap pulak susah aku. Ahmad oh Ahmad, nasib baik la masa tu ayah hang bos aku, kalau tidak dah lama dah aku haria. Dak aih, acah saja. Aku mana sampai hati nak haria ka pelekoh budak2 ka. Hat Sampai Hati tu Spring. Watcha!

O.K. la, dah sudah aku merapu dana (walaupun aku taip semua ni dengan muka serius adanya). Tiba masa saat aku tulis dengan Gaia yang sesungguhnya:

"Assalamu'alaikum. Sempena Syawal yang bakal menjelma, aku pohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri aku yang seadanya. Manalah tahu, ada tersalah terkasar bahasa. Selalunya tidak secara sengaja, melainkan kepada kawan-kawan rapat, memang kadang-kadang disengajakan, namun dalam ertikata jenaka sebenarnya. Kiranya terhutang walau sekelumit cuma, tuntutlah selagi aku masih ada usia. Mengenai sebarang coretan dalam kedua-dua e-groups, masanya akan tiba juga kurang lebih setahun dari sekarang. Terima kasih atas kad-kad raya yang diterima daripada Suffian Merican Yahaya Merican @ Pian, Adha @ Nurull Ailiadha Abd. Razad @ Razak, Azman Abdullah @ Man Tongkat, Mohd. Nasir Che Embee @ Mat Ghoset, Kak Hanim Ishak, Saidatul Akmar Salim, Ukhti Nur Hanani Sabar dan En. Salim Parlan. Insya-Allah sesudah Aidilfitri ini akan tiba beberapa keping lagi di atas meja. Sehingga itu, kepada semua diucapkan Minal 'Aidin Wal Faizin Wal Maqbulin, Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair".

Monday, October 03, 2005

Permulaan Dua Dekad Nan Lalu...


Dua dekad nan lalu, seorang kanak-kanak turut meraikan konvokesyen bapa saudaranya sedang ia langsung tidak mengerti apa-apa. Posted by Picasa

Penantian Dua Dekad Yang Terlalu Lama...

Sebenarnya coretan ini seharusnya ditulis kira-kira setahun lagi atas sebab-sebab yang hanya aku sendiri ketahui (Tuhan sememangnya Maha Mengetahui!). Namun, perkembangan terkini merubah fikiranku dan terhasillah sebuah manifestasi yang agak berlainan dari gaya dan jalan cerita yang sepatutnya.

Setahun lebih sejak DPA 2/2003 berlalu. Terlalu banyak perubahan dan perkembangan semasa berlaku, seperti juga aku. Harap-harap perubahan yang semakin baik tentunya.

Cabaran di DPA, selain menuntut kudrat yang hebat, juga memerlukan mental yang kuat. Almost all the time perlu melakukan sesuatu secara tiba-tiba dalam waktu yang singkat. Selain kecekalan diri sendiri, adanya seseorang yang terus-terusan meniupkan kata-kata perangsang memang membakar semangat. Dengan keluarga nun jauh di kampung, satu-satunya sumber inspirasi aku hanyalah Pak Ngah aku.

Kalau dilihat dari segi personaliti, teramatlah jauh bezanya antara kami berdua. Pak Ngah aku tersangatlah peramahnya manakala aku tersangatlah pendiamnya. Masa English Module di INTENGAH, aku tak pasti yang tanya tu urusetia kursus atau Mrs. Sarimah, tapi pertanyaan depa tu berbunyi begini, "En. ___, Ahmad Redhauddin tu anak saudara En. ___ ke? Tapi dia tu pendiam sikit no.". Salah tu, aku bukan pendiam sikit, tapi pendiam banyak. Aku tahu sifat aku tu kadang-kadang mengundang konotasi negatif daripada sesetengah orang. Tapi lantak hampa la, aku bukan menyusahkan hidup orang lain pun. Bak kaedah Usul Fiqh, "La dharara wa la dhirara (Tak memudaratkan diri sendiri dan tak memudaratkan orang lain)."

Meskipun terserlah perbezaan itu, ada perspektif tertentu yang mengintegrasikan aku dengan Pak Ngah aku, hingga aku rasa disebabkan keserasian itu, Pak Ngah aku pun macam boleh berkomunikasi dengan aku menggunakan ideo-motor, hinggakan Pak Ngah aku macam tau-tau saja apa maksud aku. Iyalah, dah berapa puluh tahun jadi pak penakan dengan anak penakan. Dan aku pun sudah tentunya sangat-sangat menjaga reputasi Pak Ngah aku.

Persamaannya adalah dari aspek fikrah dan kesenian. Barangkali ramai tidak perasan tapi Auditorium INTAN pernah menyaksikan bapa saudara dan anak saudara bernasyid dan bersajak pada masa berlainan. Selain kedua-dua perkara tersebut, yang terlebih aula adalah nilai-nilai hidup yang serupa; menjauhkan kami dari berbuat naya dan tahana sesama manusia, serta menghindarkan cakap-cakap teghejai dan main ghempang saja. Nilai-nilai itulah membezakan kita Pak Ngah, dengan depa.

Sungguhpun Pak Ngah dan aku ibarat Mentor dengan Protege dan kedudukan yang dimilikinya, aku bukan opportunist yang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. Pak Ngah aku terlalu mengerti akan sifat anak saudaranya itu, memegang prinsip walau (sebagaimana matan sebuah sabda nabi), terpaksa menggigit dengan gigi geraham. Demikian, aku tak kisah dipandang semacam oleh sesiapa jua, tapi aku takkan sekali-kali boleh menerima kalau Pak Ngah aku dibabitkan dengan tuduhan yang bukan-bukan kerana ia memang tak pernah terbabit. Apa yang aku bicarakan ini? Aku belum amnesia lagi, apa yang aku katakan ini memang penuh erti!

Darah bergolak lagi, betul-betul di jantung dan kedua-dua telapak tangan terasa geletar. Hypoglycemia barangkali, penyebab utama kotak fikir sukar menjana idea-idea bertenaga. Desah ombak di Cherating juga tidak membantu, jadi aku rasa coretan ini wajar terhenti.

Terima kasih, Pak Ngah kerana mengajar Abang Long erti hidup sebagai manusia. Berlapang dada ketika kita punya segala kesempatan dan peluang untuk membalas dengan seribu kali ganda. Memang Pak Ngah satu-satunya bapa saudara yang takkan Abang Long temui di mana-mana. Jazakallahu khairan kathira.


8.00 pagi, 30 September 2005 (Jumaat)
Menghadap suria di pantai Impiana...

Pengakhiran Dua Dekad Penuh Lega...


Dua dekad kemudian, kanak-kanak itu pula diraikan konvokesyennya oleh Pak Ngahnya. Penuh makna. Posted by Picasa

Lebih suku abad jadi anak penakan dengan pak penakan, memang maklum sangat la. Saha Pak Ngah aku pakai ceremonial suit tu, dan gambar ini memang sungguh bermakna. Syukran jazila! Posted by Picasa

Ma Ridhallahu Illa Fi Ridhail Walidaini... Posted by Picasa

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa... Posted by Picasa

Ayah aku diapit oleh aku dan Pak Ngah aku. Posted by Picasa

Ayah aku kembali bergambar dengan Pak Ngah aku, ui, kawan lama masa kat USM dulu tu! Posted by Picasa

Dah lama tak bergambar begini, dengan mak dan ayah aku, seadanya... Posted by Picasa

Mungkin orang tanya, nampak macam Islamic, tapi awat Pak Ngah aku berdiri sebelah mak aku? Awat tak buleh pulak, abang dengan adik! Posted by Picasa

Bersama sepupu aku, johan badminton Gombak tu! Posted by Picasa