Thursday, December 31, 2009

Sanah Helwah Ya Akhi Ar-Ridha...

Kata psu seofis tapi unit lain dalam satu sesi bicarawara di luar lingkungan urusan kerja, immediate boss aku sudah kasi pecah satu maklumat terperingkat tahap sulit. Maklumat terperingkat sebab peringkat paling tinggi baru sampai kat dia, belum sampai kepada big boss lagi. Maklumat yang aku dedahkan dalam satu breakfast show dengan immediate boss aku dan driver di sebuah seksyen di shah alam. Sengaja aku dedahkan maklumat itu supaya nantinya tak payahlah aku bertandang ke biliknya di ofis semata-mata hendak mengkhabarkan perkara bukan urusan rasmi. Selain itu, strategi aku juga untuk maklumkan siap-siap supaya nanti percutian tidaklah tergendala angkara murka advencer merata-rata pada tahun akhir sebuah rancangan malaysia.

Arakian apakala diketahui sahaja akan berita tersebut oleh big boss aku seusai lawatan audit iso ke ofis aku nan serba sesak ini, maka dalam perbincangan apa kata wanita sesama depa, lalu disebutlah oleh big boss aku kurang lebih ayat ini sebagai respon balas sayed munawar terhadap pemakluman immediate boss aku. “R*d*a tu dalam diam-diam--- (ayat kat belakang aku dah lupa, tapi intipatinya begitulah). Lalu immediate boss aku menambah, “ptd jugak”. Sebagai orang lama dan tua (jugalah berbanding aku), terer betul big boss aku menerka, “bagi hint nak minta cuti la tu”. Memang la pun, abih takkan saja-saja aku bagitau. Yang lagi best tu immediate boss aku baguih punya nasik tambah, “tu la dengar cerita nak cuti lama”. Cait, bila masa aku pernah sembang pasai nak bercuti lama dengan dia pun tak tau. Pandai-pandai tupai melompat saja dia tu.

Anyway, beberapa jam lagi budak-budak kanyia’ dan malaunta akan yak yak yei kat dataran merdeka. Barangkali dr maza akan pi terjah depa dalam edisi dakwah dia. Kat gurney drive macam biasa la mesti depa spray orang punya, lepaih tu taboh geng rela. Big boss aku dah berpesan semasa lepas perhimpunan pagi tadi, mafhumnya kita ni dah matang tak payahlah terlibat dengan benda-benda lagha tu. Dia kata lagu lain la, tapi dah aku ni kebelakangan ni kurang daya ingatan apatah lagi aku bukan perawi yang terpercaya, maka tu ayat aku gubah sendiri la tu.

Aku sat lagi balik la, saja layan perasaan kat ofis dalam menunggu fajar sadiq ka fajar kazib lagu soalan ustaz mat nor pejabat agama sps tanya baru ni. Tak kira la fajar apa pun, fajar di bumi permata ka, fajar bakti ka, supermarket fajar ka, harap-harapnya fajar yang timbul esok pagi menghorizon kaki langit akan menandakan sinar cemerlang hidup aku dalam tahun 2010, ke arah penghijrahan yang mendamaikan jiwa. Cita-cita dan harapan biasanya sekadar tertangguh, namum akhirnya ‘kan terlaksana jua. Kawan, aku ingin pulang. Walaupun sempena cuti ini immediate boss telah bekalkan aku dengan assignment berbaur rencana advencer tahun hadapan. Aduiyai, penaya aku sungguh, dia tak tau ka aku ada advencer sendiri 2-3 hari ni. Siap pesan kat aku jangan serik dapat kheja hari-hari cuti. Ni hujung-hujung tahun ni apa lagi aku pun great pretender jugak la. Tak kena gaya lnpt aku kena tenyeh, tu dia baru, hijrah ke mana permata hijrah kot ada la dok sembo' mata. Peyla’ sungguh.

Sanah Helwah Ya Ikhwah Wa Akhawat!



KL Federal
8.51 malam, 31 Disember 2009 (Khamis malam Jumaat)

Wednesday, December 16, 2009

Aku Bukan Budak Minang, Aku Orang Pulau Pinang, Naik Feri Jangan Berenang...

Masa tu aku sekolah rendah lagi, dan malam-malam zaman 80-an tanpa Astro macam la ni memang la RTM paling top mengalahkan TV3. Kebetulan RTM masa tu bagi aku depa sangat kreatif dalam menghasilkan rancangan bermutu walaupun dengan rekaan pentas sangat sederhana. Satu malam, ada satu rancangan pertandingan bakat melibatkan peserta dari seluruh negara. Sekali ada satu kumpulan dari Pulau Pinang buat persembahan dan depa menang minggu tu. Bukan takat minggu tu saja, minggu-minggu lain pun depa menang jugak. Lepas pada tu ada pulak pertandingan juara antara juara, maka kumpulan ni pun dibariskan bersama-sama kumpulan lain yang jadi juara bulanan kot kalau tak silap aku. Saat kemunculan kumpulan tu memang aku tunggu-tunggu dengan sokongan tak berbelah bahagi sidang parlimen dari Kampung Gurun, Sungai Bakap. Aku sokong sudah barang pastilah atas semangat kenegerian yang membuak-buak. Ternyata kumpulan tu telah menunjukkan persembahan paling power di kalangan semua juara yang bertanding, kiranya walaupun sokongan aku atas semangat kenegerian tapi kualiti persembahan depa memang tak buleh dipertikaikan la. Jadi bukanlah satu perkara yang menghairankan kalau depa jadi juara keseluruhan, mengalahkan kumpulan-kumpulan lain seperti Razak & Asmat (Razak Ahmad menyanyi, yang si Asmat melukis potret apa bala), Kumpulan Muhibbah Madu Lebah (set-set Kelate kalau tak silap aku) dan kumpulan-kumpulan lain. Pada aku masa tu dan masa la ni, kumpulan tu la antara kebanggaan aku sebagai orang Pulau Pinang.

Satu masa tak lama selepas kumpulan tu jadi juara keseluruhan, Petronas ada buat dinner kat satu hotel kat belah Tanjung nu. Ayah aku pun ajak la aku pi. Tu antara detik-detik awal aku ke hotel. Duduk atas bangku macam biasa la kaki memang tak berapa sampai nak pijak lantai, punya la kecik kemetot masa tu. Meja makan aku pulak dekat dengan stage yang tak berapa tinggi tu. Makan-makan sambil dihiburkan oleh kombo yang alat muzik dia yang paling aku suka ialah gendang berkembar corak belang-belang. Masa tu mana la aku tau gendang tu nama apa, perbendaharaan kata terhad la katakan. La ni baru aku tau nama dia conga. Pergh, hat katok gendang tu satu macam dia punya layan. Walau macam manapun, persembahan kombo tu tak seberapa pada hemat aku kalau dibandingkan dengan persembahan kumpulan yang jadi juara keseluruhan Bakat TV RTM tu. Sa kata nama kumpulan tu diumumkan saja, aku terus berhenti makan ais krim yang waiter boh dalam gelas ada kaki tu. Keterujaan aku masa tu tak dapatlah digambarkan. Punya la seronok aba' hang denga' depa buat lawak kerin. Aku ingat kot sat-sat lagi la aku perabih ais krim tu. Sekali waiter ni tau-tau saja dia dah angkat gelas ais krim aku tu. Deijei betui.

Habis depa punya show, dinner pun dah selesai, ayah aku pi sembang kat sofa kat luar tu dengan kumpulan ni. Aku dalam hati punya la syok satu macam nak pi sembang dengan depa, ayah aku pun ada ajak, tapi tu la aku ni punya segan satu macam buleh pulak pi buat-buat tengok pemandangan dari railing tingkat atas tu. Appa punya parpu masa tu. Mau tu mau tapi malu, ish, ish, ish, abang sappa la tu.

La ni bila aku cuba cari balik kumpulan tu dengan bantuan Pak Cik Google dan akhi YouTube, aku dapati salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Non telah kembali ke rahmatullah (Al-Fatihah untuk dia). Rupa-rupanya Non ni pernah bergiat aktif dengan boria jugak. Anggota kedua iaitu Chik aku dok follow jugak la perkembangan dia. Ada sekali dalam Mami Jarum amboi aih dia punya dialog tu kalau aku buleh bertahan dengan keseriusan aku memang saja sangat la.

Dalam YouTube, gaya depa berdua memang tak berubah sejak depa aku kenali menerusi Bakat TV RTM. Non akan jadi dominan (bukan la pulak Domi Che Non striker Perlis dulu ni). Non akan sembang punya sembang punya sembang, lepas pada tu sambil sebak Chik akan celah. Kira macam Chik ni nasik tambah la. Tapi sebab timing dan ayat yang Chik bagi tu kena pada masa dia, walaupun kategori mangka' sebenarnya, dengan muka Chik yang don satu macam tu, hat tu yang syok tu. Pakaian depa simple, biasanya dengan kot tie apa semua. Takdak la pulak mekap dan pakai bukan-bukan macam badut. Mimik muka depa tu minimalis, sesuai dengan babak-babak sketsa komedi pentas depa tu. Tak over macam sesetengah pelawak. Yang lagi best tu, cara depa melawak memang sopan pada pandangan aku. Sopan dari segi takdak unsur-unsur jenaka dewasa dan takdak la nak tolak-tolak kepala orang macam Badul dan geng Senario dok buat tu. Walaupun kalau nak ikut punya daoh dialog Chik ni masa respons kat Non patutnya dah tak terkira banyaknya dia kena tolak kepala dah.

Kumpulan depa ni juga pernah merakamkan beberapa buah album yang diterbitkan oleh Omar M. Hashim, yang juga penerbit album Untukmu Hijau Kuning yang aku denga' punya denga' punya denga' sampai merudum keputusan periksa tengah tahun aku masa darjah enam pasai tak berapa nak baca buku punya pasai. Tu la aku, kalau dah minat tu memang tahap obses dah la, hat lain tak buat dah.

Sebagai tanda penghormatan sesama orang Pulau Pinang, di bawah ini aku perturunkan klip video lawak dan lagu depa ihsan YouTube untuk tontonan bersama. Ewah, rancak!


Tuesday, December 01, 2009

Mereka Yang Telah Kembali...

Semalam aku terima satu SMS, nombor tak dikenali, tapi mesejnya dari seorang kawan. Tanpa terduga tenda biru, kawanku itu rupa-rupanya telah pulang ke tanah air dari perkelanaan selama beberapa tahun di bumi socceroos alias wallabies. Perkelanaan yang terkadang memaksanya menghantar pesanan ringkas memohon bantuan doa tepuk pinggang daripadaku.

Seperti zaman-zaman kadet juga, tetapi sesuai dengan perkembangan kerjaya, kalau dahulu malam-malam lepak di mapley, sekarang bersantai-santaian waktu tengah hari di Kenny Roger's Roasters yang lebih terjamin kebersihan dan keselesaannya.

Dalam satu ayat, seperti halnya bala, adam dan anak mami, man tongkat juga telah kembali. Dan seperti mereka yang lain, man tongkat kembali bersama kejutan yang tidak terjangkau langsung dek akalku. Dengan ijazah sarjananya dalam bidang itu, aku jangka man tongkat akan ditempatkan di tempat yang ada bau-bau cencaluk dengan pengalaman sebagai mantan pengurus pilihan raya bagan pinang ataupun beraurakan maslahat penduduk luar bandar. Walau bagaimanapun, seperti juga ekonomi, sangkaanku meleset. Man tongkat akan turut bernaung di bawah panji-panji Federal KL macam aku.

Ada jawatan segred dengannya di bahagianku yang bakal kosong, namun aku tidaklah hendak mengutarakan pelobianku kepada big boss, kerana aku faham sangat kerja di ofisku ini sangat-sangat membuatkan orang kesuntekan masa bersama keluarga. Sudahlah man tongkat sekarang berulang dari seremban, nalla rekek punya jauh dengan jam apa semua.

Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah pada man tongkat. Welcome to the club.



Nota:
Man tongkat adalah kawan sesidang semasa kadet dahulu. Terdapat beberapa persamaan antara man tongkat dengan pian. Selain badan, man tongkat juga sudah menyatakan komitmen untuk memprotes kalau aku hanya mengundang menerusi facebook dan yahoo group.

Wednesday, September 16, 2009

Di Jalan Ilmiah Aku (Hampir) Berhijrah...

Sebuah universiti apex telah menghancur-leburkan impian aku untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan dengan sempurna. Makanya, disesuaikan dengan bulan-bulan Islam nan mulia, di bawah ini aku perturunkan sebahagian sangat besar ad verbatim inti pati utama teks ucapan perpisahan aku yang tertunda buat kesekian kalinya. Teks ucapan yang temanya, dengan sedikit pengubahsuaian tajuk buku Ustaz Cahyadi Takariawan, seorang ulama terkemuka sebuah parti siasah islami nun di negara yang mengacung-acung buluh runcing ke negaraku :

Dalam sebuah filem terbitan 1970-an, terdapat sebuah adegan yang memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil dibonceng oleh seorang wanita. Yang menarik perhatian saya bukanlah terhadap ketampanan si jejaka, mahupun kerupawanan si jejaki. Tidak juga kerana kedua-duanya tidak memakai helmet. Pun bukan disebabkan yang membonceng menghadap ke sisi. Yang menarik perhatian saya adalah kepada bait-bait lagu yang dinyanyikan sepanjang perjalanan. Kurang lebih begini bunyinya :

"Zindegi ek safer hai suhana, Yahaa kal kya ho kisne dana...".

Tamat imbas kembali, dan jungkir balik ke tika dan saat ini.

Apabila saya kenang-kenangkan kembali, serasa-rasa ada kebenaran dalam senikata lagu tersebut. "Hidup satu perjalanan yang indah, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi keesokan hari". Begitulah juga halnya dengan diri saya, jika lebih setahun yang lalu saya menjejakkan kaki buat pertama kali ke sini, esok lusa tibalah giliran saya untuk melangkah pergi.

"Seminggu dalam politik terlalu lama". Demikian kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Dollah Kok Lanas dalam beberapa kolum beliau di dada-dada akhbar beberapa ketika. Mungkin beliau memetik kata-kata keramat orang lain. Itu saya kurang periksa.

Hanyasanya bagi saya, seminggu, apatah lagi setahun lebih di XXX pun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Pelbagai kenangan silih berganti. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka pun ada juga. Bak kata tajuk filem Hindi, "Kabhi Khushie Kabhi Gham". Yang seronok saya simpan dalam lipatan kenangan abadi, yang tak berapa seronok saya simpan dalam hati.

Antara kenangan yang menyeronokkan ialah apabila diminta mengetuai pasukan untuk kajian soal selidik rintis. Saya tidak ada kecenderungan untuk ke mana-mana, apa sahaja arahan XXX saya terima. Alangkah, tanpa saya duga, XXX yang menyangka saya orang Kedah telah memilih Pulau Pinang sebagai lokasi. Kata beliau kepada saya, dekatlah dengan kampung halaman di Kedah. Saya seperti biasa, dengan muka innocent tanpa perasaan; poker-faced kata orang putih, muka sekupang kata orang hat tak berapa nak putih. Padahal dalam hati mau tak seronok tak sangga. Dekat apanya, dah memang pun Pulau Pinang senantiasa dikenang.
(Amboi, ada unsur boria nampak, pengaruh Maidin & Piee la ni).

Antara kenangan yang menyeronokkan adalah di Pulau Pinang. Sepanjang saya berkecimpung dalam arena penyoal selidikan dan penemubualan setakat ini, belumlah lagi saya bertemu dengan goresponden yang begitu bermurah hati macam di Tanjung itu. Ada 2 goresponden; satu di sebelah pulau dan satu di seberang. Kedua-duanya menjemput saya dan rakan masuk ke dalam rumah. Hat di pulau anak mami jarum dia tolong hidang aya'. Bukanlah mami macam orang Queen Street mahupun warga Jalan Madrasah. Tapi yang nyata memang putih serlah. Cuma hat slack tu tak pakai tudung. Kerja kilang tang mana entah. Ada lagi la kudapan depa jamu juga. Best gila sembang dengan pak cik itu, slang Penang Kia. Selain rumah tepi masjid Kampung Seronok itu, saya juga tidak melupakan sebuah rumah di Taman Sri Acheh, Seberang Perai Selatan. Kalau di Kampung Seronok panas lit-lit waktu petang, di seberang waktu hujan di tengah hari, sib bait tak lokoih. Sungguh baik hati warga tua itu yang menjaga cucu-cucunya termasuk seorang yang mengalami masalah penglihatan, kecil-kecil sudah terpaksa memakai cermin mata. Sungguhpun rumah teres setingkat yang begitu sederhana, dijamu juga saya dan rakan dengan teh o panas dan seumpamanya.

Sebuah kenangan lagi yang tak dapat saya lupakan ialah ketika menemubual seorang mak cik yang meniaga di gerai tolak tepi jalan di hadapan rumahnya. Kisah itu berlaku di destinasi soal selidik terakhir di daerah Barat Daya dalam perjalanan pulang ke hotel. Gerai tolak itu bantuan daripada jabatan kerajaan tertentu. Petang yang panas membahang, sambil berhenti bertanya sesekali tatkala mak cik itu melayani pelanggannya. Tidak semena-mena, mak cik itu pula mengajukan persoalan kepada saya. Saya tak berapa ingat matan soalan beliau, tetapi kurang lebih beginilah soalan jawabnya, "Adik ni dari USM ka?". Memang ada makhluk yang Tuhan jadikan nampak muda, apa daya kita hendak menghalang ketentuan-Nya. "Saya kheja gomen mak cik, XXX. Pasai apa mak cik kata saya dari USM?". "Dak...", mak cik tu kata, "...selalunya yang dok buat soal selidik ni budak-budak USM la." Mungkin masin mulut mak cik itu, menyebabkan saya akhirnya bakal bergelar mahasiswa Universiti Sains Malaysia. (Pergh, tangkap sayu ayat ini kalau diterjemahkan kepada realiti).

Ada kalanya kita rasa kita berkecindan. Tanpa kita sedari, sebenarnya ada hati-hati yang kelukaan. Demikian jika ada kesilapan dan kekhilafan sama ada sengaja atau sebaliknya, saya mohon ampun dan maaf. Almaklumlah, manusia tiada tercipta sempurna, akan ada salah silap kita di mana-mana. Justeru, kalau ada yang terhutang, maka tuntutlah dengan segera. Jikalau ada yang termakan, terminum, harap-harap dapatlah di"Halalan Toyyiba".

Sempena Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari, dan Aidil Fitri yang bakal menampakkan diri, saya tampilkan serangkap pantun dalam bahasa Banjar (meski saya bukan urang Banjar dan kadak tahu basurah Banjar) :

"Pinang anum barangkap-rangkap,
Pinang tuha barundun-rundun;
Lawan nang anum maminta maap,
Lawan nang tuha maminta ampun.
"


Sekian dahulu buat kali ini, meminjam kata-kata senior saya semasa di Irshad dahulu, "ada kelapangan dan takdir insya-Allah ketemu lagi". Walau jauh di mata, tapi di hati, "Hathi Mere Sathi". Sehingga itu, saya mohon permisi.

Nota :
Saat ini aku telah kembali ke Nahrul Bakafi kerana masih mencari yang hakiki sinar pasti kasih suci nan abadi dengan harapan dapat merawat Kanc yang tercedera seumpama hatiku jua.

Monday, July 06, 2009

Advencer Pemuda Insaf...

Pagi tadi, semasa menyoal siasat pihak yang kena advencer, aku terima Sistem Mesej Singkat (SMS) daripada kawan seangkatan yang kini menjaga urusan protokol negara. Ia bertanyakan tentang PTK3. Manalah sempat aku menyemak keputusannya, lalu ku tanya kepadanya. Ia mendapat Aras 3. Suspense aku dibuatnya. Diminta nombor kad pengenalan daripadaku. Hasilnya, aku dapat keputusan yang aku idam-idamkan. Hai, kalau sangkut juga tak tahulah aku, rasa penat bekerja di bawah tekanan dan tidak cukup tidur menyiapkan tugasan. Aku dapat 3 untuk peperiksaan, dan paling mengejutkan aku (dan si Rosliana juga tentunya), aku dapat 4 untuk pembentangan berkumpulan dan individu. Terbayang-bayang seorang panel seFederal KL bagi remark secara umum bahawa pengucapan awam kena berdiri tegak tak boleh bergerak ke sana ke mari. Memanglah aku terasa, sebab aku salah seorang yang buat macam itu. Juga persembahan PowerPoint yang aku pinjam dan ubah suai reka letak dan reka bentuk dan warna template suami kepada kawan seangkatanku yang kebetulan ada dalam simpanan (tetapi isi jauh berbeza; ia OSC aku pembangunan mampan, sesekali jukstaposisi pun menarik juga). Juga berpencak silat menjawab soalan ahli panel yang macam peluru bersimpang-siur mengenakan aku yang berdiri di hadapan menjustifikasikan sebuah tugasan. Semua itu belum lagi diambil kira bagaimana gementar yang membunuh aku semasa pengucapan awam. Seraya aku teringat kepada peristiwa beberapa jam nan lalu.

Semalam, di kamar hotel, aku menyudahkan pembacaan koleksi tazkirah tok guru bertajuk "Hidayah". Ada beberapa catatan tahap makan dalam, tambahan pula hati hampir gelap gelemat kerana sudah lama tidak disiram dengan nasihat-nasihat agama.

Menerusi sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa Allah berfirman, "Aku adalah berdasarkan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak".

Aku ada juga terbaca di tempat lain sebelum itu, bahawa keyakinan dan sangka baik kita kepada Allah sangat perlu. Cuma berdasarkan usaha dan prestasi diri sendiri, aku agak kurang yakin boleh berjaya dalam percubaan pertama. Maklumlah peringkat pertama dahulu berapa kali dilalui dengan susah-payah. Bermuhasabah diri dengan bersandarkan hadis tersebut, aku jadi insaf dan malu sendiri. Iyalah, kadang-kadang amal ibadat pun tidaklah setara mana dan ala kadar, tapi kasih sayang Allah itu Maha Luasnya, tidak setimpal pun dengan amalan hamba-Nya yang dha'ifun jiddan macam aku.

Dalam buku tersebut tok guru ada menyebut, mafhum sebuah hadis qudsi, jikalau tidak kerana masih ada orang tua yang sujud dan rukuk kepada Allah, jikalau tidak kerana masih ada anak-anak kecil yang menyusu dengan ibunya, jikalau tidak kerana masih ada binatang yang meragut rumput, nescaya Allah telah menimpakan azab-Nya ke atas dunia ini tanpa meninggalkan barang sedikit pun. Hai, terasa banyak tak sangga dosa aku, kalau tidak kerana ketiga-tiga perkara itu memang aku termasuk salah seorang yang dihukum Tuhan punya.

Disebut juga perumpamaan orang yang membaca dan tidak membaca Al-Quran, sabda Nabi, "perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah peria yang tidak ada bau sama sekali ditambah pula dengan rasanya yang pahit". Hai, lama banget aku tak baca Al-Quran.

Kendatipun begitu, masih ada saranan-saranan berbaur motivasi.

Sabda Nabi lagi, "...dan ketahuilah bahawa sekiranya semua manusia berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, pasti mereka tidak akan memberikan manfaat sedikitpun selain yang telah Allah tuliskan untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberi kecelakaan kepadamu selain yang telah Allah tuliskan atasmu, pena telah diangkat dan lembaran telah kering".

Nabi juga ada bersabda, "Wahai Tuhan, tidak ada orang boleh menyekat Engkau daripada memberikan sesuatu kepada sesiapa dan tidak ada orang yang boleh memberikan sesuatu yang Engkau halangi pemberian itu".

Menerusi bab bertajuk "Manusia Mudah Lupa!", tok guru memetik firman Allah dalam surah Yunus ayat 12. Kata tok guru, "Itulah sifat manusia! Allah SWT menceritakan mengenai sikap dan perangai manusia di dalam kitab-Nya. Apabila menghadapi kesusahan barulah mereka mengingati-Nya. Pada ketika itu masing-masing menadah tangan memohon doa dan pertolongan daripada-Nya. Namun, apabila sudah merasa senang, mereka kembali melupai-Nya".

Sambung tok guru lagi, "Itulah kita. Mari kita perhatikan kepada diri kita sendiri. Apabila kita menghadapi kesusahan, kita bersembahyang hajat, kita baca Al-Quran, bahkan kita sanggup lakukan apa sahaja bagi memohon petunjuk dan supaya kesusahan yang kita hadapi itu akan segera dihilangkan. Tetapi, apabila kita kembali senang kita mula tinggalkan semua amalan yang kita lakukan ketika kita susah dahulu. Lebih malang lagi, selepas kita mendapat kesenangan, kita mendekati maksiat pula".

Jalan sudah luas terbentang untuk perancangan strategik fasa berikutnya. Semoga aku terus insaf. Dan semoga keinsafan aku itu membawa aku ke V.C. Rock. Merenung lautan tanpa perlu menjadi Ali Setan.


Kamar 125
Swiss Inn Waterfront
Sandakan
6 Julai 2009 (Isnin)


Sunday, June 28, 2009

Menanti Advencer Terhenti...

Telinga disumbat earphone menyalurkan ritma Hindi dari MP3 player yang ku beli di Miri.

Hidup adalah satu perjuangan. Dalam sudut pandang yang lebih sempit, perjuangan aku sekarang ini ialah pembebasan diri dari status quo sedia ada. Oh, tidak, perjuangan aku tanpa kod warna tertentu, apatah lagi didanai oleh alat imperialis bentuk baru.

Seperti juga dalam konsep ekonomi, membuat pilihan lazimnya berdepan dengan kos lepas. Yang aku nak sangat, tawaran kursusnya agak terhad. Yang kursusnya lebih rencam, lokasinya dan suasananya pula aku kurang teruja.

Ada satu hal lagi. Katakanlah aku memohon dan permohonan diterima. Apakah saat dan ketika serta cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk aku maklumkan kepada bos. Sedang ke hadapan-hadapan ini advencer berterusan sampai ke ceruk ulu banat. Merancang satu perkara, tapi bila sampai saat penentuan adalah satu hal yang lain pula.

Semoga Tuhan menunjukkan dan mempermudahkan jalan. Kalau ikut hati, cukuplah setakat ini. Terngiang-ngiang aa aab laut chalen dan phir bhi dil hai al-bakafi.


MH 2742
KLIA – Bintulu
28 Jun 2009 (Ahad)
1.17 petang

Nota : Si pramugara boleh tersasul lak buat pengumuman landing di Sibu. Kah, kah, kah, pertama kali seumur hidup aku dengar salah pengumuman tempat landing. Warghahaha! Terhibur aku.


Nota Tambahan : Dibawa oleh pihak yang kena advencer minum kat satu gerai seusai sampai. Orang lain pakat order roti canai la, roti telur la. Hat PSU ni mintak tisu, yang pembantu kedai pula tengah ambil order. Aku dah agak dah, satgi buleh benda-benda sentul dah ni. Betui pun macam aku dok agak, sekali pelayan tu bawak apa hang tau, "ROTI TISU". Muarghahaha! Tapi tisu pun dia bagi sekali.

Tuesday, June 09, 2009

Jangan Hang Dok Tegheyak...

Dari kejauhan, Dek Zek pulun sakan lagu Hattan, part chorus pulak tu "…terasakah langkahku makin laju…". Part Dek Zek tarik "Laju" tu memang laju semacam, Pian macam biasa la candek tak ingat walaupun hamba Allah tu pernah jadi sleeping partner dia kat Kolej MAS dulu, "Memang laju la!", sambil kami bertiga gelak-gelak terbahak-bahak dan gerak-gerak-gerakan cukup laju pi kereta Pian. Anyway, sogha hang not bad la Zek. Banding dengan sorang minah ni yang bawak lagu Nurul, sib bait aku dah sudah makan walaupun tak la basuh tangan dengan aya' mineral sekali lagi. Lagu ni halwa telinga, kalau dah pitching terbabas kerap sangat apa lagi memang jadi laughing stock la jawabnya.

Pian pulak bawak pi satu empangan kat situ. Ada la 2 eko' guard baguih punya lepak tepi ofis. Mengkala pi dulu ada siap taklimat apa semua, cuma kali ni aku menghayati keindahan empangan waktu petang sementara adik Pian si Suhaimi menggambari keadaan sekitar. Kuala Kubu Bharu ni bukan apa, mengingatkan aku pada banyak perkara. Selain empangan tadi, dan masa hari terakhir modul bomba mengkala dibawa naik berhimpit-himpit dalam kereta bomba sampai terpaksa menunduk sepanjang perjalanan dok round kawasan sekitar termasuk jalan berdekatan empangan, juga kampung Dek Zek, aku turut teringat pada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia masa aku jadi kadet dulu. Malam last tu, sebagai melepas geram dan sebagai pengarah persembahan group aku, aku boh sebaris dua sebuah lagu sebagai intro babak-babak drama tentang kehidupan ahli-ahli bomba. "...Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu...", kata Sudirman la, dan juga kata sorang mamat ni masa karaoke kat kenduri Dek Zek. Kalau nak tau apa Jamal kata dan lagu apa yang aku pinjam sat daripada dia, hah, layan zasss lagu kat bawah ni. Pak Ngah aku pernah kata lagu ni lagu lama masa aku cerita kat dia. Mau tak lama, aku tak masuk TASKI lagi pun lagu ni dah keluar. Apa-apa pun lagu ni aku memang suka. Aduhai nostalgia aduhai. Sayu pun ada. Macam nak pergi jauh sahaja bunyinya. Isk, isk, isk.


Saturday, June 06, 2009

Fitnah Takkan Datang Kalau Tak Dicari, Fitnah Takkan Dapat Kalau Menghindari...

Sebab itu adalah lebih afdhal guna perkhidmatan MAS. Satu, sebab dahulu aku menghuni Kolej MAS. Alasan pertama memang tidak relevan, tapi sebab kedua ialah MAS sungguhpun dari satu segi nampak mahal, tapi banyak bahagian yang ia lebih fleksibel. Contohnya, boleh daftar masuk seawal yang mungkin asalkan ada kaunter dibuka tanpa terikat dengan had masa. Lagi, boleh cuba untuk dapatkan penerbangan lebih awal tanpa perlu membayar harga tiket yang baru. Dan lagi, ada budi bicara kalau terlebih bagasi yang didaftar masuk. Bukan macam syarikat penerbangan yang itu. Gimik macam murah, tapi surcaj hat tu surcaj hat ni. Lebih setiap kilo dicaj RM15, buat duit tak ingat. Aku petik kata-kata Haziq dalam Syurga Cinta, "Agak-agak la sikit abang!". Sistem menaiki pesawat pun tidaklah setara mana. Langsung tiada pengumuman waktu bila perlu berbaris di pintu masuk, kena pandai-pandai sendiri bertanya, tak kiralah untuk Xpress Boarding ataupun tidak. Reputasi macam hebat dan gah sangat. Apa punya wak long. Wak lu la!

Di atas merupakan coretan berdasarkan advencerku ke Kuching. Sepatutnya lebih banyak boleh dicoret andai komputer riba dibawa bersama. Namun setelah ditimbang dengan saksama dengan mengambil kira bilangan beg dan berat bagasi yang akan berganda sewaktu bertolak pulang ke Semenanjung semula, terpaksalah aku batalkan hasrat itu. Berikut merupakan antara idea entri yang membuak-buak untuk dicatatkan :

Ketika itu sumber maklumat tentang perkembangan kisah tanah air belum berleluasa seperti sekarang. Memang Internet telah ada, tapi akses belum cukup memberangsangkan. Bagi warga Sintok macam aku, hendak melayari Internet di makmal komputer pun jenuh berebut. Asal singgah sahaja makmal penuh, asal singgah sahaja makmal penuh, asal makmal penuh sahaja aku singgah. Waktu yang sama ada sebuah nama yang sedang harum subur di hati. Aku tertarik sebab dia contoh seorang yang telah jauh mencapah merapu dana, tapi hidayah Allah menyinari hatinya lalu berubah menjadi seorang manusia yang kalau orang tak pernah tahu masa silamnya tidak akan pernah menyangka dia pernah bergelar seorang kutu berahak.

Walhasilnya, aku membunuh rasa gementar bercampur-baur dengan rasa berdosa dan kontradiksi dengan imej aku dengan membeli sebuah majalah hiburan keluaran 13 - 28 September 2000 di STM Foyer UUM. Semata-mata ingin mengetahui cerita kehidupannya setelah mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan yang lagha. Aku masih ingat, sewaktu di bilik Kolej MAS, si Helmi and the gang yang auw-auw datang bertandang. Si Helmi mengungkapkan rasa tidak sangkanya kerana aku membeli majalah itu. Biasalah set-set ini, kalau bercakap memang terasa laser walaupun kadang-kala tidaklah mereka berniat begitu. Aku masih terasa berdosa dan tercalar imej yang aku pertahankan, lalu kataku, aku hanya hendak mengetahui cerita tentang dia itu. Lalu ku keluarkan poster cun yang tertera beberapa foto bahagia dia dan isteri, waktu itu dia masih bercermin mata berserban dan berbaju ala Raihan, sementara baki majalah yang lain ku beri pada si Helmi. Poster cun itu masih tersimpan di dalam folder bersama surat-menyurat dan sijil-sijilku.

Aku biasa mendengar dia berceramah sewaktu slogan refleksi penghijrahannya bergema dan bercetak pada poster yang bertampalan. Memang lucu, ditambah suaranya yang cukup merdu berlagu dalam sela-sela hujah. Habis semua artis dicandeknya, Awie datang ke rumah orang mati dengan motor Harley Davidsonlah katanya. Juga katanya pernah jumpa set-set Wings yang katanya suruh dia jalan terus sementara diorang follow dari belakang, menampakkan keyakinan dia kepada artis-artis seangkatan dengannya untuk turut berubah. Aku terfikir juga pada ketika itu, meski tertawa dengan leluconnya, ada harapan artis-artis pakat bermusuh dengannya. Lagipun, menyebut nama individu dalam ceramah, apatah lagi berbaur candek sangatlah kurang menyenangkan. Ketika itulah kali pertama aku mendengar nama sebuah tempat di utara disinonimkan dengan Copenhagen di Denmark. Pada penghujung ceramah yang aku dengar, dia promosi produk tertentu yang dibawanya bersama.

Kata ayah aku beberapa ketika selepas ceramah, ada pesara cikgu di tempat aku tidak senang akan kehadiran dia. Ayah aku menghujahkan padaku tentang Umar Al-Khattab. Aku pula dengan alasan yang sedikit berbeza, bahawa setiap orang ada masa silamnya, demikian apabila ada usaha untuk kembali ke pangkal jalan perlulah ada dorongan dan sokongan tanpa melihat dengan pandangan penuh sangsi. Seperti halnya penagih dadah yang kembali ke pangkuan masyarakat, kalau kehadiran mereka tidak diterima alamat kembalilah mereka kepada kehidupan lama.

Sebelum itu, dalam ceramah-ceramahnya dia lebih cenderung mempromosi marhaban dan barzanji sebagai kesenian Islam yang wajar dipraktiskan sesuai dengan fitrah seorang Muslim. Suatu ketika, semasa aku menetap di Putrajaya dan selalu membeli-belah item-item tertentu di Warta Bangi, aku terlihat dan beli sebuah kaset berlabel indie yang memuatkan lagu-lagunya selain kaset alunan marhaban dan barzanji. Pada masa itu aku terdetik, bahawa sangat sukar untuk melupakan terus bidang seni yang suatu ketika seseorang itu pernah menjadi sebahagian daripadanya. Walau bagaimanapun, aku masih terasa o.k. sebab dia setakat berkecimpung secara bawah tanah dalam dunia hiburan. Mendengar kasetnya itu, harus diakui walaupun suara dia sedap tetapi lagu-lagu tersebut sukar hendak aku layan sangat, tak masyuk kata orang sekarang. Pada masa itu dia masih berjual kitab-kitab agama di sebuah toko buku di negeri kelahirannya.

Zaman berlalu pusaka bergilir, tahu-tahu aku terbaca hasratnya kembali ke dunia hiburan arus perdana. Hatiku berkata, dia bakal menjebakkan dirinya ke dalam dunia fitnah. Sebabnya, dalam tempoh masa yang sama, telah disepakati berdasarkan contoh kontemporari yang akan kekal klasik, bahawa seorang individu takkan mampu mengubah bi'ah sedia ada yang diselubungi perkara-perkara lagha dan menyimpang apabila terjun ke dalamnya, bahkan individu tersebut yang perlahan-lahan akan menyerap unsur-unsur dalam persekitaran berkenaan hingga akhirnya dihanyutkan arus fitnah. Tambahan pula, aku masih belum pasti bagaimana dia akan menghadapi artis-artis yang pernah dikutuknya dalam ceramah sebelum-sebelum ini. Barangkali dia mengambil pendekatan seperti Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berdakwah di kalabun malami di kotaraya Mesir. Tapi Asy-Syahid tekal dengan prinsipnya, bahkan Ikhwanul Muslimin pun tidak dihinggapi fitnah lantaran uslub beliau. Tapi dia ini bagaimana? Mampukah dia?

Islam tidak mengehadkan pakaian-pakaian tertentu, asalkan menutup aurat sudah memadai. Hanyasanya, apabila dia meninggalkan serban dan jubah lantas mengenakan pakaian lain yang lebih moden dan ranggi, aku mula berasa ragu. Aku tertanya-tanya sendiri, bukankah ada orang yang masih berserban dan berjubah tetap disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat; kawan mahupun lawan. Yang penting kualiti yang ada pada diri, dan tahu pula membawa diri. Pada hematku, biarpun uslubnya adalah untuk mudah mendekati golongan muda, namun aku terkesan bahawa unsur-unsur komersial yang lebih mendominasi. Hinggakan apa yang dilakukannya setelah masuk kembali ke dunia hiburan arus perdana bercanggah dengan hujah yang pernah dia utarakan semasa ceramah. Contohnya, bagi menyokong kenyataan kalangan tertentu yang menyatakan suara wanita ialah aurat, dia pernah katakan bahawa antara sebabnya ialah mengasyikkan pendengar, maka sebab itu wanita tidak boleh memperdengarkan bacaan Al-Quran di khalayak ramai ataupun melaungkan azan. Tetapi sebaik sahaja dia kembali ke dunia lamanya, dia bahkan berduet dengan penyanyi wanita meskipun lagu yang didendangkan condong ke arah kerohanian. Manakala kalangan yang menentang keras memperdengarkan suara wanita di khalayak menerusi sebarang medium termasuk nyanyian ternyata konsisten dengan prinsip mereka, dia ternyata tidak konsisten dengan pendiriannya.

Hampir terkini, aku lihat dia semakin mencapah, dan tidak ketara usaha dia untuk meminimumkan kalaupun tidak mampu menutup langsung ruang fitnah. Dia tidak kelihatan istiqamah dan thiqah dalam menjaga statusnya sebagai orang yang terpandang dalam masyarakat. Hanya katanya, "Jangan bangkitkan fitnah yang sedang tidur". Apa barang punya kenyataan itu? Menjawab kesangsian tidak juga. Kalau orang biasa pun harus berhati-hati dalam menjauhkan diri dari fitnah yang antara lain melibatkan wanita, dia seharusnya lebih berhati-hati berkali-kali ganda. Kerana kesan fitnah sangatlah dahsyat, apa yang pernah diceramahkan olehnya walaupun bermanfaat akan serasa jadi nihil sia-sia. Bukan itu sahaja, kiranya ada lagi orang lain yang dalam proses penghijrahan buat kembali ke pangkal jalan, masyarakat akan melihat dengan penuh prasangka.

Akhirnya semuanya jadi terbarai, tak mampu diselamatkan lagi.

Nota : Perkataan fitnah dalam ayat 191 surah Al-Baqarah, "Wal fitnatu asyaddu minal qatl" bukan bererti "fitnah" dalam erti kata yang biasa difahami. "Fitnah" dalam ayat tersebut bererti "syirik". Maka maksudnya, "Dan syirik itu lebih dahsyat daripada membunuh".

Saturday, May 23, 2009

ADILA...

Zaman belum ada pelbagai saluran radio swasta lagi di Malaysia, antara saluran radio yang paling top ialah Radio 1 RTM. Ada satu slot yang power. Bunyi macam nama adik aku. A-ku DI-a dan LA-gu.

*****

Masa aku Form One kat Irshad, ada seorang ustaz nama Ustaz Mahmud. Ustaz ni ajar Pendidikan Islam merangkap guru untuk kelas tarannum waktu petang yang diwujudkan semula selepas beberapa tahun. Pada masa tu, usia dia dalam lingkungan 50-an, tapi still smart. Tak biasa lagi aku nampak dia pakai kepiah ka songkok ka. Kereta pun boleh tahan bergaya jugak la. Satu hari aku pernah sembang dengan ayah aku cerita pasal dia ni. Rupanya ayah aku kenal akan ustaz ni dan suruh aku kirim salam. Kata ayah aku dia ni geng-geng Ghazal Party jugak ni.

Satu hari, selepas tamat waktu mengajar dia kat kelas aku, on the way dia nak keluar tu, aku yang masa tu berdiri kat meja kedua paling hampir dengan pintu keluar pun haba' kat dia kata ayah aku kirim salam. Aku cerita la kata ayah aku kenai dia masa dia dok menyewa rumah belakang rumah Allahyarhamha Mak Cik Siti kat Permatang Bertam tu. Cuma part Ghazal Party tu aku tak sebut la. La ni bila aku kenang-kenang balik, dan banding dengan prejudis zaman berkerjaya ni, kalau ada orang kirim salam mesti rasa suspicious lain macam. Dalam erti kata mudah, kirim salam ada makna tu. Masa dulu haba' kata kirim salam memang takdak apa-apa kepentingan pun.

Berbalik kepada cerita Ustaz Mahmud ni, masa dia mengajar kat kelas tarannum petang-petang tu, dia pernah sebut kata nak belajar lagu ni kena gila-gila sikit, kena selalu bermain-main dengan suara. Lalu dia pun demo la depan-depan budak-budak kelas yang berapa cangok saja tu. Kalau ikut vocab aku la ni macam humming la.

Tapi bukan hat tu yang aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ni ialah satu masa dalam kelas, rasa-rasa aku kelas tarannum, dia ada menyanyi sebaris dua lagu ni. "Boleh boleh boleh... boleh kata boleh, janganlah tak boleh tapi kata boleh...". Mat Fudge masa tu cukup teruja dengan senikata lagu tu sampai dok ulang-ulang dalam kelas. Aku pulak masa tu rasa macam pernah dengar lagu tu. Bunyi macam cover version lagu Arab. Akhirnya memang confirm, tu lagu yang penyanyi dia aku suka atas banyak sebab, satu sebab sama-sama orang Pulau Pinang. Aku tujukan lagu ni kepada Dek Zek, salah sorang ahli kumpulan Rikie Boys in case aku tak dan pi kenduri dia Ahad depan.

http://www.youtube.com/watch?v=8eZ_iOA-jfg

*****

Sejurus aku balik dari KB hari tu, aku jadi keterujaan dengar lagu-lagu dialek Kelantan thru YouTube. Ni salah satu lagu yang aku masih teruja sampai la walaupun takat dengar sekali-sekala. Lagu ni asalnya lagu filem Hati Milikmu (Dil Hai Tumhara). Cuma atas daya kreatif orang yang upload lagu ni kat YouTube, dia sudah kasi selarikan klip video filem tu dengan lagu yang Khalifah menyanyi ni.

Part yang aku rasa paling touching adalah masa intro lagu ni yang bersekali dengan pergerakan kamera perlahan-lahan menghampiri close-up salah seorang watak utama melambai-lambai dengan memegang tangan boneka. Pergh, giler ah ding dong. Isk, isk, isk.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru, Cikgu 2...

Saat (bukan rokok brand Saat tu) yang paling tidak terlupakan ialah pada penghujung tahun 1991. Waktu itu seperti biasa perhimpunan pagi. Guru-guru kanan berucap kat atas pentas batu kat depan sekali. Murid-murid berdiri dalam barisan (atau barangkali lebih tepat lajur) mengikut darjah. Para pengawas termasuk aku berdiri di belakang depa, kunun-kunun mengawasi ketenteraman awam. Tengah baik punya dok mengkhusyuki ucapan dan memerhati gelagat member-member yang dah lenguh kaki berdiri lama-lama, aku terperasan cikgu kelas aku, darjah 6 Anggerik, Cikgu Rosdi berjalan menghampiri tempat aku berdiri. Biasalah, cikgu-cikgu pun rajin jugak berkelewa' kot belakang tu, memastikan murid-murid dalam barisan dalam keadaan teratur. Cikgu Rosdi ni masa sekolah dulu character dia macam aku la ni la. Tapi yang berlain daripada aku ialah mata dia selalu merah, tak tau pasaipa. Dia ajar bahasa Melayu. Kategori pertengahan antara cengei dan kelakar, tapi bukanlah spesies cikgu yang aku benci. Aku terkesan kadang-kala dia berlawak jenaka bernada candek tapi muka serius.

Sekali tu entah macam mana, tau-tau Cikgu Rosdi dah berdiri kat sebelah aku. Dia masa tu memang tembun sihat walafiat, aku masa tu kemerei saja tinggi pun lebih kurang 145 cm berat ntah tiga empat puluh kilo (bila aku tulis ni terbayang pulak Giant dengan Nobita, warghahaha!). Tau-tau dalam aku dok berdiri tegak dalam keadaan senang diri tu, Cikgu Rosdi bisik kat aku, “XXX, kamu dapat 4 A!”. Masa tu aku tak tau macam mana nak berreaksi. Sebabnya adegan dan info yang tak disangka-sangka, dan aku memang tak bersedia. Semua bercampur-baur, terkejut, seronok semua cukup. Aku seperti biasa la control tersenyum terkerenyih, tapi dalam hati dah kembang berbunga-bunga. Tak sangka pulak result UPSR dah keluar. Babak bisik-bisik tu kalau buat adegan drama baguih tu. Mungkin tu satu kebanggaan buat seorang cikgu yang anak murid kelas yang dia jaga berjaya.


*****

Sorang lagi member seangkatan dengan Cikgu Rosdi ni ialah Cikgu Shahidi. Cey, pagi-pagi dah sampai dah dengan motor dia sekali dengan Cikgu Shaari. Dah sampai tu, cey, sikat-sikat rambut dulu tengok side mirror motor. Orang tengah muda trang tang tang. Ntah depa sedar tak sedar budak-budak tengah dok perati.

Character dia ni memang kontra la. Cara dia mengajar memang penuh bersemangat. Tapi aku terganggu sikit dengan slang dia tu sebab tak macam orang utara, biasalah Penang kia, memang pantang denga' slang e, e, ni. Cuma yang aku pelik masa tu setau aku dia dok kat Simpang Empat Tasek dengan mak dia. Maklumlah, kawan baru keluar maktab. Bahasa pun macam berirama senandung semalam, bekas pemidato katanya. Pernah bertanya kelas 5 Anggerik kamu pernah tengok dak saya masa pidato apa ntah. Ish, setau aku yang selalu tengok rancangan tivi termasuk Pidato Piala Diraja masa tu takdak pulak aku perasan muka dia.

Macam-macam pendekatan dia masa mengajar. Antara yang aku tak boleh lupa ialah masa mengajar subjek Alam dan Manusia. Dia sebut matahari senyum kat bumi, bumi senyum balik kat matahari. Lepas tu dia suruh budak-budak kelas aku volunteer pi explain kat depan. Ada sorang member aku ni, Norhazana binti Mohd. Salleh namanya, extrovert dan berani buat apa yang dia suka, hentam pi ulang balik apa benda yang Cikgu Shahidi sebut termasuk bab-bab senyum tu. Kalau aku jangan harap aku nak explain macam tu.

Pendekatan dia tu ada antaranya aku tak boleh terima. Contoh, sambil-sambil dia mengajar tu kalau dia nampak ada kawan-kawan aku dok gelak ka tak fokus ka, maka dia akan punggai kapur tulis. Kadang-kadang duster pun dia punggai sekali. Aku tak tau la kalau pedagogi ajar macam tu, tapi aku memang tak setuju dan tak suka. Mesti ada cara lain yang lebih baik.

Selain tu, Cikgu Shahidi juga wujudkan sistem bintang untuk budak-budak darjah 5 Anggerik bagi subjek Alam dan Manusia. Senarai nama ditulis pada sekeping kad manila warna merah dan dilekatkan kat papan kenyataan belakang kelas. Setiap pencapaian yang baik, dalam ujian ka, apa-apa ka, satu bintang akan diletakkan di sebelah nama depa. Aku masa tu memang teruja mengejar kecemerlangan dalam erti kata bintang-bintang ni. Sampailah satu hari, masa ujian ada soalan pasal nyatakan nama-nama empangan kat Malaysia. Dalam buku teks Alam dan Manusia yang aku study sebelum tu aku memang ingatlah nama-nama empangan yang ada. Dalam ujian aku saja pilih untuk tulis Empangan Kenering instead of empangan lain yang lebih terkenal. Sekali masa dapat keputusan dia pangkah jawapan aku tu. Kemudiannya siri-siri benda-benda sentul seperti eksperimen kumpulan untuk membuktikan sifat-sifat udara tapi tak diterima menyebabkan aku dah tak peduli pasal bintang-bintang ni dan subjek Alam dan Manusia. Aku memang dendam dengan segala benda yang berlaku kat aku, kiranya subjek Alam dan Manusia tu bagi aku dah gone case la. Hari periksa akhir tahun aku jawab macam biasa saja la, tak la teruja sangat macam aku jawab soalan subjek lain. Sekali buleh dapat pulak hadiah pelajaran terbaik masa hari ucapan dan penyampaian hadiah. Kah, kah, kah.

Satu lagi yang aku tak buleh lupa pasal Cikgu Shahidi ni ialah masa darjah 6 Anggerik. Satu hari aku tertinggal blazer kat kelas, ntah macam mana buleh lupa langsung-langsung. Lama jugak aku dok heghan mana pi blazer aku ni, cari kat rumah pun tak dak. Esok-esoknya bila dia tanya aku pasal tu aku kata dak. Sebab memang aku tak ingat langsung aku ada tertinggai blazer. Rupa-rupanya dia dah panjangkan benda tu kat Guru Besar. Apa lagi, si Mustaffa bin Yaman tu pun bagi tazkirah kat aku kat bilik dia. Tu la first time aku kena panggil dengan Guru Besar, kena berletia' pulak tu. Pada hemat aku masa tu, Cikgu Shahidi tak perlu panjangkan benda tu, cukup kalau dia nak sound aku secara peribadi kalaupun dia rasa aku cuai dan tak mengaku. Dah memang character aku, nampaknya sekali lagi aku berdendam kat dia. Sebab tu beberapa tahun kemudian masa adik-adik aku kata dia kirim salam apa semua aku rasa tawar. Aku biasanya ambil masa yang lama untuk buat macam tak kisah dengan semua yang berlaku.

Tapi ada juga perkara yang lucu membabitkan Cikgu Shahidi dan aku. Perkara yang juga menunjukkan betapa innocentnya aku pada masa tu. Satu hari, masa hari-hari terakhir sebelum meninggalkan alam sekolah rendah, di darjah Enam Anggerik. Masa tu kan penyakit AIDS tengah popular. Dan ada beberapa kaedah pencegahan daripada menularnya AIDS diwar-warkan. Ada budak pompuan nama Saliza binti Yaakob sebut satu perkataan ni. Lepas tu hat budak-budak lain pakat gelak. Aku pulak masa tu tak pernah dengar perkataan tu. Tanya depa tak mau haba'. Tanya cikgu depa kata. Jadi aku pun tanya la Cikgu Shahidi. Ya la, budak-budak, sifat ingin tahu tu tinggi. Tambah-tambah pulak benda yang baru. "Cikgu, kXXXXm tu apa?". Lepas tu kawan-kawan pakat gelak. Hat Cikgu Shahidi ni pulak macam dok control senyum. Tau apa dia jawab? "Kamu ni gatai la". Aku blank. Apakejadahnya semua ni.

*****

Ada sorang Cikgu Matematik aku ni, Cikgu Ali nama dia, dok kat Sungai Duri. Kelas dia simple saja, lebih kepada latih tubi. Aku rasa dia bawak pendekatan sekolah Cina sebab dulu dia pernah mengajar kat sana. Kadang-kadang dia panggil beberapa orang serentak untuk selesaikan soalan Matematik kat depan. Denda dia pun masih disambut dengan hati yang terbuka dan ceria sebab semua tu dilakukan dengan keadaan yang menyeronokkan. Antara denda dia ialah kalau jawapan salah kena berdiri diikuti dengan berdiri atas bangku dan berdiri atas meja. Tapi paling power ialah tarik side-burn ke atas la. Dengan member-member yang kena tarik side-burn tu macam nak terangkat sekali.

*****

Masa aku darjah enam juga, ada sorang ustazah baru pindah dari SRK Methodist, Nibong Tebal. Aku memang suka subjek Pendidikan Islam ni walaupun tak ditanya dalam UPSR. Masa ni la aku menambahkan info khususnya dalam bab-bab tajwid.

Nak dijadikan cerita, aku dipilih sebagai wakil sekolah dalam tilawah peringkat zon. So, ada masa-masa tertentu sementara member-member lain dok belajar, aku kat surau dengan ustazah tu baca Al-Quran. Takdak tips apa sangat yang dia bagi. Cuma menghalusi dari segi tajwid. Pertandingan kat SMK Valdor, baru ditubuhkan masa tu untuk menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai kat Barakbah. Pentas merupakan meja-meja yang disusun rapat-rapat dan ditutup dengan alas meja. Aku pun dok la bersila atas tu. Semacam jugak rasa dengan baju melayu sampin songkok apa semua. Nu kat bawah semua orang dok perati tu. Cuma pentas tu tak la tinggi sangat, tidak kalu mau gayat.

Masa tu la baru dengar peraturan tempoh masa bacaan. Cuma nasib baik ayat-ayat yang nak dibaca tu tak ditentukan oleh hakim. Jadi aku baca la ayat-ayat yang aku biasa baca. Sebab tak berlatih pun nak adjust bacaan dalam tempoh masa tertentu, aku pun baca la ikut suka aku. Agak-agak dah lama aku pun berhenti. Bila aku turun dari pentas tu, ustazah kata aku baca sat sangat. La, tu ka, aku dok ingat dalam hati, mana nak perasan, bukan dok tengok jam pun.

Ada sorang peserta dari SK Sri Tasek. Tengok macam kenai. La, si Yusri rupanya. Dulu pernah sekelas dengan aku sebelum dia bertukar. Aku dengar bacaan dia, macam ada harapan dia jadi juara. Ustazah aku pun kata dia tu buleh menang.

Hakim-hakim masa tu disilangkan, hat ustaz sekolah menengah jadi hakim tilawah untuk peserta sekolah rendah dan begitulah sebaliknya. Salah seorang hakim yang mengadili bacaan kategori sekolah rendah ialah Tat, ustaz kat Barakbah yang kemudian jadi ADUN tempat aku.

Bila keputusan diumumkan satu persatu, nama aku tak tersenarai. Hmph, pakai takdak dah aku kata. Masa tu aku dah bukak sampin dah. Tau-tau sampai pengumuman tempat kedua, aku la tu kot aku dok ingat dalam hati. Rupanya si Yusri tu. Abih, takkan aku takdak nombor kot. Rupanya buleh kat aku johan zon tu. Terkocoh-kocoh aku pakai sampin pi ambik sijil kat depan tu. Sijil tu dah la tebal, tulisan jawi pulak tu, pergh, tu yang mahai tu.

Dah selesai tu aku tanya ustazah, lepas zon ni ke peringkat mana pulak. Ustazah ni macam malas nak jawab. Aku pun hairan. Rupanya bila aku masuk Irshad baru aku tau dalam tilawah tu aku kekurangan aspek tarannum. Baru aku tau bayati, hijjaz, nahawand apa semua. Aku juga jumpa johan-johan tilawah dari daerah yang lain. Suara depa memang dahsyat. Antaranya Allahyarham Yap dan Mat Fudge. Yang ironi tu, masa aku Form Four aku jumpa pulak dengan budak yang aku kalahkan masa tilawah peringkat zon, dari Sungai Kechil ka Sungai Setar ka tak ingat pulak aku. Tapi tu la, dia PMR kat Al-Mashoor dapat 9A lepas tu pi KISAS. Yang aku ni pulak makin mandom kat Irshad. Tu la putaran hidup.

Berbalik kepada cerita ustazah tadi tu. Mungkin ustazah tu dah perasan dah kekurangan aku masa tu dan takdak masa nak ajar sebab masa singkat. Dan memang payah nak beat johan-johan zon lain, tapi sekurang-kurangnya supporting dan supportive la sikit masa aku bertanya.

*****

Beza betul dengan masa aku masuk pertandingan kuiz bahasa Inggeris peringkat zon dulu secara berkumpulan. Miss Liew nampak teruja dengan kemenangan kami, walaupun dia antara wanita Cina terakhir kat sekolah aku yang dekat 100% cikgu Melayu, tapi dia sentiasa bersemangat. Siap belanja makan bihun kat kantin. Special dah la tu sebab pinggan kaca tu cikgu-cikgu la selalu guna. Ada hiasan-hiasan cabai bawang goreng sikit atas bihun tu. Walaupun masa tu markah yang kami dapat bukanlah power sangat dan zon lain di Nibong Tebal masa tu ada SRK Methodist yang memang diketahui ketereran depa dalam bahasa Inggeris. Bagi Miss Liew dia positif sungguhpun dia tau kami tak boleh pi jauh sangat pun. Tu la bezanya Ustazah Zubaidah dengan Miss Liew.

*****

Selalunya aku SMS kat Ustaz Azham 'Features' Bachok untuk tanya pasal Bahasa Arab. Tapi member aku ni sibuk semedang. Maka la ni 'terpaksa', aku ulangi, terpaksa la aku bertanya kepada ustazah kat ofis aku ni. Dia ni science stream sekolah agama. Lepas tu ambik kursus sains integrasi di APIUM. Aku pulak masa tu memang selalu pi sana ambik Modul 1 Usuluddin. Aku pernah tanya dia pasai kursus sains integrasi tu, mana tau in future ada la option lebih sikit untuk adik aku Qin yang dulu ketot la ni ghenjong yang ambik subjek berat-berat tu. Boleh jadi dua-dua sekali; ustazah merangkap saintis. Tapi kena hijrah ke ibu kota la. Aku rasa dia pi USM jugak kot.

Ustazah ni ingat aku macam baru-baru nak belajar Bahasa Arab. Ada sekali tu dia offer buku-buku rujukan kat aku in case aku nak pinjam. Kah, kah, kah (sorry, bro, pinjam gelak hang). Dia tak tau aku ni budak Irshad. Tapi perlu diakui di sini bahawa Bahasa Arab dia macam Dek Zek la, mantop. Mana taknya, kawan ambik nahu, saraf, balaghah apa semua, tambah 2 tahun pulak kursus intensif kat Nilam Puri. Aku Bahasa Arab Tinggi pun tak ambik. Kira la ni rujukan utama aku pasal Bahasa Arab ni dia la. Ada sekali aku tanya sama ada ayat "...kullu man yughdhibu ummah au abah yughdhibu rabbah" tu maksud dia "memarahi" ka "dimarahi". Kata dia "memarahi". Jadi maksudnya, "Kemarahan keduanya kemurkaan Allah jua la", bukan "Memarahi keduanya memarahi Allah jua" macam yang Dilah mesej kat aku hari tu. (Pssst, Pian, dia ni la hat aku tanya pasai KS tu).

*****

Kepada semua cikgu yang pernah mendidik aku (termasuk mak aku yang pernah jadi cikgu) sama ada yang aku suka ataupun aku meluat, aku tampilkan rangkap lagu Diri Ambo (Bangkit Asal 2) oleh Halim Yazid. Yang damai abadi tu adalah apabila ustazah tu sebut huruf dhod dalam nama aku macam Halim Yazid jugak :

"...Teghimo kaseh la cikgu-cikgu keghano sudi ajar sayo
Daghi daghejoh satu hinggo jadi maknusio
Mintok hala segalo elmu hok cikgu buwi selamo maso
Di tapok kaki gughu ambo tunduk mintok redho..."




Nota : Jumpa kamek pada minggu-minggu akan datang dalam Operasi 1Saghawak.

Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Buruh, Saudara-Saudaraku...

Antara penyair yang aku suka sajaknya ialah Usman Awang. Sesetengah penyair sajaknya jenis marah-marah. Aku tak suka penyair dan sajak sebegitu kerana tak ber'seni' langsung, tak sesuai dengan jiwa aku. Nak marah kenalah marah guna bahasa penyair, setakat guna bahasa biasa apa beza dengan bahasa mat rempit. Segelintir pula bahasanya jangok sengoti tapi dek comeynyo itu golongan murba pula sukar mengerti. Seperti jua kawan-kawan sekadet sukar menanggapi sajak-sajak Adam Al-Bakafi (hahaha, masuk bakul angkat sendiri, tapi bos yang mengawal selia bekalan air di Pahang sendiri mengakui suatu petang hari-hari terakhir di sebuah cafe di Kuantan). Hanyasanya kalaulah dianalogikan sebagai ulama aku hanyalah kategori mi celup berbanding penyair-penyair mapan bertaraf mi goreng (ai, dan lagi boh sedaih dua tu).

Di sinilah ketersendirian Usman Awang, sajaknya berwasatiah. Seperti jua sajak Chairil Anwar, sajak Usman Awang lebih mudah difahami, dekat dengan kehidupan rakyat terbanyak, sentiasa merakamkan detik-detik penting dalam sejarah negara namun masih mewah dengan keindahan bahasa walaupun kalau diamat-amati dia memang candek merata baik punya. Satu mata tambahan berbanding sajak Chairil Anwar yang bertema sama ada serius atau romantis ialah sajak Usman Awang terkadang berbumbu lucu meski dan lagi pekena selagu.

Barangkali kekaguman aku bersusur-galur (wah, macam intro entri pembangunan mampan pula) daripada zaman membaca sajak "Ke Makam Bonda" dalam buku teks Bahasa Melayu semasa sekolah rendah. Tersebak anak saudara pupuku si Aniza (yang ironinya tua bulan daripada aku) sewaktu pertandingan peringkat sekolah, menyebabkan kejuaraan kategori puisi terlepas dari genggaman darjah Enam Anggerik. Punyalah tajam menikam menyentuh lubuk hati yang paling dalam sajak Usman Awang nan itu.

Sempena Hari Buruh, aku tampilkan sebuah sajak Usman Awang; terhasil pada tahun 1971 mewakili golongan mustadh'afin macam aku. Walau darjah keperitan berbeda; ada yang setiap hari dibakar terik mentari sedang aku seringkali digigilkan suhu kantor yang sejuk gedi, hakikatnya kita sesama warga pekerja.

SATU MEI

Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja
Merekalah membina batu-bata
Membancuhnya dengan titik peluh
-bangunan tinggi itu masih jua meminta
lalu diberikanlah nyawanya.

Merekalah yang menyedut udara kotor
Racun gas itu berbaur di rongga
menjalari saraf pernafasannya
menghentikan detak jantungnya
-segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang
debu dan serbuk logam berterbangan
hari demi hari berkumpul bersarang
di jantung dan paru-parunya
-jentera kilang itu masih lagi meminta
lalu kudunglah jarinya
lalu kudunglah tangannya
lalu kudunglah nyawanya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah menggali perut bumi yang sakit
lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja
melindunginya dari pemerasan kejam
-upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.

Merekalah mewarisi pusaka zaman
seluar sehelai baju bertampal
tikar buruk di sudut bangsal
tulang selangka dapat dibilang.

Mereka kini menyedari kekuatan diri
Mengubah wajah sebuah negeri
Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi.

Tuesday, April 21, 2009

Aku Bukan Budak Minang, Aku Budak Pulau Pinang...

"Ambo nok sabung kesoh dighi sendighi
Doh adik kakok kapung pakak nok denga lagi..."

Sekali Halim Yazid Diri Ambo (Bangkit Asal) 2 la pulak. Tu intro jo baghu tu, bukan eh apo, dah ghamai bonar tanyo kek den bilo laie nak update blog ni hah, den memang pantang dicabar punyo, apo laie. Kigho-kigho bahaso den kali ni lobih kughang maso Ito duet dongan Mat Glamour lagu Lamo Tok Jupo la. Soghang Kelate soghang Nogoghi, ambik kau.

Kali ni ese cumo nak cito kek kau pasal advencer ese ke kampung bang bil. Advencer den biaso la, tak lain tak bukan poie buek siasatan la, nak tengok botul ko tidak cagho dioghang tu, kalau dioghang sosat jalan, nak yo den sughuh dioghang balik kek pangkal jalan. Nak pesan kek dioghang jangan pilih jalan hitam la sonang cito. Eh, macam cito anak usop selam pun ado (apo, ekau tak pueh hati ko, kang den hontak dongan helmet ni kang sajo yo).

Tongah haghi tu (biaso la, mesti la tongah paneh, nasib baik den tak motong gotah), eden boghonti rehat pukul 12 suku. Humang ai, apo copek bonar, monteng ko? Monteng abah kau, dah haghi Jumaat, sapo lak nak tunggu laie, ado yang balik ambik anak, ado yang poie melantak. Eden dengan drebar biaso la, jalan kaki yo poie Masjid Nogoghi ke sanum jalan. Sampai yo den kek situ, omak ai, kocik yo masjid, Masjid Nogoghi Pulau Pinang bosar laie.

Kek dopan pintu masjid tu ado soghang dongan baju melayu siap dongan songkok samping bagai. Ado karpet meghah lak tu. Eden dah syak dah, ini tak lain tak bukan mesti ado VVIP tughun ni. Eden ghaso eden tau sapo.

Dah solosai sembahyang sunat apo semua, tongah rileks-rileks ontok-ontok, sokali nun jauh kek pintu dopan dah sampai ha VVIP yang semuo oghang bosar-bosar tunggu sikit punyo lamo. Sapo laie, Yamtuan Bosar la, serius yo muko dio, tapi eden nampak cagho dio salam dengan oghang memang mesro alam la den cakap kek kau, takdo la macam oghang lain, takat hulur tangan yo. Yamtuan Bosar ni memang pogang tangan botul-botul, siap taghik tangan dio sendighi dokek dado lopeh salam macam oghang kito biaso buek. Patut la dioghang baco Yasin maso dio confirm naik takhto. Sobab dioghang ghaso cagho dio dokek kek ati. Sobab-sobab lain dioghang tau sendighi la, maleh den nak cito. Cumo pendek kato dioghang ghaso pueh hati.

Khutbah haghi tu tajuk dio, "Kasih Sayang Pupuk Kesejahteraan Ummah". Eden tulih kek bolakang resit dobi warno meghah. Antaro cito eh pasal kucing dongan ular buto oleh Malik bin Dinar. Kucing tu sambar daging kek tangan Malik bin Dinar, lopeh tu campak kek dalam lubang yang ado ular buto tu. Ado cerito pasal proses peralihan saf kepimpinan. Ado cerito pasal peristiwo ponting kek Nogoghi Sombilan, penghargaan dan menjunjung kasih kek Tuanku Ampuan Besar Aishah.

Dalam banyak-banyak cito tu, den paling suko kek doa khutbah. Tingat dengan doa macam Ustaz Mat Masjid Daerah Jawi selalu baco, bunyi macam sajak pun ado. Antaro kandungan doa tu, "...kitab Al-Quran dan hadis nabi akhir zaman". Ado pulak disobut malayuwiyyah, yang ni den paham makno eh melayu la. Ado pulak den dongar macam amanuniyyah, yang ni ontah la camno den nak kato, bunyi eh satu macam lak ai. Tapi kalau botul pun takdo la den heghan bonar, biaso la tu, kek mano bumi dipijak, kek situ eh langit dijunjung. Samo la macam doa khutbah yang den dongar kek Masjid UIA Petaling Jayo, "...sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan...".

Dah solosai sembahyang, den peteng daghi jauh yo lah Yamtuan Bosar berangkat balik. Sopanjang laluan keluar masjid tu ghamai jugak jemaah termasuk imam, siak bagai angkat sombah dan salam dongan dio. Terharu jugak den tengok adegan camtu. Bukan eh apo, kek sotongah nogoghi tu keto ghajo pun kono ketuk. Dah la tu, ado pulak yang tolontang kek tongah jalan rayo. Boseit dongan tali pinggang yo lain kali dioghang tu, baghu padan eh muko. Bingai bonar.

Potang tu dah solosai meeting, si ketuo jabatan pun buek ghamah tanyo den bujang lagi ko. Maso ni teringat den cito cikgu Shidi kek Kolej MAS maso dio praktikal kek mano ntah, camtu la lobih kughang lawak yang dio kono. Sbona eh den maleh nak layan bondo-bondo bingai macam tu, tapi dah kek tompek oghang, layan yo lah. Ado pulak assistant kepado ketuo jabatan tu buek lawak ompong pasal suku-suku ni. Den sonyum yo, padahal dalam hati bukan eh den suko lawak spesies lahabau camtu. Woi bungko, mulut puako botul la kau, nak kono sosah ko?



17 April 2009 (Jumaat)
Darul Khusus

Wednesday, April 15, 2009

Anak Mami Kembali (Ke Kelate)...

Sambil2 menaip, sambil2 cari format APA, MLA, Chicago dan yang sesuai untuk tulis rujukan, sambil2 print entri pembangunan mampan, jantung dok dug dag dug dag pasai dok segheyau dan ka tak dan perabih. Nu pukui 10.10 pagi flight pi KB pulak nu. Aku pulak kena pastikan aku sampaikan entri tu kat ofis tanpa tersangkut dengan traffic jam time pi dan time balik pagi2 tu. Keadaan memang cukup getir masa tu. Belakang pun dah rasa sakit, kaki-kaki pun dah habis lenguh, kepala rasa berat, mata pun sembah mohon derhaka nak rehat. Tapi aku cuma layan permohonan depa tu seadanya sebab aku tak mampu menjejaskan perancangan. Sebarang kelekaan mahupun masa yang dihabiskan tanpa sumbangan langsung kepada penyiapan entri akan hanya menghuru-harakan suasana. Mungkin berkat kopi Radix tanpa susu mai secawan yang aku minum kat kedai mamak malam tadi aku gagah bertahan. Ni baru tulis entri, dah huru-hara, lagu mana pulak kalau buat Master, mau tinggai sekepin aku.

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan entri pembangunan mampan, mengambil langkah-langkah yang terdaya untuk mengelakkan serangan trojan yang dah merongrong kedua2 pendrive dari memusnahkan assignment aku (pergh, kalau kena jugak mau perasaan aku bercampur-baur nak tegheyak ka nak doa supaya pencipta virus tu ditimpa bala) yang menyebabkan aku tak tido' selama 24 jam, akhirnya secara tercipta buat julung-julung kalinya. Aku start kereta pukul 5.30 pagi, bergerak menyusur lebuh raya dan sampai di ofis sebelum pukul 6 pagi. Assignment diletakkan di bawah buku catatan pak guard berserta nota yang ditulis di belakang kertas maklum balas pelanggan Federal KL. Dah tak dak tempat yang sesuai, apa nak buat. Takkan nak perosok dalam tempat bekalan elektrik tu pulak, satgi tak pasai2 jadi kes lain, tak aku pun orang yang nak ambik entri tu.

Seperti perjalanan pergi, perjalanan balik juga begitu lancar. Alangkah baiknya kalau jalan kat KL ni hari-hari siang pun macam ni. Rasa macam keadaan yang lengang masa cuti raya puasa pun ada. Tapi mengharapkan jalan di KL yang kereta tak payah menguet macam kura-kura ibarat mengharap sinar menelan kabus mat jais lissukun la. Tapi memang damai abadi la, walaupun cuak dok ada lagi sebab entri tu masih perlu diprint cover dia, dibinding, disave fail2 soft-copy dalam disket seterusnya dihantar ke The Mines oleh member sejiran seofis sekursus aku.

Apa2 pun jalan memang hening, perut pun memang kena top-up dah sebab makan pun tak ketahuan hala nak siapkan entri punya pasai, roti Gardenia kat rumah pun Subuh2 masa aku siapkan entri (dalam erti kata tak submit lagi) pulak dah expired pagi tu. Tapi advencer gelap-gelemat aku diteruskan dengan singgah di masjid di atas puncak bukit. Selama ni dok pasang niat saja, tapi tak jadi-jadi jugak. Kali ni dengan tekad semangat penuh membara rakan muda maka sampailah jugak aku kat sana. Baru menapak pi masjid orang dah bagi salam. Takdan jugak la nak berjemaah islamiyyah malaysia. Tapi niat murni perlu diteruskan walaupun aku dah lama tak masak dengan minyak seri murni sejak tong gas habis belum berganti.

Tengah baca Quran (maklumlah, nak cari ketenangan), sekali aku tengok ada jemaah lelaki yang dok usung papan rehal dan kitab (pada pandangan aku la dari kejauhan) berkumpul buat halaqah yang dipimpin oleh seorang ustaz yang nama dia for sure bukan ahmad shukri. Aku dok pikia' nak join ka tak mau join. Nak join kalu aku bukan tau depa guna kitab apa. Kalau aku tau pun bukan aku ada kitab tu. Adab menuntut ilmu at least kena la bawak kitab yang nak belajar tu. Satu lagi aku malas nak usung seluar slack aku tu pi depan. Last2 aku buat bodo teruskan bacaan Quran aku tu tapi tak berapa puas la sebab suara kena slow. Sambil aku baca Quran, yang jemaah2 yang dok ada ni pakat dok ulang apa ayat Quran yang ustaz ni baca. La, belajar baca Quran ka aku dok ingat dalam hati, ingat kot baca kitab.

Bila aku dah nak keluar dari masjid baru aku perasan tu kuliah tafsir, sebab aku dengar sayup2 ustaz tu macam bagi ulasan. Ntah, tak faham aku. Anyway, ramai jugak geng2 elit yang dah pukul 6.30 pagi lebih pun dok ada kat masjid lagi termasuk muslimat yang dipisahkan dengan dinding kayu mudah lipat kat belakang aku. Depa ni tak kheja makan gaji ka. Sebab kalau hang makan gaji tak kira la swasta ka gomen ka, pukul 6.30 pagi tu hang mesti tengah dok kalang-kalibut bersiap nak pi ofis.

Meneruskan survival aku pagi tu ialah acara memberi ganjaran kepada diri aku sendiri yang dah penat tak sangga. Hanyasanya aku tak buleh lena lagi sebelum waktunya. Singgah kedai mamak dekat rumah, pekena nasik lemak yang rupanya ada terjual pagi-pagi macam tu (ya la, mana pernah2 aku pi kedai mamak waktu Subuh, tak dak kheja aih), pekena sekali lagi kopi Radix tak boh susu. Merelakskan sendi-sendi badan dan perasaan yang sebelumnya di bawah tekanan.

Teksi yang diorder pun sampai juga. Masa tu aku dah rasa kepala semakin berat, mata pun cuba nak bukak tapi ternyata sangat letih. Akhirnya sampai ntah kat mana, sedar2 aku dah menegheloh lebih setengah jam. Nasib baik mata aku tak kena eye-bag macam SRK.

Menjejak kasih dengan kawan sepemantauan semasa di Federal. Makin banyak kheja yang bukan2 kata dia. Ada yang masyuk banyak yang lillahi ta’ala. Tambah dengan penstrukturan semula agensi2 Federal Lain ni, dia dah buleh baca dah bala apa lagi nak timpa ataih batu jemala dia. Tapi apa pun dia kat kampung sendiri, lain la jugak. PTK pun dah lulus akhirnya. Yang dahsyat tu masa dia mai ambik kat Hotel Raudah, pergh, naik X-Trail tu, siap ada logo baru Federal lagi tu. Giler beza dengan zaman pemantauan aku dulu, hanya bertemankan Kanc masuk ulu banat cherok tok kun semua. Kesian kat Kanc aku, dan aku juga. Dah la dok tempat orang, memang tak bley blah la.

Esok program aku 8.30 pagi. Tapi member aku ni dari acara makan2 dan sembang2 tepi riverview, lepas tu jalan-jalan tengok pesta pembaziran zaman gawat, lepas tu sambung makan lagi kat mana kopitiam ntah. Lepas tu member PSP dia ajak makan lagi. Tersangatlah tak sihatnya aktiviti begitu, mata aku dah mengantuk dah, maklum la orang selalu tido' awai. Anyway, aku taklah belasah makan di ketiga2 lokasi, hat dua lokasi terakhir tu takat minum sikit2 saja. Balik bilik pukul 1 pagi lebih baru buleh lena, nu dok buat penyeliaan Travian aku tu. Hampeh betul puak2 musuh tu, pantang aku nak buat perancangan kampung ada saja geng2 jemuan dok mai serang, nak hasil usaha la sendiri, dasar penjajah betul la.

Habis tugasan di pejabat Gabenor, aku dan bos pun balik ke hotel. Receptionist kata kalau nak lepak2 kat bilik sementara tunggu flight pukul 8 malam pun tak buleh lebih pukul 2 walaupun dah check-in. Apa punya perangai hotel ni, aku tengok sunyi saja pun, lain la kalau ada program sampai semua bilik fully-booked.

Jadinya, sementara nak Zohor, aku pekena la dulu menu yang ada kat cafe dia tu. Tak la sedap sangat, mahai dah tentu, tapi sebab aku tak selera la dengan restoran2 lain kat depan hotel tu, lagipun kat cafe ni air-cond, maka aku pun pekena la apa yang patut. Sambil2 pekena makan, aku pekena assistant aku sekali. SMS tanya kot2 nak pesan apa. Antara jawapan yang aku harapkan ialah "takpa la, terima kasih". Sekali excited la pulak depa ni. Nak order tudung bawal la, nak order keropok lekor la, buat berat beg aku saja. Tudung tahan lagi, keropok lekor tu yang leceh, lain la zaman Form Five dulu masa buat rombongan pi Pasar Bulu Kubu takpa la simpan dalam bas. Ni nak bawak naik flight, hish, tak kuasa I. Jadi jawapan kepada SMS depa berbunyi, "Saya ajak2 ayam je, haha!". Sungguh uberrimae fide bunyinya. Nada frust di seberang sana. Tak shopping pun aku kata.

Sekali bila aku terkenangkan PTK Lanjutan ampunya angkara, aku pun menapak la ke Pasar Buluh Kubu. Borong sakan jugak la aku, memang tak padan dengan claim outstation aku ni. Budak2 berdua tu katanya tak payah la pulak, tapi menurut kajian bukan saintifik mengenai wanita, depa ni kata saja tak mau, tapi maksud depa tu mau. Lantak hampa la, aku beli jugak. Untuk depa, untuk adik2 aku sekali, untuk mak aku. Cuma hat marka saja aku tak beli. Sebab tak dak. Kah, kah, kah (ai, lain macam punya gelak, nak tukar tiub kot).

Sekali berjeromoh dengan bos aku la, dia tegur aku dulu, aku ni kalau dah fokus kat sesuatu mana nak perasan dah sapa kat sebelah ka hapa ka. Antara motif aku pada petang yang hangat satu macam ialah nak mencari kaset solo Megat Nordin yang terkandung lagu "Ambo Ghaso Bekene". Kaset hat aku ada arrangement dikir barat, tak best sangat. Kata member aku cuba cari dekat2 bus stop. Ada dua kedai, tapi yang aku nak tu takdak, hampeh tul. Ada setengah tu aku tak pasti hat tu ka yang aku cari. Kaset pulak siap wrapped dengan plastik. Maka terpaksalah aku gunakan susunan ayat-ayat yang baik punya tanpa bertutur dialek Kelantan untuk menerangkan bahawa sekiranya memang tu lagu yang aku nak maka aku akan beli. Satgi tak kena gaya tak pasai2 aku kena beli kaset yang takdak pun lagu yang aku suka semata2 sebab plastik dah bukak. Kena pulak time aku pi ni cinta hari-hari rusuhan tengah mekar. Kedai hat mula aku beli jugak la kaset Halim Yazid, sebab ada lagu "Anak Tupai" yang ceria dalam mengajak berfikir dan "Bangkit Asal" yang menyentuh nubari. Ada satu kedai ni, tengah2 dok kelebek ada lagu "Oh Saiba" nanyian Stapa Merak Emas. Ai, hat ni bukan ada satu group tu menyanyi ka. Apa2 pun menarik gak kalau dengar versi dia ni. Aku suruh la brader ni pasang. Memandangkan stereo ni koman spana sampai nak trace track lagu tu pun jenuh, lalu dia tukar ke CD. Senang la cari. Aku pun tekun mendengar lagu tu dengan harapan sama macam lagu yang aku nak. Sekali rupanya saja sama, ritma kencana dia memang saduran sebijik lagu filem Hindustan yang berkenaan. Aku pun cuba explain kat brader yang rasa aku lagi muda dari aku, aku nak cari hat ada satu group ni menyanyi, tajuk yang sama. Masalahnya aku tak ingat nama kumpulan tu. Ingat hati nak saja aku boh selagu supaya dia dapat trace. Sib bait aku tak pi sampai tahap tu. Brader ni terer jugak bab2 ilmu muzik dia. O, hok kumpule Khalifah tu takdok. Lebih kurang macam tu la, aku bukan ingat sangat matan dia. Kagum jugak la aku dengan dia.

Rupa2nya, pasar yang aku pi ni Pasar MPKB. Pasar Buluh Kubu nu kat depan lagi nu. Cis, appa punya turrr. Dah alang2 bersai'e tengah2 panas ni sampai basah lencun baju, slumber joe la aku pi Pasar Buluh Kubu. Buleh excercise sekali. Pasar Buluh Kubu atau Pasar Siti Khadijah ni kalau pi tak sah kalau tak tengok ariel view makcik2 hat meniaga kat tingkat bawah sekali tu. Tapi dah petang meghelop mana nak meriah sangat macam waktu pagi aku pi kira2 13 tahun dulu.

Sebagai ganti kepada keropok lekor, aku beli la serunding daging. Tadi masa kat Pasar MPKB bukan takdak, tapi dalam paket siap2, sama ada hat import ataupun tempatan. Apekejadahnya aku nak beli serunding import, cukup la dengan makanan kat kedai mamak selama ni yang guna daging import. Tapi kalau dah pack siap2 dalam plastik, maka pilihan aku nak membeli terbatas la sikit. Tapi tak kata kat dia la, dia meniaga tingkat bawah sekali di kawasan kaki lima pasar, dengan segala debu-debu kotaraya semua dok ada. Di Pasar Siti Khadijah ni ada jenis belum pack lagi. Tapi seperti di Pasar MPKB, mahal la aba' hang daging tempatan ni. Yang aku pelik tu, awat mengkalu main bola pemain import lagi mahal dari pemain tempatan, tapi kalau bab lembu daging tempatan lagi mahal dari daging import. Tu tak masuk bab lexus lagi tu yang dah sah2 memang mahai. Nak jadi cerita, duit tak cukup la pulak. Bertanya kat mak cik tu kat mana bank terdekat, jadi sementara aku nak mai balik dia dah siap pack dah. Sebelum berpergian, aku camkan dulu nama gerai dia tu, kat mana lokasi dia, ikut sebelah mana dan sebagainya. Maklumlah, dah lama tak makan kismis, sering terjejas daya ingatan aku. Sebab market tu besa', masa pun dah dekat2 pukul 4 petang, janji dengan bos nak gerak dari hotel pukul 4.30 petang, satgi jenuh aku tawaf dalam market tu nak cari gerai yang sama. Jadi aku dan makcik tu sama2 husnudzzon, dia percaya aku akan mai balik, dan aku percaya dia timbang dengan timbangan yang betui, tak kira la nak pakai kati lagi ka, janji satu bungkuih sekilo, dua bungkuih setengah kilo setengah kilo.

Demikianlah advencer aku di Kota Bharu, Negeri Tadahan Wahyu. Memang hangat tak sangga, menapak pulak tersangatlah jauhnya. Hanyasanya semua benda2 sentul itu dibius dengan pemandangan yang sangat-sangat syahdu tatkala melihatkan tilmizat Maahad Muhammadi Lil Banat berjalan2 di bandar selepas waktu sekolah dengan seragam tudung labuh dan baju kurung berkancing lengan serba putih sementara sarung berwarna ungu muda. Pergh, hat tu yang menginsafkan tu. Sungguh damai abadi.



Apartment – Federal KL – Kota Bharu
13 – 14 April 2009

Monday, March 16, 2009

Advencer Perantau Utara : Alwar Satara Ila Bahrul Fallah...

Si senior officer tu berrtolak dari Bagan. Butterworth la tu. Jumaat baru ni cara dia tanya aku macam tak familiar nak pi ofis si Gabenor. Tau-tau dalam pukul 8.00 pagi dia dah mesej kat aku kata dah sampai. Disuruhnya aku dengan sorang member lagi ni ni pi bilik Gabenor. Aku baru cadang nak gerak dalam 8.45 pagi ka sebab ofis Gabenor tu depan hotel saja.

Member aku ni pulak jenis slumber joe baguih punya dok pekena sarapan. Aku pulak yang terasa urgent, padahal senior officer tu boss dia.

Hat si Gabenor ni bukan sampai lagi pun. Jadinya pegawai pusat sehenti ni bawak la pi minum kat kantin berdekatan.

Bila dah jumpa si Gabenor, tegha nak mula kheja berlabun ntahapahapa dulu la. Aku part ni yang malas ni. Pasai lambat start lambat la habis. Sedangkan start awal pun habis lambat. Si Gabenor ni pun tak padan dengan demam selesema buleh jamu air milo la kat kami semua. Bilik Gabenor kan na, bukan takat minuman segera, tong aya' hangat pun ada.

Operasi pun bermula. Pusat sehenti rupanya di City Point. Satu perkara yang ketara kawasan tangga laluan ke pusat sehenti. Dulu kat situ la letaknya kedai CD games Street Fighter la, VCD apa semua tempat aku singgah mengkala nak balik kampung time Matriks dulu. La ni kedai tu dah diganti dengan tempat ATM dan segala kiosk Bank Islam. Macam tu la kot orang dulu kala terpana melihat Kuala Lumpur dah lain banget berbanding time depa.

Pergh, siapa sangka siapa menduga liza hanim, aku akan berjalan-jalan dalam City Point dengan neck tie dengan long sleeves. Walaupun dulu aku budak UUM yang hampa tau la kan macam mana skema dressing depa, tapi mengkala pi Alo' Seta' kan na paling kuat cuma tang seluar slack dan kasut. Baju aku pakai t-shirt saja la. Apa punya revisited nostalgia zaman silam daaa.

Kheja habis pukul 2 lebih tapi Gabenor tak buleh join perbincangan penutup pukul 3.00 petang sebab kena entertain team bola Siam nak lawan Kedah dalam Piala AFC. Aku memang suka sangat la sebab aku dah mark lama tang mana aku nak pi kat Alo' Seta' ni.

Destinasi bajet pertama aku dah tentu la tempat yang memberi ketenangan fikiran. Tang mana lagi kalau bukan Masjid Zahir. Sa kata aku pi sana dah tentu berjeromoh dengan budak-budak sekolah agama. Waktu ni ada ustaz tengah bagi amanat apa ntah kat serombongan budak-budak ni. Hat lelaki berkepiah putih, berbaju lengan panjang putih, berseluar panjang putih. Tapi hat ni tak la best sangat. Hat best bila tengok selayang pandang kelompok tilmizat bertudung labuh dan berbaju kurung berkancing lengan warna kundang muda dan berkain warna kundang gelap. Pergh, hat ni la orang kata pemandangan damai abadi. Macam Qin pulak di kalangan depa tu. Tapi apakan daya, Qin bukan seorang marka. Mat oi, mengapa takdir aku selalu dengan budak sekolah agama. Tapi Kedah mahai, manalah mampu ku bawa ke mana-mana. Hat MAMPU ni Dek Zek saja, pasai tu dia dah stand by nak bayar tol.

Time nak menyarung sepatu semula (bukan sepatu tragedi na walau sekarang musim Tragedi Mac), aku ternampak budak-budak sekolah agama memakai t-shirt yang di belakang dia tertulis Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah. Ai, budak kampung aku ka ni aku dok ingat dalam hati.

Aku berjama' taqdim sebelah jam besar dalam ruang solat Masjid Zahir. Habis sembahyang, aku pun mengeluarkan tiket FireFly hat jahanam sebab tak jadi balik hari tu, lalu aku catatkan particulars kat ruang kosong. Butiran adalah mengenai jam besar yang mengandungi maklumat berikut :

Kierzle

Made In Germany

Diperbaiki oleh (tulisan jawi)
Haji Ahmad bin Haji Abdus Samad Al-Jami (tulisan jawi)

Jumaat 7 Rejab 1419 Hijriyyah (tulisan jawi)
23/10/1998 Masihi (tulisan jawi)

Shu Tong Mow Watch & Optical Co.
No. 531, Penang Road, Penang
Telephone No. 64576

Opticians & Ophtamologists
Accelerate Testing
Special Price To Scholar and Watchmen


Destinasi seterusnya ialah Pekan Rabu. Baru nak pusin balik sebab silap jalan, dah senior officer SMS suruh pi bilik Gabenor. Aku musykil gak, kata Gabenor kena entertain team Siam, pukul 4.00 petang baru buleh attend perbincangan penutup.

Seperti pagi-pagi tadi jugak, kalut lebih, Gabenor tu nak urus hat tu hat ni pukul 5.00 petang baru dia mai. Giler ah ding dong. Sebelum tu aku belajar satu benda baru dengan ketua pusat sehenti iaitu baju a la panglima hat geng-geng KCS pakai masa upacara melibatkan Tuanku bernama "Baju Sikap". Hat tu la Number One Dress depa. Awat la skim aku takdak benda tu. Barulah ada 'izzah sikit aku jadi orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Nak cepat-cepat pun habis pukul 6.00 petang lebih la jugak. Gabenor suruh ketua pusat sehenti entertain senior officer pi pekena fish and chips la. Aku malas nak join depa. Misi aku kat Pekan Rabu.

Jumpa lagi dengan Pak Arab juai minyak wangi tu. Cuma kali ni bini dia pi sembahyang. Aku kunun-kunun nak beli lagi sebotol White Gold, tapi sekali aku tanya ada pulak minyak wangi hat lagi kuat imported dari Arab. Sebotol kecik RM40, terbang jugak la RM160 duit aku sebab aku beli 2 jenis 2 botol setiap satu. Masa Pak Arab tu tengah tuang minyak dalam botol, ada geng-geng budak lelaki sekolah agama yang aku syak rombongan sama kat Masjid Zahir tu dok kelebek-kelebek minyak wangi tu. Pak Arab ni pemurah la orangnya, dia semawa kat budak-budak tu nak calit sikit minyak wangi brand yang aku beli, kata dia tak beli pun takpa. Pak Arab tu tanya budak-budak tu dari mana, dari Pulau Pinang jawab depa. Aku pun tak lama lepas tu cuba mengesahkan, "Dari Sungai Bakap ka?", aku tanya depa. Memang sahih sebab depa mengaku. Bersembang-sembang dengan Pak Arab tu, husnudzdzon betul la dia. Kadang-kadang budak-budak sekolah agama ni anak-anak yatim, kata dia. Dia dok ingat aku nak terus balik KL, so dia suruh bini dia packing cantik sikit minyak wangi yang aku beli. Aku pun takdak la nak sebut aku nak pi tido' Sungai Petani malam ni.

Lepas tu pi beli kepiah, 2 jugak. Pi round sekali tengok kuih, serunding dan segala macam tapi tak berkenan. Aku round la jugak kedai-kedai menjual kain pasang dan tudung, ada la aku kelebek pi kelebek mai, ada la niat nak beli hat kaler pink kununnya yang siap ada labuci apa bala, tapi sebab tengah konfrontasi Malaya – Indonesia maka aku tak jadi beli la walaupun berkenan. Beli kalu nak jadi punca kena sembur apakeheinye. Malas la aku. Zaman-zaman nak berjuang dengan PTK fasa lanjutan ni I can’t afford to have all those sentul things disturbing my mind.

Time balik dah terambil jalan lama ke Sungai Petani, jam tah pasai accident ka pasai traffic light ka menggendalakan kelancaran pergerakan. Pada penghujung masuk jugak la highway yang keluar di Sungai Petani Selatan. Aku dah pesan kat driver suruh singgah makan dulu. Pusin nala punya jauh baru jumpa Radix Fried Chicken. Dah la lapa', orang pulak ramai, lebih setengah jam baru dapat makan. Tak la sedap tegha mana sangat, cuma beza dengan kedai lain ialah ayam dia tak masin sangat dan tak berlemak. Maklumlah organik. Yang aku buleh gagah beratur lagi tu sebab cuma ada 4-5 orang depan aku. Cuba kalau beratur sampai ke pintu, memang aku blah awai lagi. Anyway, RFC ni kena perbaiki part sistem penyampaian depa. Kalau kedai lain tengok orang beratur panjang tu depa dah assign orang pi ambik order kat pelanggan yang dok beratur tu, jadi cepat la sikit. Satu lagi depa kena pertimbangkan untuk tambah tempat duduk, mungkin buleh buat kat tingkat atas ka macam kedai-kedai lain. Satu lagi betul la ada tempat kanak-kanak berekreasi, tapi hinga' sangat tak memberi ketenangan fikiran untuk orang yang ghaflah jingga.

Akhirnya sampai jugak ke hotel, kira awai sikit la dari malam semalam, tapi awal-awal pun pukul 10 lebih jugak la. Cuti hujung minggu yang hancus lebus, macam kisah hidup aku jugak.

Advencer bersambung lagi esok.



11.58 malam
15 Mac 2009 (Ahad)
Kamar 1003, Hotel Park Avenue
Sungai Petani

Advencer Perantau Utara : Prolog Kembara Yang Panjang Nan Menyeksakan...

Dalam keadaan biasa aku takkan buat semua benda sentul ni. Tapi hidup memang macam tu, yang kita menyampah sangat tu la hat kita kena mengadap.

Debaran yang menggetarkan jiwa aku sampai juga detiknya. Lepas balik dari ofis, Jumaat malam tu kunun-kunun nak cover la sikit-sebanyak bab-bab dalam 4 topik tu. Mula-mula aku baca buku nota, kot-kot ada info tambahan habuan nak goreng esok bukan na. Tulisan aku pulak bersimpul satu macam, sampai aku sendiri pun kadang-kadang tak berapa faham. Hantam saja la labu. Baru baca satu bab ni, bab tafsir kot kalau tak salah aku, lampu bilik aku padam pulak dah. Ni berapa puluh jam aku nak kena cas patutnya ni, saat-saat kecemasan macam ni la hang nak sabotaj aku pun. Memandangkan aku berasa sangat letih; letih badan letih minda, maka aku pun beradu suratan joey exists la. Pergh, dah berapa lama aku tak tido' awai macam tu, rasa bahagia tak sangga. Cuma aku dok ingat dalam hati, berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, kalau nak plan study esok memang tak dan punya.

Kunun-kunun esok pagi nak mangkit awai buat tahajud la kunun, mintak Tuhan luluskan exam esok dan kursus PTK. Seperti biasa jam di telefon bimbit aku set pukul 5.00 pagi, usaha murni lagi terpuji. Seperti biasa juga aku sekadar hentikan alarm apabila ia berbunyi, hari kheja pun aku buat lagu tu, tambah pulak hari cuti.

Pagi tu, sampai pukul 10.00 pagi masa aku dihabiskan dengan mengangkut barang turun naik turun naik dari rumah ke kereta, nu satu bala nak mai lagi selama dua minggu nu, tak dak kheja aku nak berulang dari rumah ke Putrajaya dengan segala jam apa semua. Musim-musim hujan ni lagi tak buleh kira.

Jadinya, dengan masa yang tersisa selepas pekena nasik goreng kampung yang tak selera aku nak makan di kedai mamak berdekatan, aku menyambung usaha gigih untuk study last minute. Bukan nak buleh fokus sangat, tambah pulak penat angkut barang tadi, dengan rasa a la kenyang, berbaring pulak, hmph, macam-macam perkara berlegar dalam kotak fikiran aku. Dalil-dalil dengan nombor ayat dan nama surah macam susah nak ingat. Tu la orang petua bahawa gundah-gulana itu memerosotkan daya ingatan. Ada masa-masa macam tak mau pi ambik exam pun ada. Exam ni menurut cerita yang aku dengar masa zaman menengah dulu hatta orang yang bergelar profesor pun cuak jugak. Inikan pulak aku yang takdak apa-apa title ni. Satu lagi, aku masih trauma dengan PTK terdahulu yang berhasil menensionkan aku buat kesekian sekian kalinya.

Tapi akhirnya dengan motivasi yang julung-julung kali cukup tinggi semenjak dua menjak ini, aku berjaya memaksa diri untuk pergi berbekalkan kata-kata hikmah dari komik Hong Kong, "Musuh jangan dicari, bersua jangan dielakkan". Walaupun ada harapan exam tu aku tiarap, tapi untuk back off tidak sesekali. Pada ketika tu telefon bimbit aku dah terima satu mesej, aku rasa aku tau sapa gerangan hamba Allah tu, tapi aku KIV sampai lepas exam supaya konsentrasi aku tak terganggu saat-saat getir ni.

Daripada plan nak keluar rumah pukul 12.00 tengah hari, membawa ke keluar rumah pukul 1.00 petang lebih. Aku memang plan nak jama' taqdim kat surau API tu, biar la depa sudah sembahyang Zohor dulu baru tak kekok sangat aku jama' sorang-sorang.

Kereta aku dah penuh dengan segala macam kain baju bersangkutan dan berbungkusan malah buku-bukuan juga memenuhi lantai kereta. Sampai di API dalam pukul 2 petang, keluar dari kereta hangat tak sangga. Satu macam punya hangat ni aku dok ingat dalam hati.

Seusai sembahyang aku terus ke aras 2, dah ada la dua-tiga cangok manusia dah ready kat meja tulis sambil baca nota buat kali terakhir. Ada tagging ikut modul kat meja paling hadapan setiap lajur. Aku seperti dalam kelas juga tak dak pasai nak dok depan, dok belakang sekali. Yang paling penting dalam hidup aku ialah ketenangan jiwa dan fikiran.

Ada juga makhluk sekroni yang buleh dok sembang buat lawak lagi, tapi tu bukan style aku. Style aku nak lulus exam maka aku lebih serius baca apa yang patut walaupun bukan nak buleh ingat sangat pun.

Dalam 20 minit lagi nak pukul 3.00 petang, pengawas peperiksaan suruh semua calon pakat keluar sebab depa nak edarkan kertas soalan. Masa tunggu kat luar tu, makhluk sekroni ni buleh dok sembang kosong macam confident buleh pass. Lantak pi kat depa la, aku teruskan membaca sambil berdiri dengan ransel tergalas di bahu kanan. Masa ni ada sorang mamat baru mai, lalu makhluk sekroni memberitahu supaya diambil slip exam. Aiseh, bab ni mendatangkan cuak kepada aku yang adakalanya tuang juga kelas sekali-sekala. Risikonya slip aku buleh jadi takdak. Tapi aku takkan ambik masa depa tengah dok susun kertas soalan tu, aku hanya akan ambil selepas semua calon dipanggil masuk.

Nasib baik slip exam aku ada, membantu sikit la dari segi psychology. Aku ingat dalam hati tadi kalaupun slip exam aku takdak aku tetap akan ambik exam tu. Penat wooo mai jauh-jauh tapi sia-sia.

Soalan pun dibuka walaupun belum boleh menjawab. Ada yang dalam arena spot aku, ada yang aku musykil selaras ka dengan point yang aku ada, ada yang aku rasa lecturer tu pakai belasah asalkan ada hubung kait dengan topik walaupun takdak dalam nota. Giler ah ding dong. Anyway, aku tanda dulu hat mana aku rasa lebih banyak idea nak menjawab. Pada masa yang sama, aku tulis apa yang aku ingat pada kertas jawapan tu. Tu strategi aku dari dulu sebab sa kata dah mula jawab satu soalan memang ada points untuk soalan lain yang kita akan lupa.

Maka aku pun tulis la semua yang aku ingat yang ada kena-mengena dengan soalan tu. Patutnya strategi ni berjalan lancar, tapi bila aku tengok jam dah dekat setengah jam aku contiang padahal setengah jam tu aku dah patut start jawab, maka strategi tu dibatalkan. Aku terus jawab soalan pasal sirah nabi. Melampau-lampau panjangnya aku jawab, ada kot 4-5 muka surat. Sungguhpun demikian, mengkala aku rasa ada points untuk soalan lain aku teringat aku terus contiang kat kertas contiangan aku tadi.

Punya la pedo nak tulis cepat dan jawab dalam masa yang ditetapkan sampai sakit jari kelingking tangan kanan aku. Dah satu kheja pula take 5 seconds urut-urut jari sendiri. Sakit tengkuk toksah haba' la. Banyak kali pulak tu, adoiyai.

Highlighter yang aku bawah ada kot 6 warna, semua aku pakai. Tu strategi masa ambik PTK la tu. Kunun-kunun nak bagi lecturer senang marking paper. Dalam dok kalut-kalut tu, ada juga aku terhighlight huraian jawapan yang aku sangkakan points. Manna nak perasan hang pun, dah sebaris tu saja kat atas. Nak cover punya pasai, aku highlight keseluruhan ayat tu yang bersambung dari muka surat sebelumnya, dengan harapan lecturer tak la perasan sangat.

Habis exam pergh kepala rasa berdengung satu macam. Kalau seterika tu dah panas dah. Sudah submit kertas jawapan, aku pun baca SMS yang aku KIV tu, anyway exam dah tamat, so takdak kesan sangat la walau apapun kandungan SMS tu. Then aku pi ambik pulak borang untuk modul seterusnya. Aku pun tak tau sama ada nak sambung lagi ka dak. Hat ni pun meleret kadang-kadang tuang. Tu pun ada hati nak ambik diploma kat Gombak pulak tu. Ntah la mat oi, hanya takdir penentu segala.

Advencer kemudian berterusan ke Alor Setar dengan driver. Hujan hampir keseluruhan perjalanan. Pukul 12.30 malam baru aku sampai Holiday Villa. Apa punya kheja da macam ni. Orang hari minggu rehat, ni hari minggu habis kot jalan. Orang dekat-dekat kursus ambik cuti ka apa ka prepare apa yang patut, ni nak pi kursus pun buleh outstation lagi. Baguihnya aku mengejar dunia yang fana, hat akhirat takdak pulak aku buat macam ni. Ada driver tahan la sikit, kalau aku yang drive memang pukul berapa pagi la baru nak sampai, nu penangan exam tak habis lagi nu. Anyway, ofis Tuan Gabenor depan tu saja, no hal la aku nak gerak pukul berapa pun.

Seperti lagu Lestari yang aku sengaja sipongangkan dalam minda sepanjang perjalanan dari rumah ke Alor Setar, nampaknya aku masih mengetuk-ngetuk papan kekunci ini walaupun dah lebih pukul 2.00 pagi. "...Oh Tuhanku tabahkan hatiku, Temukanku dengan ketenangan, Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku, Ku cuba pejam mata tapi tak terlena, Keranaku masih teringat padamu...". Woi red, ni apa jiwang karat eddie hamid pulak ni, beralih tempat tido' memang la macam tu, payah nak lena. Dah, dah, dah, tido' la oi, esok nak kheja.

Advencer berterusan.



2.31 pagi
Kamar 1616, Holiday Villa Alor Setar
15 Mac 2009 (Ahad)