Thursday, December 30, 2004

Khususan Ila Akhi...

Macam pernah ku dengar tajuk itu, tapi di mana ya? Ingat lagi tajuk syair seseorang Malam Secerah Pawana dulu. Tajuk syair itu sebenarnya diinspirasikan daripada tajuk ini. Oh, ada cerita rupanya.

Raya tahun lepas, aku terima kad-kad raya daripada teman-teman lelaki dan wanita. Seperti biasa, kalau kad-kad raya itu sampai di kampung, dek kadar ketelusan yang amat tinggi di kalangan adik-beradikku, maka kad-kad itu mereka baca dulu.

Ada satu kad daripada Johor. Di sampul, selain tertera nama dan alamatku, ada tulisan Arab yang menarik sekali. "Khususan Ila Akhi", begitu bunyinya. Wah, apa lagi, bila aku pulang ke kampung, memang masaklah aku dikenen-kenenkan tambah-tambah oleh adik perempuanku yang nombor satu. Aku pun, disebabkan malas digossip-gossip liarkan menerangkan hal sebenar.

Dia seorang ustazah. Umurnya lebih kurang sebaya denganku. Menuntut di Universiti Malaya. Jurusan aku sudah ingat-ingat lupa, maklumlah, banyak sangat masalah negara. Syar'iyyah atau Usuluddin, tapi yang pasti Pengajian Islamlah. Seperti ramai orang lain, ia pun ada masalah juga memahami ayat-ayatku yang berliku-liku. Nak buat macam mana, aku tak biasa menulis ayat-ayat yang biasa. Kadang-kadang, mungkin orang beranggapan ayat-ayat aku itu bertujuan mengayat. Ya salam, aku mana ada niat begitu. Ayat-ayat aku itu kalau difahami mengandungi unsur-unsur motivasi dan kisah benar aku dan orang lain. Cuma aku pun pandai juga membaca keadaan. Macam Rohaida tunang si Mazlan itu, tahun ini tak adalah aku hantar lagi kad raya.

Alamak, jauh sangat aku melalut. Kembali ke pangkal jalan. Ustazah itu mengaku dalam kadnya ia tidak arif menulis ayat-ayat klasik. Namun tulisannya pula membuat aku terkesima buat ke sekian kalinya. Fuh, macam tazkirah pun ada. Maklumlah ustazah. Insaf aku dibuatnya.

Sekarang ini, ia tengah mencari kerja. Hari itu, ia ada menghadiri temuduga Jabatan Agama Johor. Memang adventurous ustazah ini, sanggup jadi pendakwah ke perkampungan Orang Asli. Ustazah masa kini bukan lagi ustazah typical yang biasa aku kenal. Keadaan telah banyak berubah. Sebab itu aku tidak terkejut kalau ia pun gemar menonton cerita kartun. Shin Chan lah, Chibi Maruko lah, pendek kata, macam-macam ada. Normallah tu, ustazah pun manusia. Aku pun gemar juga menonton animasi. Tapi sejak Inspektor Mazlan bertukar ke Sabah dan Dragon Ball Z menjadi Dragon Ball GT, minat itu sudah kurang. Lebih baik aku mengikuti kelas bahasa Hindi Andy Hakim.

Walaupun agak kekartunan, satu sifat yang aku suka pada ustazah ini ialah fikrah Islamiahnya yang belum hilang. Baru-baru ini, ia suarakan padaku melalui SMS tentang konsert menyambut tahun baru. Aku pun tidak REDHA, namun sekadar dalam hati. Esoknya, ia SMS lagi, gembira konsert dibatalkan. Walau apapun alasannya, terima kasih Pak Lah.

Aha, sebelum aku terlupa lagi, sudah sekian lama berutus kad raya dan berSMS-SMSan, aku masih tidak tahu gerangan sebenar ustazah ini. Meski sekali air bah, sekali pasir berubah dan evolusi pada wajah, sifat asalku seperti sudah-sudah. Kesempatan sering datang pada orang yang tidak mengambil kesempatan sebab ia memandang sebagai ujian. Persepsi manusia cenderung bertukar jikalau mengetahui rupa sebenar. Memadailah ia tahu aku memang wujud di dunia ini.

Aiwah. Na'am, ahsanta ya akhi!

Thursday, December 23, 2004

Bermula Lembaran Baru...

Mulanya sekadar penuhi harapan orang. Lama-kelamaan buat kita rupanya tersedia ruang. Kita pun manfaatkan peluang depan mata. Sementelahan, Tuhan campakkan syu'ur itu cara tiba-tiba.

Kita tak serik melayur telapak tangan pada api meski sedar deria sentuh makin pudar seiring rentungnya jemari. Kita menjadi daoh; menampal dan menukar plaster berulang kali walhal ada penawar yang rasi.

Suatu hari, kita berseru pada diri, "Cukuplah, hujan ribut pun tahu berhenti!".

* * * * *

LAGU SIUL (versi TAK SEPADAN pada Februari 1943)

I
Laron pada mati
Terbakar di sumbu lampu
Aku juga menemu
Ajal di cerlang caya matamu
Heran! Ini badan yang selama berjaga
Habis hangus di api matamu
‘Ku kayak tidak tahu apa.

II
Aku kira
Beginilah nanti jadinya:
Kau kahwin, beranak dan berbahagia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros.

Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka.

Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak ‘kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka.

Chairil Anwar
22 November 1943

Wednesday, December 22, 2004

Maka Genaplah Suku Abad Pada Usia...

Di Hospital Daerah Bukit Mertajam, dua puluh lima tahun lalu, seorang bapa saudara bertanya kepada seorang ayah, "Nak boh nama apa?". Ayah itu menjawab, "Redha". Entah sempena nama lecturer USM bernama Radha atau apa. "Nak Redha apa? Redha agamalah, Redhauddin.", kata bapa saudara itu. Besar harapan seorang ayah masa itu, untuk melihat anaknya jadi macam abangnya, seorang ustaz yang kemudiannya menjadi Mufti Pulau Pinang.

Manusia hanya mampu mengukir tadbir sedangkan pada-Nya segala takdir. Bila pak ngah aku itu kembali ke rahmatullah sekitar 1993, aku hilang sumber inspirasi dan keadaan serba tak memihak kepadaku. Impian aku jadi berbalam-balam dan aku secara tak langsung mengecewakan harapan keluarga. Aku tak kisah sangat kalau cita-cita aku hancur lebur tapi kalau harapan keluarga, aduh, sakitnya. Mereka tak marah padaku, namun jauh di sudut hati mereka rasa ralat juga. Aku pun tahu membaca bahasa sebegitu. Lama juga aku nak 'menebus' semula kehampaan itu. Apa yang aku miliki sekarang bukannya sebab aku hebat tapi berkat doa mereka. Sampai bila-bila pun aku tak mungkin jadi macam pak ngah aku, tapi nama pemberian orang alim sepertinya tetap abadi sampai akhir hayatku.

Sat saja dah bertambah umurku. Terasa bagai semalam baru berlalu (Zek, hang mesti kata aku tipu punya). Ini tahun kedua aku sambut hari lahir kat Putrajaya. Tapi ada perubahan sikit dah. Kalau tahun pertama dulu aku sambut sorang-sorang, la ni aku sambut sorang-sorang jugak lagi. Yang berubah cuma sebab aku dah kenal kawan-kawan dan dah ada housemates. Masa dulu, pergh, sayu giler. Plot-plot drama kehidupan tu memang saja ditulis sedemikian rupa. Perkhabaran yang pak ngah aku sampaikan kat aku, ditambah pulak dengan sebatang kara kat Rumah Mampu Milik tu berteman radio dan t.v. ntah berapa inci ntah tapi besa' la, sembang pun tak guna. Masa aku dapat berita tu, selamba saja aku jawab sambil senyum-senyum, "Takpalah pak ngah, elok la tu, orang baik-baik mesti dengan orang baik-baik jugak". Pandainya aku berlakon, menyembunyikan riak wajah sebenar. Keturunan 'orang seni' lah katakan. Pak ngah aku pulak yang marah, "Depa ni pun tak dan-dan aih.". Aku pulak yang calm down pak ngah aku. Terbalik tu, patut dia yang tenangkan aku.

Babak-babak seterusnya toksah cerita la. Satu malam tu, lepas balik kerja, aku tengok t.v. Ntah macam mana tergerak nak bukak TV2. Cerita Sepi Angin Ke Kota London. Sedih giler citer tu. Pelakon tak terkenal pun, tapi jalan cerita dia memang masyuk. Latar belakang tahun 50-an, 60-an la lebih kurang. Cerita orang kampung yang nak further study ke London tapi tak kesampaian. Ada satu part tu, dia nak pi pekan naik basikal dengan kawan-kawan dia. Baru melangkah turun dari tangga rumah, dia tanya mak ayah dia, "Mak dengan ayah ada panggil Akbar ka?". "Dak aih", depa hairan. Akbar pun menaiki tangga rumah dan berpeluk-pelukan dengan mak ayah dia. Lagilah depa nu hairan, "Awat hang ni Akbar?". Aku dah tau dah, lepas ni memang mimpi indah disudahi tragedi punya. Memang betul pun, Akbar ditembus peluru sesat di pekan. Banyak sebab aku terasa cerita ni macam ada kena-mengena dengan aku. Satu, aku orang kampung. Dua, aku orang Utara. Tiga, si dia yang Akbar pernah tulis surat dan menangisi pemergian Akbar kat pekan tu ca-ya-nun-alif dan orang di Kuliyyah Lughah Al-Azhar tu pun ada darah tu jugak. Selalu yang kebetulan banyak sangat ni citer Hindustan. Tak sangka kehidupan sebenar pun macam tu.

Rupanya, banyak miscommunication berlaku. Depa ingat aku memang tak sudi. Aku pulak masa tu tak seberani sekarang. Mengelak-ngelak konon kerja tak confirm lagi la, apa la. Dalam hati Tuhan yang tahu. Sebenarnya lebih kepada segan. Aku pun nilai diri sendiri jugak, macam pantun yang aku modify dari lagu 'Tenung-tenung, Renung-renung', "Siapa sangatlah aku ini, Rupa tiada harta pun kurang, Hendak bertaruh kerja KPLB, Ustaz juga dicari orang". Dia top student Maktab Mahmud, setakat Arabic tu kacang la bagi dia. Aku pun reti jugak Arabic ni, tapi ala Kamdar ajelah. Majoring aku (kalaupun boleh dipanggil majoring) lebih kepada lagu-lagu. Masa ambik ko-k Kesenian Islam kat UUM dulu, aku memang enthusiast dengan lagu Ummi Kalthoum bertajuk ''Ala Baladi'. Dah lama aku nak menyanyi lagu tu, ni semua promosi penyanyi lagu padang pasir dari Kelantan tu punya pasal la, namanya Abdul Rahman 'Ala Baladi. Bila join ko-k tu baru berkesempatan hafal lirik yang betul dan penuh. Maksud dia pulak ada kaitan dengan Mesir. Memang masyuk sangat la. Contohnya, "Yamsafir 'ala bahrin Nil, 'Ala baladil mahbubu wadini". Pantang lepa, memang aku menyanyi lagu tu punya. Yang mahal tu sebab aku beri jiwa aku pada lagu tu, macam kata Usman Awang pada Sharifah Aini. Tapi tu dulu, la ni lagu lain pulak la. Entahlah, pasal apa yang hadir dalam hidup aku ni terlalu baik. Macamlah aku baik sangat. Apa yang Tuhan cuba tunjuk kat aku ni.

Terima kasih kepada mak, pak ngah, adik, Dilah, Idah, Pian, Adha, Emy Zahara, Zek. Mudah-mudahan doa kalian Allah kabulkan.

Dan bingkisan pun diutuskan dari Putrajaya ke Sungai Bakap dan Selayang. Meski jauh di mata, mereka dekat di hati. Segunung budi tak terbalaskan, kiriman bingkisan tanda ingatan.

Wednesday, December 15, 2004

Rupanya Tuhan Hendak Kurniakan Pelangi...

Ada suatu rahmat yang ganjil. Apabila ia turun, manusia lari daripadanya. Teringat sketsa Layan Jerrr... di OBS. "Hari pertama kami sampai, aaa... disambut hujan renyai-renyai, aaa...". Sepanjang jalan, hujan tak henti-henti menyiram bumi Tuhan. Doa pun mustajab waktu gerimis mengundang begini. Aku, macam selalu, tega membiarkan kesempatan sebegitu berlalu.

Malam kian larut. Kafein dalam secangkir kopi di Putatan benar-benar mengganggu lenaku. Pandangan tertumpu pada t.v., filem Anakku Sazali. Tapi jemari pantas menyusun aksara demi aksara pada nota dalam suram kamar 612 Hotel Capital. Debur ombak di Tanjung Aru sebentar tadi masih segar kedengaran.

Beberapa hari lalu, aku tanyakan pada emak, pak ngah dan sepupu kalau-kalau ada yang ingin dipesan. "Jagalah keselamatan dan pandai-pandailah membawa diri di rantau orang.". Benarlah, mereka bukan insan yang boleh aku temui di mana-mana kerana bukan materi yang mereka pinta. Ketara nilai yang belum hilang meski cahaya gemilang sudah lama menerangi zaman kemiskinan.

Menunggu 2004 berlalu pergi, peristiwa sepanjang tahun bagai drama yang diulang tayang. Alunan lagu-lagu tertentu mengingatkan aku pada apa yang menimpaku dan mengapa, bila, di mana ia berlaku. Ada masa, aku terasa seperti tidak mampu lagi menjejak kaki di kampung halaman sebagaimana aku hampir pasti tidak akan pernah berkunjung ke Lahar Minyak, Penaga biarpun terlalu lama aku teringin ke sana. Aku sendiri yang kerapkali mencipta kekusutan walau permaidani kepastian sudah terhamparkan. Namun, ayah tak pernah marah. "Semua itu jadi pengalaman", pesannya selalu.

Acara sisipan sempena ADC 2004 di Kampung Bayangan segera mengembalikan nostalgia masa silam. Senamrobik kanak-kanak Tabika KEMAS mengimbas waktu DPA. Muzik pun lebih kurang sama. Ada yang pulun sakan, ada yang sedang-sedang saja. Nasyid, juga oleh kanak-kanak Tabika KEMAS mengambil tempat seterusnya. Comel sungguh budak-budak perempuan itu dengan tudung putih bunga-bunga dan baju kurung serba ungu. Ish, ish, ish, anak sappa la tu. Bagai wajah-wajah comel adik-adik perempuanku bernasyid semasa majlis penyampaian hadiah TASKI. Alah, macam abang depa dulu-dulu. Abang depa ikut pak ngah dia. Pak ngah aku pernah jadi lead singer untuk lagu 'Sepohon Kayu' pimpinan Mahzan Manan untuk suatu majlis di INTAN Bukit Kiara. Selepas tamat persembahan, bekas Pengarah INTAN, Dato' Dr. Zul ucap tahniah dan puji suara dia yang merdu. Bangga giler anak penakan dia ada pak ngah macam tu. Sumber inspirasi aku tu masa kat DPA untuk buat yang terbaik.

Sesudah nasyid oleh budak-budak perempuan tu, banyak la tarian apa semua. Tapi pada aku yang paling masyuk ialah persembahan terakhir sebelum ketibaan Pak Lah. Ada Orkestra Bambu GDW Kampung Keliangau, Inanam dengan rangkaian lagu bermula Jambatan Tamparuli, Quando, Quando, Quando (Tell Me When) dan lagu-lagu lain yang aku tak boleh cam kalau setakat dengar instrumental. Tapi lagu penghabisan yang pada aku paling masyuk sebab aku hafal hampir keseluruhan liriknya. Bila seruling bambu ditiup, aku tak boleh elak daripada menyanyi sama pelan-pelan. Memang layan la pagi-pagi yang tenang macam tu. Azraie pernah tanya kat pak ngah aku selepas suai kenal di Bukit Cherakah, "En. ___, Redha memang dok menyanyi lagu Hindustan ka?". "Tak tau pulak", kata pak ngah aku, "Tak pernah denga' dia menyanyi pun.". Pak ngah aku masa tu dok tau aku nasyid saja. Tapi family aku kat kampung memang dok tau sangat dah. Nak buat macam mana, dah minat. Bak kata lirik lagu tu, "Apa dayaku, sesuatu berlaku ( kya karoon haye, Kuch Kuch Hota Hai).

Terima kasih Suffian Merican, hang memang sahabat sejati daripada Rikie Boys Berenam. Lagu Dost Dost Na Raha tu aku takkan nyanyi secara rasmi kerana suatu hari peminat umpama Marina Stephanie Rozels akan muncul kembali. Tuhan itu janji-Nya pasti. Aku pun bukannya daoh. 22 haribulan ni cut-off date aku. Hang kata kampung kat Jalan Madrasah tu dok ada lagi kan? Cantiklah, nanti bila aku balik cuti, kita pi sekali rumah dia kat area Jelutong tu. Singgah makan kat kedai ayah dia dekat Caltex tu pun sempoi jugak. Raya tahun lepas, law student UiTM Shah Alam tu ajak aku pi rumah dia sekali dengan adik aku. Tapi aku pulak yang tak pi. Kali ni memang Anak Mami Returns la aba' hang.

"Kah, kah, kah, kah, kah!", aku ketawa berdekah-dekah. Seperti Bilis Wira, aku pun tak tahu mengapa aku ketawa. Mungkin kabus Banjaran Crocker yang berpusu-pusu bertamu membuat hemisfera kiri kanan corpus callosum sedikit terganggu. Dan tubuh kian diresapi aura dingin beku tatkala berpuput semilir, berhembus pawana, bertiup angin sepoi-sepoi bahasa...

...Di Bawah Bayu,

8-13 Disember 2004

Wednesday, December 08, 2004

Alhamdulillah...

Aku sebenarnya lebih suka tulis sendiri daripada copy paste tapi lagu kat bawah ni banyak kenangan dan kata-kata dia jadi pedoman tambah-tambah masa aku dok bujang dalam erti kata yang sebenarnya. Yang paling nostalgic, bila Dian baca sajak untuk prolog dan epilog lagu ni. Nostalgic sebab banyak sebab. Antaranya, teringat zaman aku baca sajak kat DPA. Tapi yang paling nostalgic sebab dia berlakon citer AADC. Citer tu aku suka bukan sebab hero dan heroin dia, tapi sebab aku terkesan dengan ulasan Ku Seman Ku Hussein dalam Utusan Malaysia pasal Chairil Anwar. Fenomena AADC kat Indonesia masa tu menyebabkan sajak2 Chairil Anwar dijadikan teks untuk subjek sastera di sana. Start hari tu, aku cari sajak Chairil Anwar. Sajak-sajak dia kadang-kadang tu ada unsur explicit content dan jiwang yang keteramatsangatan. Macam manapun, minus 2 benda tu, secara keseluruhan sesuai la dengan keadaan aku masa tu yang belum jadi 'orang' dalam erti kata sebenarnya. Masa PAC kat INTURA, untuk part pengucapan awam, aku buat tajuk "Sumbangan Filem Ke Atas Masyarakat". "Ada Apa Dengan Cinta?, ya, Ada Apa Dengan Cinta?. Saya terkesan dengan filem ini bukan kerana ketampanan Nicholas Saputra atau kerupawanan Dian Sastrowardoyo tapi kerana sumbangan ke atas suatu feonomena.". Lebih kurang macam tu lah isi pengucapan awam aku. Member2 yang dengar semua tersenyum tergelak masa aku cakap macam tu, kebetulan filem tu tengah hot dan ditayang pulak kat Malaysia. Tapi aku, seperti selalu, memang serius giler. Jantung aku dup dap dup dap, macam kata Azizan Nin dalam iklan Pond's. Masa tu tak tau buleh lepas ke tidak PAC ni.

Artis : Too Phat/Yasin, DianSastrowardoyo, Ahli Fiqir
Lagu : Alhamdulillah


Dian Sastro: Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadir-Mu, mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri

Yassin: Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique: Merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran Yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli satu semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta, saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow: Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan
kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar di minda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa-Mu di sisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir: Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya
tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam
mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah Kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, aku yang hodoh lagi hina
amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi
diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman
dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro: Sujudku pun takkan memuaskan inginku 'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur pada-Mu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....


Tuesday, December 07, 2004

Amar Sonar Bangla (Our Golden Bengal)...

Aku baru balik dari surau dalam pukul 2 tadi bila immediate boss aku bagi satu surat. Katanya, SUB minit kat TSUB, tapi TSUB tak buleh pi. So, immediate boss aku suruh aku pi. Takde apa punya katanya. Tapi aku bukannya naive sangat. Aku check dulu surat tu. Pergh, "Taklimat Kepada Delegasi Kementerian Bandar dan Luar Bandar Bangladesh" tu. Sorang wakil Kementerian lagi dari Bahagian Perancangan. Aku jaga jalan je, program-program lain aku tau jugak, tapi tersangatlah sikitnya. Maklumat pulak semua dalam Bahasa Melayu. Technical terms lagi. Memanglah PTD ditakdirkan untuk benda-benda terkejut tergempar macam ni. Nasib baik jantung aku kuat.

Taklimat di Aras 9, 2.30 petang. Aku bergegas ke sana lepas dah prepare apa yang patut. La, aku ke yang paling awal. Orang lain takde pun lagi. Duduk-duduk dulu, kelebet bahan-bahan yang ada. Tak lama kemudian, delegasi tu pun sampai. Ada la dekat 20 orang.

Si PRO yang jadi pengerusi majlis tu pun mempersilakan aku duduk kat depan, port biasa untuk orang-orang kuat pengerusi majlis. Aku bukan tak biasa dok kat area tu, tapi biasanya orang lain yang banyak cakap. Ini kena bagi taklimat ni. Cabaran jugak bagi aku. Lepas mukadimah pengerusi, wakil Bahagian Perancangan pun bercakap. Sambil belek2 maklumat, aku pasang telinga jugak. Rupanya ada part Bahagian aku yang dia dah cover. Lega sikit. Kemudian dia open untuk sesi soal jawab. Ada la sorang wakil Bangladesh ni tanya soalan. Aku ingat part aku dah lepas, rupanya pengerusi ni nak jugak aku cakap untuk Bahagian aku.

So, kena la aku mempamerkan skill aku yang dah berkarat ni sebab jarang2 guna. Berkat ambil Pengantar Terjemahan kat universiti, belajar pronunciation kat IDFR sebelum kursus DPA dulu, hari-hari baca Malay Mail sambil rujuk kamus dan berbekalkan pengalaman jadi desk officer untuk 2 jenis jalan, maka aku pun bagilah taklimat seadanya. Suspense jugak, sebab semua mata memandang dengan penuh khusyuk. Iyalah, ini bukan Bangladesh yang dok jual karpet tu, ini educated punya. Kan senang kalau suruh aku menyanyi lagu Hindustan. Yang mana aku tau tu, part tu aku lebihkan. Yang mana kurang arif tu, aku slowkan sikit. Nak hiduplah katakan. Barang harus diingat, aku ni secara tak langsung mewakili Malaysia. Kena la tunjuk contoh teladan yang baik.

Sesudah itu minum-minum dan makan kuih serba sikit. Tak tau la apa yang depa sembang atau gossip2kan sama2 depa dalam Bahasa Bangla (aku dah check dah, tu bahasa rasmi depa). Harap2 benda yang elok sudah la. Dah habih makan minum apa semua, lepas dah bergambar, aku pun bersalam-salaman dengan depa. Ketua delegasi bernama Sabikhul Islam ni ucapkan terima kasih dan rasa besar hati dengan taklimat aku tadi. Harap2 dia ikhlas.


Mei Shair To Nahi (Aku Bukanlah Seorang Penyair)...

Assalamu'alaikum...

Aku tengah busy ni tapi bila terbaca kenyataan Shawal tu, aku rasa aku kena memperbetul keadaan. Iyalah, sedangkan Syed Mokhtar Al-Bukhary yang tak suka publisiti pun akhirnya tampil membela diri, aku rasa dah tiba masanya aku pun buat macam tu jugak.

Aku sebenarnya tak pandai bersajak. Sajak2 aku masa kat DPA dulu tu kira sesuka hati aku je. Orang mintak tolong, aku tolong le. Kejap lagu Arab, kejap peribahasa komik Hong Kong. Bak cogankata pengakap, aku 'Buat Sehabis Baik'. Tapi orang ingat aku ni betul-betul penyajak.

Sekarang ni aku dah tak bersajak, idea-idea semua dah lenyap sebaik sahaja tamat kursus. Suasana semasa pun tak membantu. Lalu aku pun jadi aku yang dulu. Jadi, kalau ada 'sajak-sajak' dalam e-group ni, itu bukan sajak aku. Satu, sebab bukan aku yang menulisnye. Dua, sajak yang aku pernah tulis bukan macam lagu melankolik Spin, Scoin, Spoon dan adik-beradik S yang lain. Itu dah macam slot Sampaikan Sinar kat Sinar FM dah tu.

Aku tak daya nak halang kawan-kawan nak tulis apa-apa pun dan aku hormati hak depa.

Chow Sing Chee...

Monday, December 06, 2004

Walimatul Urus...

Assalamu'alaikum...

Selamat datang ke rumahku yang serba sederhana ini. Yalah, Selama (ada makna tu :p ) ini menumpang rumah kawan-kawan. Nak sembang lebih-lebih pun rumah orang, dah le tak bayar sewa. Orang mungkin kata suka, tapi sedangkan rambut pun tak sama hitam, hati lagilah bukan kristal. La dah ada rumah sendiri, maka sesuka hati aku la nak tulis apa pun. Tak gaduh nak teruk-teruk deraf, edit, proof read (tu pun ada masa still tak betul-betul jugak) apa semua. Kalau tak faham tu, kira nasiblah sebab kadang-kadang aku memang saja tulis bagi orang susah faham. Benda yang senang aku abstrakkan. Hidup aku memang macam tu kot, sengaja menyulitkan keadaan walhal yang senang dah banyak kali ada. Nak adventure la konon. Pui, appa punya turrr?

Dalam rumah yang kecil ini (orang kampung, manalah mampu beli rumah besa'-besa'), ceritanya banyak pasal aku dan kenangan. Mungkin orang ingat aku manusia yang terperangkap dalam kenangan, tapi bagi aku, kenangan itu sebagai panduan untuk mencorak masa depan dan memahami manusia yang pelbagai ragam. Yalah, sedangkan pelangi pun tujuh warnanya, apatah lagi manusia.

Mungkin (Khulida Kirana Yahya tak suka istilah ini) persepsi orang pada aku akan berubah selepas membaca coretan-coretan aku nanti. Tapi aku teringat jawapan seorang pemuda di Selatan Thai pada suatu ketika sesudah tumbangnya seorang presiden. Orang bertanya kepadanya, "Mengapa ramai sangat bayi yang baru lahir dinamakan Saddam Hussein?". Jawapannya, "Saddam Hussein mempunyai kebaikan dan keburukan, tetapi kami memilih untuk mengingati kebaikannya.".


Selamat membaca, kerana kebenarannya ada di sini, bukan di luar sana.