Thursday, February 24, 2005

Parsi : Kitne Dur Kitne Paas...

Membaca kisah korban gempa bumi di Kerman kelmarin (kelmarin dalam pelet Utara bermaksud semalam, ada faham), seraya mengingatkan aku kisah-kisah berkaitan. Bumi Parsi itu punyai tempat istimewa di hatiku, sebermula zaman pedih periku suatu ketika dulu. Tambahan setelah ku tahu Salman Al-Farisi yang mengemukakan idea menggali parit dalam Perang Ahzab adalah orang Parsi yang kini dikenali sebagai Iran.

Waktu aku belum menjadi orang, antara keinginanku adalah untuk merantau jauh, jauh meninggalkan bumi Malaysia. Mungkin orang beranggapan pelik, sedangkan Indon pun datang ke sini, kenapa pula aku harus pergi. Tapi pengalaman lalu mengajar aku, cuba-cubalah menukar haluan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Suatu ketika dahulu, waktu aku hanya berkerjaya serba sederhana, aku mengisi masaku dengan mengutus warkah maya kepada kenalan serata dunia. Juga belajar-belajar chatting dalam channels seperti Surau yang lebih beretika dan sopan. Entahlah, aku pernah cuba channels lain macam Mamak tapi tak masyuk la. Memang aku bukan jenis tu. Teringat kata-kata Brian McFarlan dalam Drop The Pink Elephants, "Old habits adopted at such tender years stick with us for life". Betul la tu.

Aku berkenalan dengan seorang sebaya aku. Namanya Reyhane Ali Hassani. Tapi aku tak pasti sama ada dia Syi’ah atau Sunni. Yang aku tahu dia orang Islam, besar kemungkinan Muslim Hadhari kerana ia menuntut di universiti.

Suatu hari dalam risalah mayanya, ia nyatakan bahawa ia ingin menghantar gambarnya padaku. Tanyanya lagi, tidak mengapakah andainya dalam fotonya itu ia tidak berhijab. Ku katakan padanya, kalau ikut ruang hatiku yang gelap, memang gambar sebegitu yang ingin ku tatap. Namun ku timbang dengan neraca dhamir ku, lantas aku katakan foto yang bakal ku tatap tak harus begitu. Sejenak aku terfikir akan dua situasi yang berbeda. Dua-dua ada pro dan kontra.

Di Iran, pemakaian tudung atau digelar hijab (hijab ini satu suit dengan baju dan kain) warna gelap (biasanya hitam) dipaksakan ke atas wanita sementara di Malaysia, wanita bebas menggayakan tudung yang mereka suka atau langsung tidak bertudung. Impaknya di Iran, dek keterpaksaan, ada kalangan wanita mereka yang menganggap hijab semata-mata peraturan dan bukan tuntutan Islam. Lebih teruk lagi, di Iran mereka bertudung litup, di luar negeri kita takkan menyangka mereka orang Parsi. Pernah suatu kejadian semasa Piala Dunia 1998 di Perancis, dipaparkan dalam akhbar seorang wanita Iran memakai mini-skirt bermotifkan panji-panji hijau-putih-merah yang tertera alif-lam-lam-ha di bahagian belakangnya. Ya salam.

Di Malaysia, disebabkan budaya kita yang lemah-lembut dan halus (meski tak semuanya begitu), wanita memakai tudung sekehendak hatinya. Ada yang memakai kerana kesedaran, alhamdulillah. Ada yang mengenakannya semata-mata fesyen, cuba-cubalah berubah. Ada yang langsung tidak bertudung, insaflah.

Kepada wanita yang bertudung, ingin ku katakan di sini, bertudung belum tentu menutup aurat. Oh, sembang macam hang tu kemaih! Aku tau aku tak tegha mana, tapi jangan tengok siapa yang bercakap, renungkanlah mesejnya. Sedangkan syaitan pun mengajar Ayatul Kursi kepada Abu Hurairah. Bukankah Ayatul Kursi itu kalimat kebenaran daripada Tuhan sedangkan syaitan itu musuh insan zaman-berzaman. Dan aku pula tidaklah seteruk syaitan, a’uzubillahi min dzalik!

Berbalik kepada Reyhane Ali Hassani, ia ada mengutuskan surat kepadaku. Lengkap dengan poskad tempat bersejarah di wilayahnya tinggal. Tapi aku pula masa itu, terasa berat benar hendak membalasnya, entah mengapa. Tidak berapa lama kemudian, tatkala aku cuba menyambung perbualan maya secara satu hala yang lama terputus, ia pun menyepi. Merajuk barangkali, atau boleh jadi bersemadi di bawah runtuhan kota Bam dalam tragedi gempa bumi. Aku harap ia masih sihat walafiat. Andai ia telah pergi, ku doakan ia tenang di sisi Ilahi.

Kisahku pasal Iran tidak terhenti setakat itu. Suatu malam, aku menonton TV1. Filem Iran, yang terkenal dengan reputasi cemerlang dengan jalan cerita serba sederhana tapi mengesankan. Aku memang dah tunggu lama nak tengok cerita depa ni, malam tu baru berkesempatan. Tajuknya, The Girl In The Sneakers. Jalan ceritanya simple, tentang remaja perempuan yang lari dari rumah kerana sedikit masalah keluarga. Cerita ini memberikan aku dimensi baru cara aku melihat Iran. Aku dapat serba sikit maklumat yang akan membantu kalau aku berhijrah ke sana. Di sana, wanita perlu berhijab semasa di luar rumah sepanjang masa (sekarang baru ku tahu hijab itu dress code sejak Revolusi Islam 1979, uniform itu sama ada chador atau manteu, dah berubah colour dah zaman moden ni), ada bas berasingan untuk wanita, ada morality police yang menjaga tatatertib rakyat Iran. Paling mengesankan aku ialah di Iran pun rupanya ada setinggan dan orang jahat (dan tentunya wanita 'jahat', aku tak gamak nak sebut istilah 'itu'). Selama ini aku sangkakan Iran muluk belaka. Nampak gaya aku kena pasang strategi baru dengan lebih berhati-hati. Yang aku jangka selama ni ialah aku bakal terperangkap di tengah-tengah pertentangan golongan konservatif dan pro-reformasi. Rupanya bukan itu sahaja.

Akhirnya, dalam cerita itu, remaja perempuan berkenaan bersua juga dengan jejakanya di taman bunga. Mungkin sekadar alam khayalannya, namun saat itu ia ditaburi bunga-bunga. Lepas itu, turn aku la pulak mencari maklumat pasal dirinya, lalu dipertemukan aku dengan nama seanggun orangnya (walaupun aku sebenarnya mencari agama dan budi bahasa, bukan paras rupa). Namanya Pegah Ahangarani. Yahoo, ada point tambahan untuk aku ke Iran. Masa tu la.

Di samping semua perkara tersebut di atas, aku tertarik kepada Iran sebab inilah satu-satunya negara yang berani menegakkan kebenaran persis zaman kegemilangan Islam dulu walau mungkin dari segi akidah boleh dipertikaikan (Malaysia pun berani jugak, dengan caranyalah). Barang harus diingat, sekarang ialah zaman Islam kembali dagang macam sabda Nabi. Teramatlah beruntung dan berjiwa besarnya orang sebegitu. Presiden dia tak segan-segan mengenakan serban dan jubah walaupun dalam majlis rasmi yang dihadiri tokoh besar dunia. Aku tengok sendiri (kat t.v. la) masa Sidang NAM kat Malaysia. Kalau aku pun aku segan. Kuat pulak berpegang pada prinsip. Pernah suatu ketika dia tolak undangan makan malam kat Sepanyol sebab ada serve arak waktu makan tu. Serve arak tu dah jadi tradisi turun-temurun kat Sepanyol, kalau attend tak boleh tak minum, kalau tak minum kira tak sopan. So, untuk elakkan konflik, Presiden Khatami pun tak hadir sebab kalau attend pun dia takkan minum. Selain itu, depa berani melawan ancaman Amerika dengan darah dan nyawa atas nama Islam, bukan setakat petah berkata-kata. Masing-masing negara dengan cara tersendiri, tapi tang ni Iran menawan hatiku.

La ni aku cuma mengikuti perkembangan Iran dari kejauhan, bukan menjadi sebahagian denyut nadinya. Amerika kata nak serang Iran hari tu, harap-harap tak berlaku. Kalau jadi sungguh, aku doakan buat Iran kesejahteraan dan kemenangan. Menggubah kata-kata Leftenan Adnan garapan Aziz M. Osman, "Iran mungkin kalah tapi bukan sebab mereka tak melawan". Allahu Akbar!

Tuesday, February 22, 2005

It Comes To A Full Circle...

Petang Jumaat itu, aku bergegas ke INFRA. Bergegas-gegas pun, dan jugak aku balik rumah dulu. Dah siap mandi apa semua, lebih kurang 6.30 baru pi sana. Tanya2 pak guard dan beberapa orang yang lain, aku pun mendaftar. Ingatkan dapat sebilik dengan member, rupanya aku ditempatkan di bilik yang katanya untuk VIP. Sorang la tu. Tingkat paling bawah dan paling dekat dengan tempat pendaftaran pulak tu. Memang rezeki aku. Dengan beg galas dan beg bimbit aku, menjejak kaki ke kamar itu, mengingatkan aku waktu mula2 masuk Dorm Khalid masa Form One dulu. Bezanya, kali ini aku datang berseorangan dan hanya aku sorang bakal menghuni kamar setaraf chalet ini lengkap dengan pendingin hawa. Masa masuk Dorm Khalid dulu aku ditemani mak, ayah dan tok ayah. Dorm itu serba sederhana dan diduduki di samping seniors, adalah member sekelas aku, si Helmi yang suatu pagi tiba-tiba didapati tiada di katilnya dan berada di dorm lain. Ntah Misteri Nusantara ataupun seniors yang nak berlawak jenaka lalu diangkatnya hamba Allah secomel aku tu.

Malam tu, lebih kurang pukul 9, perlawanan dart dimulakan. Pergh, teams lain tu semua otai wakil ke MAKSPEN semua tu. Team aku, Rumah Sukan KSU hanya ada 2 orang yang mantap, yang lain boleh gagah saja, termasuk la aku yang tak semena-mena jadi pemain utama walaupun sepatutnya jadi simpanan saja. Game start dengan foursome. Masa main tu barulah aku belajar camno kiraannya dan menatang apa yang depa dok panggei rumah tu. Adat la, kalau masa tu baru nak pandai, result dia mesti la kalah. "Perlawanan seterusnya", umum M.C. merangkap player Rumah Timbalan Menteri II, "antara En. Hamzah bin sekian2 lawan En. Ahmad Redhauddin bin Ahmad Shokori". Giler, terkejut aku. "Eh, dalam list asal nama saya untuk foursome je". "Tapi list yang submit kat saya termasuk single sekali", kata si M.C. Ah, sudah, mati keras la aku camni. Sambil mengunyah chewing gum, aku main seslumberland yang boleh. Kalah dah tentu, malu dah takdir aku. Game lawan Rumah Timbalan Menteri II tu kami kalah 0-5.

Game seterusnya lawan Rumah Timbalan Menteri I, aku susun strategi supaya tak jadi single lagi. Aku lebih rela jadi foursome dan double. Cukup la game mula tadi tu. Ada la persaingan sikit, walau still kalah, kami dah bagi saingan sengit. Aku pun biasa dapatkan rumah untuk menang satu game. Sorang member aku tau2 naik syeikh masa jadi single. Melampau2 20 points nya tu. Giler ah ding dong. Game seterusnya, yang last, kami menang.


Daripada pukul 9 malam mula game, membawak ke pukul 3.30 pagi punya lawan dart, mata pun dah kuyu, kepala otak pun dah layu. Masa dinihari tu aku isi masa dengan SMS ex-classmate aku masa kat Irshad dulu. Dia pun heghan, apakejadahnya main dart lama2 macam tu. Aku explain la, tapi dia bukannya faham pun. Benda tu kena tengok dan terlibat sama. Dah menang game last tu aku pun balik la tido'. Member aku yang terer terlampau cara tiba-tiba tu nak tumpang sebab tak larat nak drive balik dah pagi2 buta tu. Aku tak kisah, apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong-menolong. Baru masuk fasa pertama dalam alam mimpi, aku dikejutkan dengan nada handset aku. Ingatkan setakat mesej, lama lain macam bunyinya, rupanya ex-classmate aku tu call. Aku dah tak macam dulu, slumber je aku sembang. Kalau dulu, jangan harap la. Ada macam tak dak, tak dak lagi la macam tak dak, serupa saja. Macam2 la aku sembang, peramah la pulak aku ni. Sogha dia pun lain. Awatnya. Dia pulak heghan, macam mana tau kata lain, macam biasa sembang. Ya tak ya jugak. Tapi aku still kata sogha dia lain. Ntah, tapi aku rasa tak macam sogha dia la.

Banyak la citer2 zaman sekolah dulu. Tanya itu ini, apa perkembangan terkini. Masa 3-4 tahun dalam kelas yang sama dulu tak berani nak sembang, la ni o.k. la sikit. Rupanya hidup dia pun tak seindah yang aku sangka, bersimpang-siur, beronak duri, beranjau sepanjang jalan. Per2pun, kata kombinasi Roberto Benigni & Bruce Nolan, 'Life Is B.E.A. utiful'. Lawak betui aku kata kat dia, dulu tak pernah sembang. Iyalah, budak tak pandai macam aku ni segan la nak sembang dengan dia yang pandai tu. Punya la lama bersembang, sampai dia kata cup. Awatnya, la, kredit nak habih rupanya. Sorry la, aku kata, nak aku top-upkan ka? Of course dia kata tak payah, tapi aku pulak rasa bersalah. Patut aku yang call dia. Tapi dan jugak la aku tanya bila birthday dia dan aku offer nak beli pearl. Maklum la, aku desk-officer Sabah, sambil2 bertugas di luar pejabat, tolong merealisasikan hasrat kawan2. Macam Santa Claus la pulak.

Aku pun tak tau apa kesudahan hikayat aku ni, tapi setakat ni aku dah ada pengalaman tersendiri. Aku mula belajar memandang orang dengan mata hati, sebab gaya tersurat belum pasti kaya budi, mulia insan kerana pekerti, bahasa tidak dijual beli. Menghampiri RMKe-9 aku ni, mungkin aku temui lagi episod-episod tak tersangkakan. Anyway, in the end, it'll always be a happy ending. Always.

Monday, February 14, 2005

Al-Iman Asasun Najah...

Membaca kisah orang-orang besar dalam negara, aku bukan setakat melihat komitmen depa menjalankan tugas tapi mengambil iktibar dari kisah2 peribadi dan nasihat depa pasal perkara2 di luar tugas rasmi. Salah satu daripadanya adalah filial depa. Salah sorang merupakan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hassan Nawawi yang always make a point to visit his parents. So, bila bapanya meninggal dunia, dia taklah rasa ralat sangat. Aku harap aku pun macam tu.

Aku balik kampung lagi dengan pak ngah aku dan Idah. Petang tadi sembahyang Jumaat kat Masjid Baru. Hah, ada citer menarik pasal sembahyang Jumaat kat Sungai Bakap ni. Kalau hampa orang luar dan tiba kat tempat aku ni pada hari Jumaat dengan harapan nak sembahyang kat sini, jangan terkejut kalau masjid yang hampa kunjungi tu kosong. Tak nampak tanda2 akan diadakan solat Jumaat kat situ. Janganlah su'udzzon dulu kat orang tempat aku ni. Bukanlah maknanya kami tak sembahyang Jumaat. Sembahyang Jumaat tetap diadakan seperti biasa. Cuma, mungkin hampa singgah di masjid yang gilirannya minggu depan. Tak faham? O.K., aku citer.

Di Sungai Bakap ada 2 masjid, satu nama dia Masjid Baru, dekat-dekat kedai Telekom. Satu lagi nama dia Masjid Lama, dekat-dekat hospital. Dua-dua masjid ni terletak di hujung pekan, satu belah sana, satu lagi belah sini. Aku pernah tanya tok ayah aku, awat yang depa gilir2 macam tu? Dah macam orang bermadu aku tengok. Kata tok ayah aku, citernya zaman-zaman dulu lagi. Bukannya sebab politik kepartian terlampau macam selalu dok jadi kat Terengganu tu. Itu satu masjid pun 2 imam. Satu qaryah pulak tu. Apekebende. Ini pasal Kaum Tua dan Kaum Muda sebenarnya. Masjid Lama tu adalah masjid asal kat Sungai Bakap. Ada la perselisihan sikit, ntah hapa yang depa selisihkan aku pun tak tau. Berselisih kat tengah jalan kot. Jadi, sebuah masjid lagi pun didirikan dan dinamakan Masjid Baru. Tapi kira o.k. la sebab dua-dua masjid ni cater jemaah dari qaryah yang berlainan. Ada la kompromi dan buktinya bergilir-gilir buat sembahyang Jumaat. La ni dah tak berbangkit dah isu tu, tapi status quo tetap diteruskan. Amacam, ada faham?

Aku ingatkan dah takdak scoop bila aku balik kampung ni. Rupa-rupanya ramalanku tak benar belaka. Habih sembahyang Jumaat, pak ngah aku ajak keluar. Ingatkan takat nak top-up kad Touch 'n Go, rupa-rupanya nak jalan-jalan. Pagi tadi pak ngah aku dah bawak tok ayah aku, adik aku dan Idah pi Batu Feringghi tengok kesan tsunami. Jalan-jalan kat Kepala Batas rupanya. Mula-mula round-round kat dalam Kolej Matrikulasi Pulau Pinang kat Pongsu Seribu tempat Idah study dulu. Ntah macam mana aku tergerak nak mintak tolong pak ngah aku belok ke kanan masa keluar dari Pusat Matriks tu. Semakin hampir aku ke tempat dituju, jantung aku berdegup kencang. Dah sampai depan pintu pagar, nampak separuh terbuka aje. Aku tak yakin boleh lepas guard post tu. Tapi pak ngah aku memang slumber. Pak guard tu pun bagi line, mungkin sebab pak ngah aku guna Perdana kot. Cuba kalau aku dengan Kancil aku tu, mungkin dia still bagi jugak la kot sebab aku ni tak dak la dikhuatiri mendatangkan ancaman pun.

Keter Perdana pak ngah aku meluncur terus di atas jalan yang lurus. Aku cuba menghayati setiap monumen yang tersergam di kiri kanan. Dari kantin, tapak perhimpunan, padang, semuanya. Keter pak ngah aku berhenti di surau. Tuhan selalunya kurniakan sesuatu yang tak terjangkakan. Sepuluh tahun dulu, aku sangkakan solat Asar itulah solat aku terawal dan terakhir di surau itu. Siapa sangka, sedekad kemudian, pada hari yang sama, pada petang yang damainya hampir serupa bagai waktu dulu, aku dihidangkan lagi peluang untuk melepaskan kerinduan aku pada alma mater. Perasaan aku pada masa tu sukar digambarkan.

Menjejak kaki di sini setelah sekian lama, bisa saja mengingatkan aku akan harapan tak kesampaian. Lebur impian aku nak jadi warga Irshad sejati sampai Form Five. Tak sempat nak tebus kehampaan masa PMR ’94. Result aku o.k. termasuk gred A untuk ketiga-tiga bahasa tapi rasa rendah diri bila bandingkan dengan member2 selajur dalam dewan exam tu. Adnin Shahril Dalbadalsa Merican kat depan sekali sekaligus di depan aku, Ahmad Salimi belakang aku, diikuti Ammar Nasran seterusnya Muhammad Najib dan lelaki terakhir dalam lajur ikut kelas tu si Yusfarizal; semua tu 9A. Cita-cita nak menang gold medal untuk Dorm Omar dalam acara sepak takraw masa Form Four pun lebur. Semua tu musnah bila aku dibawa pulang petang itu sesudah menunaikan solat Asar tahun 1995. Demikianlah hidup, kadang-kadang calar-balar sebuah harga diri hanya mampu dituam di tempat lain.

Betapa tenang dan syahdunya solat aku pada masa tu, setenang pemergian dugong bernama Si Tenang yang terlebih dahulu menghadap Ilahi. Ketenangan yang aku dambakan sekian lama, takkan aku temui di tengah-tengah kekalutan dan kepura-puraan ibu kota. Surau itu rupanya dinamakan Surau Al-Ansari. Punyalah lama aku nak menunggu siapnya surau tu. Dari Tingkatan Satu Al-Farabi sampailah Tingkatan Empat Al-Radzi. Macam-macam dibuat untuk mempercepat pembinaan surau. Jual kalendar la, derma la. Akhirnya bila surau dah siap, aku pulak terpaksa undur diri. Sayunya rasa hati. Kata lagu Senandung Kehidupan duet Ramli Sarip & Jay Jay, "Begitu kita merancangkan belum pasti hadirnya kebahagiaan, Fahamlah apa itu takdir akan berseri hidup yang ditadbir". Aku ternampak buku tulis seorang tilmiz, tertera nama tingkatan, '1 Al-Farabi'. Aku menerka nama-nama lain seperti Al-Radzi, Ibnu Rushd, Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun juga kekal qarar. Di muka depannya tercatat satu slogan, ”Ke Arah Al-Irshad Gemilang Tahun 2007”. Insya-Allah akan jadi kenyataan. Tambahan masa tu aku dah menggapai Rancangan Malaysia Kesembilan aku dah tu.

Seusai solat Asar, aku melihat-lihat blok-blok bangunan tempat aku menimba ilmu dahulu. (Ikut hati nak aku tawaf keliling Irshad dan menelusuri setiap pelusuk bersejarah. Tapi kang orang ingat aku terrorist tengah memasang bahan letupan pulak.) Telah bercat baru, tapi warnanya tidak segarang dan semengancam dulu. Di situlah tempat aku belajar dan prep. Ada satu citer pasal prep ni yang takkan aku lupakan. Suatu malam, masa sorang warden wanita ni round kawasan, kelas prep macam biasa la punya la hinga’. Dia pun mai. Nasib aku pulak tak berapa nak baik. Aku dok kat tepi tingkap yang dah tak berapa nak ada cermin. Aku pun mencapai buku Sains Paduan Tingkatan Dua. Konon-konon mengulangkaji la tu. Tapi tak berapa pro sebab masa tu dia dah dekat. Dia pun sound, ”Ai, takkan baru nak baca PRAKATA kot?”. Nasib baik tak kena denda, tapi berinci-inci jugak la tebalnya muka.

Di sebelah surau dah ada dewan. Bertuah betul budak-budak la ni. Time aku dulu mana ada lagi dewan ni. Apa-apa function buat kat dewan makan, termasuk la mesyuarat PIBG. Dewan makan itu terletak berdepan dengan surau. Melihat dewan makan itu, teringat aku pelbagai kenangan mengusik jiwa. Aku bukan teringatkan menu dia sangat sebab aku memang tak lalu nak suap nasi, lauk, roti dan telur setengah masak rendah mutu. Aku dok teringat zaman aku dok jadi tekong nasyid start Form One sampai Form Three. Masa tu Nada Murni tengah top. Aku minat kat lagu-lagu nyanyian Asri sebab syahdu berbanding nyanyian Munif yang kureng sikit. Tapi la dah terbalik dah sebab Hijjaz dok nyanyi lagu-lagu yang aku suka. Pertengahan tahun 2005 ni depa nak reunion nasyid klasik. Cayalah.


O.K., berbalik kepada bab jadi tekong nasyid tu. Aku ni kat dalam kelas punyalah diam, dengan member tilmizat lagi la teramatlah jarangnya aku nak bersembang. Ntah la, tak dak idea, depa pulak semua budak pandai. Rasa inferiority complex la jugak walaupun aku pun kelas yang paling pandai tapi tak sepandai depa. Jadi, dengan persembahan masa Malam Kesenian Islam (kadang-kadang sambut Maulidur Rasul pun buat nasyid jugak) hujung-hujung tahun tu lah aku lepaskan tension dan itulah caranya orang boleh kenal aku yang tak terkenal ni pun. Nasyid pertama di Irshad yang aku nyanyikan secara rasmi bertajuk 'Di Bumi Ini Kita Ditemukan'. Mat Fudge pun tekong jugak, dia dok sebelah aku. Fuh, best rasanya. Bersongkok hitam yang dah berapa kali aku gosok jangan tak gosok sampai berkilat sampai tertanggal semua habuk, berpakaian baju Melayu serba putih dan bersampin biru; pakaian rasmi hari Jumaat, pergh, giler ah ding dong. Masa tu lah budak-budak perempuan ASPUCAW kat Padang Menora tu mai naik bas. Penonton terdiri daripada senior lelaki dan perempuan dan member2 seangkatan. Nervous tu nervous la jugak tapi seronok sebab bab menyanyi ni aku memang minat, baik lagu biasa ataupun nasyid. Terbawa-bawak dengan zaman mengaji dan sekolah rendah dulu. Lepas tu baru aku dapat tau yang tajuk lagu tu sebenarnya 'Ukhuwwah Fillah'. Bukan takat tu saja, lirik pun banyak yang salah. Ni semua abang Azizi dengan abang Husaini punya pasal la ni. Patut la aku rasa lirik tu lain macam. Tapi penonton bukan tau pun.

Dewan makan itu membahagikan ASPURA dan ASPURI. ASPURA dah banyak berubah, blok yang terbengkalai dulu dah siap. Tapi sungguhpun berubahnya ASPURA, manakan sama dengan anggunnya ASPURI. Beza, memang berbeza. Dulu masing-masing ada surau sendiri. Aku berkesempatan jugak bersolat kat ASPURI. Masa bila? Takdak la aku menceroboh. Ingat aku spesies tu ka? Aku pi dengan kawan-kawan masa Form Three atau Form Four; solat terawih. Biasanya ustaz imamkan untuk muslimat, tapi kadang-kadang ustaz tak mai. Jadi, kena la aku dan kawan-kawan mengambil tanggung jawab tu. Ingat suka-suka ka nak pi asrama depa? Tapi kalau ustaz mai pun aku rasa syok lagi pi sana. Bukan apa, ingat senang ka nak sembahyang kat surau kayu tu selain bulan posa. Yang lagi best tu, biasanya sembahyang terawih kat situ taklah lama sangat kalau dibanding dengan surau ASPURA. Bertambah laju kalau kawan-kawan tolong imamkan. Maka jadilah para jemaah kat surau ASPURI tu peserta utama ke acara more di dewan makan. Menu yang aku paling ingat masa more tu ialah nasi kerabu. Tapi tak la sedap sangat aku rasa.

Di ASPURA tu la aku dan kawan-kawan bersubahat dengan Rambo-rambo yang menjalankan misi penyusupan ihsan untuk mangsa-mangsa kebuluran. Depa caj la komisen 2-3 kupang, tapi kira adil la sebab misi yang depa jalankan ni bahaya. Silap-silap berjeromoh dengan pak guard, takpun Misteri Nusantara. Tu belum kira nak kena cross padang bola yang luas tu lagi sebelum menyeronot atau melompat pagar sekolah untuk sampai ke destinasi, Simpang Tiga Keling ('Keling' dalam istilah Utara tidak bermaksud penghinaan seperti di tempat lain, maksudnya 'India Muslim'). Biasanya misi depa berjaya dan selamatlah golongan marhaen daripada kelaparan dengan tersantapnya nasi goreng, Maggi goreng dan beraneka jenis minuman.

Akhirnya, sesudah lama membelek-belek koleksi memori, terpaksa juga aku tinggalkan Irshad. Bukan senang nak coretkan pengalaman hampir empat tahun dalam diari internet begini. Ada yang hanya akan aku ceritakan kemudian. Tapi intuisi aku kuat berkata bahawa tahun ini merupakan permulaan gemilang aku. Aku dah dapat contact abang Anang, naqib yang banyak berjasa pada aku. Aku jugak dah re-connect dengan member yang dulu tak 'sempat' aku nak berkawan dan bersembang. Bijak laksana orangnya, Top Five dalam tingkatan dulu. Kalau aku tak dipandangnya pun aku faham sebab siapa sangatlah aku ini. Tak pernah bersembang pun dulu-dulu. Tapi dia bukan macam sesetengah orang; tutur katanya penuh budi bahasa dan merendah diri. Aku harap aku dapat redha mak dan ayah aku dalam re-connection ini. Insya-Allah.


Aku penuh percaya suatu hari nanti aku akan kembali lagi ke sini, kali ini kehadiranku sebagai manusia yang telah tertebus harga dirinya hampir setahun setengah lalu akan disedari.

Sungai Bakap, Kepala Batas & Pokok Sena

10 - 12 Februari 2005

Thursday, February 03, 2005

Selamat Hari Wilayah, Bah ! Selamat Hari Jadi, Pak Ngah!

Ini first time aku ada meeting dengan Timbalan Menteri kat JPP Sabah. Aku, sebagai desk-officer Sabah / Labuan, dah tentu En. Mus minit suruh aku hadir. Agenda mesyuarat pun dahsyat, semua program Bahagian PD disenaraikan satu persatu compared to other departments which are listed as their very own department. Punyalah core-business KKLW Bahagian PD ni. Meminjam confidence dan reputasi cemerlang En. Mus, aku pun present seslumberland yang boleh. Aku cuba pastikan aku tak usik reputasi SUB aku tu (Edisi Khas pasal En. Mus akan ke udara bulan 4 ni). Memang la tak sama style aku dan dia tapi at least aku tak kena belasah dalam meeting tu macam bahagian2 lain. Dalam keadaan biasa, aku tak berapa suka menjawab walaupun aku dikutuk sumpahi Eros tapi dalam meeting tu aku cakap je apa yang aku rasa patut cakap sebab ini melibatkan reputasi SUB aku secara khusus dan Bahagian PD secara am. Takde le goreng sampai hangit, facts and figures punya jawapan tu. Yang ajaibnya, presentation aku tu dalam slang K.L. Pelet Penang dah hilang pi mana pun tak tau, bahasa Melayu Johor-Riau mendominasi. Dalam tempoh setahun setengah saja aku dah boleh tune jadi camtu. Aku ingat lagi masa mula-mula masuk kerja dulu, aku terasa jugak nak cakap macam orang K.L. Tapi dah orang2 kat Bahagian PD ni faham cakap Utara, slumberland jelah. Kadang2, kita kena ambil pendekatan gabion mattress dan cuba elakkan stone-pitching (mentang2 aku buat Jalan Luar Bandar [JALB]). Flexibilty is the word, not rigidness. Aku tak pernah lupakan Penang sebab Penang tersenarai eksklusif dalam impian masa depan aku. Hujan ribut siap dengan guruh kilat semua sekali kat negeri orang, manakan sama dengan Penang walaupun dilanda tsunami.

Di sini, rupanya musim panas jugak macam di Semenanjung. Tapi sudah ditakdirkan, seperti Disember lepas semasa aku ke ADC 2004, hujan lebat sepanjang perjalanan ke Beaufort. Kali ni aku tak sia-siakan waktu mustajab begini. Doaku agar Rancangan Malaysia Kesembilan berjalan lancar dan aku dapat redha mak dan ayah aku. JALB yang aku melawat ni dah siap. Panjang lebih kurang 1.5 km dan dah diraise lebih kurang 1.5m dan aras asal untuk mengelakkan limpahan air sungai waktu hujan membanjiri jalan. Kata mak aku, ewah, macam Y.B. melawat kawasan la pulak. Elok juga aku arrange lawatan camni sebab sejak aku buat PJK tahun 2003 dulu sampai la la ni buat JALB, aku tak pernah ada lawatan muhibbah camni lagi. Sesudah itu ke pekan Beaufort. Hujan dah mulai renyai-renyai. Aku pekena kopi O panas dengan roti bakar dengan sekaya lemak berkrim perisa pandan campur marjerin, ditemani suhu senyaman salju. Ui, sejuk gedi camtu, pergh, macam kata iklan Twisties, "Mesti mau...".

Mendengar citer KPP Bahagian Jalan & Ir. Sabah ni reminds me that life, in the words of Five For Fighting is, "It's Not Easy". It was a wonderful moment to pay attention to their couple of years of experience in just less than two hours. Interrupting once in a while particularly when it came to sports. I'm not that active in terms of competing with other 21 people in chasing a ball every evening on the field but it doesn't mean that I'm a kaki bangku as other jabronis thus know nothing about sports. Ranging from the facets of their counterparts, their children to the extent of talking about celebrated world tennis players (Marat Safin, the newly crowned Australian Open Champion inevitably included in this package). Then only I know that both of them were martial arts exponents; one in taekwando (I heard 'dan / dans' mentiond) while another has ever practised karate-do. The two are still into sports, lately golf (yup, a golf-set was ready at their own disposal).

Aku sampai di Promenade semula hampir 8.15 malam. Bila kenderaan depa dah berlalu dari pandangan, aku ke deretan gerai yang bertentangan dengan hotel. Lokasi memang stategik sebab depannya laut. Dah order apa semua, aku keluarkan kertas nota yang aku dapat free dari bilik hotel. Kopi 'O' panas sampai dulu (ai, berapa kali minum kopi 'O' panas ini hari daaa...). Wah, sambil menghadap laut aku melihat bayang-bayang cahaya lampu meliuk lintuk menimpa permukaan air. Aku dah siap dengan pen nak menulis. Terasa macam Karim Raslan la pulak dalam Ceritalah. Tak semena-mena teringat sajak Chairil Anwar, "Angin membantu, laut terang, tapi terasa aku tidak 'kan sampai padanya". "Ha, ha, ha! (itu kata-kata hikmat aku yang terkini), aku gelak dalam hati. Senyum sorang-sorang bila kenangkan citer2 slapstick zaman jahiliah Tahun Gajah dulu. Hidup memang patut berwarna-warni macam kaler pelangi. Kalau dak, bosan giler la.

Kota Kinabalu - Beufort - Kota Kinabalu
30 Januari - 1 Februari 2005