Saturday, May 23, 2009

ADILA...

Zaman belum ada pelbagai saluran radio swasta lagi di Malaysia, antara saluran radio yang paling top ialah Radio 1 RTM. Ada satu slot yang power. Bunyi macam nama adik aku. A-ku DI-a dan LA-gu.

*****

Masa aku Form One kat Irshad, ada seorang ustaz nama Ustaz Mahmud. Ustaz ni ajar Pendidikan Islam merangkap guru untuk kelas tarannum waktu petang yang diwujudkan semula selepas beberapa tahun. Pada masa tu, usia dia dalam lingkungan 50-an, tapi still smart. Tak biasa lagi aku nampak dia pakai kepiah ka songkok ka. Kereta pun boleh tahan bergaya jugak la. Satu hari aku pernah sembang dengan ayah aku cerita pasal dia ni. Rupanya ayah aku kenal akan ustaz ni dan suruh aku kirim salam. Kata ayah aku dia ni geng-geng Ghazal Party jugak ni.

Satu hari, selepas tamat waktu mengajar dia kat kelas aku, on the way dia nak keluar tu, aku yang masa tu berdiri kat meja kedua paling hampir dengan pintu keluar pun haba' kat dia kata ayah aku kirim salam. Aku cerita la kata ayah aku kenai dia masa dia dok menyewa rumah belakang rumah Allahyarhamha Mak Cik Siti kat Permatang Bertam tu. Cuma part Ghazal Party tu aku tak sebut la. La ni bila aku kenang-kenang balik, dan banding dengan prejudis zaman berkerjaya ni, kalau ada orang kirim salam mesti rasa suspicious lain macam. Dalam erti kata mudah, kirim salam ada makna tu. Masa dulu haba' kata kirim salam memang takdak apa-apa kepentingan pun.

Berbalik kepada cerita Ustaz Mahmud ni, masa dia mengajar kat kelas tarannum petang-petang tu, dia pernah sebut kata nak belajar lagu ni kena gila-gila sikit, kena selalu bermain-main dengan suara. Lalu dia pun demo la depan-depan budak-budak kelas yang berapa cangok saja tu. Kalau ikut vocab aku la ni macam humming la.

Tapi bukan hat tu yang aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ni ialah satu masa dalam kelas, rasa-rasa aku kelas tarannum, dia ada menyanyi sebaris dua lagu ni. "Boleh boleh boleh... boleh kata boleh, janganlah tak boleh tapi kata boleh...". Mat Fudge masa tu cukup teruja dengan senikata lagu tu sampai dok ulang-ulang dalam kelas. Aku pulak masa tu rasa macam pernah dengar lagu tu. Bunyi macam cover version lagu Arab. Akhirnya memang confirm, tu lagu yang penyanyi dia aku suka atas banyak sebab, satu sebab sama-sama orang Pulau Pinang. Aku tujukan lagu ni kepada Dek Zek, salah sorang ahli kumpulan Rikie Boys in case aku tak dan pi kenduri dia Ahad depan.

http://www.youtube.com/watch?v=8eZ_iOA-jfg

*****

Sejurus aku balik dari KB hari tu, aku jadi keterujaan dengar lagu-lagu dialek Kelantan thru YouTube. Ni salah satu lagu yang aku masih teruja sampai la walaupun takat dengar sekali-sekala. Lagu ni asalnya lagu filem Hati Milikmu (Dil Hai Tumhara). Cuma atas daya kreatif orang yang upload lagu ni kat YouTube, dia sudah kasi selarikan klip video filem tu dengan lagu yang Khalifah menyanyi ni.

Part yang aku rasa paling touching adalah masa intro lagu ni yang bersekali dengan pergerakan kamera perlahan-lahan menghampiri close-up salah seorang watak utama melambai-lambai dengan memegang tangan boneka. Pergh, giler ah ding dong. Isk, isk, isk.

2 comments:

Anonymous said...

ustad mahmud...lama x dgq cerita dia. ada gak msk kls tarannum dia 3 thn, pastu bungkus...hahaha. mudah2an guru2 kita di dlm rahmat ALlah sepanjang masa, aamiin.

Anonymous said...

amboi mat hang sakan na..ahmadi hassan lagi tu..bagus jugak kenen hang...tp ahmadi hassan ni kira taranum dia pun hebat la walaupun dlm lagu..lanie hang ingat depa nak pasang ka lagu dia dlm kenduri kawin...kalau tak cinta pantai merdeka...mesti lagu rock gempaq la dok hingar kat majlis kenduri...

smdbest