Monday, January 03, 2005

Alangkah Susah Mendapat Kawan...

Ada sambungannya tajuk itu, "...Bukan kenalan di zaman ini, Berpunca dari hati yang rosak, Kerana dunia memautnya.". (Hijjaz, Pelita Hidup II).

Kadang-kadang, kita melihat sesuatu rancangan tidak lebih sekadar peluang untuk berhibur. Berhiburlah, siapa yang larang. Tapi alangkah terlebih baik kiranya kita menghayati mesej yang terkandung dalam sesebuah rancangan itu. Aku tidak bermaksud nilai-nilai murni dan pengajaran cuma ada dalam rancangan heavy duty macam Forum Perdana Ehwal Islam atau Malaysia 2020. Cerita kartun dan komersial pun punyai mesej tersendiri. Itupun andai kita rajin mencari.

Kita ambil contoh Smallville. Rancangan ini tidak syak lagi merupakan favourite jutaan peminat di Malaysia, apatah lagi di seluruh dunia. Cuma, memadaikah kita sekadar mengagumi dan teruja dengan special effect dan ketampanan Tom Welling dan kerupawanan Kristin Kreuk. Ada atau tidak kita terperasan dengan mesej persahabatan yang kerap diterapkan. Bak kata Wolverine kepada Spiderman dalam animasi yang aku tonton semalam, "Kalau ditimpa kesulitan atau dibelenggu kesusahan, usah tanggung bebanan itu sendirian kerana engkau masih ada kawan-kawan yang boleh engkau harapkan.". Kawan bukan setakat dicari apabila kita ingin sesuatu yang cenderung ke arah kepentingan peribadi. Jikalau itulah gunanya dan definisi kawan dalam kamus hidup kita, lebih baik tidak berkawan.

Aku ingat hang akan belaja' tapi aku silap besa'. Manusia oh manusia, aku tak sangka hang memang ketega'.

No comments: