Friday, January 07, 2005

Eksyen? Tak Payahlah Kot...

Masa bulan puasa hari tu, aku baca 2 wawancara dengan prominent corporate figures kat Malaysia ni; Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Hassan Merican. Yang best bila baca cerita depa ni selain pengalaman ialah cara depa bawak diri. Nilai depa tu hampir sama dengan aku walaupun bezanya depa tu terlalulah kayanya sedangkan aku boleh gagah saja la.

Depa memang humble tahap down to earth walaupun taraf depa tu memang buleh ek la. Syed Mokhtar tu guna Perdana saja. Hat Hassan Merican pulak walaupun terlebih mampu dok banglo, tapi dia takat dok kat semi-D saja. Dia biasa balik kampung dengan bas. Time balik kampung, dia boleh round kampung dengan motor pakai kain pelikat lagi. Padahal CEO Petronas tu.

Syed Mokhtar ni memang kuat pegang pada prinsip walaupun pada tahap desperate waktu nak mula bertapak dalam bidang perniagaan. Masa tu dia dapat 4 permit lori. Dia hanya mampu guna dua saja. Ada la pulak ca-ya-nun-alif nak beli permit tu dengan harga yang orang Melayu biasa akan terbeliak bijik mata punyalah. Tapi dia tak jual sebab baginya itu ibarat menggadai maruah orang Melayu. Hassan Merican punyalah bersungguh nak jaga maruah negara sampai sekecil-kecil perkara pun dia ambil kira. Analoginya, kalau kita nak ambik pen baru kat stor tu, kita mesti tunjukkan pen lama yang kita guna dah habis dakwat. Kalau dak, forget it. Macam tu jugaklah dalam konteks pengusaha stesen. Kalau dia nak tambah pam ka atau nak upgrade Mini Mesra jadi Mesra, dia mesti justify sales dengan keperluan tu. Sebab tu la ni Petronas dah banyak berubah jadi agresif dari segi promotion, corporate image, etc. Aku cakap ni bukan sebab aku ada kena-mengena dengan Petronas o.k.

Depa memang jenis tak lupa asal-usul. Beza, memang berbeza dengan sesetengah orang yang asal kampung jugak tapi bila dah dok kat bandar beberapa tahun, eksyennya mengalahkan orang bandar pure. Action-packed tul la. Syed Mokhtar kata walaupun dia tak sekolah tinggi, tapi dia harap dengan kemampuan yang dia ada tu, ramai budak2 Melayu akan jadi terpelajar. Sebab tu dia bukak Yayasan Al-Bukhary. Tekad dia nak menyumbang semula apa yang dia dapat kepada masyarakat. Hassan Merican pulak, kalau time lunch, mesti dengan bekal ulam yang orang rumah dia hantar.

Akhir zaman begini, contoh yang realistic untuk diikut antaranya adalah depa berdua tu. Contoh yang sejati dan ideal selain Nabi ialah Khalifah Umar Al-Khattab. Walaupun jawatan tahap maharaja, tapi hidup teramatlah sederhana. Suatu hari ada delegasi yang baru tiba dan nak berjumpa dengannya. Delegasi tu macam tak percaya. Betul ka ini Khalifah yang memimpin umat Islam menundukkan empayar Rom dan Parsi. Delegasi itu sangkakan Umar seperti maharaja lain yang bersemayam di singgahsana bertatah permata. Rupanya di depan delegasi itu hanya berbaring seorang lelaki yang tidur di atas pelepah-pelepah kurma tanpa seorang pun bodyguard.

Bila aku kenang balik isi wawancara tu, aku muhasabah diri sendiri. Walaupun aku tak kaya, tapi at least nilai-nilai murni yang ada kat depa tu, yang aku bawak dari kecik, aku pertahankan. Aku teringat cerita yang aku pernah baca masa aku kecik-kecik dulu. Cerita tu aku buat pedoman dan aku janji kat diri aku yang aku akan amalkan bila aku dah kerja. Suatu hari, waktu dok check buku keluar masuk wang negara dan juga Baitulmal, anak Khalifah Umar Abdul Aziz masuk nak jumpa dia. Umar tanya anak dia, ni urusan negara ka urusan peribadi. Bila anak dia jawab urusan peribadi, dia padamkan lampu dan biarkan pejabatnya bergelap. Anak dia hairan, awat ayah padam lampu, kan ka gelap dah ni. Jawab Umar Abdul Aziz, aku tidak mahu kerana urusan keluarga, akan merugikan harta kepunyaan rakyat dan negara. Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaaan adalah amanat yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Rupanya, bila dah kerja ni, kadang-kadang benda2 macam tu terlepas pandang. Aku teringat balik bila baca Reflection Paper yang aku tulis selepas PTD Unggul. Macam manapun, aku cuba hadkan hanya kalau terlalu mendesak. Contohnya, untuk personal matters aku takkan guna telefon ofis melainkan perkara itu teramatlah pentingnya dan bateri handset dah kong. Tu pun cakap secepat mungkin. Apa, naive? Cukuplah dengan dosa yang dah bertimbun ni.

Teladan orang-orang ternama macam tu menyedarkan aku bahawa jawatan PTD bukan alasan untuk eksyen walaupun sebelum jadi PTD, aku dah alami macam-macam termasuk tahana pak guard kat KOMTAR tu. Aku takkan lupa apa yang orang buat kat aku tapi kalau aku berdepan depa semula, aku akan tetap layan depa macam manusia. Kalau aku balas dengan cara yang sama, apa beza aku dengan depa. Aku tak semurah tu. Sedangkan orang-orang korporat yang masyhur dan sahabat dan tabi'in pun ada rasa tawadhu', apatah lagi tersangatlah patutnya aku yang dha'ifun jiddan ntah dalam kategori mana ni. Bak kata Saidina Umar Al-Khattab, "Aku hanya seorang Umar, kemuliaanku kerana Islam".


1 comment:

Anonymous said...

ko ni perangai mengalahkan babi! bodoh nk mampos! sial punya anak! pukimakkkkk ko!!