Friday, July 29, 2005

Mencari Cinta...


Aku tak sangka rupanya dalam arus kemodenan ini, orang kita sanggup diperlakukan sebagai bahan ketawa. Betul, best man wins, tapi di mana nilai-nilai yang kita pertahankan selama ini? Kadang-kadang aku tak faham (walau aku mengerti ada kalangan desperado yang berasakan agak terlalu lama hidup keseorangan) mengapa jalan demikian jadi pilihan. Bukannya aku beranggapan jodoh pertemuan datang sendiri kerna aku penuh percaya usaha dan tawakal harus dimulai namun tidak seharusnya cara sebegini. Adilkah lelaki seolah-olah tiada lagi pilihan justeru melakukan apa segala bagi memenangi hati bakal mertua. Bahasa mudahnya, seperti diistilahkan Ujang, beli jiwa. Orang boleh jadi berkata, "Alah, lelaki.". Barang harus diingat, lelaki juga manusia, ada hati ada rasa, kalau sembilan orang lelaki itu digantikan dengan wanita, agaknya bagaimana pula? Adakah feminists akan menjerit serata massa, melaungkan keadilan untuk kaum Hawa? Rendahnya martabat seorang lelaki di kaca tivi sedangkan "Ar-rijaalu qauwaamuuna 'alannisak". Mungkin aku terlalu konservatif dan tradisional, barangkali. Aku pernah tersedar hakikat itu. Cuma aku bertanya kembali kepada diriku, "Kalau tiada lagi idealisme sebegitu, apa lagi yang tinggal padaku?".

1 comment:

Anonymous said...

(17:01:12) abu_ariff: anyway, apa yang aku nak komenkan
(17:01:21) abu_ariff: aku pun sama pendapat macam hang juga
(17:01:42) abu_ariff: mencari cinta ni dah macam untuk orang-orang desperado saja
(17:02:20) abu_ariff: aku tengok dalam tv tu, jiwa manusia seakan-akan dipermainkan
(17:02:46) abu_ariff: yang poyo akan dikatakan poyo tanpa ada selindung-selindung lagi
(17:02:59) abu_ariff: tapi nak buat macam mana, itukan "game"
(17:03:18) abu_ariff: mesti ada menang kalah dan semua pemainnya mestilah sanggup menerima sebarang keputusan
(17:04:01) abu_ariff: yang menang mungkin dapat berkahwin dengan pempuan tu
(17:04:38) al_bakafi: aha, hang komen la camtu dalam blog aku tu
(17:04:44) abu_ariff: tapi setakat mana jujurnya orang yang dapat kawen dengan dia tu, belum tentu lagi sebab dalam masa lebih kurang 14 minggu nak buktikan semuanya bukannya mudah
(17:05:18) abu_ariff: mungkin dalam 14 minggu tu semua berpura pura saja
(17:05:22) al_bakafi: hang komen la dalam blog aku
(17:05:32) al_bakafi: setakat Yahoo Messenger tak best la
(17:05:44) abu_ariff: hipokrit tahap dewa org kata, sebab boleh masuk TV untuk dapat awek cunn
(17:05:48) abu_ariff: ok sat