Thursday, March 06, 2008

*Aa Aab Laut Chalen...

Peribahasa Cina ada menyebut, "Orang tua kehilangan kudanya, entahkan membawa tuah. Orang tua mendapat semula kudanya, entahkan membawa malang".

* * * * *


8 Syawal 1428 Hijriyyah bersamaan hari Sabtu. Sesudah menghantar Wani ke Cambridge, aku dan ayah pun ronda-ronda kot leroh Seberang Jaya. Aku memerhati setiap pelusuk jalan dengan penuh minat. Terasa macam seorang pardesi pulak apabila melalui jalan-jalan yang ada antaranya tak pernah aku lalu.

Semasa sesi pembunuhan masa itu, kami pun ke Auto City untuk ushar apa yang patut. Mula-mula ushar Vios. Selain space kat belakang yang dirasakan sempit, hat lain toksah kata apa la. Kemas memang kemas la, macam Harun Mat Taib. Tapi harga yang tak larat tu. Kalau kereta koi lama koi mahal satu hal la jugak.

On the way ke tempat parking, ada satu Kancil kaler merah sudah hon dengan kadar desibel mesra alam. Aku mula-mula tak kisah, kot-kot hon kat orang lain ka. Masuk hon kali kedua, aku pun perati tengok, sappa pulak dah. Ayah aku tak perasan lagi. Apabila cermin diturunkan, la, abang Fisol dan keluarga rupanya. Dia pun pakai beli McD ja nak ligan masa punya pasai. Serkap dia tak jarang langsung, lalu ayah aku pun mengaku, memang nak cari kereta pun. Cuma yang tak bestnya ayah aku kata akulah punca. Aku pun seperti biasa cover la, dak aih, sajjaja tengok-tengok.

Kemudian beralih ke kedai Proton. Sudah tentulah yang diushar Persona. Ada 3 jenis. 2 jenis hat mula-mula tu kalau order 2-3 bulan dapat la. Lalu aku pun tanya la Cina tu, kalau yang High-Liner ni berapa bulan pulak. Dijawab olehnya, "6 bulan". Proton, Proton, aku meratuih dalam hati. Dalam iklan punyalah sempoi, review pun power. Rupa-rupanya hype ja lebih. 6 bulan tara nak dapat kereta pakai jenuh tungguh la aba' hang. Apa punya teruk delivery system, kalau gomen satu hal jugak, ini swasta. Menambahkan siru tu adalah apabila cuba try test tengok duduk-duduk dalam Persona tu. Space belakang Vios tadi dok ingat dah sempit dah, hat Persona ni rupanya lagi sempit. Dah la tu, seat keras semacam. Sistem stereo pun setakat depa susun button. Patutnya boh la hat senonoh sikit. Cuma Persona ni kalau nak dibandingkan dengan Vios menang tang harga saja la. Hat lain tu aku rasa loi sikit.

Masa banyak lagi. Maka kami menghala ke Kassim Mustafa. Nama macam famous, sedap belum tau. Cuma yang buat perasaan aku berbunga-bunga tu ialah kedatangan aku disambut dengan sebuah lagu yang menggambarkan kerinduan seorang pardesi. "Aa aab laut chalen... Aa aab laut chalen...". Macam tau-tau pulak. Dengan suara Udit Narayan yang toksah kata apa la, adoi, mendera perasaan aku betui. Saba' la sat chek, tak lama dah ni.

Bab-bab makan ni aku teringatkan Pian. Maklumlah dia kan kaki ronda, mengalahkan pegawai pemantau. SMS aku dibalasnya dengan mengatakan Kassim Mustafa ni specialty dia gulai ayam. Lepas pekena teh tarik dan dalam pada dok bayar, ayah aku dan lagi interview anak mami penjaga kaunter tu. Pegawai pemantau pun tak terpikia' nak interview cashier. Ayah aku tanya apa yang special, kata dia kalau hari Sabtu tu ada gulai ayam kampung. Cuma yang slack sikit tu malam sikit baru nak ada pun.

Memandangkan masa sangat jealous dengan kami, mana lagi nak pi ambik Wani, tak dapat la nak merasa menu special tu. Walau bagaimanapun, berbekalkan rekemen Pian, aku pun syor kat ayah aku suruh bungkuih gulai ayam. Malam tu bila dah sudah makan kat rumah, aku tanya ayah aku macam mana rasa. Hang tau apa kata ayah aku, Pian? Memang special la dengan rempah dia apa semua. Kredit untuk hang Pian. Aku ingat hang buleh jadi hos rancangan makanan versi Penang la bertajuk Jalan-Jalan Cari Marka.

* * * * *


Meskipun ada kenang-kenangan di 'entah-apa-nama-pun-tak-tau-malas-aku-nak-sebut', namun biarlah aku simpan nostalgia itu dalam lipatan ingatan sahaja. Ia hanya persinggahan, bukan suatu destinasi.

* * * * *


Peribahasa Cina juga ada menyebut, "Berani mati tak mati, berani hilang tak hilang. Orang yang tertawa akhir tertawa menang".

* * * * *


Mungkin sudah takdirnya qada' mubram. Lalu mimpi dan angan-angan itu, yang patutnya jadi macam intan berlian, akhirnya pecah terbarai macam tembikar murah.

* * * * *

Nota :

* Marilah Kita Pulang...

5 comments:

Anonymous said...

Hmm setelah sekian lama menekuni blog saudara ini, akhirnya hadir juga keinginan dan keberanian untuk meninggalkan bingkisan. Sesekali tatkala ketawa sendiri lewat membaca catatan saudara, tercetus juga kemusykilan - ada antara catatan2 itu seperti ditujukan kepada seseorang namun saudara seolah2 bersikap baling batu, sembunyi tangan. Mungkin malu atau lebih tepat, kurang yakin sebenarnya, bimbang kelak balasan yang diterima tidak sebagaimana yang diharapkan. Apa salahnya mencuba...zahirkan saja apa yang diinginkan. Kalau berjaya, alhamdulillah..kiranya hampa, sekurang2nya kita tidak kecewa jika burung di tangan terlepas terbang akhirnya...

Sekadar nasihat dari seorang yang lebih berusia (rasa-rasanya....)

Anonymous said...

apa mimpi dan angan2 yg mcm intan berlian tu....? ish ish kesian lak. citer la sket.

det said...

kasim mustafa memang specialty dia gulai ayam. kalau pekena kat chulia street penang lg best..sambil2 sedut asap bas, lori n kereta kat tepi jln tu (saja tambah bg nmpk dramatik skit)

ni nak tanya, sapa dia budak wani nie? hang explain mai sikit...bebulu mata aku tgk nama dia sana sini dlm blog hang nih..

~anak beruang yang kurus~ said...

Nak tau cerita di para 'entah-apa-nama-pun-tak-tau-malas-aku-nak-sebut' bley tak? Bley la... Tang 'Ia hanya persinggahan, bukan suatu destinasi'... bley? Orait... jom makan KFC...

goodeda1122 said...

自慰套,真愛密碼,
自慰套,自慰器,充氣娃娃,
性感丁字褲,AV,按摩棒,電動按摩棒,情趣按摩棒,
角色扮演,吊帶襪,丁字褲,飛機杯,

按摩棒,變頻跳蛋,跳蛋,無線跳蛋,G點,
潤滑液,SM,情趣內衣,內衣,性感內衣,情趣用品,情趣,