Sunday, January 25, 2009

Aku Baru Nak Start...

Tak berapa lama dahulu, kata big boss aku, tempat kita ni takdak ustaz la. Baru sat-sat tadi, dia kata tempat kita ni takdak artis la. Kata-kata dia tu mengingatkan aku pada kisah mentor aku. Sappa lagi kalau bukan Pak Ngah aku. Sebelum dia join perkhidmatan ini, memanglah dia macam aku jugak (ka aku yang ikut dia?) bab-bab yang ada unsur seni ni. Bila dah join perkhidmatan ini, time kadet pun minat tu diteruskan. Sekali bila dah berkecimpung dengan tugasan yang ada kaitan dengan qiamullail, ceramah agama dan tazkirah selain berkesempatan bergaul dengan orang-orang agama, dan kemudian dia aplikasikan dalam kehidupan termasuk tutur kata dan ceramah dengan bernuansakan agama, maka dia dikenali orang yang terkemudian dengan identiti baru iaitu Islamist. Di penghujung kerjaya dia, di kalangan orang yang baru, identiti keustazan dia tu masih kekal. Maklumlah selalu jadi imam la, baca doa la, macam sebelum-sebelum ini juga. Nak dijadikan cerita, ada la satu mesyuarat yang dia hadiri bagi membincangkan persiapan untuk satu program. Sampai kepada satu agenda iaitu berkaitan persembahan. Pakat dok pikia' la nak suruh sapa buat persembahan nyanyian. Tau-tau ada sorang pegawai ni, dia ni masih terperangkap dengan identiti Pak Ngah aku zaman silam. "Buat apa nak cari jauh-jauh, kat sini pun ada penyanyi", lebih kurang macam tu la kata dia, penyanyi yang dia maksudkan tu Pak Ngah aku la. Orang lain semua pakat hairan, bia' betui dia ni, ada ka ustaz dia nak suruh menyanyi. Mengkala Pak Ngah aku cerita kisah tu, aku sebagai anak penakan yang kamceng maka aku bantai gelak saja la, hahaha.

Jungkir balik kepada kisah aku. Mengkala big boss aku lontarkan kenyataan macam tu, seolah-olah satu nostalgia. Teringat zaman aku jadi kadet dulu. Dan seolah-olah aku nak kata, "Saya pun buleh Puan.". Tapi aku masih buleh control lagi dari terjebak dengan benda-benda lagha tu. Aku buat don saja. Biarlah dikenali dengan identiti yang murni lagi terpuji. Takat la big boss aku punya persepsi pada aku lebih kepada yang murni tu la. Walaupun aku ni ada juga unsur-unsur merapu dana jua adanya. Hanyasanya aku ni tak banyak cakap dan tak rajin nak meghenyeh meghela tak tentu hala. Orang yang tak banyak cakap kan ka acapkali disinonimkan dengan benda-benda yang skema. Masa mula-mula mai sini dulu kat sini tiap-tiap pagi ada bacaan doa, siap ada jadual lagi. Sampai turn aku, aku pun baca doa macam baca sajak walaupun intonasi dan feel tu dah kurang. Ya la hang pun, mana nak sama dengan prestasi zaman kadet. Mungkin big boss aku terkesan dengan sebutan aku, agaknyalah. Lepas tu bila pi jumpak dia, dia siap zahirkan harapan supaya aku train orang-orang lain dari segi bacaan doa. Tapi aku tak la train pun depa tu, cuma teks doa tu aku rumikan supaya senang baca tak sangkut-sangkut. Bukan apa, aku nak jaga reputasi depa juga walaupun bukan pegawai sebab kat tempat aku ada juga yang belum Islam. Kalau baca pun sangkut-sangkut segan la jugak kan ka walaupun tak la kena pi dok Bagan.

Aku sentiasa teringat pepatah komik Hong Kong, "Betapa tinggi pun sesebuah gunung, tinggi lagi awan di atasnya". Juga peribahasa Melayu, "Di mana tiada helang kata belalang akulah helang". Harap-harapnya aku tak riak dan ujub dengan diri sendiri, insya-Allah. Bila big boss dah ada persepsi tertentu yang positif pada kita, kurang-kurang takdak la melarat sampai kena sehati berdansa pulak. Hat lagha tu kita semadikan pada hari terakhir kadet cukup la. Takat la, bila mengenangkan nostalgia dan kata-kata big boss aku tu, aku, macam kata Dilah, hanya tersenyum senget sambil menundukkan pandangan. Padahal dalam hati dah gelak tak sangga dah. Ha, ha, ha! Haria Penang Haria!

Nota : Kalau selama ni aku gunakan entri blog aku untuk sesi candek-mencandek adik-beradik aku sekali-sekala, kali ini aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah pada Qin atas kejayaan yang tak disangka-sangka meraih kejayaan paling cemerlang, gemilang dan terbilang dalam PMR mengalahkan abang-abang dan kakak-kakak dia. 9A mat, toksah kata orang lain, dia sendiri pun terkejut. Duit dah banyak tu, apa lagi, belanja la oi!



Federal KL
13 Januari 2009 (Selasa)

7 comments:

~anak beruang kurus~ said...

Tuan,
Cantik dan kemas rupa baru blog tuan...tapi tulisan kaler hijau tak berapa kena la dgn blog skin nih... sekadar memaklumkan saje la... jgn kecik hati naaa...

kirim salam TAHNIAH la dekat Qin tu... ;-) hehehe

mahadet said...

1. bleh tahan jugak rupa baru blog ni...

2. tajuk entry "aku baru nak start"...tp nak start apa? start melagha?? hahaha...

Cayrott said...

Tahniah Qin ahakk ahakk

~anak beruang makin kurus~ said...

nak baca entri baruuuuuuu....
plssssssss....
bosan tahap cipan dah ni bila buka blog tuan asik baca cite ni je...

Cayrott said...

Tuan kita ni tengah busy laaa

Anonymous said...

take your time bro.

adinda sekalian setia menunggu di sini hehehe

Anonymous said...

betoi ka busy? jgn busy body sudahla kan ka mat? kami dok menanti menanti mcm bola penalti


smdbest