Tuesday, August 09, 2005

Sekalung Doa Buatmu...

Akhirnya, seorang lagi sumber inspirasi aku dah meninggalkan dunia serba fana ini, kembali ke hadrat Ilahi. Aku rasa seram sejuk, mata aku berkaca mengungkapkan tribute aku untuk seorang da'ie.

Pertama kali aku mendengar namanya adalah ketika ayah dan pak ngah menghadiri satu syarahan kat USM dalam tahun 90-an. Ayah ada bawa pulang satu set koleksi syarahannya dalam bahasa Inggeris. Waktu itu aku tertanya-tanya, apa gerangan menyebabkan ayah dan pak ngah aku begitu teruja.

Suatu masa, waktu aku menuntut di UUM, aku rasa kekosongan, rasa banyak benda yang kurang. Demikian, waktu senggang antara kelas atau petang-petang, aku akan ke tingkat paling atas Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Secara tidak sengaja, waktu meneliti senarai vidoe yang ada, aku terjumpa namanya. Tajuk syarahan dan debatnya pun memang bukan calang-calang, memang intelek habis la, perbandingan antara dua agama langit. Kebetulan aku hendak menajamkan kemahiran berbahasa Inggeris dan pengucapan awam yang jarang dipraktikkan, maka aku layan dulu video tu. Pergh, memang aku kagum la dengan semangat dan keberanian dia tu. Dia berdebat dengan tokoh Kristian yang bukan calang-calang, kadang-kadang hadirin pun majoriti atau kesemuanya Kristian atau non-Muslims jua. Dengan keyakinannya berhujah seolah-olah Al-Quran dan Bibles itu dah sebati dalam fikirannya. Senang saja dia patahkan dakyah-dakyah dan dedahkan penyelewengan dalam Bibles. Baru aku tahu apa sebabnya hanya Al-Quran sahaja yang wajib diimani sebab kitab-kitab Allah yang lain semua dah jauh sangat terpesong. King James Version tu pun dah berapa kali punya revised editions. Kadang-kadang, pemuka Kristian ni nak samakan versi Bible yang pelbagai itu dengan Tafsir-tafsir Al-Quran. Manakan sama, versi-versi Bible itu bukan tafsiran tapi ayat suci (kununnya) yang jauh berbeza antara satu sama lain. Angka-angka pun banyak berbeza seperti bilangan sebenar chariots yang dimiliki Solomon. Penuh dengan cerita-cerita Israiliat (dan jijik) contohnya hubungan kelamin bapa mertua dengan menantu iaitu Judah dan Tamar. Astaghfirullahal'adzim.

Seringkali apabila dia mengucapkan pidato berapi-api, dia akan menjulang-julang Tafsir Al-Quran Abdullah Yusuf Ali. Aku tercari-cari dulu di mana boleh ku dapatkan naskhah itu, kini bila naskhah itu giat aku tekuni, dia pula telah pergi. Biarpun begitu, aku pohon pada Tuhan semoga dia yang banyak berjasa kepada umat Islam sedunia dilapangkan tempatnya di alam baqa dan menikmati keindahan taman-taman syurga. Dia mungkin telah kembali pada usia 87 tahun, setelah bertahun-tahun menderita angin ahmar hinggakan hilang kekuatan lisan tetapi inspirasinya tetap subur di hati, sebagaimana kalimat yang ia tujukan pada Salman Rushdie. Kalimat itu aku ungkapkan dalam nada positif pada Malam Secerah Pawana nan lalu.

"Tum salamat reho hazare bares, aur harbares dilho pancha tadhar..."
(Semoga engkau hidup seribu tahun, dan setiap tahun itu panjangnya lima puluh ribu hari).

Sekalung al-Fatihah dan doat buatmu, Syeikh Ahmed Deedat...

2 comments:

Anonymous said...

BAGAIMANA MAWI DIROSAKKAN !!!!

Aku tertarik membaca nukilan anakanda tentang kekaguman terhadap mawi.bagi aku mawi tak salah.dia adalah gifted dari Allah swt terhadap bakat dan kebolehan yg diberikan. AKu telah mengikuti beberapa siri ceramah. ternyata ustaz2 tidak pernah condemn mawi secara direct, ternyata mereka sayangkan kebolehan dan latar belakang mawi yg kuat agama. ternyata mereka amat takut mawi akan tergelincir macam yasin yang hafaz al-quran pun tergelincir inikan pula mawi seorang budak kampung yg hanya pandai mengaji,berzanji dan bernasyid.sama2lah kita berdoa supaya kebolehan mawi dan aura yg ada pada dirinya dapat digunakan untuk menegakkan syiar Allah dan menarik manusia kembali ke pangkal jalann. amin.JGANLAH ANAKANDA REDHA TERLALU MENGIKUT RASA HATI.SESUNGGUHNYA WAHYU ALLAH ITU LEBIH PATUT DIIUKUTI WALAUPUN AGAK BERTENTANGAN DGN KESUKAAN KITA.

Ibu Mawi mahu anak lelaki yang disayangi nya itu mengikuti kursus Bilal di Johor. Ibu Mawi mahu Mawi menjaga Rumah Allah serta melaungkan azan disubuh hari , memangil ummat Islam bangkit dari tidur lena untuk solat dan jangan mensyirikan Allah. Namun ayah Mawi mahu Mawi menjadi penyanyi Nasheed termashur saperti Raihan dan Rabbani , supaya Mawi dapat menyampaikan daawah , memanggil Ummat Islam kasih kepada Allah dan Rasul melalui lagu dan irama . Semua nya mempunyai niat baik termasuk Mawi. Mawi memang dianugerah Allah mempunyai suara yang baik untuk membaca ayat Allah dan berzanji meriwayat seerah rasulullah.
Ayah Mawi tidak tahu apakah Akademi Fantasia sebenarnya. Mungkin bapa Mawi ingat , Akademi Fantasia itu adalah sekolah swasta yang mengajar budak budak muda berbakat perbetul suara, supaya jangan pecah semasa bernasheed. Apa salah nya. Bapa Mawi tidak tahu Akademi Fantasia adalah satu intitusi ala yahudi , merekrut anak muda berbakat suara ala yahudi , membuang sifat malu dan halal haram untuk menjadi penghibur yang berani menentang budaya islam , yang boleh menyebut perkataan Allah diatas pentas dalam keadaa dipenuhi penyanyi gelek ala padang pasir .. Bapa Mawi mungkin tidak tahu bahawa anaknya akan menjadi mangsa kepada ASTRO yang bukan setakat mengaut untung dari langganan tetapi mempunyai niat jahat menjadikan masyarakat islam nusantara sebagai masyarakat MTV.Kalau Setan Pin di puja oleh sami hindu sebagai tuhan , kini Astro juga cuba mendewakan Mawi sebagai Dewa Penghibur supaya pemuda pemudi Islam melaung , melolong mendewa Mawi dalam roadshow Concert Mawi seluruh negara.
Mawi mara kehadapan dengan lagu bertenaga dan islamik bertajuk Intifadah . Semua terpegun mendengar suara Mawi. Apabila mereka tahu Mawi pandai bersilat dan pandai membaca quran , penonton lagi bertambah kagum.Namun Guru Besar Akademi Fantasia dan ASTRO tidak mahu Mawi menggunakan platform ASTRO untuk memuji Allah dan Rasul. Maka Mawi dipaksi beraksi dalam keadaan haram , bercampur perempuan lelaki dalam lagu O fatimah , menyebut nama Allah sambil dikelilingi oleh wanita separuh telanjang yang bergelek ala arab jahiliyyah dan menyanyi lagu hindustan dengan tangan didada saperti menyembah berhala.Kesian Mawi, budak muda Islam yang menjadi mangsa ASTRO yang memang menjadi penyebar fasad paling besar melalui rancangannya di Malaysia.
Bagaimana Mawi dirosakkan.
Namun kita berdoa agar Mawi akan bertaubat dan balik kepangkal jalan dengan tidak menyumbang kepada agenda Yahudi menjadikan Generasi islam , generasi MTV.Kita mahu Mawi di pulangkan balik kepada ibu bapanya sebagai Mawi yang soleh dan diharap mendirikan rumah tangga yang di berkati Allah .

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara pengarang,



Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Saban hari kita disajikan dengan rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan yang terbaru Mencari Cinta dan The Most Beutiful. Program realiti tv yang disiarkan menarik minat segenap lapisan golongan masyarakat terutamanya golongan remaja sehinggalah golongan tua jua tidak sunyi membincangkan rancangan kesukaan mereka. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali. Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai Islam sebagai wadah kehidupan, saya melihat fenomena realiti tv ini sebagai satu ancaman kepada pembangunan intelek rakyat Malaysia khususnya. Rancangan Mencari Cinta contohnya bagi saya amat menjelikkan, memualkan dan sekaligus menjatuhkan maruah kaum lelaki. Bila menonton rancangan ini, saya merasa sangat malu dengan penampilan lelaki-lelaki yang seolah-olah begitu ”desperade” untuk mencari jodoh. Sesungguhnya Islam tidak mengajar umatnya untuk mencari jodoh seperti itu. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dipaksa untuk mengikut skrip yang telah ditetapkan oleh penerbit seperti berkaraoke dan sebagainya. Manakala adegan-adegan lain seperti keluar ”berdating” dan bersalam-salaman dengan perempuan rebutan adalah bertentangan dengan syarak. Ternyata rancangan seperti ini langsung tidak memberi faedah dan menyumbang kepada pembangunan negara. Malah ianya seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya amat lemah dari segi intelek dan hanya memikirkan soal-soal picisan seperti jodoh dan mencari bakat-bakat nyanyian semata-mata.





Saudara Pengarang,



Yang terhangat di pasaran sekarang ialah Akademi Fantasia terbitan Astro yang sangat popular dalam mencungkil bakat-bakat baru nyanyian.Dipaparkan juga adegan-adegan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di dalam diari AF. Sekali lagi rakyat Malaysia terpengaruh dengan rancangan seperti ini. Apakah agenda mencari penyanyi lebih afdal dari agenda membangunkan moral rakyat Malaysia yang semakin hari semakin merosot. Teringat saya kepada satu firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :-



” Dan di antara mereka (ada) orang yang (membeli) mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadis) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”



Surah Al-Luqman : 6



Perkataan lahwal hadis ini ditafsirkan oleh sesetengah ulama sebagai hiburan atau nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan menyesatkan manusia dari mengingati Allah swt.. Manakala perkataan ” yashtari” atau membeli dalam ayat ini bila ditafsirkan dalam konteks semasa realiti tv, ialah ada di kalangan manusia hari ini sanggup membeli hiburan sama ada yang berbentuk nyanyian dan lakonan berlebih-lebihan seperti menghantar undi melalui sms. Undi melalui sms ini adalah satu bentuk pembelian hiburan secara tidak langsung dan sangat bertepatan dengan ayat al-quran di atas. Ternyata Al-Quran telah mendahului kita, cuma manusia pada hari ini sahaja yang tidak mahu mengambil pengajaran.





Saudara Pengarang,



Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam sebagai satu wadah kehidupan, saya berpendapat bahawa program realiti tv ini adalah satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau ”ghazwatul fikr”. Rancangan ini ditiru bulat-bulat dari barat dan diolah mengikut kesesuaian budaya tempatan kononnya. Namun bagi saya , setelah menonton program-program seperti ini, saya membuat kesimpulan bahawa ianya ditiru bulat-bulat dari Barat yang ternyata mempunyai agenda terselindung untuk menghancurkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akhirnya akan melemahkan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam di Malaysia hari ini, disogok dan dilalaikan dengan program realiti tv. Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau yang berperang di Iraq dengan tentera penceroboh. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin dan nasib rakyat Iraq yang dihujani dengan serangan bom kereta setiap hari.Alangkah baiknya jika tangisan kesedihan tadi adalah kerana takutkan siksaan Allah di hari akhirat kerana tangisan sebegini mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah.Dan tangisan sebegini melahirkan individu yang berkualiti. Namun,inilah senario umat Islam di Malaysia yang saban hari semakin mati hati mereka.



Saudara Pengarang,



Teguran oleh pihak kerajaan tentang kebanjiran realiti tv bagi saya dikira sudah terlewat. Teguran YAB TPM hanyalah satu escapism semata-mata, bagi menunjukkan sedikit keprihatinan kerajaan tentang perilaku moral rakyat Malaysia yang semakin terhakis sedikit demi sedikit akibat pengaruh realiti tv ini. Sepatutnya pihak kerajaan mengambil langkah drastik dengan menghentikan terus rancangan realiti tv yang sama sekali tidak memberikan faedah sebaliknya menghabiskan kantung rakyat Malaysia yang semakin hari semakin kosong akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang semakin tinggi.



Saudara Pengarang,



Sekali lagi bila diajukan soal pengaruh realiti tv kepada rakyat Malaysia khususnya, kerajaan tidak bercadang untuk menghentikannya sebaliknya dicadangkan supaya diolah dalam bentuk baru yang sesuai dengan budaya ketimuran dan adat resam kita. Apa yang dimaksudkan dengan budaya ketimuran dan adat resam tidak ditafsirkan secara jelas dalam garis panduan hiburan di negara ini. Reaksi dari penganjur rancangan realiti tv ini amat melucukan. Sebagai contohnya Dato’ Farid Ridzuan dalam Malay Mail pada 2 Ogos 2005 menyatakan :-



“We should not underestimate Malaysian viewers as they know how to differentiate between Western and Malaysian values. Malaysians are empowered to select what they want to watch. Our literacy rate is high, so there is no need to be worried about reality TV programmes.”



Kita sepatutnya tidak boleh memandang rendah kepada penonton tv Malaysia kerana mereka tahu membezakan antara nilai Barat dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Rakyat Malaysia berkuasa untuk memilih atau menentukan apa yang mereka hendak lihat dan tonton. Kesedaran kita sangat tinggi, jadi tidak perlu bimbang tentang program realiti tv.(terjemahan)



Manakala seorang lagi tokoh yang berpengaruh didalam industri hiburan pula menyatakan



WE just need to look around ourselves to know that things are changing. Malaysians are smart enough to know what’s good and bad. In the music industry too, I have to accept changes, the music revolutions and to keep in touch with the real world whether I like the changes or not.



Kita perlu melihat di sekeliling kita untuk mengetahui bahawa keadaan sudah berubah. Rakyat Malaysia sudah cukup bijak untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Di dalam industri muzik, saya terpaksa menerima perubahan, revolusi muzik dan perlu mengambil tahu tentang keadaan sebenar dunia sekarang sama ada saya suka atau tidak. (terjemahan)



Beginilah reaksi penganjur dan penyokong-penyokong realiti tv yang ternyata tidak bersetuju dengan rancangan menghentikan atau mengharamkan terus realiti tv. Hujah mereka ternyata sangat dangkal dan pendek fikiran. Hujah mereka langsung tidak berlandaskan kehendak syarak dan nilai-nilai murni yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Pendapat dan pandangan ulama langsung tidak pernah diambil kira kerana mereka meletakkan akal dalam pertimbangan mereka melebihi Al-Quran dan Sunnah. Bagi mereka rakyat Malaysia sudah cukup terpelajar dan bijak untuk menilai baik buruk sedangkan kalau kita lihat dan kaji kebanyakan golongan sasaran rancangan realiti tv ini adalah golongan remaja dan pelajar sekolah yang masih lagi hingusan dalam menentukan percaturan hidup mereka. Bagaimanakah golongan ini mahu menilai kebaikan dan keburukan kerana mereka sendiri masih mentah dan perlukan bimbingan. Kesungguhan kerajaan untuk mengawal dan memantau program realiti tv nampaknya tidak serious. Program seperti ini masih lagi dibenarkan untuk disiarkan malahan ditambah lagi.



Saudara Pengarang,



Saya juga bersetuju dengan pandangan seorang tokoh akademik terkemuka di Malaysia yang mempersoalkan ke arah mana atau di mana kesudahannya program realiti tv seperti ini. Apakah program realiti tv ini akan menjurus atau membawa masyarakat ke arah kebaikan atau sebaliknya. Dengan kata lain, beliau mempersoalkan apakah ”end result” program seperti ini.



Saudara Pengarang,



Sebenarnya program realiti tv ini bagi saya merupakan satu ”one way communication” antara pihak kerajaan dengan rakyat .Media massa adalah senjata yang paling ampuh untuk menyerang dan melemahkan fikiran rakyat jelata. Apabila rakyat disajikan dengan hiburan yang melampau-lampau melalui program realiti tv, maka rakyat menjadi leka dan tidak ada masa untuk berfikir tentang perkara-perkara atau isu-isu yang lebih berat seperti isu AP, kenaikan harga minyak atau Rancangan Malaysia kesembilan. Berapa ramai rakyat Malaysia hari ini boleh menjawab jika ditanya tentang kandungan RMK9 atau isu AP. Masing-masing tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. Begitulah yang dikehendakki oleh kerajaan yang memerintah. Bila rakyat disibukkan oleh perkara yang remeh temeh, maka mereka tidak mempunyai masa untuk mengambil tahu isu-isu terkini yang menyentuh kepentingan dan persoalan hidup mereka. Mereka juga akan menjadi tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di sekitar mereka walaupun isu tersebut menyentuh secara langsung dengan kehidupan mereka . Akhirnya, rakyat menjadi semakin tidak peka dan menurut secara membabi buta semua polisi yang telah ditetapkan tanpa sebarang soal. Rakyat kita tidak lagi berfikiran kritis dan vokal seperti rakyat di Korea Selatan dan Negara Barat yang sangat peka tentang apa yang berlaku di sekitar mereka. Masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak,kosong jiwa dan hilang jati diri.Begitulah dasyatnya pengaruh program realiti tv yang bagi saya tidak lain dan tidak bukan adalah satu agenda pihak pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Hasilnya rakyat menjadi lemah, takut dan tidak berani membuat perubahan apatah lagi untuk memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini.



Saudara Pengarang,



Kesimpulannya, saya amat berharap saudara pengarang dapat menyiarkan tulisan saya ini di dalam halaman ini. Inilah sedikit sumbangan saya kepada Islam. Niat saya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menegur dan menasihat seluruh umat Islam di Malaysia supaya bangkit dari tidur dan tidak terikut-ikut dengan perangai kaum Yahudi dan Nasrani.

PEMBURU CINTA MELAHIRKAN JIL RABBANI
Putrajaya