Monday, December 31, 2007

Na Na Na Na, Na Na Na Na, Hey Hey Hey, Goodbye...

Beberapa jam lagi aku alamat bercerai kasih la aku dengan 2007. Kat sini entah kat mana depa sambut tahun baru. Kalau kampung halaman aku tu aku tau la kat Esplanade. Huha huha punya hora. Bukan buleh syafaat pun. Baik aku dok rumah. Khutbah baru ni kata awat tak insaf-insaf jugak walaupun baru lepas kena banjir. Tak tau la pulak aku teks khutbah tu sama ka dak dengan Masjid Negeri. Kalau tak sama kira memang berani la.

Tempoh satu tahun bagi umat akhir zaman punya la cepat berlalu. Rasa-rasa baru tat sat aku ronda-ronda area Tanjung Bunga dengan Pian. Cuma aku tak menyanyi lagu "Zindegi Ek Safar" macam Rajesh Khanna dengan Hema Malini dalam Andaaz saja la. Depa buleh la sebab tak pakai helmet.

Beberapa jam lagi 2008 akan mengucapkan "Assalamu'alaikum". Mudah-mudahan sejahtera betui la hendaknya. Dengan PTKnya yang macam sentul. Dengan cita-cita nak pekena Nasi Kandar Shariff kat Gelugor nampak lagu dok kelam. Dengan orang atasan yang tak dan-dan nak masuk ofis lepas balik haji. Dengan Pakistan yang huru-hara (patut la pak Shah Rukh Khan lari pi India, tak percaya cuba baca King of Bollywood : Shah Rukh Khan and the Seductive World of Indian Cinema tulisan Anupama Chopra, dan aku sambar kat KLIA hari Benazir Bhutto ditembak mati).

Dan aku? Heh, aku masih di sini.

Tingkat 7 Sebuah Wisma.

6 comments:

Anonymous said...

Encik...
Selamat Tahun baru Maal Hijrah 3 hari lagi. apa azam tahun baru Islam?

Jgn tak update blog ni yea...sian saya ilang bahan bacaan...

A Shy Millionaire said...

bang, bila nak pekena teh tarik sama-sama lagi ni....

Anonymous said...

mintak sila la ke rumah merican bin yunus 12 jan 08 jam 12ptg-5ptg

Anonymous said...

cayrott,
nak ikut!!! hehhehe...

A Shy Millionaire said...

sapa nak ikut pekena teh tarik...sila bagi nama kat albakafi dan dia akan tetapkan tarikh, masa dan tempat

Anonymous said...

Encik...
p pekena teh tarik sama Tuan Cayrott sampai hati tak jemput...