Sunday, March 30, 2008

Hampa Pikia' La Sendiri...

Suatu hari bulan April bersamaan hari Jumaat. Di penghujung temuduga di tingkat 3 KOMTAR, dengan aku orang terakhirnya. Ketua kepada 3 ahli panel yang lebih 40 minit menyusahkan hidup aku mengemukakan satu lagi soalan. Aku ditanya hendak ke mana kalau diberi pilihan.

Kataku, semasa PAC ada dimaklumkan bahawa Wisma Putra menjadi tumpuan ramai. Kataku lagi, kalau ditempatkan di Jabatan Perpaduan, makanya itu tempat yang aku telah biasa. Tapi kalau ditempatkan di jabatan lain, aku anggap itu sebagai cabaran.

Sesi temuduga pun berkahir. Sambil bersalam-salaman, aku pun bagi finishing manouvre sedaih kat depa. "Have a nice vacation in Penang. I hope I will meet you again, but not in other interview".

Aku tau kalau tak kena gaya, ayat aku tu bakal memusnahkan peluang aku. Tapi aku rasa kalau selama ini depa dok seksa mental aku, maka dah sampai masa depa pulak on the receiving end. Kalau lebuh chances aku, at least aku puas hati sebab aku dah sebut apa yang terbuku dalam hati.

* * * * * *

Aku masih pegang kata-kata aku bahawa penempatan di sesuatu tempat aku anggap sebagai cabaran. Cuma bila selalu sangat aku rasa ada unsur-unsur kona, take for granted dan diperkotak-katikkan, maka aku kena tambah klausa pengecualian pada pegangan aku tu. Kalau aku redha juga dengan perbuatan depa tu, maknanya aku takdak perasaan la.

Aku sentiasa percaya pada rezeki termasuk dalam soal promosi. Kalau dah rezeki lambat, maka lambat la. Tapi bila aku satu-satunya daripada beberapa kerat member seofis yang tak dapat surat, maka aku dah terbau bangkai tikus yang tengik.

Nasib baik aku call jabatan berkenaan dan dapat maklumat sebenarnya. Kalau tak, memang sah aku terpinga-pinga tak tau salah tang mana. Rupanya, maklum balas yang patutnya dah lama depa nu hantar tak diterima-terima lagi. Jadi tak dapat la buat paper menyebabkan urusan promosi aku sangkut. Walhal aku dah bagi jawapan lama dah yang aku tak minat pi sana. Hat tu pun tak buleh nak maklum balik ka. Deria labah-labah aku kata ada taktik bumi hangus sedang berjalan.

Pak Ngah aku kata, kalau ada yang tak kena, elakkan konfrontasi, tapi cari jalan keluar.

Tangan-tangan ghaib berkenaan, yang ada antaranya kawan Pak Ngah aku pun, nampaknya enggan melihat bagaimana manusia yang dipadamkan jasa besarnya dan diolok-olokkan pula, mahupun yang mendekam lama semata-mata membela harga diri insan berlainan bangsa, diangkat Tuhan ke singgahsana. Salah satu sebabnya ialah doa orang yang teraniaya, yang tiada hijab antara dia dan Tuhannya.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau boleh saya katakan, semuanya ketentuan Allah. Bukan tidak berusaha, tapi semestinya adalah hikmah di sebalik kelambatan itu. Mungkin pengalaman yang lebih, atau mencari erti hidup... Selamat Berjaya. Dah naik pangkat, jgn lupa kawan yang ini ye...

Anonymous said...

Redh,

hang baru dapat promotion rupanya... tahniah! Bila lagi nak mai KL? bulih kita minum2 kat KL Sentral. Hang ada hp no. aku kan..