Monday, November 24, 2008

Paun Narka Chale...

Diceritakan dalam buku nukilan Anupama Chopra berjudul “King of Bollywood : Shah Rukh Khan and the Seductive World of Indian Cinema”, suatu ketika, orang kanan Dawood Ibrahim Kaskar (salah seorang ketua mafia di India) yang bernama Chhota Shakeel menghubungi Shah Rukh Khan. Ia inginkan penjelasan berhubung senikata lagu "Chaiya Chaiya" dalam filem Dil Se. Alah, hat menari atas kereta api tu.

Chhota Shakeel berasakan bahawa lirik lagu tersebut berbaur penghinaan terhadap agama Islam, sementelahan dinyanyikan pula secara miming oleh Shah Rukh Khan yang dianggap Muslim meskipun non-practising dan diketahui umum banyak kali melakonkan adegan bersalahan dengan aqidah.

Chhota Shakeel mendakwa, lirik lagu tersebut berbunyi, “Paun jannat tale...”. Ertinya “Syurga di bawah tapak kaki...”. Barangkali aspek semantik dalam frasa tersebut berbeza dengan ungkapan serupa oleh orang Melayu.

Shah Rukh Khan yang dihubungi, pun, walau hatinya kuat bergolak (mana tak bergolak, setakat along call minta hutang pun orang dah pucat lesi, inikan pula geng mafia), menyanyikan semula menerusi telefon akan baris berkenaan. Sebenarnya kata Shah Rukh Khan, lirik itu berbunyi, “Paun jannat chale...”. Ertinya, “Kaki menuju syurga...”.

Jadi, apabila riuh-rendah setelah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan yoga (dan pengkid sebelumnya), aku rasa sangat ironi. Ironi kerana hatta seorang kepala samseng setara dengan Munna Bhai MBBS pun ada rasa sensitiviti terhadap agamanya, padahal kehidupan sehari-hari bergelumang dengan noda dan dosa, mengapa pula ada yang lebih baik kerjayanya seumpama peguam dan pejuang hak asasi manusia capoi sangat bukan takat membantah malah menghina fatwa. Yang lebih daoh merangkap maaruk sintok tu adalah ada antaranya beragama Islam.

Sampai langsung tak hormat kepada ulama yang berbincang dan merumuskan fatwa. Sedarlah sikit ulama berbincang dan berhujah berdasarkan ilmu, bukan bersandarkan hawa nafsu melulu. Yang keluarkan fatwa tu bukan dia bukan keputusan sorang, pakat-pakat teliti, bincang, bahas kemudian ditimbang menggunakan neraca iman. Bukankah Allah telah berfirman (meski ada yang mentafsir golongan dimaksudkan sebagai saintis), bahawa “Sesungguhnya yang paling takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah golongan ulama”.

Toksah cerita la kisah zaman Nabi mengkala turun ayat Al-Quran mengharamkan arak, para sahabat pakat katok tong arak kat rumah masing-masing sampai pecah. Takdak nak rasa rugi la sayang la apa semua walaupun stok arak banyak lagi dok ada. Hat tu memang jauh la dari umat akhir zaman yang hubbun dunya. Tapi kalau sampai tahap orang Islam sendiri mempertikai kesarjanaan ilmuwan agamanya hanyasanya disebabkan tak berlaga angin dengan hawa nafsu dia, itulah satu lagi tragedi paling dahsyat pernah menimpa umat Melayu Islam di Malaysia. Kalau orang Islam sendiri tak hormat dengan ulama, orang lain pun apa lagi, tumpang tui la.

1 comment:

Anonymous said...

Mereka sebenarnya lupa yg "al-ulama warasatul ambia", amatlah sedih bila muslim by name yg tak tau la depa by practise atau dak,menyokong golongan kuffar mempersoalkan kredibiliti fatwa,sehingga keluar dr mulut kuffar ini "stupid fatwa everywhere" refer you-tube utk melihat sendiri boikot depa, pernahkah? kita umat islam mempersoalkan setiap tindak tanduk adat budaya dan agama org bukan islam di malaysia,walaupun dari segi mantiknya pun sudah jelas takdak, tp kerana dasar toleransi dlm islam itu sendiri maka "lakum dinukum waliyaddin", maka patutlah peruntukan undang2 digunakan kepada mereka kerana sudah ada peruntukan undg2 menghina agama lain,apatah lagi menghina islam yg sah sebagai agama rasmi... cerita panjang pun tak guna,moga Allah memberi petunjuk kepada mereka yg sesat jalan jika DIA kehendaki... dan ingatlah akan firman Allah selepas ayat 256:Al-baqarah "La iqra hafiddin.... ila akhir.......", disambung pula ayat 257 bermaksud "Allah pelindung org2 beriman DIA mengeluarkan mereka dari jalan yg zulumat (gelap) kepada cahaya (nur) keimanan dan org2 kafir itu pelindung mereka adalah syaitan(taghut) yg mengeluarkan mereka dari cahaya kebenaran kepada kegelapan,mereka itulah penghuni neraka dan kekal didalamnya buat selamanya", moga banyak lagi umat islam terus memahami dan mengkaji fatwa bukan mempersoalkannya...

smdbest