Friday, November 21, 2008

Advencer Perantau Utara : Mengunjungi Nostalgia...

Setelah kata sepakat dicapai dengan driver untuk bertolak lebih awal kira-kira 11 pagi, perjalanan ke utara pun bermula.

Ada beberapa sebab aku nak bertolak awal sungguhpun borang yang penolongku submit menyatakan pukul 3.00 petang.

Satu, aku bakal menjadi informer kepada ahli-ahli kumpulan yang lain mengenai arah tuju ke hotel. Sebagai informer, aku kena la sampai awal berbanding depa. Mengambil kira kalau-kalau tersilap jalan dan betapa driver yang tiada pengalaman akan jalan-jalan di utara, maka ada baiknya aku bertolak awal. At least, driver tu mahir selok-belok jalan sekiranya dapat round 2-3 kali. Exit dari Tol Bandar Baharu, aku dah mula mencatat langkah demi langkah bagaimana ahli kumpulan yang lain nak sampai ke Hotel Damai. Dah sudah catatan terperinci, aku pun SMS kat depa. Sayup petang sikit la depa sampai.

Walau bagaimanapun, sebab-musabab tersebut tidaklah dapat mengalahkan sebab numero uno kata Rafael Nadal atau ichiban kata Kogoro Mouri. Sebab utama ialah aku nak sampai cepat di kampung halaman. Iyalah, kalau lagi lambat aku bertolak, dengan nak recce jalan lagi , pukul berapa malam aku nak sampai rumah. Dah la esok pagi-pagi lagi dah kena keluar dengan tugasan menanti.

Ada sekali tu, bila sampai di Parit Buntar, aku ajak driver tu singgah kedai spek, nak ambil spek yang aku buat sehari dua sebelum raya. Yang menghairankan aku, daripada tepi jalan dah nampak dah, awat tutup pulak kedai spek tu, cuti umum apa pulak lagi, raya Cina tahun depan. Pikia’punya pikia’ punya pikia’ sampai susu pun dah jadi bakia’, baru aku teringat. Patut kedai tutup, hari Ahad rupanya. Tu dia tuan-tuan, advencer punya angkara, hinggaku terlupa pada paras rupa. Er, maksud aku terlupa hari apa, hari cuti pun rasa macam hari kheja.

Kadang-kadang dah macam tourist guide pulak aku kepada driver tu, beraneka jalan dan laluan untuk ke destinasi tertentu aku tunjukkan kepadanya. Takat Parit Buntar dengan Jawi kira kampung halaman sendiri la hang pun, kalau tak terer jugak memang nak kena handoh la.
Buat hari Ahad itu, sesudah membelanja driver makan dan siap bungkus roti bakar dan minuman kat kedai tepi rumah, aku melangkah pulang sedang dia pedeghaih ke Seri Jawi Inn yang resitnya atas nama aku sebab aku yang bayar. Win-win situation la tu, time check in aku dah pastikan dia dok bilik yang selesa lengkap dengan katil yang besar bilik air almari baju tivi pun ada walaupun channel terhad, sementara aku berpeluang dok kat rumah sendiri semalam dua. O.K. apa.

Esoknya, sebab perjalanan dari Sungai Bakap ke Parit Buntar tak sampai pun setengah jam, aku pun set dengan driver bertolak pukul 7.30 pagi dari rumah. Sampai kat perkarangan jabatan pekan, dengan confident la kunun sampai paling awal. Tau-tau dari kejauhan ternampak olehku ketua kumpulan yang hampir meniti tangga ke tingkat atas pejabat. Dok Bagan tu aba’ hang, pukul berapa dia keluar rumah pun tak tau, siap sarapan lagi kat kedai mamak berdekatan.
Hari pertama mat oi, masih tercari-cari rentak desa ogy eman manan. Hat ketua kumpulan tu kali ni dah kali ke berapa puluh dah, sambil sembang-sembang masa kunjungan hormat pun dah dapat pick up kelebihan dan kekurangan organisasi.

Aku pulak, kalau nak senang cerita, hat mana tanya tapi jawab tak dak tu buleh saja aku bagi penilaian ‘sewajarnya’. Tapi memandangkan aku ni kategori “good cop”, aku tanya dan tanya dan tanya sampai depa tunjukkan rekod yang boleh dipertimbangkan. Kalau rekod tu tak buleh dipertimbangkan jugak, at least aku puas hati sebab dah usaha nak beri keadilan dan kesaksamaan. Aku bayangkan macam ni la, kalau masa semak jawapan semua examiner strict giler nak jawapan ‘dihidang’ tapi tak mau langsung ‘mencari’, alamat lagi ramai la kena mengulang. Mungkin ayat tak la sama sebijik ikut kronologi macam dalam skema, tapi kadang-kadang pengolahan jawapan memberi maksud yang sama, buleh dah la tu.

Nak jadi cerita, kriteria yang aku nilai pulak membabitkan 2-3 orang dari unit berbeza. Kadang-kadang tu orang yang sama diperlukan oleh penilai lain. Akibatnya, dah la depa tak buleh entertain aku, rekod pun mengambil masa untuk ditunjukkan.

Natijahnya, daripada pelbagai mehnah dan tribulasi tadi, sedang orang lain baguih punya dok tunggu kat bilik mesyuarat untuk perbincangan penutup, aku masih menyoal siasat seorang ni. Sungguhpun demikian, selesai jugak la kesudahannya.

Sebaik selesai semuanya, aku ajak driver pi kedai spek yang tutup kelmarin tu. Ni mat, kedai spek tu belakang jabatan pekan saja, kalau aku ajak pi Bagan Serai satu hal jugak. Rupanya, walaupun tanpa resit, namun disebabkan Cina kedai tu dah kenal aku sekeluarga yang banyak menyumbang dana untuk kempen perniagaan dia, adik aku dah tolong ambik. Awat dia tak haba’ awai-awai masa aku kat rumah.

*****

Aku dah perasan lama dah nama dia kat direktori laman web. Tapi sebab dah delete nombor handset dia beberapa tahun lalu, tak dapat la nak contact dia. Bia’ pi la, ada elemen kejutan sikit.


Dekat saja rupanya dari Parit Buntar ke Selama. Yang lebih memudahkan tu sebab aku dah pesan kat driver kelmarin masa aku selesaikan tugasan suruh dia pi recce jalan.

Masa nak ragaih tangga jabatan pekan aku terperasan sorang ni dengan songkok dengan T-shirt tolak pintu masuk, orang ramai nak berurusan la tu aku ingat dalam hati. Aku terus naik tangga. Ramai dah menunggu. Aku dok kat meja panjang biasa. Kat depan ada tiga tempat duduk kosong untuk high table.

Kemudian masuk ketua kumpulan aku, sekali dengan Timbalan Gabenor dan... . La, dia ni ka lelaki bersongkok yang aku perasan sat sat tadi. Terus dia tersenyum tengok aku. Masa duduk tu, sempat dia bisik-bisik kat ketua kumpulan, dan masa ucapan dia address aku ni kawan dia. Satu batch, aku response.

Hari tu dia ada buat open house rupanya. Habis sesi taklimat, sambil bersembang tanya khabar, dan lagi dia ajak aku pi tengah hari tu. Aku kata nak perabih dulu tugasan, kalau dan aku pi.


Rumah dia atas bukit, pergh, besa’ ya amat. Itulah bezanya dengan dok Persekutuan. Kat Persekutuan kalau gred macam aku ni kecik saja. Kat sini, walaupun gred sama, pandangan orang ramai lain. Orang panggil tuan lagi. Tapi pada pengamatan aku dia memang sangat sesuai untuk jawatan tu. Ada tokoh la, gaya macam orang tua-tua sikit walaupun dia kira muda jugak lagi selain pandai cakap dan PR yang mantap.

Kata kawan aku tu, kat Persekutuan senang kerja sebab staf tak ramai, sebab lagi ramai lagi banyak kerenah. Dia tengok aspek tu, aku pulak kata, lagi ramai lagi baguih sebab senang bagi-bagi kerja yang banyak tu. Persekutuan tau saja la.

Dok semeja dengan group members dan sorang staf dia, tak dapat la sembang banyak pasai skim sendiri. Cuma staf ni tanya macam mana aku buleh kenai dengan Gabenor ni. Aku cerita la dulu masa PAC kat Sungai Petani, aku dok satu bilik dengan kawan dia hat kerja cikgu. Dia pulak selalu mai bilik tu. Masa kat Bukit Kiara dulu, dia pernah haba’ kat aku yang kawan dia tu banyak cerita pasal kegiatan mahmudah aku waktu dinihari sepanjang PAC. Dalam keinsafan mengenang betapa sudah mencapah, aku hanya tertawa, Tuhan juga menilainya.

*****

Dari Hotel Syuen, sesudah petang dan malam sebelumnya jenuh recce jabatan jingga, pagi tu nak bertolak awal sikit la hang pun supaya banyak masa sikit nak susun dan prepare apa yang patut kat sana. Ingatkan ketua kumpulan nak suruh Wira lead, rupanya nak naik sekali. Seat belakang tu dah setengah penuh kotak besar dah, terpaksa la aku menyeronot sedang dia dok depan.

Sampai dah awal dah, kurang-kurang sejam setengah sebelum pukul 10. Memang lebih pada dan nak urus apa yang patut. Sepatutnyalah. Tapi jadi tak patut jugak. Sebabnya ketua kumpulan ni berlama-lama la pulak sembang dengan ketua jabatan jingga. Dah pukul 10 baru mintak diri. Kalang kalibut la hang pun sedang majority surveyor dah sampai dah. Terkapa-kapa nak susun benda depan depa yang tak syok tu. Ada pulak sahutan alam kat tingkat nun bawah sekali. Jabatan jingga bukan hampa tak tau, mana ada lif, penat hap-hap la aku naik turun tangga.

Hat surveyor pun ada 2-3 cangok lagi tak sampai. Mau tak mau terpaksa la aku teruskan juga taklimat dan semakan dengan yang mana ada. Nak tunggu ntah pukul berapa. Cuma ketua kumpulan aku ni aku puji la, terlibat secara aktif juga memberi penerangan dan semak dokumen surveyor ni. Aku dok ingat aku yang nak kena kampoi semua dah, sesuai dengan hirarki semasa.
*****

Untuk sesi di Alor Star, ketua kumpulan nak bertolak pagi tu dari Ipoh. Cantik la, tak la kalut sangat aku yang dah menginap kat SN Villa Motel, Alor Star. Motel ni letaknya di Jalan Pegawai yang menempatkan Maktab Mahmud. Tang ni rupanya Maktab Mahmud. Pergh, nostalgia lagi. Apakan daya, aku hanya penjual bakso cinta, sedang dia putri berprestasi. Aku bukan buleh sangat dengan sekolah agama dan budak sekolah agama ni, terasa syu’ur satu macam. Malam tadi tu jenuh jugak mencarinya. Memang dah sampai Jalan Pegawai, kata orang dekat Masjid Al-Ghufran tapi tak jumpa jugak. Aku ada terperasan sebuah masjid kat lokasi tu tapi gelap tak nampak nama masjid pun. Yong sana yong sini pi balik pi balik, last sekali tanya pak cik kat stesen Petronas. La, dah dekat sangat rupanya. Pendek cerita, sebab harga berpatutan, buleh la aku book 2 bilik.

Yang buat aku sampai motel dah meghelop dah bukan pasaipa, recce boys punya pasai la ni. Esok ketua kumpulan nak turun dari Ipoh, kena la aku dan driver pi ushar jalan mana nak pi jabatan jingga.

Kalau dulu turun Alo’ Sta’ dengan bas HBR, kali ni keadaan dah berubah. Manakan sama masa student dengan kerja dengan government. Hanyasanya mercu tanda kebanyakan kekal sama. Dengan Pusat Bowling Sentosa yang lorongnya tak la elok tapi murah. Dengan Holiday Villa kekal sebagai hotel paling mengeibat kat Alor Star. Dengan City Point tempat bowling yang mantap tapi mahal. Stadium yang riuh rendah yak yak yei mengkala Kedah lawan bola. Walau bagaimanapun, kesemua monumen tu tak boleh mengalahkan 2 mahakarya yang sinonim dengan Alor Star dan paling menjadi kenangan mengusik jiwa a. ramlee ku. Esok lepas habis tugasan aku akan cuba singgah kat situ.

Pagi pun bermula dengan sarapan selepas check-out dari motel. Dalam 8.30 pagi tu macam tak dak pulak kedai yang dilalui bukak. Maka aku ajak la driver singgah satu kedai ni. Sabit nak cepat sampai jabatan jingga saja, dak kalu memang aku ajak driver cari tempat lain. Punya la laih, dah la laih selekeh pulak tu, macam tak terurus. Appa la punya teruk.

Tengah-tengah sarapan roti telur dan teh o panaih, ada pulak telefon dari surveyor. Awai pulak depa sampai jabatan jingga, padahal janji pukul 10 pagi. On the way aku kata, takkan nak haba’ kata dok sarapan.

Bos dan kakitangan pengurusan jabatan jingga semua kalut dok senamrobik. Maka perancangan aku untuk mempersiapkan tempat taklimat dengan tenang kesampaian. Tak lama kemudian ada la dua tiga cangok surveyor sampai. Kemudian ada sorang ni, nampak senior, tapi ntah la mungkin pegawai jabatan jingga kot. Dia tanya aku kat bilik taklimat tu, ada order minum ka. Sambil senyum-senyum diplomasi, aku kata tak dak. Memang keputusan ofis tak peruntukkan sebarang minuman untuk surveyor, kalau jabatan jingga nak tolong sedia tu lain cerita, tapi tak la sampai mintak kat depa.

Masa tu aku tengok dia macam cuak satu macam. Dengan wajah yang risau dia dok ulang sebut kata kalau haba’ awai-awai depa buleh tolong order, tak berapa elok kalau tak jamu aya’ kat orang yang mai. Aku yang ada benda lagi nak prepare untuk semak kerja surveyor berkali-kali jugak dok ulang sebut takpa, senyum-senyum diplomasi, sebut takpa lagi. Dah lama-lama tu dia pun berlalu sambil kata nak cuba cari kot-kot ada belen-belen hat mesyuarat depa. Datang semula dengan sekotak air mineral, aku pun ucapkan terima kasih saja la.

Seperti di Ipoh, kat Alor Star ni dah lebih setengah jam dari pukul 10 pun ada lagi hat tak sampai. Tapi tak kata kat depa la, setengah tu mai jauh, hat Langkawi pun ada. Mau tak mau aku teruskan jugak la walaupun dok tau dah satgi hat depa nu sampai memang aku kena ulang dan ulang lagi penerangan dari mula. Aku memang dok tunggu masa ni, untuk melampiaskan kerinduan aku kepada pelet utara. Ya la mat, dok ofis cakap kena control selalu, mana buleh tahan. Kat jabatan jingga Alor Star ni cangak lagi, bukan setakat ayat biasa, habih dengan kena ligan dengan anjin semua habih kelua’. Puaih hati aku. Ikut hati banyak lagi istilah hat pelik-pelik macam Ustaz Shamsuri punya kuliah, tapi tak dak kaitan dengan sesi tugasan ini jadi tak berapa sesuai nak guna.

Pukul 1 lebih sesudah selesai semak kerja surveyor dari Langkawi, ketua pasukan yang dah sudah makan tengah hari kata nak tunggu kat bilik taklimat tu, lepas tu nak follow kami balik. Walaupun dia kata take your time, tapi sedikit sebanyak merencatkan perancangan santai aku. Takkan hang nak keluar lama-lama kot. Jalan tengah perlu dicari.

Makan dulu kat satu kedai mamak ni, ntah nama apa ntah, Raja's ka Deva's ka, lalu ku ajak driver ke monumen mahakarya Alor Star yang aku dah mark dari kelmarin. Mengkala mai Kedah singgahlah ke Pekan Rabu, minum nira nipah makan emping kerabu. Tu kata Seloka Kedah nyanyian Zainal Radio Tiga Selangor suatu ketika dulu. Tapi aku tak cari la nira emping apa semua. Terus pi satu meja jual minyak wangi. Nak cari hat tanpa alkohol la kunun. Tengah dok kelebek, taukeh kedai yang nak irap Pak Arab pun tanya, nak cari minyak atar ka. Aku sebenarnya nak cari hat minyak wangi biasa pakai roller tu. Tanpa sengaja aku kat sudut minyak atar dari Mekah la India la. Hat biasa jenis roller tu sebelah sini. Beraneka jenis minyak wangi dok ada. Hat dalam botol besar corak simetri pun ada . Rupanya bila sembang dengan suami isteri penjual minyak wangi itu (kemudiannya aku dapat tau hat pompuan tu dari Indonesia, belah mana aku dah lupa, mula-mula aku ingat dia anak kawan tu, hahaha!), baru aku tau hat pakai roller biasa tu rendah mutu. La, sabit pun aku lumas satu sarira pun lagu tak berapa wangi jugak. Padan la murah.

Sesi tazkirah oleh pasangan suami isteri penjual minyak wangi berlanjutan. Kata depa, hat Mekah dan India tu kuat sangat bau dia, takut orang penin kepala. Aku kata aku nak hat bau mesra hidung, tapi tahan lama sikit. Taukeh hat wanita ni juga mengajarkan kaedah pemakaian minyak wangi. Ada cara jugak rupanya, ingat kot pakai sapu kat baju saja. Calit sikit kat pergelangan tangan sebelah dalam, selain sapu kat pakaian, sapu jugak kat belakang telinga. Kata dia lagi, budak-budak tahfiz tu sapu jugak kat rengkong supaya timbul aroma harum semerbak mengkala depa melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Dia la kata, aku tak kata apa. Test punya test punya test sampai penuh dua belah lengan depan belakang, sampai confuse hat mana satu jenis bau sebab semua dah meruap jadi satu macam, aku pun pilih la dua jenis. Satu nama Kiswa Kaaba, satu nama White Gold. Dari botol besar dituang ke dua botol kecil ada roller, terbang la jugak RM40.

Selain beli kepiah corak biru, aku borong jugak segala serunding daging dan ikan, gula kabung hat dalam peket, emping, segala bubur caca kat satu kedai ni. Kira habis la elaun makan aku hari tu. Takpa, sekali-sekala, bukan senang nak mai sini. Bukan aku nak makan pun, semua nak bagi kat rumah.

Last sekali, aku singgah kat satu meja jual kaset dan VCD. Ada la VCD Upin dan Ipin, tapi aku bukan cari hat tu. Dari tingkat atas tadi aku dah ushar baguih punya CD apa nak beli. Tak lain tak bukan penyanyi yang lagu dia sering menjadi siulan selingan budak-budak Sekolah Kebangsaan Sungai Duri macam Firdaus Taman Rasa Ria dalam kelas tuisyen cikgu Wan Chik sekitar hujung tahun 80-an dan awal tahun 90-an. Masa tu aku tak berkesempatan membeli hatta kaset sekalipun, hanya terpinga-pinga apa la yang depa ni dok ulang buat lawak pasai motor disebut mutu ni. Lirik lagu penyanyi ni memang unik pun, catchy. Yang best dah tentu la dalam pelet utara. Beberapa tahun lalu baru aku dapat tangkap lagu “Vespa Haji Samad” tu cover version lagu lama Arab. “Halo mu halo Vespa Haji Samad, tayarnya licin macam pighin aya’ hangat, setat tak jalan, dia pun naik hangat, lalu dijual kepada Tok Saad, mutu Tok Saad eko’nya patah, lalu diikat dengan talinya getah, bila setat mutu Tok Saad naik latah, lalu dibelah pokok jeghin dan pokok getah...”.

Satu lagu lagi berkenaan keadaan di alam kubur, hanyasanya dia tak bervisual macam “Sajak Kematian”. Lagu ni pulak first time aku dengar dalam kereta sekitar Form Four dan Form Five masa tunggu mak aku keluar dari bilik guru Barakobama, er, maksudku Barakbah. Radio Tiga Alor Star atau Pulau Pinang pasang dalam lingkungan slot ceramah tengah hari. Siap dengan iringan akordian, hat tu tak tahan tu. Aku dengar dah tengah-tengah dah. “Pikia’-pikia’ itu pelita bagi hati, kita mesti ingat ai hidup kena mati, kalau takdak ilmu ai kena la mengaji, walaunya saudara ai walaupun saudari, kalau siapa tak tau ai kena la mengaji, walaunya saudara ai walaupun saudari, ...Ditanya yang keempat, di mana la qiblat, amal ibadat langsung tidak buat, di dalam kubur engkau teghima ini tongkat, takdak lagi doktor dan takdak lagi ubat...”. Pergh, sungguh nostalgia untuk perantau dari utara macam aku. Cerita terakhir aku baca pasai Pak Ku Shadat ni dia hidup suami isteri secara sederhana saja. Semoga Allah memanjangkan umur depa berdua. Terima kasih atas kenangan terindah untuk kami orang utara.

Jeda masa aku nak melapor diri dalam perkhidmatan awam, aku kata kat ayah yang kalau boleh aku nak kerja kat Kedah. Sebab utama ialah dalam banyak-banyak negeri yang cuti hari Jumaat, Kedah la paling dekat dengan kampung halaman dan paling aku rasi dengan budayanya, almaklumlah pelet pun sama. Aku suka cuti hari Jumaat, tak tergesa-gesa sangat nak sembahyang Jumaat. Sehari khusus untuk pergi ke masjid dan beriktikaf lebih awal. Bukan aku tak biasa cuti hari Jumaat masa kat UUM, dan berasa masa sangat sintok, er, maksudku suntuk untuk berehat macam negeri lain. Tapi aku sukakan ketenangan daripada kalut tak tentu hala macam la ni. Begitulah idealnya aku pada masa tu. Tapi ayah kurang setuju dengan pandangan aku.

Kali ini aku kembali lagi ke masjid yang aku impikan beriktikaf setiap kali cuti hari Jumaat. Ternyata cuaca panas membahang. Sekumpulan kanak-kanak sekolah bersama cikgu-cikgi seperti singgah sebentar sebelum menyambung lawatan. Yang bersongkok macam budak sekolah agama pun ada.

Zohor memasuki fasa pertengahan. Suatu sudut, sebelah kiri berdekatan mimbar. Berwangi-wangian dengan White Gold, harum semerbak baunya. Berlama-lama menghening diri, mencari damai abadi, menyedari entah bila ‘kan berpeluang beriktikaf di Masjid Zahir lagi.

*****

Sementara driver sampai untuk perjalanan pulang ke ibu kota, dan lagi bergambar dengan Dilah yang berjubah mortar konvo UUM, aku biasa la takkan nak pakai sembarangan, makanya aku mengenakan kot aku yang asal-usulnya dipakai kali pertama untuk konvo di UUM juga. Ingat nak pakai neck-tie sekali, tapi dah baju short-sleeves kolarnya pun tak mesra tali leher, maklumlah kolar biru, dah baju pun biru, jadinya tak jadi. Walaupun hanya bergambar dalam rumah, aku pulak yang tokok-tambah idea berposing. Antaranya berjabat tangan, sungguhpun kalau ikut buku The Definitive Book of Body Language karangan Allan and Barbara Pease, gaya berjabat tangan yang lebih dominan ialah berdiri di sebelah kiri (refleks imej dalam foto) dengan kekura tangan menghadap ke luar seperti John F. Kennedy berjabat tangan dengan Richard Nixon. Lambang gaia, muthu dan keunggulan, tapi dengan adik sendiri tak payah la semua tu hang pun. Cuma selepas bersalam tu baru aku teringat bahawa berjabat tangan ni pun kena ada cara, rasa-rasa aku tadi jabatan tangan aku tergolong dalam cara-cara yang perlu dielakkan terutama tatkala bersalaman dengan wanita sebab dah macam menggenggam terlalu kuat la pulak. Maklumlah, tak biasa bersalaman dengan wanita. Hahaha!

*****

Air Panas Ulu Legong yang sudah termasyhur namanya sejak aku syif malam dengan adik aku dan Safarin kat Petronas Sri Jawi. Geng Safarin ni direct malam-malam pi pekena air panas kat situ. Aku terfikir masa tu, dalam keterujaan, best sangat ka sampai malam-malam buta pun saha pi sana lagi. Sungai Bakap ke Baling ingat dekat ka. Tu tegha Baling tu, kalau Punggai aku tak tau la jauh mana.

Hujan kucin dan anjin. Lagu mana, seram dak ka? Hujan kat Baling petang tu nak haba’ bagi nala punya lebat. Memang semenjak dua menjak ni musim hujan kat sana. Dalam pada hujan lebat tu pun ketua kumpulan teringin jugak nak pi Ulu Legong. Dalam pada tak sihat sampai depa bawak jumpa doktor tengah hari tadi tu. Aku dok ingat dalam hati, advencer ni banyak hari lagi, pulun awai-awai naya buleh. Memandangkan request ketua kumpulan itu, hatta ketua kerani yang dok demam tu pun kena ikut pi sekali. Tu dia aih.

Rebas yang timpa-menimpa permukaan kolam rupanya menimbulkan fenomena lukisan alam yang mengagumkan. Kolam air panas tu jadi berkuap satu macam, wap air berkepul naik ke atas bertembung dengan tujahan turun air hujan yang berketi laksa. Dari tepi laluan berbumbung, titisan hujan tali-bertali seolah-olah bidai jendela melatari pemandangan di sebaliknya. Subhanallah.

Ada 5 kolam air panas kesemuanya. Ada kolam untuk kanak-kanak. Di tengah-tengah tempias hujan menguyupi kujur tubuh meski berpayung, aku mencelup sebelah tangan lalu menyapu muka. Nyaman terasa. Ada kolam wanita. Ada kolam dewasa. Ada kolam yang memang manusia biasa tak boleh mandi punya. Hangat tak sangga. Dekat-dekat 60 darjah Celcius tu. Buat pengetahuan hampa semua dan aku yang baru tau masa tu, aya’ panaih ni tak buleh minum, tak baik untuk kesihatan. Pasai apa, sulfur atau belerang banyak sangat. pH air dia pun 8 lebih.

On the way balik dari Ulu Legong tu, ketua kerani yang ikut sekali automatik bertindak macam tourist guide. Baling ni tempat bersejarah katanya. Perjanjian Baling la, Demonstasi Baling la (Pasai demonstrasi tu, suatu ketika aku terbaca sorotan dalam Berita Minggu, ada diungkapkan poster penunjuk perasaan masa tu, menteri duduk dalam gedung, rakyat makan ubi gadung, wallahua’lam.). Kat sini tempat Raja Bersiong dulu. Ada pulak replika siung nala punya besa’. Sebab besa’ sangat aku tengok rupa gading pulak dah. Ditunjukkan jugak kawasan petempatan Orang Asli suku Kensiu. Pendek kata lagu Kedah, Baling sudah la maju tak lagi macam la dulu, ghumah segheba baghu, kenughi ada selalu.

Kata Gabenor jabatan pekan, ketua kumpulan aku pun menamatkan makluman penemuannya sebaik azan tamat, petanda suatu seruan menuju kejayaan. Cewah, sa kata geng-geng Gabenor ni kalau bercakap memang tera. Yang best tu, dan lagi dia kata kami ni biasa dok buat benda-benda sedia ada, orang Baling panggil “Mat Lazim”. Tambah lagi kosa kata aku. Yang lagi syok tu, kata dia, ada yang dah jadi sebahagian anggota pentadbiran peringkat bawahan pun dok ingat depa lagu dulu jugak. Sebenarnya yang dulu dok biasa jadi anggota pentadbiran peringkat bawahan pun dok rasa macam dok mentadbir lagi padahal depa dah kalih dok belah nu. Lawak jugak puak-puak ni.

*****

Dalam perjalanan, driver jabatan pekan kata dia saja nak bawak kami round ikut jalan kampung. Sungguhpun petak-petak sawah tidak saujana mata memandang seumpama di kiri kanan lebuh raya menuju Changlun, tapi tetap mendamaikan buat warga kota raya macam aku yang setiap hari dihadapkan dengan jalan sesak tak menentu. Ada pulak 2-3 cawangan Maktab Mahmud macam di Merbuk, pergh, hat tu tak buleh tahan tu, rasa keinsafan. Kenangan pun bertamu, wajahmu menikam memperlahankan waktu, kata Ameng Spring la.

Tak sabit tugasan rasmi kalu, jangan harap aku nak dok sebelah menyebelah dengan ajnabi yang baru bertugas kat jabatan pekan tu. Aku tak suruh pun dia dok sebelah aku, aku hanya nak semak rekod kat bilik taklimat tu. Takdak pulak meja empat segi. Tapi be professional la, ni urusan seri paduka baginda kan ka, aku pun tak kelapa’ aih nak meghenyeh meghela tak tentu hala walaupun perlu dicatatkan di sini bahawa dia dengan seragam korporatnya memang lawa. Astaghfirullah robbal baroya, astaghfirullah minal khotoya...

Driver ni memang mesra pegawai la, kalau aku incharge bahagian Admin memang tahun depan dia naik stage dah. Petang tu lepas rabung ared punya sembang (depa la sembang, aku dah bagi hint nak balik awal pun ketua kumpulan kata panas pulak nak balik, padahal bukan kena jalan kaki pun, maka terpaksa la aku buat-buat dengar sambil-sambil tengok pemandangan sekitar Titi Hayun yang letaknya di kaki Gunung Jerai, mungkin Cikgu Azizi Haji Abdullah mendapat inspirasi gunung tersebut kot untuk menulis “Seorang Tua Di Kaki Gunung” yang pernah didramakan di RTM1 suatu ketika nan lalu dengan Tamam Idris sebagai Tuk Ya; sebelah sana dah Siam, macam dok Changlun pulak bersempadan dengan Kwan Mai Dam [Bukit Kayu Hitam la tu]). Kami ingat nak cepat balik hotel pasal dah sayup petang dah, nak rehat la awal sikit, tekoh-tekoh di persimpangan dilema antara Sungai Petani dengan Merbuk, dia semawa pulak nak bawak pi Tanjung Dawai, kot-kot la nak beli hasil laut kat sana ka.

Kenangan lagi. Terngiang-ngiang senikata “Cinta Pantai Merdeka”, dulu Tropika sekarang Jinbara saat perjalanan ke sana, “…Jauh pandangan permai, Di situ Tanjung Dawai, Terkenang peristiwa cinta kita terurai…”. Cuma kenanganku jeffrydin tidak melibatkan ayat terakhir dalam senikata lagu tersebut. Kenanganku XXXdin adalah semasa Ko-K Seni Islam semester IV dulu. Ustaz merangkap pegawai penjara Alor Star dah sebut, barangsiapa yang menghadiri akan dia program hujung minggu di Tanjung Dawai, maka insya-Allah buleh A la kat dia. Kalau aku pi kan ka, bukan takat dapatlah kiranya aku memperdengarkan dan memimpin bacaan barzanji, marhaban dan yang sewaktu dengannya kepada penduduk kampung (sebab Ko-K ni ramai wanita dah tentu depa jadi suara latar, dalam dua tiga cangok budak lelaki aku rasa selain budak Guthrie geng semejid macam Pian merangkap qari kolej, dari segi nak lead benda-benda tu semua aku rasa aku berpotensi), bahkan bakal menyelamatkan rekod kesinambungan gred A dalam kesemua semester Ko-K. Sebabnya aku dah hilang markah gara-gara kawad (pagi tu aku terlewat kena menapak pulak lagi dari Kolej MAS sampai ke dataran yang seberang jalan tu Pusat Kesihatan, langsung tak tau mana satu kumpulan kawad Ko-K aku, ya la, nak rodong tak tentu hala segan pulak ntah betui ka dak satu hal, nak masuk barisan pun tengah-tengah arahan dan segala macam dah macam Prebet Badul pulak, lalu aku memutuskan untuk menapak sekali lagi ke Kolej MAS, jauh tu mat oi) . Tapi lepas Jumaat tu masa orang lain berhimpun kat Masjid UUM, aku dengan perasaan belah bahagi antara nak menyelamatkan markah dengan menderitai 2-3 hari hidup ala kem motivasi, akhirnya setelah lebih ramai suara hati berkata ‘Tidak’, maka aku sebagai Tuan Speaker diri sendiri memutuskan untuk tak pi. Akibatnya, walaupun sepatutnya senang-senang aku buleh A, tapi dek kecangkatan markah gara-gara kawad dan tak pi Tanjung Dawai, walaupun aku jawab soalan final exam macam moto pengakap “Buat Sehabis Baik”, aku hanya dapat A tolak.

Di Tanjung Dawai macam pekan koboi saja rupanya. Bila driver buat U-turn depan kompleks perniagaan, aku ingatkan dia nak terus hantar balik hotel. Rupanya driver ni ada Sixth Sense hari ini kau datang riang tersenyum buat ku senang la. Awat daknya, buleh dia singgah tepi sebuah kedai yang menjual hasil laut. Nak irap-irap kedai kat Kemaman pun ada. Seperti di Kemaman jua, memang aku borong sakan la, kat Pasaraya Borong Sakan pun aku tak borong macam ni. Dari belacan, sampai ikan bilis gred paling baik aku mintak sekilo buat 2 bungkuih, kalau kak tu chong aku maka aku jadi adik-beradik Yusof Chong la, lagu mana hat kata gred paling baik tu aku pun tak tau, setau aku kalau hat “baik punye” ni gred dafi la kot. Udang kering setengah kilo. Sos cili habuan nak cicah. Pekasam ada sikit masaelah, kak tu kata ada 2 jenis, satu pekasam ikan gelama, mahal sikit sebab besa’ dan dia saja, satu lagi dalam peket campuran ikan ruan, sepat, puyu. Aku telefon ayah aku, mak aku dan Dilah, sapa pun tak angkat. Oleh sebab itu, aku terpaksa buat keputusan untuk ambik hat pakej 3 dalam 1 tu.

Sebelum tu aku semawa kat driver kot-kot nak beli apa-apa aku nak belanja ni. Driver ni segan pulak dah, takpa saya selalu lalu kot belah sini. Nak beli keropok, sos dan yang sewaktu dengannya sat saja habih. Congak pi congak mai, aku nampak sesuatu yang tahan lama sifatnya. Aku beli jugak la sebuku kat dia, aku ingat mau berbulan-bulan tahan tu. Sebuku apa? Teringat kalu, kenang daku dalam belacanmu, hahaha! Tau kat mak aku bukan ka sahih dia kata aku merepet.

*****

Sebagai orang utara sejati, sudah barang pasti aku tak sebut ‘Sik’ macam orang negeri lain sebut. Buat malu kompeni saja. Sebutan ‘Sik’ bukanlah macam kita menyebut ‘sick’. Sebaliknya ‘Sik’ disebut sebagai ‘s-EI-k’ (seperti ‘EI’ dalam ‘EI-ght’). Bunyi tak semestinya sama macam ejaan. Serupa pi Sabah lepas tu sebut ‘Tenom’ sebagai ‘TE-NOM’ dan ‘Beaufort’ sebagai ‘BEAU-FORT’ la, habuan kena gelak buleh.

Perjalanan dari Sungai Petani ke Sik begitu tenang, jauh dari hiruk-pikuk kota yang buat orang jadi penin perut senak kepala. Sabit siang saja, kalau malam memang sedap la aku pinjam ayat HeS dalam KCB, “…dan bulan yang sedemikian fitri”. Pergh.

Driver jabatan pekan bertindak selaku tourist guide meladeni setiap perbualanku dalam bentuk pertanyaan. Aku sembang dengan dia macam sembang dengan orang kampung sendiri pulak. Semenjak dua menjak berkampung balik di utara ni, jangan harap la aku nak cakap bahasa yang ada e, e kat belakang dia. Kata driver tu, ni kampung Siam, Kg. Megia nama dia. Aku pun tulis kat sebelah belakang envelope resit hotel. Kebetulan banyak tempat bernama ‘charok’ seperti Charok Padang kat Sik ni, lalu dijawab akan dia bahawa ‘charok’ itu ertinya “aliran air dari bukit”. O, aku berkata pula, macam Charok Bemban tu. Tambah lagi vocab aku. Siap la lepas ni.
Di Sik kata Timbalan Gabenornya pekan sehari dipanggil ‘Nat’. Dulu dok dengar Aziz Desa saja dok promosi dalam MHI pasal pekan Nat ni, kali ni aku dah berada sendiri kat tempat susur-galurnya. Pergh, memang aura utara makin meresapi kembali.

*****

Sesudah menghantar ketua kumpulan, mengambil kira kemaslahatan aku dan driver sendiri yang pada hemat aku kepenatan tiap-tiap hari gelap-gelap buta dah kena keluar dari bilik hotel ambil ketua kumpulan, aku pun ajak la dia singgah Sungai Bakap. Kemaslahatan dia adalah buleh la rileks sat sambil minum petang, nak jalan jauh lagi yob. Kemaslahatan aku pulak ialah upload sekian banyak cenderamata yang jabatan pekan bagi. Tu tak masuk segala ikan bilis, udang kering, sos dengan ikan pekasam yang aku borong kat Tanjung Dawai. Dan jugak la jenguk-jenguk tok dan tok ayah aku yang bed-ridden sekian lama, hat tu saja la cara yang aku buleh usahakan, nak balik Penang tak kesampaian, bukan eh takat baghu bacadang, namo den ni ha dah lokek pun kek Komtar, tibo-tibo den cakap kau, oghang pulak motong jalan. Cumo eh somangat den bolum padam laie, samo macam bekoba-koba nak donga kuliah kek API.

Mak dengan ayah aku rabung jugak bersembang dengan driver tu. Bia’ pi la, sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam tu aku dapat menjadi diri aku sendiri yang tak banyak bercakap. Dalam Waja satgi barulah aku tukar mode “agak peramah” sikit.

Kuey teow yang dimasak memang menyelerakan, tapi sebab sehari suntuk belum bersiram, aku elakkan yang berminyak takut satgi pening kepala. Aku ambik yang mesra batnun, mula-mula seketul bengkang, lama-lama aku perabih buang. Dicicipi pula minuman panas yang aku dah lupa milo ka teh ka, pergh, kalau tak sabit advencer belum berakhir memang aku dah bawa beradu.

Sebenarnya persinggahan aku kat Sungai Bakap tu sebagai mengembalikan kisah-kisah persinggahan Pak Ngah aku kalau dia outstation di utara; tak kira la dia dok Bagan ka, hatta Sungai Petani pun dia saha balik mai singgah sat, esok pagi gelap-gelap lagi dia dah keluar balik. Kadang-kadang on the way outstation tu sama ada perjalanan pergi atau pulang dia singgah jugak, kadang-kadang dengan kawan dia. Kadang-kadang tu naik bas loncat dari Bagan pun ada. Aku masa tu mana la tau secara spesifik apa kheja dia, yang aku tau dia pegawai kerajaan. Kiranya aku mengembalikan perkara yang pernah Pak Ngah aku lakukan dulu la. Bezanya, aku tak bawak kereta sendiri. Seandainya Pak Ngah aku buleh singgah kalau ada masa, takkan aku tak buleh, ‘kan dia pun dulu skim perkhidmatan yang serupa. Cuma sebab menggunakan kenderaan jabatan ni kena la ada justifikasi yang wajar, kebetulan Sungai Bakap satu laluan dari Bagan nak ke Ipoh, o.k. la. Kalau dari Bagan nak pi Alor Star saha singgah Sungai Bakap lagi memang tak kena la.

Exit tol Bukit Tambun, tang tu dah jimat duit kerajaan dah. Kena pulak rumah aku memang betul-betul tepi jalan utama, bukan ceruk ulu banat jalan kampung berlubang sana sini. Dari rumah aku ambik kanan jalan utama dan jalan terus sampai jumpa tol Jawi, masuk balik highway. Memang perbelanjaan berhemat la, pemanduan berhemah.

Aku menginap di Hotel Excelsior, tanpa kerisauan tertinggal beg kat mana-mana. Penolongku book bilik Deluxe, tapi memandangkan Suite pun hanya lebih RM1 dari entitlement aku, dah alang-alang share bilik dengan driver, cangak lagi.

*****

Selesai tugasan, aku dan group member dijemput menjamu selera di bawah khemah VIP, patut MB pun hadir sekali tapi dah banjir melanda Perak, maka tiadalah dapat dia turut serta. Ternampak olehku seakan-akan Puan Wanita Solehah Yang Berjaya tengah baguih dok menikmati hidangan tengah hari di meja VIP. Kebarangkalian bahawa itu dia adalah tinggi melihatkan dari segi penampilannya macam ustazah. Tak mustahil sebab dia pun area Sri Iskandar ni jugak.

Sedang menjamu selera sambil diiringi persembahan kugiran berpenyanyikan lelaki dan wanita, aku terlihat sekumpulan pelajar yang pada hemat aku budak sekolah agama memasuki perkarangan jabatan pekan. Pelajar lelaki dengan songkok hitam, baju dan seluar putih, bertali leher belang-belang. Sementara pelajar perempuan bertudung labuh dan pergelangan tangan dikancing, pergh, sekali lagi pemandangan damai abadi. Cuma aku tertanya-tanya, depa ni budak sekolah mana pulak ni. Jawapannya aku dapat kemudian apabila bertanya kepada seorang staf.

Kata staf berkenaan, dengan loghat Perak kurang tepu sikit saja dari orang Kuale, depe budak SMKA Sultan Azlan Shah. Lantas aku mengimbas sebuah nama dalam satu rekod yang aku semak sebelum tu, tertera “Khairil Akhtar bin Ghazali”. Ai, rasa macam kenai. Aku biasanya nama-nama yang unik ni memang aku ingat, macam ahli-ahli bilik aku dulu, selain Akhtar, juga ada Asman Abdullah bin Hasrat dan Aidil Azurin (yang ni bin aku tak ingat). Kalau ikut rekod tu, kat negeri dia sekarang ini, jaga pulak portfolio yang bersangkut-paut dengan aku. Satu skim rupanya, cuma mungkin dia junior sikit walaupun umur sama. Tak sangka pulak tau perkembangan room mate 9A 211 Kolej MISC berlatar belakangkan alam menengah dia. Dia pun sekolah menengah yang sama macam budak-budak sekolah agama tu. Time matrix dulu cerita Kartini kartunis Tembakau tu tengah popular. Kata Akhtar and the gang macam Nizar (ape ceghite kome?), Tembakau tu pun sekolah tu jugak, kira Kartini sebahagian besarnya kisah benar dia la.

Masa menjamu selera tu, semua hadirin dihiburkan dengan lagu-lagu raya meskipun Syawal dah hampir ke penghujung. Sebab aku duduk membelakangkan depa, maka aku hanya dengar suara. Tapi suara penyanyi wanita macam berat sikit, patutnya lagu-lagu terutamanya lagu raya dinyanyikan secara santai. Sungguhpun demikian, serasa-rasa macam pernah ku dengar suara ini, tapi di mana ya? Pengacara majlis berduet sesama jantina yang keloloh mengumumkan bahawa persembahan dibawakan oleh kumpulan “Selendang Perak” dari pentadbiran negeri dan penyanyi wanita merupakan peserta Akademi Nasyid. La, patut la aku rasa macam vibrato terlebih sikit, kawan tu rupanya.

Dalam perjalanan keluar dari perkarangan jabatan pekan, sempatlah aku mengerling kepada pentas persembahan kugiran. Hanyasanya dia sedang berjeda daripada bernyanyi, meneduhkan dan merehatkan diri dari rembang mentari tengah hari. Di sekitarnya gerai pameran dan masyarakat setempat beramai-ramai mendapatkan makanan minuman. Sebuah kereta Waja pun meluncur menuju pintu keluar. Ada sebuah lagi kereta datang dari jihat tersebut. Eh, eh, ni pintu masuk ni. Dah macam adegan sentul filem Stephen Chow Sing Chee pulak. Teruskanlah aku kata pada driver, menyedari kalau nak berpusing-pusing mencari pintu keluar yang sebenarnya entah sebelah mana di tengah ratusan pasang mata memerhati sebuah kenderaan bertatahkan plate Federal KL seolah-olah pertunjukan kereta berhias pula, kartun pun ada. Sudahlah aku duduk di hadapan. Dan akhirnya Waja pun buat bodo meninggalkan keramaian.

*****

Perjalanan yang jauh dari Ipoh. Sekali lagi dengan tugasan recce jalan untuk group members. Bukan tak buleh dok Klang, tapi dah alang-alang advencer, baik aku pi tempat yang paling dekat dengan jabatan pekan, mendamaikan, serta belum pernah aku sampai lagi. Sampai pun dah senja. Agak misteri nusantara juga dalam perjalanan hendak sampai ke hotel. Terpaksa melalui kawasan sunyi dan gelap tanpa lampu jalan dengan jirat di tepi. Tak sangka sampai begitu mendebarkan laluan ke kawasan peranginan tersebut. Misal katalah aku memandu sorang-sorang, kemudian malam itu nak keluar cari makan, memang aku tak akan lalu semula jalan berkenaan. Sanggup taha’ perut lagi. Tapi ada driver sekali lainlah sikit, keluar sampai ke pekan pun tidak mengapa. Malam tu kat kedai makan, tengok pulak cerita Kekasihku Seru. Malam Jumaat pulak tu. Nasib baik tak ceghin bulu tengkuk. Hanyasanya aura keseraman melanda jua walaupun sebelum tu aku yang dok gempa' penolongku yang menginap kat Hotel Damai thru SMS.

Sampai di Hotel Impian Morib. Dahsyat hotel ni. Punya la nak maksimumkan untung, langsung takdak government rate. 2 jenis bilik saja, bilik hat paling mahal cuma lebih RM3 dari entitlement aku, tunggu apa lagi. Hebat bilik dia, ruang tamu merangkap tempat tengok tivi dipisahkan dengan ruang tidur. Bilik air pun nala punya besa’. Tapi sunyi jangan cerita la, kalau dok sorang-sorang aku pun segheyau.

Walau bagaimanapun, hotel tu tepi pantai. Sebab aku nihil kesempatan saja, dak kalu memang pagi tu aku dah bersiar-siar tepi pantai, mungkin duduk kat mana-mana sambil menulis entri blog ka, sajak ka.

*****

Moralnya, esok kalu hang jadi bos jangan la dok buat kelaku dok meghap orang macam tu. Pada pada la oi, sebaik-baik perkara ialah bersederhana. Ish, ish, ish, appa la nak jadi. Pergi berambil, pukul 6.30 – 6.45 pagi kena ada depan rumah dia dah, kesian kat driver kena keluar sebelum Subuh dari Sungai Petani tiga hari berturut-turut. Nak sampai awai pun agak-agak la sama, agenda start pukul 9 pagi, bertolak pukul 7.30 pagi pun dan aih. Walaupun bidang tugas driver tak menentu masa, jangan la dok perkuda, driver pun manusia sungguhpun dengan hat dok seat belakang ras berbeda. Balik sah-sah la berhantar. Tapi yang tak best tu, aku la yang kena jadi perisai manusia menguruskan hat tu semua. Kadang-kadang naik segan pulak dengan permintaan yang bukan-bukan. Suruh orang sedia tempat parking khas untuk dia la. Ya salam, sikit punya luas kawasan lot parking, hang parking la kat mana-mana pun. Nak hat ada bumbung kalu pindah ofis la. Adoiyai.

*****

Den ingat an dapek la rehat kek ofis lopeh cuti Deepavali. Rehat apokobondo cakap kau. Esok tu dah kono tunggu kek Federal KL pukul tujuh setongah pagi. Ekau bayangkan la pukul berapo den kono keluar daghi ghumah. Lotih seminggu duo ni bolum laie hilang. Apo nak buek jang, layan yo lah.

Yang kelakar tu cakap kau, kitoghang ni mencaghi la kek mano lotak eh jabatan pokan. Signboard apo pun takdo. Sampai kek satu tompat ni, kitoghang pun botul punyo yakin ingat dah jumpo la ha jabatan pokan tu sobab eh ado namo dio. Ghupo eh, jabatan pokan apokobondo, bus stop cakap kau, sajo yo lotak namo dio. Bukan eh satu tu yo, banyak laie tompek dio buek camtu.



Sekitar 12 – 28 Oktober 2008


2 comments:

Anonymous said...

en adam,entri kali ini agak panjang dan kaedah menyambung agak membosankan, kalu di beri tajuk lain dan dipecah beberapa tajuk mungkin lebih mengujakan peminat... anyway en adam mmg berbakat menulis

Cayrott said...

wuisyyyy panjangnye lepas gian ke bang