Monday, March 16, 2009

Advencer Perantau Utara : Alwar Satara Ila Bahrul Fallah...

Si senior officer tu berrtolak dari Bagan. Butterworth la tu. Jumaat baru ni cara dia tanya aku macam tak familiar nak pi ofis si Gabenor. Tau-tau dalam pukul 8.00 pagi dia dah mesej kat aku kata dah sampai. Disuruhnya aku dengan sorang member lagi ni ni pi bilik Gabenor. Aku baru cadang nak gerak dalam 8.45 pagi ka sebab ofis Gabenor tu depan hotel saja.

Member aku ni pulak jenis slumber joe baguih punya dok pekena sarapan. Aku pulak yang terasa urgent, padahal senior officer tu boss dia.

Hat si Gabenor ni bukan sampai lagi pun. Jadinya pegawai pusat sehenti ni bawak la pi minum kat kantin berdekatan.

Bila dah jumpa si Gabenor, tegha nak mula kheja berlabun ntahapahapa dulu la. Aku part ni yang malas ni. Pasai lambat start lambat la habis. Sedangkan start awal pun habis lambat. Si Gabenor ni pun tak padan dengan demam selesema buleh jamu air milo la kat kami semua. Bilik Gabenor kan na, bukan takat minuman segera, tong aya' hangat pun ada.

Operasi pun bermula. Pusat sehenti rupanya di City Point. Satu perkara yang ketara kawasan tangga laluan ke pusat sehenti. Dulu kat situ la letaknya kedai CD games Street Fighter la, VCD apa semua tempat aku singgah mengkala nak balik kampung time Matriks dulu. La ni kedai tu dah diganti dengan tempat ATM dan segala kiosk Bank Islam. Macam tu la kot orang dulu kala terpana melihat Kuala Lumpur dah lain banget berbanding time depa.

Pergh, siapa sangka siapa menduga liza hanim, aku akan berjalan-jalan dalam City Point dengan neck tie dengan long sleeves. Walaupun dulu aku budak UUM yang hampa tau la kan macam mana skema dressing depa, tapi mengkala pi Alo' Seta' kan na paling kuat cuma tang seluar slack dan kasut. Baju aku pakai t-shirt saja la. Apa punya revisited nostalgia zaman silam daaa.

Kheja habis pukul 2 lebih tapi Gabenor tak buleh join perbincangan penutup pukul 3.00 petang sebab kena entertain team bola Siam nak lawan Kedah dalam Piala AFC. Aku memang suka sangat la sebab aku dah mark lama tang mana aku nak pi kat Alo' Seta' ni.

Destinasi bajet pertama aku dah tentu la tempat yang memberi ketenangan fikiran. Tang mana lagi kalau bukan Masjid Zahir. Sa kata aku pi sana dah tentu berjeromoh dengan budak-budak sekolah agama. Waktu ni ada ustaz tengah bagi amanat apa ntah kat serombongan budak-budak ni. Hat lelaki berkepiah putih, berbaju lengan panjang putih, berseluar panjang putih. Tapi hat ni tak la best sangat. Hat best bila tengok selayang pandang kelompok tilmizat bertudung labuh dan berbaju kurung berkancing lengan warna kundang muda dan berkain warna kundang gelap. Pergh, hat ni la orang kata pemandangan damai abadi. Macam Qin pulak di kalangan depa tu. Tapi apakan daya, Qin bukan seorang marka. Mat oi, mengapa takdir aku selalu dengan budak sekolah agama. Tapi Kedah mahai, manalah mampu ku bawa ke mana-mana. Hat MAMPU ni Dek Zek saja, pasai tu dia dah stand by nak bayar tol.

Time nak menyarung sepatu semula (bukan sepatu tragedi na walau sekarang musim Tragedi Mac), aku ternampak budak-budak sekolah agama memakai t-shirt yang di belakang dia tertulis Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah. Ai, budak kampung aku ka ni aku dok ingat dalam hati.

Aku berjama' taqdim sebelah jam besar dalam ruang solat Masjid Zahir. Habis sembahyang, aku pun mengeluarkan tiket FireFly hat jahanam sebab tak jadi balik hari tu, lalu aku catatkan particulars kat ruang kosong. Butiran adalah mengenai jam besar yang mengandungi maklumat berikut :

Kierzle

Made In Germany

Diperbaiki oleh (tulisan jawi)
Haji Ahmad bin Haji Abdus Samad Al-Jami (tulisan jawi)

Jumaat 7 Rejab 1419 Hijriyyah (tulisan jawi)
23/10/1998 Masihi (tulisan jawi)

Shu Tong Mow Watch & Optical Co.
No. 531, Penang Road, Penang
Telephone No. 64576

Opticians & Ophtamologists
Accelerate Testing
Special Price To Scholar and Watchmen


Destinasi seterusnya ialah Pekan Rabu. Baru nak pusin balik sebab silap jalan, dah senior officer SMS suruh pi bilik Gabenor. Aku musykil gak, kata Gabenor kena entertain team Siam, pukul 4.00 petang baru buleh attend perbincangan penutup.

Seperti pagi-pagi tadi jugak, kalut lebih, Gabenor tu nak urus hat tu hat ni pukul 5.00 petang baru dia mai. Giler ah ding dong. Sebelum tu aku belajar satu benda baru dengan ketua pusat sehenti iaitu baju a la panglima hat geng-geng KCS pakai masa upacara melibatkan Tuanku bernama "Baju Sikap". Hat tu la Number One Dress depa. Awat la skim aku takdak benda tu. Barulah ada 'izzah sikit aku jadi orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Nak cepat-cepat pun habis pukul 6.00 petang lebih la jugak. Gabenor suruh ketua pusat sehenti entertain senior officer pi pekena fish and chips la. Aku malas nak join depa. Misi aku kat Pekan Rabu.

Jumpa lagi dengan Pak Arab juai minyak wangi tu. Cuma kali ni bini dia pi sembahyang. Aku kunun-kunun nak beli lagi sebotol White Gold, tapi sekali aku tanya ada pulak minyak wangi hat lagi kuat imported dari Arab. Sebotol kecik RM40, terbang jugak la RM160 duit aku sebab aku beli 2 jenis 2 botol setiap satu. Masa Pak Arab tu tengah tuang minyak dalam botol, ada geng-geng budak lelaki sekolah agama yang aku syak rombongan sama kat Masjid Zahir tu dok kelebek-kelebek minyak wangi tu. Pak Arab ni pemurah la orangnya, dia semawa kat budak-budak tu nak calit sikit minyak wangi brand yang aku beli, kata dia tak beli pun takpa. Pak Arab tu tanya budak-budak tu dari mana, dari Pulau Pinang jawab depa. Aku pun tak lama lepas tu cuba mengesahkan, "Dari Sungai Bakap ka?", aku tanya depa. Memang sahih sebab depa mengaku. Bersembang-sembang dengan Pak Arab tu, husnudzdzon betul la dia. Kadang-kadang budak-budak sekolah agama ni anak-anak yatim, kata dia. Dia dok ingat aku nak terus balik KL, so dia suruh bini dia packing cantik sikit minyak wangi yang aku beli. Aku pun takdak la nak sebut aku nak pi tido' Sungai Petani malam ni.

Lepas tu pi beli kepiah, 2 jugak. Pi round sekali tengok kuih, serunding dan segala macam tapi tak berkenan. Aku round la jugak kedai-kedai menjual kain pasang dan tudung, ada la aku kelebek pi kelebek mai, ada la niat nak beli hat kaler pink kununnya yang siap ada labuci apa bala, tapi sebab tengah konfrontasi Malaya – Indonesia maka aku tak jadi beli la walaupun berkenan. Beli kalu nak jadi punca kena sembur apakeheinye. Malas la aku. Zaman-zaman nak berjuang dengan PTK fasa lanjutan ni I can’t afford to have all those sentul things disturbing my mind.

Time balik dah terambil jalan lama ke Sungai Petani, jam tah pasai accident ka pasai traffic light ka menggendalakan kelancaran pergerakan. Pada penghujung masuk jugak la highway yang keluar di Sungai Petani Selatan. Aku dah pesan kat driver suruh singgah makan dulu. Pusin nala punya jauh baru jumpa Radix Fried Chicken. Dah la lapa', orang pulak ramai, lebih setengah jam baru dapat makan. Tak la sedap tegha mana sangat, cuma beza dengan kedai lain ialah ayam dia tak masin sangat dan tak berlemak. Maklumlah organik. Yang aku buleh gagah beratur lagi tu sebab cuma ada 4-5 orang depan aku. Cuba kalau beratur sampai ke pintu, memang aku blah awai lagi. Anyway, RFC ni kena perbaiki part sistem penyampaian depa. Kalau kedai lain tengok orang beratur panjang tu depa dah assign orang pi ambik order kat pelanggan yang dok beratur tu, jadi cepat la sikit. Satu lagi depa kena pertimbangkan untuk tambah tempat duduk, mungkin buleh buat kat tingkat atas ka macam kedai-kedai lain. Satu lagi betul la ada tempat kanak-kanak berekreasi, tapi hinga' sangat tak memberi ketenangan fikiran untuk orang yang ghaflah jingga.

Akhirnya sampai jugak ke hotel, kira awai sikit la dari malam semalam, tapi awal-awal pun pukul 10 lebih jugak la. Cuti hujung minggu yang hancus lebus, macam kisah hidup aku jugak.

Advencer bersambung lagi esok.



11.58 malam
15 Mac 2009 (Ahad)
Kamar 1003, Hotel Park Avenue
Sungai Petani

6 comments:

anak beruang yang kurus said...

"ada la niat nak beli hat kaler pink kununnya yang siap ada labuci apa bala, tapi sebab tengah konfrontasi Malaya – Indonesia maka aku tak jadi beli la walaupun berkenan. Beli kalu nak jadi punca kena sembur apakeheinye. Malas la aku."

Bukan kalu beli hadiah dapat senyuman ke tuan? Apa pulak kena sembur... sian sungguh tuan kita ni...

~wink~

Anonymous said...

mcm boring tahap gaban sampai detail jam pun bulih ambik...apa lagi bertukar la dlm masa 0.5 saat!! hahaha...

Anonymous said...

anak beruang ada makna tersirat tu,kaler pink apa semua,tp tak bleh la cerita lebih2,anonymous,biasa la penulis kita ni dia agak terkesan dgn nilai2 estetik sesuatu bahan sejarah....bg kita mungkin nmpak boring,tp kalau dia tak reveal kat dlm blog ni mungkin kita jugak tak tau yg jam besar kat Kota Setar itu hasil buatan mana....

smdbest

Anonymous said...

Saya mengenali saudara menerusi cerita2 di blog ini..dan cerita2 yg sampai di angin lalu... Tetiba terasa nak bagi satu lagu pulak.
"Entah berapa kali kucuba membohong hati ku ini..hebat dilanda rindu pada mu namun semua alasan rapuh bagaikan kaca berderai..yang memang tak pernah abadi..yang terlalu cepatnya berlalu..pabila digiring angin..dan mudah terkulai layu..."
Hmmm..pepatah melayu memang tak pernah salah..dah lama org tua2 dok pesan - jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran - hargailah apa yg kita ada dan miliki, jaga dan baja dengan baik. Jgn sampai satu masa kita terpaksa merintih mengenang kembali apa yg pernah kita miliki tetapi tidak kita hargai.....

anak koala said...

Eh lagu kat atas tu macam salah dan tak abih...ini yg betul :
"Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu

Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

anak beruang yang kurus said...

huh?
apa agaknya perasaan tuan sekarang ni bila diberikan lagu2 begini... hikhikhik...

anak koala tu bukan anak beruang ye, walaupun mungkin dari spesis yang sama...