Wednesday, December 22, 2004

Maka Genaplah Suku Abad Pada Usia...

Di Hospital Daerah Bukit Mertajam, dua puluh lima tahun lalu, seorang bapa saudara bertanya kepada seorang ayah, "Nak boh nama apa?". Ayah itu menjawab, "Redha". Entah sempena nama lecturer USM bernama Radha atau apa. "Nak Redha apa? Redha agamalah, Redhauddin.", kata bapa saudara itu. Besar harapan seorang ayah masa itu, untuk melihat anaknya jadi macam abangnya, seorang ustaz yang kemudiannya menjadi Mufti Pulau Pinang.

Manusia hanya mampu mengukir tadbir sedangkan pada-Nya segala takdir. Bila pak ngah aku itu kembali ke rahmatullah sekitar 1993, aku hilang sumber inspirasi dan keadaan serba tak memihak kepadaku. Impian aku jadi berbalam-balam dan aku secara tak langsung mengecewakan harapan keluarga. Aku tak kisah sangat kalau cita-cita aku hancur lebur tapi kalau harapan keluarga, aduh, sakitnya. Mereka tak marah padaku, namun jauh di sudut hati mereka rasa ralat juga. Aku pun tahu membaca bahasa sebegitu. Lama juga aku nak 'menebus' semula kehampaan itu. Apa yang aku miliki sekarang bukannya sebab aku hebat tapi berkat doa mereka. Sampai bila-bila pun aku tak mungkin jadi macam pak ngah aku, tapi nama pemberian orang alim sepertinya tetap abadi sampai akhir hayatku.

Sat saja dah bertambah umurku. Terasa bagai semalam baru berlalu (Zek, hang mesti kata aku tipu punya). Ini tahun kedua aku sambut hari lahir kat Putrajaya. Tapi ada perubahan sikit dah. Kalau tahun pertama dulu aku sambut sorang-sorang, la ni aku sambut sorang-sorang jugak lagi. Yang berubah cuma sebab aku dah kenal kawan-kawan dan dah ada housemates. Masa dulu, pergh, sayu giler. Plot-plot drama kehidupan tu memang saja ditulis sedemikian rupa. Perkhabaran yang pak ngah aku sampaikan kat aku, ditambah pulak dengan sebatang kara kat Rumah Mampu Milik tu berteman radio dan t.v. ntah berapa inci ntah tapi besa' la, sembang pun tak guna. Masa aku dapat berita tu, selamba saja aku jawab sambil senyum-senyum, "Takpalah pak ngah, elok la tu, orang baik-baik mesti dengan orang baik-baik jugak". Pandainya aku berlakon, menyembunyikan riak wajah sebenar. Keturunan 'orang seni' lah katakan. Pak ngah aku pulak yang marah, "Depa ni pun tak dan-dan aih.". Aku pulak yang calm down pak ngah aku. Terbalik tu, patut dia yang tenangkan aku.

Babak-babak seterusnya toksah cerita la. Satu malam tu, lepas balik kerja, aku tengok t.v. Ntah macam mana tergerak nak bukak TV2. Cerita Sepi Angin Ke Kota London. Sedih giler citer tu. Pelakon tak terkenal pun, tapi jalan cerita dia memang masyuk. Latar belakang tahun 50-an, 60-an la lebih kurang. Cerita orang kampung yang nak further study ke London tapi tak kesampaian. Ada satu part tu, dia nak pi pekan naik basikal dengan kawan-kawan dia. Baru melangkah turun dari tangga rumah, dia tanya mak ayah dia, "Mak dengan ayah ada panggil Akbar ka?". "Dak aih", depa hairan. Akbar pun menaiki tangga rumah dan berpeluk-pelukan dengan mak ayah dia. Lagilah depa nu hairan, "Awat hang ni Akbar?". Aku dah tau dah, lepas ni memang mimpi indah disudahi tragedi punya. Memang betul pun, Akbar ditembus peluru sesat di pekan. Banyak sebab aku terasa cerita ni macam ada kena-mengena dengan aku. Satu, aku orang kampung. Dua, aku orang Utara. Tiga, si dia yang Akbar pernah tulis surat dan menangisi pemergian Akbar kat pekan tu ca-ya-nun-alif dan orang di Kuliyyah Lughah Al-Azhar tu pun ada darah tu jugak. Selalu yang kebetulan banyak sangat ni citer Hindustan. Tak sangka kehidupan sebenar pun macam tu.

Rupanya, banyak miscommunication berlaku. Depa ingat aku memang tak sudi. Aku pulak masa tu tak seberani sekarang. Mengelak-ngelak konon kerja tak confirm lagi la, apa la. Dalam hati Tuhan yang tahu. Sebenarnya lebih kepada segan. Aku pun nilai diri sendiri jugak, macam pantun yang aku modify dari lagu 'Tenung-tenung, Renung-renung', "Siapa sangatlah aku ini, Rupa tiada harta pun kurang, Hendak bertaruh kerja KPLB, Ustaz juga dicari orang". Dia top student Maktab Mahmud, setakat Arabic tu kacang la bagi dia. Aku pun reti jugak Arabic ni, tapi ala Kamdar ajelah. Majoring aku (kalaupun boleh dipanggil majoring) lebih kepada lagu-lagu. Masa ambik ko-k Kesenian Islam kat UUM dulu, aku memang enthusiast dengan lagu Ummi Kalthoum bertajuk ''Ala Baladi'. Dah lama aku nak menyanyi lagu tu, ni semua promosi penyanyi lagu padang pasir dari Kelantan tu punya pasal la, namanya Abdul Rahman 'Ala Baladi. Bila join ko-k tu baru berkesempatan hafal lirik yang betul dan penuh. Maksud dia pulak ada kaitan dengan Mesir. Memang masyuk sangat la. Contohnya, "Yamsafir 'ala bahrin Nil, 'Ala baladil mahbubu wadini". Pantang lepa, memang aku menyanyi lagu tu punya. Yang mahal tu sebab aku beri jiwa aku pada lagu tu, macam kata Usman Awang pada Sharifah Aini. Tapi tu dulu, la ni lagu lain pulak la. Entahlah, pasal apa yang hadir dalam hidup aku ni terlalu baik. Macamlah aku baik sangat. Apa yang Tuhan cuba tunjuk kat aku ni.

Terima kasih kepada mak, pak ngah, adik, Dilah, Idah, Pian, Adha, Emy Zahara, Zek. Mudah-mudahan doa kalian Allah kabulkan.

Dan bingkisan pun diutuskan dari Putrajaya ke Sungai Bakap dan Selayang. Meski jauh di mata, mereka dekat di hati. Segunung budi tak terbalaskan, kiriman bingkisan tanda ingatan.

No comments: