Tuesday, December 07, 2004

Amar Sonar Bangla (Our Golden Bengal)...

Aku baru balik dari surau dalam pukul 2 tadi bila immediate boss aku bagi satu surat. Katanya, SUB minit kat TSUB, tapi TSUB tak buleh pi. So, immediate boss aku suruh aku pi. Takde apa punya katanya. Tapi aku bukannya naive sangat. Aku check dulu surat tu. Pergh, "Taklimat Kepada Delegasi Kementerian Bandar dan Luar Bandar Bangladesh" tu. Sorang wakil Kementerian lagi dari Bahagian Perancangan. Aku jaga jalan je, program-program lain aku tau jugak, tapi tersangatlah sikitnya. Maklumat pulak semua dalam Bahasa Melayu. Technical terms lagi. Memanglah PTD ditakdirkan untuk benda-benda terkejut tergempar macam ni. Nasib baik jantung aku kuat.

Taklimat di Aras 9, 2.30 petang. Aku bergegas ke sana lepas dah prepare apa yang patut. La, aku ke yang paling awal. Orang lain takde pun lagi. Duduk-duduk dulu, kelebet bahan-bahan yang ada. Tak lama kemudian, delegasi tu pun sampai. Ada la dekat 20 orang.

Si PRO yang jadi pengerusi majlis tu pun mempersilakan aku duduk kat depan, port biasa untuk orang-orang kuat pengerusi majlis. Aku bukan tak biasa dok kat area tu, tapi biasanya orang lain yang banyak cakap. Ini kena bagi taklimat ni. Cabaran jugak bagi aku. Lepas mukadimah pengerusi, wakil Bahagian Perancangan pun bercakap. Sambil belek2 maklumat, aku pasang telinga jugak. Rupanya ada part Bahagian aku yang dia dah cover. Lega sikit. Kemudian dia open untuk sesi soal jawab. Ada la sorang wakil Bangladesh ni tanya soalan. Aku ingat part aku dah lepas, rupanya pengerusi ni nak jugak aku cakap untuk Bahagian aku.

So, kena la aku mempamerkan skill aku yang dah berkarat ni sebab jarang2 guna. Berkat ambil Pengantar Terjemahan kat universiti, belajar pronunciation kat IDFR sebelum kursus DPA dulu, hari-hari baca Malay Mail sambil rujuk kamus dan berbekalkan pengalaman jadi desk officer untuk 2 jenis jalan, maka aku pun bagilah taklimat seadanya. Suspense jugak, sebab semua mata memandang dengan penuh khusyuk. Iyalah, ini bukan Bangladesh yang dok jual karpet tu, ini educated punya. Kan senang kalau suruh aku menyanyi lagu Hindustan. Yang mana aku tau tu, part tu aku lebihkan. Yang mana kurang arif tu, aku slowkan sikit. Nak hiduplah katakan. Barang harus diingat, aku ni secara tak langsung mewakili Malaysia. Kena la tunjuk contoh teladan yang baik.

Sesudah itu minum-minum dan makan kuih serba sikit. Tak tau la apa yang depa sembang atau gossip2kan sama2 depa dalam Bahasa Bangla (aku dah check dah, tu bahasa rasmi depa). Harap2 benda yang elok sudah la. Dah habih makan minum apa semua, lepas dah bergambar, aku pun bersalam-salaman dengan depa. Ketua delegasi bernama Sabikhul Islam ni ucapkan terima kasih dan rasa besar hati dengan taklimat aku tadi. Harap2 dia ikhlas.


No comments: