Monday, December 06, 2004

Walimatul Urus...

Assalamu'alaikum...

Selamat datang ke rumahku yang serba sederhana ini. Yalah, Selama (ada makna tu :p ) ini menumpang rumah kawan-kawan. Nak sembang lebih-lebih pun rumah orang, dah le tak bayar sewa. Orang mungkin kata suka, tapi sedangkan rambut pun tak sama hitam, hati lagilah bukan kristal. La dah ada rumah sendiri, maka sesuka hati aku la nak tulis apa pun. Tak gaduh nak teruk-teruk deraf, edit, proof read (tu pun ada masa still tak betul-betul jugak) apa semua. Kalau tak faham tu, kira nasiblah sebab kadang-kadang aku memang saja tulis bagi orang susah faham. Benda yang senang aku abstrakkan. Hidup aku memang macam tu kot, sengaja menyulitkan keadaan walhal yang senang dah banyak kali ada. Nak adventure la konon. Pui, appa punya turrr?

Dalam rumah yang kecil ini (orang kampung, manalah mampu beli rumah besa'-besa'), ceritanya banyak pasal aku dan kenangan. Mungkin orang ingat aku manusia yang terperangkap dalam kenangan, tapi bagi aku, kenangan itu sebagai panduan untuk mencorak masa depan dan memahami manusia yang pelbagai ragam. Yalah, sedangkan pelangi pun tujuh warnanya, apatah lagi manusia.

Mungkin (Khulida Kirana Yahya tak suka istilah ini) persepsi orang pada aku akan berubah selepas membaca coretan-coretan aku nanti. Tapi aku teringat jawapan seorang pemuda di Selatan Thai pada suatu ketika sesudah tumbangnya seorang presiden. Orang bertanya kepadanya, "Mengapa ramai sangat bayi yang baru lahir dinamakan Saddam Hussein?". Jawapannya, "Saddam Hussein mempunyai kebaikan dan keburukan, tetapi kami memilih untuk mengingati kebaikannya.".


Selamat membaca, kerana kebenarannya ada di sini, bukan di luar sana.

No comments: