Friday, April 11, 2008

Baik Punye (Advencer)...

Siri ini mengisahkan pengembaraan seorang manusia ke tengah-tengah ibu kota buat julung-julung kalinya setelah beberapa tahun. Buku yang 4 tahun lepas pun ada yang baca tak habis lagi, dah nak beli baru. Begitulah manusia, dengan insatiable thirst and rapacious appetite. Tapi pesta-pestaan ini mana mungkin mampu dikesampingkan. Ini pun ambil kesempatan mesyuarat, kalau tak memang buang karan, "nampak sangat jauh datang" (ewah, macam ayat penceramah kursus protokol & etiket sosial UUM lak) semata-mata nak beli buku. Jadi reimbursable cost kalu berbaloi la sikit.

Apakah misi ini berjaya disempurnakan? Apakah ada unsur-unsur sabotaj? Sama-sama kita nantikan.

* * * * *

First time naik ERL Express, rasa macam businessman, padahal kerja dengan gomen. Sebelum ni balik-balik Putrajaya - KL Sentral, KL Sentral - Putrajaya, tak pun Putrajaya - KLIA, KLIA - Putrajaya.

* * * * *

Orang kan ka, tu dia nak haba' bagi, nala karupan punya ramai. Tu tera bukan cuti hujung minggu tu. Bas sekolah pun banyak, lawatan sambil belajar kot.

Terjumpa la pulak dengan Man Tongkat. Dia dah habis beli, aku pulak baru nak mula. Dia ajak aku lunch sekali. Aku segan la sikit, sebab tengok dia mai dengan family. Rupanya, sorang pompuan dan anak-anaknya bersebelahan Man Tongkat bukan family dia pun. Lone Ranger la ni, Tonto tinggal kat Port Dickson.

Dah tau kata Man Tongkat ni Lone Ranger, aku pun on la. Dia tunjuk buku yang dia beli, hang patut baca buku ni kata dia. O, La Tahzan tu, aku dah baca dah. Baguih buku tu, memberi semangat dan inspirasi waktu kita rasa down.

Mula-mula tu dah elok dah seiring sejalan seindah bunga di taman. Sampai kat satu persimpangan, yang Man Tongkat ni lagu nak singgah booth di satu lorong, sementara aku ikut lorong lain. Masa tu aras yang sama lagi. Sambil mengelak-ngelak tawaran tazkirah 5 minit oleh para eksekutif pemasaran kursus bahasa, aku pun ushar la marka. Er, maksud aku, aku ushar buku-buku yang dijual, tapi dah kaum wanita terutama pelajar sekolah mahupun siswi ramai sangat sampai terlindung buku-buku oleh mereka, maka terpaksalah aku tengok depa dulu baru boleh nampak buku. Kira darurat la tu, tak begitu Syed Syeikh Suffian As-Sitiawani.

Dalam pada itu, aku dah tak nampak dah Man Tongkat pi mana tapi tak risau sangat sebab nombor handset dia aku ada.

Tengah-tengah kelebek buku Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Dilah call aku tanya buku apa yang best. Maklumlah, aku kan selalu update buku-buku terbaru, dia la kata, aku tak kata apa. Aku tak tau sangat, pakai layan ja. Dah habis bercakap, terperasan pulak yang Man Tongkat ada call aku. Bila aku call balik 2-3 kali tak berjawab pulak. Kira takdirnya tak menemukan aku dengan Man Tongkat di Mapley sambil mengimbas cerita-cerita dulu kala dan perkembangan semasa la tu.

Berat jugak jinjit beg plastik buku ni, lenguh jari-jari abih aih. Beg plastik yang ITNM bagi tu ada dua, tu dia punya besar. Maka di satu sudut yang mempunyai beberapa kerusi, aku susun balik beg-beg plastik yang ada supaya efisien sikit membawanya.

Niat yang betul, nak cari buku FT la, Pian pulak pesan Tuhan Manusia. Dok cari la booth Al-Ameen tang mana, akhirnya jumpa juga secara tak sengaja. Tapi dok kelitin pi kelitin mai tak juga jumpa buku-buku FT kat situ. Isa Haji Kamari ada la.

Berdepan dengan booth Al-Ameen tu la booth Dawama, kat situ aku jumpa Manikam Kalbu dan Bedar Sukma Bisu. Hat lain tak dak pulak. Lalu aku pun letak la kedua-dua buah buku tersebut di kaunter, dengan harapan satgi aku patah balik la nak bayar.

Ditakdirkan Tuhan, ada sudut buku-buku FT rupanya kat Al-Ameen, tak perasan pun aku tadi. Tapi yang slack tu, stok Tuhan Manusia dah habis, kira laku jugak buku tu. Kebetulan ada sorang customer tu pun tanya. Esok baru ada, tapi nak mai balik berat la oi, pasal esok lusa aku ada meeting. Selain itu, kalau sekali harung sekali borong cost-effective la sikit.

Maka dibayarlah olehku akan buku-buku FT kat kaunter Al-Ameen, antaranya Karya Nan Indah dan Nama Beta Sultan Alauddin. Dan memandangkan kat booth yang sama aku dah beli Manikam Kalbu dan Bedar Sukma Bisu, justeru buku serupa yang aku letakkan atas kaunter Dawama aku tak ambil balik la nak simpan semula kat rak ka apa ka. Jangan marah no, Dawama, hampa tetap untung, walaupun aku beli kat booth berbeza, tapi hampa la jugak penerbitnya. Aha, juga berhubung Detektif Indigo Kembali, stroke ilustrasi dia tu mengingatkan aku kepada pelukis buku ilustrasi kanak-kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka suatu ketika dulu. Kawan tu dengan Sinaganaga tu orang yang sama ke hape.

Aku dah mark ada booth Gila-Gila (GG) kat bawah tu, brader Ujang pun ada. Cadangannya tu nak la menyunting bunga di taman, ewah, membeli Intelligent Blues Club (IBC), cerita zaman-zaman sekolah menengah, maksud aku.

Memandangkan Aku Budak Minang (ABM) yang aku beli beberapa tahun lepas pun entah pi ke mana entah, maka aku pun borong sekali.

Ni nak cerita kat hampa ni, kalau orang punya ramai bertimpa-timpa kat meja dia, memang aku lepas beli terus blah. Tapi ni dah Line Clear, apa lagi, nasi kandar la. Aku pun mintak la brader Ujang sign autograf kat majalah-majalah yang aku beli. Majalah tu berbalut plastik, dah satu kerja pulak aku nak uncover. First encounter of a same kind merangkap first time minta karyawan sign autograph.

Tapi Ujang mengagetkan aku bila dia kata macam biasa tengok aku. Aku rasa tak berapa percaya pun ada, maklum la, mungkin tu salah satu PR skill tatkala berhadapan dengan peminat. Kalau berlainan jantina memang orang kata taktik lama nak mengorat la tu buat-buat macam pernah nampak tapi tak tau kat mana. Cuma bila nampak Ujang macam sungguh-sungguh, rasa nak percaya pun ada.

Ish, betul ke ni bang? Iye, rasa macam pernah tengok la. Kerja kat mana? Saya kerja kerajaan bang. Kat mana? Kat bla-bla-bla-hak, kat Putrajaya. Selalu jugak saya ada urusan kat sana, brader Ujang mengulas. Tapi memang rasa pernah tengok la. Aku mula teringatkan Ipin Hijjaz, tapi dah tak berapa sama dah muka dia dengan muka aku, sapa la pulak kembar tujuh aku yang Ujang jumpa ni. Tak percaya, nampak bersungguh. Nak percaya, hmmm, tau-tau saja la kartunis ni, kadang-kadang lawak slumber joe je pun macam Bang Bil.

Tak kerja ke hari ni? Kira tak kerja la. Malas aku nak explain lebih-lebih yang aku ni bukan mai dari Putrajaya, sebenarnya dalam perjalanan nak menginap bagi meeting esok, panjang lebar la pulak jadinya. Tapi kira dalam rangka urusan rasmi la ni, bukannya tuang kerja.

Turn aku pulak menerbalikkan pertanyaan.

Amacam perkembangan sekarang, full time ke kat GG? Kata dia, free lance je, core business dia boating kat Kenyir. O (walaupun darah aku jenis B+), kira bisnes dari zaman Lanun lagi la ye? Apa nak buat, brader Ujang menyambung lagi, hat tu je pun yang boleh jalan.

Aku tanya lagi, royalti yang dia dapat hasil karya dia tu camno? O.K. la, buat menampung kehidupan.

Aha, part ni mesti hang teruja punya Man Tongkat oi. Soalan selanjutnya, apa cerita dengan Jibam The Movie? Hang tau apa status terkini filem yang antara pelakonnya Jalil Hamid tu? Kata brader Ujang, ada masalah bajet pulak dah. La, patut la sonyap yo, patut eh dah siap lamo dah tu. Apo la malang bonar, dulu dah sekali filem Cinta Terakhir sangkut tang mana ntah.

Abis, kartun Jibam camno lak? Animasi (cis, tak terlintas pulak aku nak sebut perkataan tu) tengah buat, jawab brader Ujang sambil menunjukkan komputer di belakangnya. Takpa bang, jangan putus asa (cewah, spontan je aku bagi nasihat kat Ujang, walhal aku sendiri pun tengah mega mandom, aku ingat kalau hang ada kan ka Man Tongkat mesti hang menghadiahi Ujang akan buku La Tahzan, hehehe).

Brader Ujang ni lukis dan sign autograf dengan tangan kiri, memang sahih budak kelas Sains dulu-dulu ni. Ada sekali tu, sesudah membayar bagi novel Jibam dan dok kerunas plastic cover untuk disain autograf, brader Ujang menawarkan diri untuk membukanya, kerana katanya dia ada pisau. Walaupun berunsur abstrak, tapi aku rasa dia ikhlas tu. Dan mungkin betul dia memang pernah nampak aku di mana-mana. Aku sebagai si polan si polan pada masa hadapan kot, hehehe.

* * * * *

Patutnya jamuan perpisahan ini melibatkan aku. Tapi tu dia la, lagu dok kata la. Kata Pak Ngah aku insya-Allah tak lama dah tu, tapi dia bagi date sampai hujung tahun ni, ish, kepastian satu penawar kata kumpulan Harmoni.

* * * * *

Teringat Pak Ngah aku kat Makkah, teringat pertanyaan Dilah, tak mau pi buat umrah ka. Seperti SiFi, aku nak sangat, tambah pulak cuti tahunan dok ada 50 hari lebih lagi. Memang mustahil boleh dihabiskan tahun ini. Nanti kalau jadi bos lagi la jadi stok salaman keemasan cuti aku tu.

PWTC, Teras Jernang & Putrajaya
9 - 11 April 2008

4 comments:

Anonymous said...

Catatan pada 10 April 2008 di http://majidah.blogspot.com didedikasikan untuk saudara.
Semoga bahagia menjalani hari mendatang. Amin.

Anonymous said...

sapa suruh hang juai mahal... Man Tongkat ajak makan pun hang tak mbo..Terlepas peluang Mapley...hang memang dok lagu tu selalu...Orang nak hang tak nak, bila dah ujung2 hang nak orang dah tak nak...Dulu dengan si anu tu pun hang let go...pasal hang let go tu yang 'come' came and got it...you know what I mean...

Sambil tu..Man Tongkat tu dieja sebagai 'mantongkat' dalam satu perkataan...

Agaknya hang tau ka sapa yang komen ni?? Hehehe...Pikir2lah sambil2 hang bers******a dalam bilik air tu...

Anonymous said...

Pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih

Dalam apa jua keadaan, setegang mana pun suasana..bila fikiran kalut berserabut, bila jiwa sesak dan kacau..renung2lah sudut hati sendiri..sejujurnya apa yang diingini.

Orang kata ikut hati mati. Memangla akan mati kalau hati itu tertipu dengan mata, tersalah dengan akal atau dipandu nafsu secara melulu. Hanya hati yang tenang yang dapat membantu.

Jika kata hati...I WANT THIS, I WANT TO MAKE IT HAPPEN, I WANT TO HAVE IT...OR I WANT TO HAVE HER..apa tunggu lagi, gayung sudah ditangan, burung sudah jinak di depan. Gunakan kesempatan yang ada. Dalam Islam yang syumul ini telah lama diingatkan supaya "fa iza azamta, falyatawakkal 'ala Allah". Konsep Azam bukannya sekadar menanam tekad dan keinginan kemudian dipendamkan atau dilupuskan dengan hanya berserah pada taqdir. Azam tu ialah tekad & usaha. Kemudian baru lah berserah kepada Qada' & Qadar a.k.a tawakkal.

(pesan dari seseorang yang lebih berusia..kali ni confirm)

Anonymous said...

Banyak beli buku... pinjam bley? Ada alasan nak dating...wakakakaka...