Wednesday, April 23, 2008

Omak Ai, Podih Eh Monikam Kalbu Den...

Teksi yang ditunggu belum tiba. Janji semalam 5.45 pagi, entah-entah pak cik itu terlupa. Azan Subuh dari masjid dan surau MRSM mula berkumandang, ditambah alunan bang dari tetuang udara pada mobil saluran Gegar Pantai Timur. Metah damai abadi.

6 lebih barulah pak cik supir sampai. Terlupa katanya, nasib baik isterinya peringat. Hendak ke matar antara 20 – 30 minit, flight 6.50 pagi. Entah dan tak dan.

Setibanya aku di lapangan terbang, nampak ramai semacam walaupun pagi-pagi buta. Ada sekumpulan orang berhimpun di tengah-tengah laluan ke kaunter daftar masuk. Seorang lelaki di hadapan mereka pula melaungkan azan.

Aku mengambil tempat duduk berhampiran sementara menantikan assistant datang bersama tiket penerbangan. Lelaki yang mengepalai jemaah memaklumkan masanya telah tiba untuk melalui pemeriksaan keselamatan seraya berpamitan dengan insan tersayang.

Saat itu jemaah bersalam-salaman dengan sanak saudara. Pandangan terarah kepada dua wanita. Seorang ahli jemaah manakala seorang barangkali mak ciknya. Saling berpelukan mereka berdua, setiap satunya begitu lama. Di sebalik wajah yang menghadap ke sebelah sana, siapa tahu ada jujuhan air mata.

Sayu aku melihatnya. Sementara terimbas gesaan Dilah supaya aku turut menunaikan umrah, terbayang pula ketika aku mengucup dahi emak dan berdakapan seerat-eratnya di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas sekitar tahun 2003. Air mata meramu, mana tahu tak bisa lagi ketemu.

Pesawat menerjah awan gemawan sementara fajar kian menyingsing. Lukisan alam ciptaan Tuhan.

K ke K
Boeing 737 – 400
17 April 2008 (Khamis)


* * * * *

Selesai membaca Manikam Kalbu di suatu sudut ruang menunggu KLIA sementara menantikan penerbangan ke Johor Bahru. Meski roman duluan bersela lucuan, meski berpantun seloka berkias ibarat, tapi panahan kama sungguh menusuk jantung. Seakan-akan kisah anak dagang bernama Zainudin dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pula.

K ke J
Pintu A2 KLIA
17 April 2008 (Khamis)

5 comments:

Anonymous said...

Redh,

Novel Buya Hamka tu memamg best.. sampai ulang baca 3-4 kali. Tp sad ending la...

Anonymous said...

Bro,
Apa kata ko pegi umrah lepas ko kawin dgn yang tersayang ko. Bawak dia sekali. Aku baca komen2 kat blog ko ni, macam ko sedang ingin bercinta. Kalau 2 tangan dah bertepuk, apa lagi. Rugi gile kawin lambat, aku cakap sama ko. Kalau tak caye, ko tanya la aku. Lepas kawin, aku kata kat diri aku, kalau aku tau la kawin ni best, dah lama dah aku kawin. Hahaha.

Pasal umrah tu, kalau ada duit lebih, ko bawaklah sekali mak ayah ko dan mak ayah mertua ko. Insya-Allah, berkat rumahtangga yang dibina.

GOOD LUCK, Bro!!

Anonymous said...

ish, mana bleh bertepuk 2 belah tangan.haram tu.hehe.
jauh beno peginye.s'tau den,redh solo lg..

Anonymous said...

A'ah.. Encik tu masih solo lagi, dia tgh cari anak mami tu... upppssssss!!!!

Encik yang tanya pasal wani tu, dah tau ka sape wani tu? Meh tanya saya... saya tau... hahahaha... jgn marah naaa Encik Redh...

Anonymous said...

dah tau dah...redh dah clarify sapa wani tu semalam...:) seronok gak mengocak ketenangan org nih...