Wednesday, September 24, 2008

Kartu Lebaran SinMim...

Adapun tuan-tuan, arakian telah diutuslah akan SinMim kepada hakir selembar warkah khadrak berbenang emas dengan nada penuh keinsafan berbumbu raya.

Gerangan tulisan SinMim saling tak tumpah seperti tulisan kakanda Anang Hudaya, ushahidu orangnyalah tuan-tuan. Suka benarlah hakir menerima warkah tersebut, apatah lagi warkah nan terawal daripada sahabat hakir.

Warkah lain memanglah ada paling terdahulu diterima hakir iaitu kiriman seorang wazir. Tapi kurang manikam kalbu sungguhpun sebelumnya ada juga akan si wazir diberinya hakir sesampul surat kurma. Barangkali mahu merebut ganjaran pahala ibadat sunat di bulan puasa seumpama ibadat fardhu di bulan biasa, walau secara adat tanpa dua kalimat syahadat alamat bakal menghuni salah satu daripada neraka tujuh tingkat.

Apakala membaca sahaja hakir akan warkah tersebut, tiadalah dapat hakir menahan diri, bak kata Tun Husna, melarik senyum senget seorang. Nampak gayanya, sangat terpengaruh SinMim akan kitab-kitab karangan FaTa. Masakan tidak (walaupun SinMim bukanlah gerau diraja mahu masak-memasak), namun sempat juga dicandek olehnya perihal kelaku sekalian orang mabuk. Hanyasanya belumlah SinMim mencatat senikata kugiran Labah-Labah, "Mabuk bukan mabuk, mabuk nama, mabuk cinta, mabuk kuasa".

4 comments:

A Shy Millionaire said...

Tuan, syukran atas kiriman kad raya. nak balas tu tengokla hehehe

Anonymous said...

bro aku minta maaf atas segala salah silap, penulisan mahupun perbuatan. selamat hari raya : )

Anonymous said...

adapun tun bijak puji-pujian itu hanya sa nya milik ALLAH jua, tp kalau sekadar kembang setaman kata-kata tun bijak kepada sin min maka amatlah dia bersenang hati akan ucapan itu... selamat menyambut kemenangan ramadhan


smdbest

A Shy Millionaire said...

Bang,
Sempena hari raya ni ana minta ampun dan maaf atas sebarang salah dan silap sepanjang persahabatan kita.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.